Thursday 24 March 2011

Isu Klip Video Seks Anwar Ibrahim


3 hari lepas kita dikejutkan dengan sebuah berita seorang pemimpin pembangkang telah terlibat dalam hubungan seks dengan pelacur di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari 2011... Aku juga terkejut dan tertanya-tanya siapakah gerangan pemimpin pembangkang tersebut... Pada mulanya, aku berfirasat ini mesti pemimpin daripada bukan Melayu dan bukan Islam kerana "melanggan pelacur" bukanlah satu perkara luar biasa bagi golongan ini... Tapi, alangkah terkejutnya apabila yang dikaitkan dengan video tersebut ialah Dato' Sri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, seorang Melayu dan Islam... Yang menjadi persoalan dan tanda tanya, kenapa melatah begitu cepat... Pita video masih belum dilihat... Kesahihan samada di dalam video itu benar DSAI ataupun tidak, hanya mereka yang telah menontonnya sahaja yang mampu menceritakan... Namun, persoalan yang timbul pada ketika itu siapakah "Dato' T", orang yang bertanggungjawab mempertontonkan video tersebut kepada beberapa orang editor dan wartawan terpilih dari agensi berita dalam dan luar negara...

Antara persoalan yang timbul di dalam benak fikiran aku ialah ini mesti kerja POLIS... Tapi bila aku fikir balik kalau ini kerja polis sudah pasti "spokeperson"nya juga datang dari POLIS... Lagipun, takkan POLIS punye kerja nak buat klip video lucah pemimpin-pemimpin negara dan dipasarkan untuk tontonan umum seperti ini... Apa dah tak ada kerja lain ke diorang? Jadi, pada pendapat aku, ini bukan kerja POLIS... Bahkan, kalau ini kerja POLIS, silap-silap dah tersebar klip ni di khalayak umum... Maklumlah, mereka berada di bawah satu agensi... Sudah pasti ramai yang terlibat... Bila ramai yang terlibat, sudah pasti maklumat sulit boleh dikongsi ramai dengan cepat...

Aku mula tertanya-tanya, adakah ini satu konspirasi jahat pemimpin UMNO/BN nak menjatuhkan Anwar? Kalau ini merupakan satu konspirasi, apa yang BN boleh dapat daripada pendedahan ini... Rakyat melihat Anwar bukan sebagai pemimpin kotor, sebaliknya dengan anugerah kemampuan dia berkata-kata sudah pasti ramai yang akan bersimpati padanya... Itupun kalau klip video itu sahih Anwar pelakonnya... Kalau ianya klip palsu... Sudah pasti propaganda ini akan memakan diri... BN pasti parah kerana "character assassination" yang direka melalui klip video itu satu kepalsuan...

Aku terus tertanya-tanya, gerangan siapakah Dato' T ini? Akhirnya terjawab apabila tiga orang Dato' mengaku merekalah Dato T (bukan sebagai individu) tetapi Trio yang bertanggungjawab mempertontonkan klip video ini kepada media tempoh hari... Mereka ialah... Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim... Persoalan yang timbul pulak dalam benak kepala aku ni, siapa diorang ni? Tan Sri Rahim Thamby Chik merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang telah dibebaskan tuduhan seks dengan gadis bawah umur oleh mahkamah tetapi diminta berundur dan lepaskan semua jawatan oleh DSAI memandangkan isu itu menjadi liabliti kepada UMNO pada ketika itu... Datuk Shazryl Eskay pula dikatakan kawan karib Anwar sejak tahun 1996 merupakan orang yang mencari jam tangan OMEGA Anwar di hotel itu dan part ni yang paling best, secara "tak sengaja" terjumpa wayar-wayar berselirat tepi almari yang akhirnya membawa kepada penemuan alat rakaman yang merakam aksi pemimpin kanan pembangkang tersebut... Soalan yang bermain balik dalam benak fikiran aku, takkan tak sengaja terjumpa kott? Dan yang ketiga, Datuk Shuib Lazim juga seorang peniaga dan Bendahari PERKASA... Fuhh!!! Tiga orang ni rupenye...

Semalam, diorang "Press Statement", minta Anwar untuk berundur dan sekiranya tidak, Suruhanjaya DiRaja dicadangkan penubuhannya agar dapat dikenalpasti rakaman tersebut asli atau ada elemen penipuan menggunakan teknologi terkini dengan meminta beberapa ketua-ketua NGO, wakil-wakil utama parti-parti politik pembangkang dan kerajaan agar dapat dicari kebenaran... Persoalannya, kenapa pergi rekod gambar dan aksi Anwar berjima'? Jawapan yang diberikan supaya rakyat Malaysia tahu siapa Anwar yang sebenarnya... Seorang pemimpin yang "Womenizer"... Itu agaknya motif utama mereka... Namun, bagi aku, simpati mula lahir pada Anwar... Adakah rakaman itu benar atau palsu masih belum terjawab dan tidak terlihat oleh mata kasar aku... Kebenaran masih kabur dan tiada jelas...

