Sunday 5 June 2011

Adakah kita tahu? 7 Wasiat Raja-Raja Melayu...

Anak muda zaman sekarang... Mana minat sejarah... Yang diorang tahu hanyalah nak join piket, demo dan perhimpunan... Berseronok dengan member2 pergi karaoke, main futsal dan berniaga MLM... Hehehe... Nak cepat kaya... Nak berniaga tak berani ambil risiko... Nak belajar, malas... Hey!!! Bangunlah dari tidur... Baca wasiat ini... 

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957


Cuba baca wasiat yang ke-2: Maksudnya di sini, 50% tanah di Malaysia ni adalah rizab Melayu... Tapi, sekarang ni aku tak tahulah berapa peratus yang tinggal... Cuba tengok keliling, rumah kedai, bangunan bangunan pencakar langit di tengah-tengah KL siapa yang punyer...??? Syarikat mana yang empunya??? Tanah-tanah estet company milik siapa??? Lagi 50% balance tu, berebutlah kita dengan yang bukan bangsa Melayu... Agak-agaknya, kita dah benar-benar berebut ke dengan mereka dalam bidang hartanah... Kita dah berebut ke dengan mereka dalam bidang pemilikan aset bangunan dan premis perniagaan mahupun tempat tinggal... Oleh itu bangunlah... Marilah kita bersaing secara sihat dengan mereka... Sorry to say!!! Kerana Malaysia ini asalnya Melayu yang punya... Kerana itu masih segar dalam lipatan sejarah bahawa tanah yang kita jijak ini suatu masa dahulu... TANAH MELAYU namanya...

Maharaja Lawak... Yang Hambar...

Last Friday, as usual, I spent my night watching Maharaja Lawak yang kali ini diadakan di Penang International Sports Arena (PISA)... Dengan penuh high expectation, me and my wife was sitting in front of the TV and watched every performance... Started with Jozan and ended by Sepah... I can simply conclude that it was very boring, not even make me laugh and I think most of the so called "Maharaja Lawak" potential candidates were went to Penang with unprepared performance.

I start to think what was the main reason that night performance hambar giller... Apa dier???

1) Salah satu sebab yang aku rasa ialah kesilapan Astro jugak sebab diorang pergi buat dekat tempat open giller yang memang susah bagi stand up comedian nak bagi semua orang gelak... Dengan suasana yang agak terbuka macam tu, wujud bunyi bising dan bergema menyebabkan audience dan performer tu sendiri tak focus nak buat lawak...

2) Pergi buat dekat tempat jauh-jauh buat aper... Pergi sampai Penang... Dah confirm amik masa satu hari nak ke sana, nak check in lagi... Nak pikir idea nak buat lawak lagi... Komitment kerja kat KL lagi... Bila masa diorang nak fokus... Last sekali, produce lawak takde kualiti... Salah siapa kalau dah semua tak lawak malam tu... Cuba kaji... Sebelum ini kita boleh pecah perut gelak kenapa malam tu macam hampas semua orang...

3) Bila buat tempat open...Semua bercakap kuat nak bagi satu stadium dengar... Intonasi suara dah tak control... Punch line tak jadilah... 

4) Bila pergi jauh, kita kena fikir yang kita beri masa one week for them to think what kind of lawak they are going to perform next... + letih lagi sebab kena travel... + masalah lain, nak bawak family, nak bawak props dan sebagainya... Aduhai... Kalau aku jadi peserta pun pening jgak....

5) Aku rasa Astro tak perlu nak cari duit dengan buat Tour macam ni... Hambarlah...

Ini sekadar pendapat aku... Diorang kena buat di tempat yang jauh lebih tertutup... Barulah kemeriahannya dapat dirasai... Barulah lawak jelas didengari...

* Ni group kesukaan aku... Diorang pun hambar tahi... Apapun, kalau korang nak layan, layanlah... Si Yus ni terjerit-jerit jer... Sakit telinga aku... Sakit hati aku... Huhh!!!


* Ni jelah pun yang boleh tahan... Itupun mampu buat aku tersenyum jer...

Politik... Oh Politik... (Part 1)



Politik bukan hak milik mana-mana individu... Kuasa bukan hak milik mana-mana individu... Keadilan bukan hak milik mana-mana individu... Dan undang-undang juga bukan ham milik mana-mana individu... Jika setiap individu yang memegang kuasa, jawatan di dalam politik, penguatkuasa undang-undang mahupun hakim yang menegakkan keadilan... Sekiranya mereka memahami bahawa setiap perkara di atas bukanlah hak mereka sebaliknya hak semua orang dan hak kita semua... Sudah pasti dunia ini aman tanpa sebarang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa dan sebagainya... Dan perlulah diingat setiap tindakan kita akan dinilai dan dihisab oleh Allah di akhirat sana...

