Hari ini, rata-rata blog politik dah mula menyebarkan sedutan awal dan akhir klip video seks yang kedua yang dikatakan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berlaku di Bangkok, Thailand (http://www.papagomo.com/2011/10/ekslusif-rakaman-video-paman-anwar.html )Mengenangkan semula kenangan keadaan politik tahun 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir, rata-rata rakyat begitu taksub dengan beliau sambil menyatakan ketidak percayaan terhadap perkara tersebut dan menyalahkan Tun Mahathir dengan melabelkan beliau Maha Firaun, Maha Zalim dan sebagainya... Bahkan ada yang siap bersolat hajat supaya Tun Mahathir mati cepat dan dilaknat... Namun, pada hari ini sudah semakin ketara siapa yang bakal dilaknat... Siapa yang bakal terkubur akibat kerakusan terhadap kuasa dan semakin ketara bahawa tindakan yang Tun Mahathir ambil pada ketika itu hakikatnya adil dan menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang zalim dan bertopengkan agama... Video klip yang kedua ini biarpun masih belum disiarkan sepenuhnya namun bagi saya sudah cukup membuktikan bahawa Anwar juga adalah manusia biasa... Bisa melakukan kesalahan dan kesilapan... Masih bisa perlu diperbetulkan biarpun sudah berada di kemuncak kuasa... Seharusnya rakyat Malaysia menilai apa yang berlaku ini sebagai satu hikmah... Allah telah membuka kebenaran demi kebenaran... Kepalsuan tidak akan dapat mengatasi kebenaran... Dan kebenarannya sekarang ialah Anwar Ibrahim harus ditolak memandangkan beliau telah melaksanakan jenayah moral yang cukup serius... Namun, seluruh rakyat Malaysia masih hanya berdiam diri... Tidak ada seorang pun di dalam Pakatan Rakyat yang berani bersuara mendesak beliau berundur hanya kerana takut akan kekalahan pada pilihanraya umum yang ke-13 yang sudah hampir tiba... Mana semboyan perjuangan yang berpaksikan agama sedangkan kita menaikkan pemimpin yang telah terang zinanya... Mana semboyan perjuangan keadilan sedangkan kita sendiri tidak adil di dalam menjatuhkan hukuman... Segalanya tenggelam hanya kerana nafsu politik semata-mata... Apalah nak jadi dengan Malaysia...
Tidak dinafikan UMNO dan Barisan Nasional banyak kelemahan... Namun, hakikatnya, kelemahan itu dicanang dan diperbesarkan sehingga UMNO dan Barisan Nasional dilihat sebagai sebuah parti yang langsung sudah tidak relevan... Dan yang banyak mencanangkan kelemahan UMNO dan BN ini tidak lain dan tidak bukan adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri... Satu demi satu perkataan yang terhambur dari mulutnya mencaci dan mencerca bahkan adakalanya fitnah dilemparkan tanpa rakyat menganalisa setiap perkara yang terpacul keluar hasil dari kepetahan beliau berkata-kata... Nah! Mungkin sekarang apa yang beliau cercakan, apa yang beliau katakan terpalit pada diri beliau sendiri... Benarlah kata "Apabila kita mengaibkan orang, maka orang akan mengaibkan kita... Sekiranya tidak, Allah akan membalasnya..."
Artikel ini bertujuan bukan untuk mengaibkan sesiapa... Namun kita harus sedar dan menilai ke mana hala tuju negara ini yang ingin kita bawa... Pemimpin yang rendah moralnya sekiranya di negara luar sudah pasti akan di heret ke muka pengadilan... Desakan untuk meletakkan jawatan sudah pasti akan kedengaran... Namun, di Malaysia tanah tumpahnya darahku yang kucintai ini berbeza ceritanya... Pemimpin yang rendah moralnya terus diagungkan dan dibenarkan bebas bersuara... Pemimpin yang tinggi agamanya berdiam diri tidak memperbetulkan kesalahan dan membiarkan ketinggian ilmu di dalam dirinya direndahkan... Adakah semua kerana kuasa??? Aku keliru membuat penilaian...
Aku hanya mampu meminta kepada semua agar insaf dan sedar... Sekarang ini sudah jelas bahawa Anwar bijak memecah belahkan kekuatan kita khususnya orang Melayu... Terkadang aku tertanya, teruk sangat ker kerajaan BN memerintah? Hina sangatkah pemimpin2 BN? Mulia dan maksum sangatkah pemimpin2 PR? Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar keadaan politik Malaysia kembali stabil... Aku berdoa agar Barisan Nasional kekal menang kerana aku tahu hanya parti ini saja yang kekal relevan buat masa ini dan kesinambungan perjuangan parti ini masih boleh diteruskan dari satu generasi ke satu generasi... BANGSA MALAYSIA...
* Kalau pembangkang hebat, keluarkanlah video bukti DSNajib letupkan Altantuya ker? Seks klip KJ dengan Maya Karin ker?... Barulah best sikit politik Malaysia kali ini... Jangan setakat tulis dalam Harakah dan cakap kosong jer...