Aku menganalisa, kenapa mereka bertiga sanggup mendedahkan perkara ini? Adakah kerana nak buat comeback dalam politik? Aku berpendapat ini lebih kepada isu peribadi, bukan isu BN yang buat... Bukan isu PR diperangkap... Ini adalah isu antara kelompok individu dengan seorang individu... Tan Sri Rahim Thamby Chik sudah pasti menjadi hero di dalam hal ini... Dia sanggup lepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kerana kesnya... Kenapa tidak Anwar? Cuma yang kurang manisnya di sini, Tan Sri Rahim merupakan pemimpin yang setia dengan UMNO... Justeru itu, penglibatan beliau di dalam hal ini sudah pasti mengaitkan UMNO secara tidak langsung... UMNOlah yang seolah-olah dilihat sebagai parti yang menaja Dato' T ini untuk mengeluarkan klip video ini (Sah atau tidak kita masih belum dapat dipastikan lagi)... Datuk Shazryl merupakan insan yang paling bertanggungjawab... Dia ada di situ menurut laporan akhbar dan kenyataan beliau sendiri, beliau yang mencari jam OMEGA Anwar, beliau yang tahu apa aktiviti Anwar pada ketika itu... dan beliau jugalah yang terjumpa alat perakam tersebut... Apa peranan beliau dalam hal ini tidak saya ketahui? Sebagai "Arranger" ka...??? Sebagai kawan yang tolong ambil jam yang tertinggal ka...??? Hanya mereka yang tahu.... Manakala Datuk Shuib lebih dilihat sebagai seorang individu yang aku rasakan terlibat secara tidak langsung memandangkan video ini telahpun dipertontonkan pada anak saudaranya yang juga ahli MP PKR Sg Petani, Kedah, Dato' Johari Abdul... yang telah dipertontonkan video tersebut supaya melompat parti menyertai BN...Lagi sekali nampak benda ni kerja BN... Walhal mungkin niat mereka nak buktikan kebenaran siapa sebenarnya Anwar Ibrahim...

Sebagai penutup untuk isu ini, konklusinya, rakyat mempunyai persepsi... Dan apakah persepsi mereka hingga ke hari ini saya boleh simpulkan seperti yang di bawah:

1) Klip video ini biarpun dibuat dan diwar-warkan oleh 3 individu, rakyat tetap berpendapat UMNO, BN dan POLIS terlibat di dalam konspirasi klip video ini... (Kesahihannya belum dipastikan lagi)

2) Rakyat tertanya-tanya apakah motif sebenar pendedahan ini? Apa yang cuba dibuktikan? Dan menganggap ianya konspirasi politik memandangkan ianya dihebahkan serentak hari pengumuman DUN Sarawak dbubarkan... Rakyat melihat ini sebagai satu rekaan biarpun ianya mungkin ada kebenaran... Memandangkan ahli UMNO turut terlibat dalam mendedahkan perkara ini...

3) Persepsi rakyat bermacam-macam... Bercampur baur... Seakan mahu percaya dan tidak... Klip masih tidak dapat dipertontonkan... Rakyat kekal dalam kebingungan... Mencari-cari kebenaran... Dan merasakan Suruhanjaya DiRaja perlu agar kebenaran dapat dipertegakkan... Paling tidak pun satu panel khas ditubuh untuk membuat siasatan...

4) Persepsi betapa kotor dan hinanya politik Malaysia... Betapa memalukan umat Melayu dan Islam... Dan perkara beginikah yang menjadi fokus sedangkan lebih banyak isu-isu rakyat, nasional yang perlu diberi perhatian lebih...

5) Sekiranya klip itu benar dan sahih, sudah pasti ini memberikan tamparan hebat kepada imej DSAI dan parti serta gerakan yang diketuainya. Rakyat sudah pasti hilang kepercayaan dan tidak mampu menerima apa juga agenda reformasinya...

Oleh itu, kebenaran perlu dicari... Sekiranya klip itu FITNAH... Tindakan perlu diambil pada pemfitnah... Sekiranya klip itu BENAR... Kebenaran perlu dikongsi agar rakyat dapat menilai...

Sekadar berpendapat...

Ku Mengharapkan Mu... Ya ALLAH... Tuhanku...



Aku sudah tidak mampu hidup dibayangi kepura-puraan...
Aku mahu terbang bebas, bagaikan burung terbang meninggi di langit...
Merenung jauh ke angkasa...
Mengenali dan mencintai yang Maha Esa...
Merentasi lautan dan sempadan dunia...
Menginsafi dan menilai hinanya, tamaknya, rakusnya manusia...
Membelah awan, menongkat udara...
Muhasabah diri, menabur budi, mencurah bakti... sejauh mana mampuku pergi...

Ya Allah... Aku sudah tidak mampu lagi...
Dikelilingi manusia munafik mementingkan diri...
Bertopengkan agama, bertuhankan duniawi...
Berlagak mulia, bersyaitan di hati...

Sucikan Aku... Ya Allah...
Muliakan Aku... Ya Allah...
Selamatkan Aku...
Kerana Aku hanya ada diri Mu...
Ya Tuhanku...

Nukilan: Afif Farhi Othman
Tarikh: 22 March 2011