Sunday, 4 March 2012

Isnin 5 March 2012

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan nyawa untuk aku terus bernafas pagi ini dan syukur aku masih mampu melihat keayuan wajah isteri dan sayup redup mata kedua-dua anak kesayangan aku, Arif Suhaili dan Alif Syahmi... Seawal 5.30pagi aku bangkit dari tidur... Terus bingkas bangun bersiap ke surau untuk menunaikan solat fardhu Subuh... Ku kumandangkan azan sekuat dan setegas mungkin agar ada jiran-jiran yang bangun untuk menunaikan solat Subuh berjemaah denganku... Namun, biarpun solat di surau, aku hanya solat berseorangan... Maklumlah, hanya ada 14 keluarga Melayu Islam yang tinggal di kawasan rumah aku di Taman Delima, Cheras... Atas dasar tanggungjawab dan semangat ingin berubah, aku gagahkan diri bangun seawal pagi, membuka pintu surau agar terbuka pintu hati ini untuk terus bertaqwa kepada Allah... Sedang aku duduk di atas tikar sejadah ketika dingin pagi membelai kesunyian ku beribadah, aku bermuhasabah mengenai apakah yang bakal Allah tentukan buatku dan keluarga ku pada masa yang akan datang? Apakah Allah menerima setiap amalan dan ibadah yang turun naik ku kerjakan? Apakah persinggahan hidup sementara aku di dunia ini akan menjadi jambatan emas yang menjanjikan syurga di hujung perjalanan ku nanti? Aku buntu dan aku tidak tahu apakah yang bakal terjadi... Namun, hanya satu yang aku pasti... Ya Allah... Engkau tetap ada di sisi... Biarpun jauh aku darimu... Biarpun terpesong aku dari landasanmu... Pintu Mu untuk aku sentiasa kembali akan terus terbuka... Dan tiada apa yang aku harapkan melainkan secebis hidayah dariMu Ya Rabb agar diri ini terus kekal bertaqwa dan beriman...

Setelah selesai solat Subuh, aku mempersiapkan diri untuk ke pejabat... Ku kejutkan isteriku bangkit menunaikan solat dan mempersiapkan anak sulongku Arif yang akan ke Tadika... Moga dia menjadi anak yang soleh seperti yang setiap ibubapa ingini... Jam 8pagi, aku memacu kenderaan ku ke Kajang untuk menghantar anak-anak ku agar selamat berada di bawah jagaan mertua... Maklumlah, dah banyak sangat kes yang tidak sedap didengari berlaku sejak kebelakangan ini... Setelah menghantar Arif ke tadika dan hampir sejam memandu dari Cheras ke Kajang, dari Kajang ke Subang... Kini, aku sedang berada di dalam pejabat... Merancang sesuatu agar masa depan ku lebih cerah dan gemilang... Biarpun aku tahu... Jalan yang bakal aku tempuhi pasti berliku... Namun, aku pasrah kerana aku tahu sekiranya aku ikhlas... Yang di atas sana pasti akan membantu... Ya Allah!!! Bantulah aku... Permudahkanlah urusan hidupku... Berikanlah kejayaan kepadaku... Ameen...

Thursday, 1 March 2012



Alhamdulillah... Hari ini aku dapat merasakan kegembiraan yang amat sangat apabila Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan tol Batu 9 dan Batu 11 Lebuhraya Cheras Kajang berkuat kuasa tengah malam semalam... Aku memang gembira sangat sebab setahu aku hampir setiap hari bekerja aku dan isteri akan melewati jalan tersebut... Maklumlah, nak hantar anak ke rumah Mertua aku di Taman Tanming Impian, Kajang... So, everyday aku kena travel dari Cheras ke Kajang, dari Kajang ke Subang, dari Subang ke Kajang dan dari Kajang ke Cheras... Syukur sangat tol ni dah dimansuhkan... Terus terang aku nak ucapkan terima kasih pada YAB Dato' Seri Najib... Ni bukan nak mengampu sebab dia tak baca blog aku nie... Tapi aku rasa agak happy!!! Dan sekadar nak berterima kasih pada kerajaan.

