Showing posts with label MyFamily. Show all posts
Showing posts with label MyFamily. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

Penyakit Tangan, Kuku Dan Mulut (HFM)

 

13 Februari 2012 hari tu anak aku yang kedua, Alif Syahmi dimasukkan ke dalam wad di KpJ Kajang disebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut... Dalam bahasa Inggerisnya Hand, Foot and Mouth (HFM)... Aku pun tak tahu apa-apa pasal penyakit ni hinggalah terjadi pada anak sendiri. Mujurlah wife aku sedar akan perubahan yang berlaku pada anak aku tu terutamanya bila dah keluar bintik-bintik merah di sekeliling badan dia... Aku dan isteri mula-mula ingatkan demam biasa aje, rupanya setelah doktor di KpJ tu check... Dia mengesahkan Syahmi kena demam kuku, kaki dan mulut... Penyakit kuku, kaki dan mulut ni disebabkan oleh jangkitan virus... Mengikut bacaan aku di internet ianya merupakan virus dari kumpulan enterovirus yang biasanya menyerang dan menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak yang berumur 2 minggu hingga 5 tahun... Jadi kalau orang dewasa aku rasa tak ada yang kena penyakit nie... Kebanyakannya budak-budak sahaja... Mungkin ada kes-kes yang cukup terpencil sekiranya orang dewasa terkena penyakit ini... 

Macamaner Syahmi boleh terkena penyakit nie?
Benda ni aku dan isteri cuba kaji dari mana Camica dapat virus ni… Apa yang aku ingat, wife aku ada bawak Camica gi klinik Az-Zahrah untuk cucuk setahun setengah… Mungkin dari situ kot terkena… Takpun, masa aku bawak famili keluar makan… Penyakit ni mudah merebak… Melalui sentuhan, lelehan air liur pesakit, hingus dan paling cepat kalau tersentuh kulit pesakit yang melepuh… Tapi, virus ini juga boleh merebak melalui udara… Pesakit bersin ke, nafas ke dan sebagainya… Masa dijangkiti virus ni, Camica mula demam… Demam biasa jer… Tapi, lepas 2 hari barulah nampak kesan bintikan merah keluar di tangan, kaki dan badan Camica… Doktor bagi tahu, selalunya pesakit dapat kesan penyakit ni selepas 5 hari… Yang susahnya bila Camica pecah di bahagian mulut (ulser), hingus yang banyak dan kurang selera makan… Budak kalau kurang selera makan ni bahaya… So, terus admit di KpJ, apalagi… Masuk air ler jawapnya…

Nak tahu tanda anak-anak korang kena penyakit nie?
1) Mula-mula demam panas… Masa ni mood Camica pun dah mula meragam… Pastu, bila nak tidur dah mula merengek…
2) Hilang selera makan… Camica ni pemakan budaknya… Pantang nampak makanan mesti minta dan tak tahu nak berhenti… Macam bapak dia kot… Tapi, bila kena demam ni, selera makan dia kuranglah sikit… Kerja nak peluk mak dia jer… Emosi dia memang tak stabil… Mungkin sebab badan dah tak sihat…
3) Ulser di tekak dan mulut… Paling aku tak boleh tengok ialah bila ada ulser di tekak dan mulut Camica… Ulser di tekak menyebabkan Camica sakit kerongkong dan ulser di mulut menyebabkan Camica pecah di bahagian bibir… Kalau orang utara kata “mata ikan”… Bila dua penyakit ni datang, Camica pun tak selera nak makan… Huhuhu
4) Ruam yang melepuh… Ni part last skali… Lepas semua symptom di atas ada pada Camica, pelengkapnya ialah ruam atau bintik-bintik yang melepuh di tangan, kaki, mulut dan badan… Memang teruk sangat bila aku tengok anak aku nie… Melepuhnya ruam tu sampai tahap berair dan kalau digaru boleh melecet… Paling teruk di bahagian yang tertutup… Di celah kangkang dan punggung anak aku… Mungkin sebab pengudaraan tak bagus di kawasan disebabkan pakai pampers…

Bahaya penyakit ni?
Kalau dulu-dulu ketika tak ada perubatan moden, penyakit ni boleh membawa maut di mana pesakit jadi lemah sebab tak boleh nak makan… Maklumlah, budak-budak… Bila tak makan boleh menyebabkan “dehydrate”, susah bernafas dan demam yang berpanjangan… Sekarang ni dengan perubatan moden, risiko ini dapat dikurangkan… Semestinya pesakit kena masuk hospital, bila masuk hospital, masuk air… Lepas masuk air, masuk ubat… Lepas masuk ubat… InsyaAllah dalam seminggu baik ler…

