Agak-agak bosan di office tue... Jom layan lagu "Aku Bukan Bang Toyyib" nie daripada Wali Band... Terbaek... Sepanjang aku pie Jakarta Bandung ari tue, tak habis-habis melayan lagu Bang Toyyib nie... Hmm...
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Wednesday, 8 February 2012
Sunday, 29 January 2012
AJL26 - Keputusan yang mengambil hati semua pihak...
Aku ingat lagi masa AJL tahun lepas kalau tak silap aku "Ana Rafali"menang... Lagu dia pun aku rasa tak ramai yang ingat dan nyanyi sebab tu tajuk diapun "Tolong Ingatkan Aku"... Macamaner dia boleh menang pun aku tak tahu... Tapi, keputusan AJL26 tahun ini aku rasa adil dan boleh diterima... Kadang-kadang kita bukan hanya kena menilai lagu, tetapi kemampuan penyanyi itu sendiri membuat persembahan pada malam tersebut merupakan kunci bagi menentukan kejuaraan... Terus terang malam semalam artis yang bergerak secara solo jauh lebih "outstanding" berbanding yang bergerak secara kumpulan... Jac, Hafiz, Alia, Faizal Tahir memang mantap... Yuna??? Aku tak layan lagu dia lah sebab tak masuk ngan jiwa aku... Lagipun, bagi aku suara Yuna dan Aizat rasa biasa jer... Cinta muka buku pun aku rasa tak best sangat, kalau lagu "Pokok" masuk aku rasa lagi best... Tapi, dengar Jac nyanyi lagu yang sepatutnya dinyanyikan jejaka idaman Malaya, Anuar Zain "Sedetik Lebih" sudah cukup meremangkan bulu tengkuk aku... Heeee... Memang tinggi giller suara minah tue... Apapun, aku sedikit kecewa sebab Trio yang aku nak dinobatkan sebagai Juara hanya dapat tempat kedua... Aku memang dapat rasakan mereka bertiga layak jadi juara... Suara sorang2 mantap habis... Memang aku terhibur sangat dengar diorang nyanyi lagu "Beribu Sesalan"...
Jom kita layan balik klip video persembahan diorang semalam...
Juara: Awan Nano
Artis: Hafiz (Turut dinobatkan sebagai Pemenang Vokal Terbaek. Mamat ni control suara dia memang superb... Sedap jer aku dengar bila dia nyanyi... Tak caya... Korang dengar sekali lagi... Macam dalam radio)
Naib Juara: Beribu Sesalam
Artis: 3 Suara (Jac, Sheila dan Ning: Aku harap ada lagi lagu baru untuk diorang tahun baru 2012 ni, masuk AJL next year plak... Memang mantap vokal diorang)
Ketiga: Karma
Artis: Faizal Tahir (Alhamdulillah... Setelah 4 kali percubaan... Akhirnya, FT dapat juga tempat ketiga... Sepatutnya tahun 2010 Hanyut tu yang patut jadi juara... Apapun, mamat ni kalau dah dapat mic memang takkan menghampakan kita semua)
Persembahan Terbaek: Siapa lagi... Alyah ler... Mau tak terbaek kalau Remi Ishak datang last minit... Naik meroyan semua wanita-wanita dalam stadium semalam aku rasa... Apapun, suara dia memang best... Cuma ada terkucil seket... Hikhik...
Keputusan dah dibuat... Pemenang dah dinobat... Harap semua terima keputusan dengan hati terbuka... Ternyata lagu Sifu M Nasir masih relevan dan sedap didengari semua... Moga industri muzik tahun ni produce lebih banyak lagu2 best...
Lastly, jom layan lagu nie... TERBAEK...
Anugerah Juara Lagu 2012 (Pembukaan)
Anugerah Juara Lagu 2012 bermula dengan persembahan artis kegemaran aku... Siapa lagi kalau bukan Abg Jamal Abdillah... Dengan lagu "Senandung Semalam" sudah cukup membuatkan aku terhibur... Apapun, memang persembahan pembukaan yang terbaek... Dengan Awie buat persembahan giller nyanyi lagu "Bujang Senang" dan Sheila Majid dengan lagu "Warna"... Bagi aku cukup meriah... Best... best... Jom layan sekali lagi...