Cuba korang bayangkan pada awal tahun 2009 aku punya perbelanjaan tol ialah sebanyak:
Cheras - Kajang = RM 0.90(Batu 11)
Kajang - Subang = RM 0.90(Batu 11) + RM 1.00(Batu 9) + RM 0.50(Tol Cheras) + RM 2.60(NPE)
Subang - Kajang = RM 2.60(NPE) + RM 0.50(Tol Cheras) + RM 1.00 (Batu 9) + RM0.90 (Batu 11)
Kajang - Cheras = RM 0.90(Batu 11)

Busuk-busuk tol aku sehari bersamaan RM 11.80. Itupun kalau aku dan wife pergi satu kereta... Kalau pergi berasingan... Pergh... Tak ke cecah RM20.00. Kalau sebulan mahu cecah lebih RM 450. Tapi apakan daya demi memastikan keselamatan anak-anak ada baiknya aku berulang. Nak hantar kat nursery minta tolong tengok anak aku, terisau pulak takut2 dibungkusnya anak aku, diselotape mulut anak aku, disumbat susu sampai tersedak... Aku tak sanggup... Biarpun terpaksa bayar tol lebih aku tak kisah yang penting anak-anak aku selamat...

Aku nak ucap terima kasih pada kerajaan. Mula-mula mansuhkan tol Cheras. So, dah jimat RM0.50. Pergi balik dah jimat RM1.00. Lepas tu, tol kedua NPE berdekatan Kg Medan pun kerajaan dah hapuskan untuk hala balik aku dari ofis ke Kajang. So, NPE hala balik daripada 2.60 tinggal RM1.60. Sekarang ni, dah mansuhkan pulak tol Batu 9 dan Batu 11. Pergh... Heppi gila aku bila dapat jimat RM 1.90 sehala. Pergi balik dah jimat RM 3.80.

Pengumuman hari ini telah menyebabkan perbelanjaan perjalanan aku ke rumah mertua aku dan ke pejabat turun serta merta sebanyak 75%... Yes!!! Aku hanya perlu bayar tol NPE jer... RM 3.60 pergi dan balik... Penjimatan sebanyak RM 11.80 - RM 4.20 = RM 7.60 (Sehari). Lepaslah duit makan nasi ayam dan air bandung cincau kat opis... Siap boleh tambah pengat pisang lagi kalau dibelanjakan RM 7.60 tue... Orang lain mungkin tak rasa sangat usaha Dato' Najib hapuskan tol ni ringankan beban rakyat... Tapi, aku sebagai rakyat marhain ini amat merasai kesan langsung pemansuhan tol ini... Dalam tempoh 3 tahun... 3 tol telah dimansuhkan... Memang aku nampak Dato' Seri Najib bekerja mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian... Terang-terang gua confirm undi BN kalau PRU tahun ini... Hihihi... 

Apapun, sekali lagi syukur pada ALLAH... Terima kasih pada PM...  


Menganalisa kesan terhadap apa yang aku perolehi sebagai rakyat terutamanya selepas pilihanraya umum 2008. Aku melihat dan mengkaji manifesto yang dicanangkan oleh kedua-dua belah parti... Parti BN manifestonya selalunya general dan luas skopnyer... Manifesto Pakatan Rakyat pulak jauh lebih spesifik... Tapi, bagi aku manifesto ni sebenarnya kalau kat Malaysia ni lebih berbentuk gula-gula politik nak pancing undi ajer... Buku Jinggalah... Itulah... Inilah... Semuanya retorik jer... Aku lebih suka melihat kesan langsung yang aku sebagai rakyat perolehi... 

