Sunday 29 January 2012

AJL26 - Keputusan yang mengambil hati semua pihak...


Aku ingat lagi masa AJL tahun lepas kalau tak silap aku "Ana Rafali"menang... Lagu dia pun aku rasa tak ramai yang ingat dan nyanyi sebab tu tajuk diapun "Tolong Ingatkan Aku"... Macamaner dia boleh menang pun aku tak tahu... Tapi, keputusan AJL26 tahun ini aku rasa adil dan boleh diterima... Kadang-kadang kita bukan hanya kena menilai lagu, tetapi kemampuan penyanyi itu sendiri membuat persembahan pada malam tersebut merupakan kunci bagi menentukan kejuaraan... Terus terang malam semalam artis yang bergerak secara solo jauh lebih "outstanding" berbanding yang bergerak secara kumpulan... Jac, Hafiz, Alia, Faizal Tahir memang mantap... Yuna??? Aku tak layan lagu dia lah sebab tak masuk ngan jiwa aku... Lagipun, bagi aku suara Yuna dan Aizat rasa biasa jer... Cinta muka buku pun aku rasa tak best sangat, kalau lagu "Pokok" masuk aku rasa lagi best... Tapi, dengar Jac nyanyi lagu yang sepatutnya dinyanyikan jejaka idaman Malaya, Anuar Zain "Sedetik Lebih" sudah cukup meremangkan bulu tengkuk aku... Heeee... Memang tinggi giller suara minah tue... Apapun, aku sedikit kecewa sebab Trio yang aku nak dinobatkan sebagai Juara hanya dapat tempat kedua... Aku memang dapat rasakan mereka bertiga layak jadi juara... Suara sorang2 mantap habis... Memang aku terhibur sangat dengar diorang nyanyi lagu "Beribu Sesalan"... 

Jom kita layan balik klip video persembahan diorang semalam...

Juara: Awan Nano
Artis: Hafiz (Turut dinobatkan sebagai Pemenang Vokal Terbaek. Mamat ni control suara dia memang superb... Sedap jer aku dengar bila dia nyanyi... Tak caya... Korang dengar sekali lagi... Macam dalam radio)

Naib Juara: Beribu Sesalam
Artis: 3 Suara (Jac, Sheila dan Ning: Aku harap ada lagi lagu baru untuk diorang tahun baru 2012 ni, masuk AJL next year plak... Memang mantap vokal diorang)

Ketiga: Karma
Artis: Faizal Tahir (Alhamdulillah... Setelah 4 kali percubaan... Akhirnya, FT dapat juga tempat ketiga... Sepatutnya tahun 2010 Hanyut tu yang patut jadi juara... Apapun, mamat ni kalau dah dapat mic memang takkan menghampakan kita semua)

Persembahan Terbaek: Siapa lagi... Alyah ler... Mau tak terbaek kalau Remi Ishak datang last minit... Naik meroyan semua wanita-wanita dalam stadium semalam aku rasa... Apapun, suara dia memang best... Cuma ada terkucil seket... Hikhik...

Keputusan dah dibuat... Pemenang dah dinobat... Harap semua terima keputusan dengan hati terbuka... Ternyata lagu Sifu M Nasir masih relevan dan sedap didengari semua... Moga industri muzik tahun ni produce lebih banyak lagu2 best...

Lastly, jom layan lagu nie... TERBAEK...

Anugerah Juara Lagu 2012 (Pembukaan)

Anugerah Juara Lagu 2012 bermula dengan persembahan artis kegemaran aku... Siapa lagi kalau bukan Abg Jamal Abdillah... Dengan lagu "Senandung Semalam" sudah cukup membuatkan aku terhibur... Apapun, memang persembahan pembukaan yang terbaek... Dengan Awie buat persembahan giller nyanyi lagu "Bujang Senang" dan Sheila Majid dengan lagu "Warna"... Bagi aku cukup meriah... Best... best... Jom layan sekali lagi...



Tuesday 3 January 2012

2012: Antara Cabaran Dan Harapan

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana masih memanjangkan usia aku untuk merasai kemeriahan masuknya tahun baru 2012. Mungkin kebanyakan daripada sahabat-sahabat aku meraikan masuknya tahun baru dengan percikan bunga api, makan besar bersama keluarga, ada yang mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam dan sebagainya... Tapi aku, duduk di rumah sambil menelaah buku memandangkan 1 Januari 2012 jam 9pagi, aku perlu menduduki peperiksaan akhir subjek International Business untuk melengkapkan proses pembelajaran MBA aku di UiTM...