Monday, 31 October 2011
Minggu Pertama: Maharaja Lawak Mega 2011...
Selepas menonton beberapa klip video Maharaja Lawak Mega, aku dapat buat keputusan yang ianya tak seberapa lawak berbanding Maharaja Lawak yang mengumpulkan Juara dan peserta Raja Lawak... Tapi, memandangkan keadaan mungkin masih belum panas jadi aku rasa kebanyakan peserta masih belum bersedia sepenuhnya... Apapun, aku tetap suka gandingan Harun Salim Bachik dan Afdlin yang mana aku rasa di dalam bebanyak persembahan, merekalah yang mampu menghiburkan hati aku sikit... Harap2 minggu depan banyak lagi lawak jenaka yang segar bakal keluar dan menghiburkan semua penonton... Sekiranya tidak, aku pasti ramai yang akan bersetuju dengan pendapat aku bahawa Maharaja Lawak Mega ini bakal menjadi program syok sendiri...
Sekiranya Maharaja Lawak diwujudkan untuk mempertontonkan kepada umum akan siapakah yang benar2 mampu berlawak dan hasilnya kita dapati Nabil, Sepah, Jozan dan Jambu memang mampu menghiburkan kita semua dan memeriahkan lagi industri lawak jenaka tempatan dan aku rasa Astro berjaya mencapai objektif program tersebut... Peluang peserta-peserta Maharaja Lawak mempersembahkan bakat mereka jelas dan kualiti lawak mereka juga amat boleh kita banggakan... Namun, Maharaja Lawak Mega ini amat tidak jelas motifnya... Adakah sekadar untuk memperlihatkan kepada masyarakat orang-orang yang dikatakan berpengalaman luas dalam industri lawak ini mampu mempertontonkan lawak yang jauh lebih "class" atau lebih hebat... Pada pengamatan aku, buat masa ini lawak yang dipersembahkan tidak mencapai tahap atau standard yang aku rasakan sesuai buat mereka... Bahkan aku takut kalau program ini akhirnya menjejaskan lagi peluang mereka untuk terus bertapak dalam arena lawak tanahair... Lawak2 yang diketengahkan tidak menepati citarasa masyarakat kini dan memandangkan sebahagiannya sudah outdated dan generasi baru masih kurang faham akan bentuk lawak yang cuba diketengahkan oleh setiap peserta... Atau adakah Astro cuba mengenengahkan pelawak yang mampu berlawak di peringkat luar negara atau di peringkat Asia... Aku rasa amat sukar memandangkan sebahagian lawak yang diketengahkan hanya mampu diketawakan oleh kelompok masyarakat tertentu... Sebagai contoh kumpulan BAWEL, serius aku pening tengok kumpulan tu buat persembahan... Dan beberapa kumpulan lain yang turut buat persembahan malam tue... Apapun, masih terlalu awal untuk kita buat penilaian memandangkan baru minggu pertama... Harap minggu-minggu ke depan akan jauh lebih menghiburkan... Lagipun siapalah aku nak mengkritik mereka... Cuma harap Astro tidak hanya menganjurkan program yang hanya menjana keuntungan singkat mahupun program yang kurang berkualiti...
Monday, 26 September 2011
Lelaki Segemuk Aku... Afif Satar
Actually, on the way back from office yesterday, aku terdengar HotFM... And they played a song by Alif Satar entitled "Lelaki Seperti Aku..."... So, aku pun pagi ni masuk ofis dan ubah lirik sikitlah agar motivate diri aku... Korang kena baca... best lirik dia... dan cuba korang nyanyi... Mesti gelak... Bagi yang tak pernah dengar lagu dia, aku attach klip video di bawah...
Memang tak ada lelaki segemuk aku
Tapi yang lebih gemuk banyak
Memang tak ada lelaki seboroi aku
Tapi yang lebih boroi banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki sebuncit aku
Tapi yang lebih buncit banyak
Memang tak ada lelaki setembam aku
Tapi yang lebih tembam banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Tapi yang lebih gemuk banyak
Memang tak ada lelaki seboroi aku
Tapi yang lebih boroi banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki sebuncit aku
Tapi yang lebih buncit banyak
Memang tak ada lelaki setembam aku
Tapi yang lebih tembam banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Monday, 19 September 2011
Klip Video Musik Kegemaran Aku Hari Ini... Layan...