Apa yang Pakatan Rakyat bagi pada aku sehingga kini:
1) 20 meter padu air percuma: Roughly dalam RM 11.60. Itupun selalunya bil air rumah aku RM 6.00 - RM 8.00. Terima kasih buat Tan Sri Khalid sebab berjaya tunaikan janji nie...
Yang aku masih tunggu untuk dapat:
2) Tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak Selangor. Sampai aku dah anak 2 pun tak dapat lagi. Form dah isi siap mintak photocopy Surat beranak dan sebagainya... Tapi, follow up tak ada daripada pihak kerajaan negeri... Harap dapatlah sebelum pilihanraya... Hihhii...

Apa yang Barisan Nasional bagi pada aku sehingga kini:
1) Mengurangkan beban rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan dengan menangani kesan kenaikan harga barang dan kos harian bagi menjamin kualiti hidup rakyat bermutu. 
     1a) Pemansuhan tol Cheras : RM 0.50
     1b) Pemansuhan tol Kg Medan NPE : RM 1.60
     1c) Pemansuhan tol Batu 9 dan Batu 11: RM 1.90
2) Menyediakan lebih banyak biasiswa dan bantuan pengajian kepada semua pelajar yang berkelayakan tanpa mengira kaum - Baucer buku 1 Malaysia buat mahasiswa: RM 200 


Petikan: Ehsan dari MPP Online...

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah semalam.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Perdana Menteri berkata ia juga adalah merupakan janji yang pernah diungkapkan pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna.

Tuesday, 28 February 2012

Penyakit Tangan, Kuku Dan Mulut (HFM)

 

13 Februari 2012 hari tu anak aku yang kedua, Alif Syahmi dimasukkan ke dalam wad di KpJ Kajang disebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut... Dalam bahasa Inggerisnya Hand, Foot and Mouth (HFM)... Aku pun tak tahu apa-apa pasal penyakit ni hinggalah terjadi pada anak sendiri. Mujurlah wife aku sedar akan perubahan yang berlaku pada anak aku tu terutamanya bila dah keluar bintik-bintik merah di sekeliling badan dia... Aku dan isteri mula-mula ingatkan demam biasa aje, rupanya setelah doktor di KpJ tu check... Dia mengesahkan Syahmi kena demam kuku, kaki dan mulut... Penyakit kuku, kaki dan mulut ni disebabkan oleh jangkitan virus... Mengikut bacaan aku di internet ianya merupakan virus dari kumpulan enterovirus yang biasanya menyerang dan menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak yang berumur 2 minggu hingga 5 tahun... Jadi kalau orang dewasa aku rasa tak ada yang kena penyakit nie... Kebanyakannya budak-budak sahaja... Mungkin ada kes-kes yang cukup terpencil sekiranya orang dewasa terkena penyakit ini... 

Macamaner Syahmi boleh terkena penyakit nie?
Benda ni aku dan isteri cuba kaji dari mana Camica dapat virus ni… Apa yang aku ingat, wife aku ada bawak Camica gi klinik Az-Zahrah untuk cucuk setahun setengah… Mungkin dari situ kot terkena… Takpun, masa aku bawak famili keluar makan… Penyakit ni mudah merebak… Melalui sentuhan, lelehan air liur pesakit, hingus dan paling cepat kalau tersentuh kulit pesakit yang melepuh… Tapi, virus ini juga boleh merebak melalui udara… Pesakit bersin ke, nafas ke dan sebagainya… Masa dijangkiti virus ni, Camica mula demam… Demam biasa jer… Tapi, lepas 2 hari barulah nampak kesan bintikan merah keluar di tangan, kaki dan badan Camica… Doktor bagi tahu, selalunya pesakit dapat kesan penyakit ni selepas 5 hari… Yang susahnya bila Camica pecah di bahagian mulut (ulser), hingus yang banyak dan kurang selera makan… Budak kalau kurang selera makan ni bahaya… So, terus admit di KpJ, apalagi… Masuk air ler jawapnya…

