Perang, perang, perang... Tak habis-habis masing-masing nak mempertegakkan hujah masing-masing... Yang penyokong BN kata memang sah Anwar terlibat... Yang pro-pembangkang kata, itu bukan Anwar... Ya Allah! Mana satu yang betul ni... Aku confius... Bloggers pro-BN dah kelam kabut menyebarkan video tu untuk tatapan umum agar rakyat boleh melihat dengan jelas siapa pelakon utama video tu... Bloggers pro-PR pulak dok sibuk canang statement Wan Azizah, Khalid Brahim dan Karpal Wheelchar backing Anwar bukan orang dalam klip tu... Persoalannya, siapa mamat dalam klip tu? Siapa?
Yang aku pula tak habis-habis menyibuk nak menaip pasal hal ni... Sebabnya satu Malaysia dok sibuk cakap pasal benda ni... Isu dia sekarang ni, SIAPA YANG TAK BERMORAL? SIAPA YANG PATUT DIBAWA KE MUKA PENGADILAN?
Bagi soalan pertama, siapa yang tak bermoral antara PENZINA dan PERAKAM AKSI ZINA? Bagi aku dua-dua tak bermoral. PENZINA dah sah-sahlah berdosa besau... PERAKAM ZINA dosa dia kecik sebab dia tak berzina, dia rakam jer... Tapi dosa dia dalam orang puteh punye language boleh di "Multiply" kan... Mana taknyer, selagi orang tengok, selagi tu ler mekeme-mekeme tu berdose... Tapi aku pujilah siapa yang upload tu sebab pandai dia taknak aibkan Anwar... Upload aksi dua minit tengah bersiap jer, tak upload aksi yang lebih lanjut, kalau tidak, pening kepala rakyat Malaysia... Kalau ikut hudud, PENZINA tu dah kena rejam dah... Cuma aku tak tahu apa hukum hudud untuk PERAKAM AKSI ZINA... Ada sesiapa boleh jawab untuk teman?
Soalan teman yang kedua, SIAPA YANG PATUT DIBAWA KE MUKA PENGADILAN? Dalam hal ni, teman punye respon, PERAKAM AKSI ZINA, 3 Datuk tu dah menyerah diri ke Balai Polis... Cuma kena tanyele apa motif mereka buat video tu... Nak buktikan kebenaran perangai sebenar Anwar ke? Ape ker? Cu citer? Nak buat duit ke? Kenapa tak dirakam ceramah perdana ke, tazkirah maghrib ustaz mana2 ker? Ish... Tak tahulah teman nak menjawabnyer... Apa yang penting, mereka tu mangsa... Rakam pesalah, balik2, jadi pesalah... Hehehe... Dunia-dunia... ZINA dah jadi perkara biasa...
PENZINA yang dituduh pule kata dalam tu bukan dia... Abih tu, SAPE? Pening teman... Udoh le tue, maleh teman campor... Rosak pemikiran teman ni... Secara logik akalnya, rakaman itu juga boleh dijadikan bukti kukuh dalam mensabitkan kesalahan seseorang individu sekiranya ianya tulen... Dalam Islam pun, bagi mereka yang berzina, kena ada 4 saksi... Sekarang ni zaman teknologi, tak payah 4 saksi... DNA, CCTV, Cap Jari dan barang-barang lain juga boleh dijadikan bukti... Sekadar berpendapat... Yang penting, bukan teman dalam klip tue... Kalau idak, habis career teman...
Sekadar berpendapat...