Tengahari ini tetiba rasa nak layan lagu nie... Release tension setelah sibuk membaca buku yang boleh aku gunakan untuk sumber research aku... Huhuhu... Best giller lagu nie...
Sunday, 7 August 2011
iKLan GANGSTER (Macamanalah aku boleh terlayan cerita bebudak ni buat...)
Tengah lepas balik terawikh semalam aku bukak FB, sekali adik bini aku boleh plak tagkan aku klip video yang dia kata kelakar sesangat... Tiru KL Gangster... Aku plak tetiba boleh terlayan... Dah takder keroje agaknya... Patutnya pergilah bertadarus ker, aper ker... Ni boleh pergi layan cerita2 ngarut... Apapun, kreatif jgaklah mamat2 yang berlakon dalam klip nie... Layan... Sekadar hiburan...
Thursday, 4 August 2011
Fenomena Artis Bertudung... Satu Dakwah...
Alhamdulillah, la ni dah banyak dah artis Islam Melayu Malaysia yang dah bertudung... Suka aku tengok perkembangan yang sihat ni... Harap lebih ramai lagi yang mengikuti... Gambar2 di bawah ni aku memang ambil dari blog2 lain dengan keizinan dan harapan agar menjadi satu dakwah kepada Muslimah yang masih belum bertudung... Jika mereka yang terkenal, famous dan hidup bergelumang kemewahan dan kepopularitian juga masih mampu berubah... Semua orang hakikatnya boleh berubah... Nak dengan tak ajer... Yang penting niat nak berubah kena ada...Harap pose2 ni jadikanlah bulan untuk hijrahkan diri... Aku jgak berdoa agar mereka yang dah berubah tu terus berubah dan beristiqamah... Artiskan contoh buat masyarakat... Kalau ramai bertudung pasti akan ramai yang terikut nanti... Ameen...
Wednesday, 20 July 2011
Ashraf... Aleesha... Mana lagi Glamour?
Hari ini dalam paper Berita Harian muka besau gambo awek cun bernama Aleesha kalah dalam usahanya menukarkan namanya di dalam I/c daripada Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana...Aku ingat tak berpendidikan kot budak nie... Rupa-rupanyer pelajar lulusan diploma perubatan IPTA tempatan... Apa yang menarik untuk aku kongsi ialah petisyen yang difailkan ke mahkamah oleh beliau mendakwa beliau lebih cenderung kepada perwatakan wanita dan telah menjalani pembedahan penukaran jantina di Thailand dalam tahun 2008-09... Pada masa yang sama, beliau juga telah mendapatkan pengesahan pakar sebelum melaksanakan pembedahan tersebut daripada Pantai Medical Centre (PMC) dan Hospital Putrajaya. Rawatan hormon dan psikologi turut diadakan bagi mengesahkan status beliau sebagai perempuan adalah benar... Beliau tidak hadir bersendirian ke mahkamah... Diiringi oleh kedua ibubapa beliau yang turut mengesahkan beliau memiliki alat sulit lelaki sejak kecil tetapi ianya tidak normal dan tidak berfungsi mahupun aktif seperti kanak2 yang lain... Mak Ashraf ni jugak siap buat statutory declaration mengesahkan anaknya berperwatakan perempuan melebihi lelaki... Petisyen Ashraf ditolak kerana pihaknya gagal membuktikan Ashraf benar2 wanita sejati yang mempunyai rahim dan susuk tubuh wanita... Pihak perundangan juga menolak kerana perkara ini akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat... Jantina bukanlah satu perkara yang boleh diubah... Sekiranya diberi kebenaran, ditakuti ramai yang akan tampil membuat petisyen menukar jantina hanya kerana satu petisyen diberi kelulusan...
Apapun, kita tidak nafikan kemungkinan ada insan yang mempunyai masalah seperti ini memerlukan rawatan psikologi yang segera... Kelebihan untuk cenderung kepada jantina asal harus dipupuk agar budaya transeksual tidak terus mekar di dalam negara kita ini... Jika diperhalusi dari perspektif Islam, perbuatan transeksual atau menukar jantina ini ditegah oleh agama kita. Ini berdasarkan kepada petikan ayat al-Quran yang bermaksud “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…” [Surah al-Nisa' ayat 119].