Nak tahu tanda anak-anak korang kena penyakit nie?
1) Mula-mula demam panas… Masa ni mood Camica pun dah mula meragam… Pastu, bila nak tidur dah mula merengek…
2) Hilang selera makan… Camica ni pemakan budaknya… Pantang nampak makanan mesti minta dan tak tahu nak berhenti… Macam bapak dia kot… Tapi, bila kena demam ni, selera makan dia kuranglah sikit… Kerja nak peluk mak dia jer… Emosi dia memang tak stabil… Mungkin sebab badan dah tak sihat…
3) Ulser di tekak dan mulut… Paling aku tak boleh tengok ialah bila ada ulser di tekak dan mulut Camica… Ulser di tekak menyebabkan Camica sakit kerongkong dan ulser di mulut menyebabkan Camica pecah di bahagian bibir… Kalau orang utara kata “mata ikan”… Bila dua penyakit ni datang, Camica pun tak selera nak makan… Huhuhu
4) Ruam yang melepuh… Ni part last skali… Lepas semua symptom di atas ada pada Camica, pelengkapnya ialah ruam atau bintik-bintik yang melepuh di tangan, kaki, mulut dan badan… Memang teruk sangat bila aku tengok anak aku nie… Melepuhnya ruam tu sampai tahap berair dan kalau digaru boleh melecet… Paling teruk di bahagian yang tertutup… Di celah kangkang dan punggung anak aku… Mungkin sebab pengudaraan tak bagus di kawasan disebabkan pakai pampers…

Bahaya penyakit ni?
Kalau dulu-dulu ketika tak ada perubatan moden, penyakit ni boleh membawa maut di mana pesakit jadi lemah sebab tak boleh nak makan… Maklumlah, budak-budak… Bila tak makan boleh menyebabkan “dehydrate”, susah bernafas dan demam yang berpanjangan… Sekarang ni dengan perubatan moden, risiko ini dapat dikurangkan… Semestinya pesakit kena masuk hospital, bila masuk hospital, masuk air… Lepas masuk air, masuk ubat… Lepas masuk ubat… InsyaAllah dalam seminggu baik ler…

Cara nak elak penyakit ini…
Penyakit ni kalau Allah nak bagi kena, maka kenalah… Cuma, kita kena usaha cari langkah pencegahan sebab kadang-kadang penyakit ni kita sendiri yang cari… Contohnya nak elak AIDS, janganlah ambil dadah dan terlibat dengan hubungan bebas… Macam tu jgak penyakit nie… Kita kena sama-sama jaga kebersihan kawasan sekeliling, ibubapa kena berhati-hati bila nak bawa anak keluar terutama sekali ke hospital dan klinik yang mana kawasan itu mudah mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit dan amalkan kebersihan…

Gambar Camica semasa kena demam Tangan, Kaki dan Mulut (HFM) yang sempat aku rakamkan...



 

Sunday, 26 February 2012

Kalau Benci Seseorang Pun Tak Perlulah Sampai Begini Sekali...

Seawal pagi aku masuk ofis dan memulakan kerja, terbaca aku akan akhbar berkenaan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat... Dari semalam lagi aku dengar berita ni masa menonton TV di rumah... Reaksi aku mudah... Pemimpin PKR juga manusia biasa yang tidak lari daripada dosa... Kita manusia ni penuh dengan lalai, mudah ikutkan nafsu dan senang sekali terikut pujukan dan bisikan syaitan... Cuma sebagai pemimpin masyarakat tak manislah bila ditangkap khalwat... Aku berteka-teki siapakah gerangannya pemimpin PKR tersebut... Adik ipar aku bagitahu pemimpin tersebut yang berceramah sambil melabelkan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Harussani dengan gelaran Haramsani... So, aku pun bukak youtube nak menonton klip video tue dan ternyata ustad yang berada di dalam ceramah itu merupakan ustad PAS... Bukan ustad PKR dan bukanlah ustad yang ditangkap khalwat semalam... Dalam paper dah keluar muka depan rupanya ustad Badrul Amin... Astaghfirullah... Khusyu' aku dengar alunan zikir munajat dia dalam kereta seminggu sekali bersama anak-anak aku... Rupanya, dia yang kena tangkap khalwat... Apapun, bukan soal khalwat tu yang aku nak pertikaikan di sini... Aku pun bukan saksi kejadian dan aku takut sangat kalau-kalau menuduh orang berzina sedangkan kita tidak tahu hujung pangkalnya...