Perkara yang ingin diperbincangkan hari ini ialah antara kuasa, keadilan dan undang-undang yang manakah yang perlu diutamakan... Hakikatnya, sudah pasti kita menuntut keadilan ditegakkan dan diutamakan... Namun, perlu diingat undang-undang adalah medium untuk kita menentukan keadilan... Sebagai contoh, di dalam Islam, bagi mereka yang membunuh, mengikut undang-undang Islam sudah pasti akan dijatuhkan hukuman Hudud... Namun, di dalam undang-undang negara kita Malaysia... Bagi mereka yang membunuh, undang-undang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati... Sama matinya namun kaedahnya berbeda... Dan apa yang ingin diketengahkan di dalam artikel ini bahawa hakikatnya mereka yang berKUASA mampu untuk menentukan undang-undang dan keadilan... Di dalam hati kita berkata aku mahukan dunia yang lebih adil... Namun siapa yang menentukan dunia itu adil atau tidak? Di dalam hati kita mahukan undang-undang yang benar dipertegakkan? Namun siapa yang menentukan undang-undang itu mampu dipertegakkan? Hakikatnya hanya mereka yang berKUASA mampu mengubahnya... Mereka yang berKUASA bakal menakluki keADILan dan perUNDANGan... 

Menyebut tentang KUASA... Di dalam negara Malaysia yang disayangi ini, kita menentukan KUASA berdasarkan kekuasaan POLITIK... Buat masa ini, BN yang ditunjangi UMNO dan bersama-sama parti komponen yang lain seperti MCA, MIC, PPP, SUPP dan sebagainya merupakan satu KUASA POLITIK yang kuat dan hampir 50 tahun lebih merencanakan rentak perlaksanaan undang-undang dan keadilan di dalam negara ini... Rakyat samada berpuas hati atau tidak haruslah akur memandangkan BNlah pemegang KUASA POLITIK yang masih kuat dan dominan... Selama hampir 28 tahun aku hidup sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak dapat dinafikan BN telah banyak membawa perubahan di dalam banyak perkara... Sistem pentadbiran dan merakyatkan sistem yang bakal memudahkan serta menjaga kebajikan rakyat... Sistem pendidikan yang jauh terancang dan teratur... Sistem perundangan yang jauh lebih telus dan adil untuk semua... Biarpun kelihatan tidak adil untuk segelintir pihak... Pembangunan yang pesat dan meninggalkan negara-negara lain yang merdeka terlebih awal daripada kita... 

Secara personal, aku berterima kasih kepada kerajaan kerana sepanjang 28 tahun aku hidup, aku tidak melalui keadaan rusuhan teruk yang berlaku seperti di negara-negara lain... Aku berjaya mendapat pendidikan yang sempurna bermula dari sekolah rendah sehinggalah kini aku sedang melengkapkan pengajian sarjana ku... Aku berterima kasih kepada kerajaan kerana aku tahu tanpa kerajaan yang baik seperti BN sekarang sudah pasti aku tidak mengecapi nikmat seperti yang aku terima sekarang... 

Tetapi, pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 memberikan satu kejutan untuk aku... BN yang dahulunya satu kuasa yang kuat akhirnya tumbang di 5 negeri... KeKUASAan politik yang ada seakan lenyap dan kini beralih arah kepada satu kuasa baru yang kononnya berjuang atas nama KeADILan, keSAMA-RATAan dan keISLAMan... Pakatan Rakyat telah berjaya mengusai Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan... KUASA POLITIK yang dahulunya milik BN kini berubah kepada PR... 

Dan kini aku hidup di bawah kerajaan negeri di bawah pentadbiran dan kekuasaan PR... Terkadang, aku tertanya apakah perubahan drastik yang mereka laksanakan? Apakah kemajuan baru yang mereka jayakan? Hakikatnya tetap sama tanpa sebarang perubahan drastik... Yang terpinggir tetap terpinggir... Yang professional tetap dengan kehidupan mereka yang penuh keduniaan dan kesibukan... Yang kaya berniaga tetap kaya... Yang kononnya adil tetapi hakikatnya tetap menggunakan kuasa untuk menjaga kepentingan golongan sekelompok politik mereka... Hakikatnya sama sahaja... Tidak ada yang jauh lebih Islam... Tidak ada yang jauh lebih Adil... Tidak ada jauh lebih Baik... Bila manusia berkuasa, yang dijaga adalah kelompok mereka... Rakyat tetap hidup seperti biasa...

Inilah POLITIK... Oh POLITIK... Hadirnya engkau untuk menyatukan manusia tetapi akhirnya kuasa yang engkau ada dipergunakan oleh mereka untuk menjaga kepentingan mereka... KUASA POLITIK yang engkau ada akhirnya dipergunakan untuk menentukan KEADILAN dan UNDANG-UNDANG... KUASA POLITIK yang engkau ada dipergunakan individu-individu yang memilikinya... Kerana inilah dunia... Semuanya sama sahaja... Retorik semata-mata...