Cara nak elak penyakit ini…
Penyakit ni kalau Allah nak bagi kena, maka kenalah… Cuma, kita kena usaha cari langkah pencegahan sebab kadang-kadang penyakit ni kita sendiri yang cari… Contohnya nak elak AIDS, janganlah ambil dadah dan terlibat dengan hubungan bebas… Macam tu jgak penyakit nie… Kita kena sama-sama jaga kebersihan kawasan sekeliling, ibubapa kena berhati-hati bila nak bawa anak keluar terutama sekali ke hospital dan klinik yang mana kawasan itu mudah mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit dan amalkan kebersihan…

Gambar Camica semasa kena demam Tangan, Kaki dan Mulut (HFM) yang sempat aku rakamkan...



Thursday, 9 February 2012

New Year 2012 Celebration: Simple but lively...















Year 2012 comes with hopes and dreams... For me, I hope this year I can contribute more to my family, my religion and race and specifically to myself... I have to chase my dreams... Be a good son, responsible husband and caring dad... That is my aim for this year... Achieve a good examination result for my EMBA course and having a new company that I can run without interference of greedy people... 

Each time the arrival of the new year, I'm sure my family will celebrate with a dinner ... The whole family will definitely come to Bangi and we will go out to have a dinner together somewhere ... This is just to strengthen our family relationships as well as spend some time talking about our family's future plans ...

This year, we chose to have dinner at Full House Restaurant recently opened at Giant Cheras ... We come with 3 kids so we have to find a quite comfortable place and we have made a correct decision... The restaurant is beautiful and comfort... Food served at this restaurant is western food ... So, quite suited as a place to party welcoming the new year ... We ate, we chatted, we talked and shared our new year's wishes ...
Hopefully, this year... All of our family members have a long life and success in anything that we are doing... InsyaAllah... Ameen...

Tuesday, 25 October 2011

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS


Macam Dato' K dan Siti... Hehehe


Kasih Abadi

Tercipta UntukMu...


EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:


"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Sunday, 11 September 2011

Balik Kampung... Raya Sakan... Filem Terbaru... Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ayahanda


Jangan lupa ke pawagam berdekatan untuk menyaksikan filem terbaru anak-beranak... "Syurga Juga Di Bawah Tapak Kaki Ayahanda"... Lakonan mantap Afif Farhi dan Arif Suhaili... Kahkahkah... Kebetulan anak aku mengamuk nak apa tah hari tue... Terus aku tangkap gambor dan terus aku terbitkan filem... memang takder kerja... Apapun, memang pecah panggung... Mengisahkan tentang seorang anak yang memohon maaf kepada ayahandanya di atas setiap dosa dan kesalahannya di Hari Raya Aidilfitri... Filem yang memberi keinsafan kepada kita semua bahawa syurga juga terletak di bawah tapak kaki ayahanda juga... Hehehe...


Tuesday, 23 August 2011

Rahsia di sebalik perut...

Pagi tadi masa lepas mandi tertengok aku perut aku depan cermin... Perghh... Pening der... Buruk rupenyer... Dah ke depan sangat dah... Tapi, bila aku tengok gambar yang di"tag"kan oleh member-member wife aku... Hati aku menjadi sejuk kerana aku sudah mengetahu rahsia yang tersembunyi di sebalik perut aku ini... Lihatlah gambar di bawah...

Aksi berani...

Kelebihan tersembunyi...

Kemesraan menguntum...


Sudah pasti mereka yang bergelar bapa tidak mampu membuat aksi yang anak aku buat ni tanpa perut yang ke depan sedikit seperti aku... Sudah pasti tahap kemesraannya itu jauh bezanya... Selalunya bapa yang berperut jauh lebih mesra dengan anak-anak mereka... Hehehe... Teori Prof Afif... Terubat sedikitlah kesakitan mata aku melihat "view sisi depan dan sisi tepi" perut aku pagi tadi bila lihat gambar tadi... Hehehe... Apapun, sayangilah perut anda setiap hari...

Monday, 22 August 2011

Like Father Like Son, Kenangan Semasa Kecil...