Yang aku nak sentuh ialah betapa terkejutnya aku melihat video ceramah ustad PAS tersebut... Klip pendek nie dah lama rupanya, cuma aku je baru tengok... Klip ini menunjukkan betapa inteleknya ustad ni dalam berhujah... Betapa hikmahnya ustad ni dalam berdakwah... Politik dari sudut definisinya ialah menguruskan dan mentadbir kepelbagaian yang wujud di dalam masyarakat manusia... Politik juga hakikatnya satu daripada cabang dakwah yang memerlukan hikmah dan perlu beretika... Namun, apabila melihat dan mendengar ceramah ini, terlihat sudah akan keperibadian seseorang tersebut... Tuduhan yang pertama ialah duit pelacur, judi, arak, babi dan apa juga yang haram ada di dalam urustadbir kerajaan negeri Perak... Kakitangan kerajaan dilabelkan sebagai pemakan duit haram... Mungkin perkara tu benar... Tapi, bila ustad ni terang-terang menyatakan Mufti tak buat apa-apa aku rasa itu satu tuduhan yang melulu dan tidak berasas... Ustad ni terus menggasak dengan melabelkan Mufti makan duit pelacur, mufti makan duit arak, mufti makan duit judi, mufti makan duit babi, mufti makan duit haram... Sebab tu Harussani patut diler Haramsani... Astaghfirullah... Siapalah kita hendak mengharamkan sesama manusia... Siapakah kita nak menilai dosa dan pahala manusia??? Aku amat tersinggung dengan ustad ni punya statement... Sungguh tidak beradab... Ingatlah, berpolitik jangan sampai menambah dosa, menabur fitnah dan mencerca sesama ummah... Bukan adab berpolitik Islam namanya... Kepada semua, nilailah sendiri... Kepada ustad tu, ayat akhir aku... "Kalau benci seseorang pun, tak perlulah sampai begini sekali..."


Friday, 24 February 2012

Day 5: Trip Jakarta Bandung 2012

So, today is the last day in Jakarta... Pagi nie, yang dewasa program nyer ialah shopping di Mangga Dua... Sampai muntah shopping... Dari jam 9am - 1.30pm... Habis pusing kat Mangga Dua... Yang remaja punya gang plak, diorang pergi main-main di DUFAN (Dunia Fantasi)... Lebih kurang macam taman tema ler... Apapun, rasanya masing-masing puas hati... Yang nak shopping boleh shopping, yang nak bergumbira dan bermain di taman tema dapat juga...

Around 2.30pm, supposedly kitorang depart to Kuala Lumpur from Low Cost Terminal 2 at 6.30pm... Dalam jam 4pm dah sampai di sana... Lepas check in baggage, semua dah reading di "boarding area"... Boleh pulak delay for about 1 hour... Departure 7.50pm...

Day 5: 25 Januari 2012

0800: Check out Orkid Hotel
0930: Mangga Dua / Dufan
1400: Lunch/ Go to airport
1750: Depart to Kuala Lumpur










Day 4: Trip Jakarta Bandung 2012

Hari ke-4, setelah selesai bersarapan di hotel... Kami seluruh ahli rombongan meneruskan perjalanan ke Bogor... Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam... Kami tiba di sana lebih kurang jam 10pg... Kami ke Bogor ni tak lain dan tak bukan semata-mata nak melawat Taman Safari Indonesia... Ternyata keputusan kami untuk ke sana memang terbaek... Aku terus terang kagum dengan keindahan alam yang ada di sana, landscape decorationnya yang cantik, safarinya yang tersusun, suasana hutan yang nyaman dan redup, binatang-binatangnye pun banyak dan masuk ke safari dengan kenderaan sendiri merupakan satu pengalaman yang cukup menarik... Seharusnya Malaysia juga patut mengambil contoh daripada keunikan Safari Bogor... Kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara... Aku rasa sana lagi best... Show binatang yang memang menarik... Taman reptilia juga ada, water park untuk budak-budak main pun ada... Complete dengan picnic area dan pendek kata memang best... Apapun, dalam post ni aku nak share dengan viewers some of the pictures yang ada ketika kami di sana...