Alhamdulillah, segalanya langsai sudah... Kini aku menanti 13hb Januari 2012 untuk sessi viva on research paper aku... Dah lah dapat examiners yang memang power dan begitu mendalam ilmu mereka... Prof Wan Ghazali antara Pengasas "Applied Business Research" UiTM dan Prof Zaini Abdullah, ex-Timbalan VC UiTM... Perghh!!! Masak aku kalau kena viva dengan diorang ni... Tapi bagi aku, inilah pengalaman hidup... Kalau tak berhadapan dengan cabaran, masakan kita tahu erti rintangan menggapai sebuah kejayaan... Apapun aku berdoa agar viva aku berjaya dan dapatlah aku lengkapkan pembelajaran aku nanti...

Alhamdulillah... Tahun baru dah masuk... Malaysia masih aman... Cuma aku tak tahulah apa nak jadi 9 Januari ni... Maklumlah keputusan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan samada beliau bersalah ataupun tidak... Kononnya akan berlakulah REVOLUSI yang aku sendiri tidak pasti untuk apa sebenarnya REVOLUSI tersebut... Susah sangatkah rakyat Malaysia ni... ??? Aku sendiri tidak pasti... Mengenangkan 2012... Teringat tetiba aku filem 2012... Ikutkan filem tu, tahun nilah kiamat... Namun, siapa manusia nak meramal bila kiamat tiba... Itu semua kerja Allah S.W.T... Apapun, takutlah mati kerana ianya sebahagian dari keimanan... Aku pun tak bersedia lagi... Iman masih di tahap yang kurang memuaskan dan perlukan penghijrahan yang lebih lagi...

Alhamdulillah, apapun, aku bersyukur kepada Allah S.W.T, kedua ayahanda dan bonda ku masih ada... Kesemua adinda-adindaku masih bersama... Ikatan kasih aku dan isteri semakin kukuh dan mewujudkan hubungan yang semakin matang dan dewasa... Diikat dengan kehadiran 2 cahaya mata yang comel2 belaka... Aku rasa... Kehidupan berkeluarga ku cukup bahagia... Syukur padaMu Ya Rabb...

Alhamdulillah... Biarpun keadaan perniagaan aku kurang stabil... Banyak usaha2 yang diambil untuk mengeluarkan aku dari syarikat... Setidak-tidaknya aku bersyukur aku masih ada nyawa dan tulang empat kerat... Akan aku kerahkan segala kudrat bekerja menjana pendapatan baru demi keluarga dan masa depan yang jauh lebih nikmat dan berkat... Siapalah aku hendak menghalang kezaliman dan ketamakan manusia... Hanya mampu menadah tangan berdoa moga Allah membuka lebih luas pintu rezeki dan moga setiap permasalahan dapat bertemu dengan penyelesaian...

Alhamdulillah... Aku syukur padaMu Allah... Aku redha dengan apa yang Kau telah tentukan untuk hambaMu ini... Selagi mana aku hidup atas keizinanMu... Izinkanlah jua hambaMu ini untuk terus berjuang meneruskan kelansungan hidup di bawah lindungan Mu Ya Rabb... Ku pohon agar Kau berikan aku keimanan yang kukuh, hidayah untuk terus yakin yang Engkau selalu bersama ku... Di dalam suka mahupun duka ku... Kerana Engkau sudah memadai bagiku...

Alhamdulillah... Ya Allah... Jadikan tahun baru 2012 ini tahun yang aman buat negara Malaysia yang ku cintai ini agar dapat aku terus mencari sesuap nasi, membina mahligai bahagia di samping anak isteri... Jadikan tahun 2012 ini tahun yang gemilang di dalam kerjaya dan pendidikan ku agar dapat terus aku berkorban demi orang tua ku dan adik-adik ku yang tidak putus-putus menyayangiku... Jadikan 2012 ini tahun kebangkitan ku... Mencipta harapan baru... Meranjau duka setiap cabaran dengan keazaman... Kerana aku tahu Engkau sentiasa ada bersamaku... Jadikanlah tahun 2012, tahun Islam dijulang dan bangsa Melayu ku gemilang...

Ya Rabb... Perkenankanlah hajat dan doaku... Kepada saudara, teman, sahabat, rakan dan taulan. Selamat Tahun Baru diucapkan... Moga kalian beroleh kejayaan...