Terdapat juga sebuah hadis yang bermaksud “Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadith Riwayat al-Bukhari]. Adalah jelas bahawa berdasarkan dalil-dalil tersebut menunjukkan betapa Islam menolak sekeras-kerasnya amalan transeksual di kalangan umat manusia.
Siapalah kita untuk menghukum mana-mana individu... Hanya Allah Ta'ala sahaja yang berhak menentukannya... Mungkin Ashraf sengaja ingin menjadi Aleesha... Atau mungkin benar Ashraf itu adalah Aleesha... Hanya Allah Yang Tahu... Serahkan padaNya untuk menentukan hukumannya kelak... Wallahua'lam...
Sunday, 5 June 2011
Maharaja Lawak... Yang Hambar...
Last Friday, as usual, I spent my night watching Maharaja Lawak yang kali ini diadakan di Penang International Sports Arena (PISA)... Dengan penuh high expectation, me and my wife was sitting in front of the TV and watched every performance... Started with Jozan and ended by Sepah... I can simply conclude that it was very boring, not even make me laugh and I think most of the so called "Maharaja Lawak" potential candidates were went to Penang with unprepared performance.
I start to think what was the main reason that night performance hambar giller... Apa dier???
1) Salah satu sebab yang aku rasa ialah kesilapan Astro jugak sebab diorang pergi buat dekat tempat open giller yang memang susah bagi stand up comedian nak bagi semua orang gelak... Dengan suasana yang agak terbuka macam tu, wujud bunyi bising dan bergema menyebabkan audience dan performer tu sendiri tak focus nak buat lawak...
2) Pergi buat dekat tempat jauh-jauh buat aper... Pergi sampai Penang... Dah confirm amik masa satu hari nak ke sana, nak check in lagi... Nak pikir idea nak buat lawak lagi... Komitment kerja kat KL lagi... Bila masa diorang nak fokus... Last sekali, produce lawak takde kualiti... Salah siapa kalau dah semua tak lawak malam tu... Cuba kaji... Sebelum ini kita boleh pecah perut gelak kenapa malam tu macam hampas semua orang...
3) Bila buat tempat open...Semua bercakap kuat nak bagi satu stadium dengar... Intonasi suara dah tak control... Punch line tak jadilah...
4) Bila pergi jauh, kita kena fikir yang kita beri masa one week for them to think what kind of lawak they are going to perform next... + letih lagi sebab kena travel... + masalah lain, nak bawak family, nak bawak props dan sebagainya... Aduhai... Kalau aku jadi peserta pun pening jgak....
5) Aku rasa Astro tak perlu nak cari duit dengan buat Tour macam ni... Hambarlah...
Ini sekadar pendapat aku... Diorang kena buat di tempat yang jauh lebih tertutup... Barulah kemeriahannya dapat dirasai... Barulah lawak jelas didengari...
* Ni group kesukaan aku... Diorang pun hambar tahi... Apapun, kalau korang nak layan, layanlah... Si Yus ni terjerit-jerit jer... Sakit telinga aku... Sakit hati aku... Huhh!!!
* Ni jelah pun yang boleh tahan... Itupun mampu buat aku tersenyum jer...
Tuesday, 31 May 2011
Oh Yeah!!! Mendidih Bersama Sharifah Amani...
Sementara duduk dalam pejabat menunggu meeting petang ni, tetiba aku boleh layan pulak Oh Yeah!!! Mendidih Bersama Sharifah Amani... Memang agaknya inilah perangai wartawan-wartawan Malaysia dan artis-artis Malaysia agaknyer... Memang kelakor bila tengok Jozan, Afdlin Shauki dan Nabil tak putus-putus mengutarakan soalan pada Amani... Layan...
Ehsan YouTube...
Sunday, 29 May 2011
Maharaja Lawak Minggu Ke-9: Milik JAMBU
Last Friday, I spent my night by watching Maharaja Lawak. After all of the groups performed, I may conclude that JAMBU was the BEST... Please watch their performance and don't forget to vote them to become the 1st Maharaja Lawak...
Monday, 23 May 2011
Maharaja Lawak... Week 8... Sepah yang punyer...