Afif dan Arif... Ternyata Afif jauh lebih hensem... Hahaha...
Tengah duduk melayan kesepian di dalam pejabat ni tetiba terlihat aku gambar perbandingan aku dan anak sulong aku, Arif yang dibuat oleh adik aku, Afifa Farhana. Ramai orang berkata yang rupa Arif tak tumpah seperti aku masa kecik2 dulu... Memang aku harap sangat anak aku tu rupa seperti aku tapi aku harap perangai dia janganlah ikut perangai aku masa kecik2...

Seingat aku antara perangai aku masa kecik yang memang Mama selalu ungkit antaranya ialah:
1) Kalau main apa juga permainan, game ker, congkak ker, Saidina ker, main batu seremban ker mesti asyik nak menang jerk... Kalau tak menang mesti aku emo... Hehehe... Kalau main congkak Mama aku cakap aku suka sorok guli padahal dah mati tapi cekup jer mana yang ada supaya masih boleh teruskan permainan... Hahaha... Seingat aku memang betul pun... Kepala otak nak menipu tu dah lama dah... Nak lagi bila main ngan adik2...


2) Aku ni bangsa jenis suka menyakat adik2... Nak lagi yang selalu jadi mangsa ialah adik aku AG... Dialah mangsa buli aku dulu... Hehehe... Kalau dalam kereta dulu mesti berebut nak duduk tengah2... Maklumlah, senanglah nak mengipas Mama dan Abah... Nakkan perhatian lebihlah konon... Tapi, bila dah masuk darjah 4... Pakat sibuk pulak aku, Nana dan AG nak duduk tepi... Maklumlah cari port baik untuk tidur dalam kete... Kalau duduk kat tengah, kat mana aku nak sandar... Jadi, saja jer aku biar adik2 aku masuk kete dulu... Nana ngan AG pun dah cerdik masa tu... Kadang2 diorang pancing aku supaya masuk dulu jgak, last skali aku duduk kat tengah ler... Bila aku duduk kat tengah... Apa lagi, aku mula lah mengendeng (menyandar) kat bahu diorang... Saja menyakat... Maklumlah sakit hati tak dapat duduk kat tepi... Hehehe...

3) Aku ni pemakan orangnya... Jadi, masa aku kecik2 lagi... Kalau ada jer makanan adik2 aku yang tak habis... Akulah yang jadi tukang kutip... DBKL lah dalam istilah yang lain... Natijahnya, lihat badanku... Cantik dan rampingkan... Hehehe... Orang cakap kalau makan sisa dari orang lain, nanti orang tu takkan dengar cakap kita... Aku pun tak tahu samada adik2 aku dengar ke tak cakap aku lepas aku asyik selalu makan sisa makanan diorang... Aku rasa OK jer... Daripada membazir... Baik aku habiskan... Membazirkan amalan syaitan...

4) Lagi satu, selalu lepas maghrib... Mama akan kerahkan aku dan adik2 duduk di meja makan untuk mengulangkaji pelajaran... Akulah yang paling liat... Hehehe... Maklumlah, lepas makan malam... Mana tak mengantuk... Mama dulu garang... Ingat lagi masa tu kami duduk di Taman Jaya... Berbekalkan rotan bulu ayam takpun gabungan jari ibu dan jari telunjuk, Mama tak jemu2 mendidik kami... Kena rotan tu perkara biasa... Kena cubit tak payah cakaplah... Tetapi, berkat tangan Mama merotan dan mencubit itulah aku dan adik2 jadi manusia berguna... InsyaAllah... Apapun, aku nak bagitahu satu rahsia yang sepanjang aku hidup dengan Abah, tak pernah sekalipun tangan Abah singgah di muka mahupun cubitan ataupun rotan... Abah serahkan tugas mendidik anak2 pada Mama... Abah banyak memberikan teguran dan nasihat... Tetapi, sekali Abah marah... Perasaan lebih 3 kali ganda pedihnya rotan Mama... Aku cukup taknak bagi Abah marah sebab Abah memang Abah yang baik yang sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak2 dia... Kalau buat Abah marah tu seperti ada penyesalan yang amat sangatlah dalam hati aku nie... Huhuuhu... Mama marah aku dah tak heran sangat sebab dah selalu kena marah... Hehehe... Dah immune orang putih kata...