Selesai kami di Safari lebih kurang jam 2ptg dan terus kami pulang ke Jakarta dan singgah di Cempaka ITC... Tempat shopping yang memang luas dan banyak barang... Memang terbaek... Selesai di Cempaka ITC, kami singgah di Sarinah untuk mereka yang minat shopping batek... Aku, as usual, cuci mata jelah tengok barang2 sana... Lepas tu kami dinner dan pulang ke hotel... Malam ni dah nak kena packing sebab esok dah nak balik... Huhuhu...

Day 4: 24 Januari 2012

0800: After breakfast, depart to Bogor
0930: Safari
1325: Heading back to Jakarta
1530: Shopping at Cempaka ITC
1700: Shopping at Sarinah
2200: Back to Orkid Hotel





















Day 3: Trip Jakarta Bandung 2012

Seawal jam 8pagi semua ahli rombongan dah berkumpul di lobi hotel dan selesai bersarapan. Maklumlah inikan hari terakhir kami di Bandung. Jadi semua dah bersiap nak check out dan nak ke Jakarta pulak tengahari ini. Tapi sebelum ke Jakarta, kami sempat ke Pasar Baru untuk shopping dan ke Jalan Riau melihat2 factory outlet yang ada di sana... Apapun, memang syok berjalan di Bandung nie... Syok jaga anak... Hihihi... Mak nyer syok bershopping... Seingat aku yang muat untuk aku beli ialah topi jer... Dan sepasang seluar tentera... Itupun, jenuh tahan napas bila aku pakai... Ah!!! Tak kisahlah... Yang penting ada juga kenangan aku bawak balik ke KL nanti...

Yang paling tak boleh blah tengok muka anak aku Syahmi yang dahi dia dah berbalut sebab kejadian semalam... Mengingatkan aku semasa aku kecik2 dulu, masa tu nak pulang beraya ke Penang, semua orang tengah bersiap... Aku bergurau main agah-agah ngan AG... Aku agah dia, dia lari... Aku agah dia, dia lari... Sekali lagi aku agah dia, dia lari lepas tu terhantuk bucu pintu... Berjahit tiga... Hihii... Same thing happened last night at Toko Tiga Jeans... Arif tengah main ngan Cami, tengah kejar Cami, tetiba Cami jatuh terhantuk bucu meja... Mungkin itulah tanda kenangan hubungan abang ngan adik kot... Yang selalu bertanda mesti adik... Hahaha...

Jam 9.00 pagi, rombongan tiba di Pasar Baru... Shopping sakan sampai jam 11.30pagi... Bini aku kerja beli telekong, baju2 pompuan dan kain batik... Aku plak kerja tolak anak2 aku merayap sekitar area tue... Lepas tue, seluruh ahli rombongan ke Jalan Riau... Jenguk2 factory outlet yang ada di sana kalau2 ada apa2 yang menarik untuk dibeli... Dalam jam 2.30ptg, rombongan berangkat ke Jakarta... Sesampai di Jakarta jam 5.00ptg, kami terus melawat tugu Monas... Mercu tanda kebanggaan Jakarta tanda terbentuknya sebuah kerajaan merdeka dari cengkaman penjajahan... 

Lepas tu kami pergi dinner dan lepas tu check in di Orkid Hotel... Selesai aktiviti kami hari yang ke-3...

Day 3: 23 Januari 2012

0800: Check out from Andelir Hotel. Heading to Pasar Baru.
0900: Shopping at Pasar Baru
1125: Heading to Jalan Riau, shopping at factory outlet...
1430: Lunch
1530: Depart to Jakarta
1700:Visit Monas Statue... Jakarta
2130: Dinner and check in at Orkid Hotel...