Menganalisa lawak-lawak yang dibuat semasa minggu ke-8 Maharaja Lawak, terus terang aku berikan pujian kepada Sepah di atas konsistensi lawak-lawak yang mereka persembahkan... Dengan penuh bersahaja 3 makcik-makcik kampung sibuk merewang akhirnya diakhiri dengan tragedi memotong kaki salah seorang daripada mereka cukup menggelikan hati... Apapun, malam tu, memang Sepah yang jauh lebih outstanding daripada Nabil (Yang memang tahapeapentah), Jambu (walaupun aku peminat jambu tapi lawak Robot diorang malam tu memang tak jadi), R2 ( Yang memang bergantung pada uncle tu jer untuk berlawak) dan Jozan (dengan lawak sebastiknya)... Sepah bagi aku cukup kelakar...
Friday, 20 May 2011
Maharaja Lawak... Week 8...
![]() |
| Peserta Maharaja Lawak... |
3pm, Masih kat pejabat lagik... Tapi otak dah tak sabar pikir nak balik. Rasa nak terus pergi ke Kajang ambil anak-anak aku lepas tu bergegas balik ke rumah aku di Cheras... Almaklumlah, rancangan hiburan yang paling aku gemari akan bersiaran di kaca TV tepat jam 10malam... Maharaja Lawak Minggu ke-Lapan bakal aku saksikan malam ini bersama anak-anak dan isteri-isteri aku nanti... Ops! Isteri aku nanti... Namun, apa yang menyebabkan aku tertarik dengan program Maharaja Lawak ini ialah peserta-peserta yang bertanding amat berbakat di dalam membuat lawak dan mampu membuatkan aku terlupa seketika akan masalah-masalah hidup yang aku ada... Dengan Jozannya yang memang pakar berceloteh, Nabil yang kreatif dan bijak mereka lawak yang bermutu, Sepah yang cukup bersahaja dalam bercerita, Balas dengan lawak "double meaning'nyer dan Man yang baru menunjukkan taringnya... Namun, apa yang paling penting ialah, aku nak menyaksikan peserta favourite aku beraksi pada malam ini... JAMBU... Sedari awal lagi aku amat meminati kumpulan ini... Penampilan mereka yang pada peringkat awalnya low profile, tidak terlalu ramai fan, bersahaja dalam jenaka sehinggalah minggu ke-Tujuh apabila Sifu Ahmad Idham mencadangkan "silent comedy", aku dapat merasakan mereka berlawak begitu matang, tenang dan mempunyai idea yang di luar jangkaan... Dan kalau aku diberi peluang menganalisa lawak jenaka mereka bermula dari Episod 1 yang mana sessi interview bersama Dato' sudah cukup membuatkan aku pecah perut tergelak melihat gelagat Dato' Yus yang terkejut beruk apabila Tauke bukak pekung skandalnya keluar dengan betina... Episod 2 menyaksikan usaha si Yus menangkap Tauke sebagai pesalah untuk dihadapkan kepada Ketua Kampung sambil terjumpa Zilla Bakarin satu jenaka yang cukup tak terduga... Namun, episod Muzikal komedi, pencapaian Jambu agak sederhana jika hendak dibandingkan dengan Jozan dan Sepah... Tetapi, itu tidak bermakna Jambu tidak mampu bersaing lagi, Episod 4, dengan kehadiran Nora Danish @ Yus yang sedang diayat oleh Tauke menyebabkan aku geli hati melihat gelagat mereka... Aku respek Yus yang sanggup bercukur semua bulu yang terdapat di mukanya hanya semata-mata nak jadi pompuan... Episod ke-5 menyaksikan Yus dan Tauke berusaha menjayakan lawak majlis makan malam... Tapi, kebangkitan Jambu dapat kita semua lihat apabila Episod 6, mereka berjaya mempamerkan lawak Sukan di darat yang mendapat pujian semua juri... Hasilnya, minggu ke-7, dengan tema "silent comedy', apa yang aku boleh simpulkan, JAMBU telah menapau semua peserta lain dalam kategori "silent comedy"...
Aku cukup tak bersabar nak menyaksikan apa pula yang bakal mereka lakukan pada malam ini... VOTE FOR JAMBU...
Subscribe to:
Posts (Atom)