5) Mama pula aku ingat masa kecik2 memang mendidik anak2 penuh disiplin... Kasut berikat kemas, rambut bersikat lurus, baju bergosok dan mesti "tuck-in"... Pakai t-shirt ngan track pun mesti "tuck-in" punyer... Siap tempek bedak lagi masa kecik2 dulu... Tapi, aku ni memang jenis selekeh sikit... Bab2 menjaga penampilan ini aku memang kurang sikit... Pergi sekolah kemas... Balik dah mula serabai... Tak macam adik aku AG... Dia dari kecik smart memanjang... Sebab tu dia anak emas Mama... Hehehe... 
Aku dan Camica...
Apapun, itulah kenangan masa kecik2 yang masih segar dalam ingatan aku... Anak aku no.1 Arif ni memang ada ciri-ciri aku sikit... Hehehe... Kalau nak sesuatu tu mesti nak sampai dapat... Aku gila main PS3... Dia pun sama kaki game jugak... Sibuk nak menempel main jugak... Apapun, biasalah budak2... Sabar jelah dengan karenah mereka... Macamaner Mama ngan Abah sabar dengan karenah aku dan adik2... Macam tu jugaklah aku dan Suhailah kena bersabar dengan karenah anak2 kami... Nak cerita pasal Camica anak no.2 aku ni mukanyer pun ada iras2 aku... Tapi, budaknya memang baik... Tak banyak buat perangai... Mungkin sebab orang tua2 kata kalau dapat baby hisap jari, baby tu memang tak banyak ragam mungkin ada betulnyer... Tapi apapun itu semua kerja Allah... Lain anak, lain ragamnya... Jangan bapak dia hisap jari pulak sudah... Hehehe... 
Tak cukup corum... AG tak join sebab fly ker Melbourne masa ni kalau tak silap... Maklumlah pilot...


InsyaAllah... Moga dapat mencipta memori indah di sepanjang kesempatan hidup yang sementara di dunia ini...

Friday, 12 August 2011

Critter Land... Place Where Imagination Beyond Reality For Arif...

Last Thursday, I had a wonderful time with my son Arif. After brought him to Shah Alam to buy some golf shirts, I went with him to Critter Land which is located at the Mines or more specifically at The Heritage Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. It is a place where the kids can run, have fun and play within their own imagination. We spent about two and half hours there... I love to see him running, smiling, laughing and exploring many interactive and attractive game equipment there. I would like to recommend to all my friends who have kids to bring them there and you will see how they appreciate that moment. I paid only RM 15 per entry. However need to bear in mind, you should wear your socks when you entering a place like this. Let see some pics of my son having fun over there... Enjoy!!!












Sunday, 31 July 2011

Camica 1st Bestday Celebration... 28 July 2011

Alhamdulillah, praise be to Allah... Hari Jumaat malam yang lepas dapat jugak saya dan isteri mengadakan majlis kecil-kecilan menyambut ulangtahun kelahiran anak kedua kami... Pejam celik, pejam celik dah masuk setahun dah umur Camica... Harapan saya dan isteri agar anak kedua kami ini sihat walafiat, panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh dan berjaya di dalam hidup dunia dan akhirat...

Kami malam tu hanya panggil ahli keluarga yang terdekat dan tema kami sekeluarga ialah Harimau Malaya walaupun kalah dengan Singapore... Hehehe... Mama, Abah, Mak, Ayah, adik beradik dan anak-anak sedara sahaja yang hadir memeriahkan majlis... Nak buat besar-besar masa dah suntuk... Nak menyambuat Ramadhan plak lagi... Yang penting Majlis Ulangtahun Camica yang Pertama berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran keluarga terdekat... InsyaAllah, bila Camica besar sikit, baru kita buat besar sikit... Bila Camica dan besar lagi, baru kita buat majlis yang besar lagi... Apapun, terima kasih pada isteri yang mengaturkan menu makan malam kami malam tu... Terima kasih pada Mak Ayah Mama dan Abah yang turut membantu... Terima kasih pada semua adik-beradik yang hadir memeriahkan majlis... 

Dah macam Safee Salee...

Satu Gol jek semalam...

Terbaik!!!

Arif yang kini berusia 3 tahun 3 bulan...

Bestday boy... Camica...

Mama, Arif dan Camica...

Kasih ibu...

Anak bapak...

Kecewa Malaysia kalah...

Simbol kebapaan yang amat nyata... Lihat di perut...

Cayang Camica...

1st Cake Camica...

Cunish, Tok Mak dan Adam...

Dah tak sabar nak potong kek...

Dah macam Rajagopal dah perbincangan aku nie...

Berkumpul semua....


Tok Wan membacakan Doa Selamat...

Raief dan Echah...

Anak Korea mana nie???

Allah Selamatkan Kamu...

Tiup lilin kali yang pertama...





Atuk dan Tok Wan...

Hi!!! Saya Adam...


Nampak ketokohan sebagai seorang ayah!!!