Tengahari ini tetiba rasa nak layan lagu nie... Release tension setelah sibuk membaca buku yang boleh aku gunakan untuk sumber research aku... Huhuhu... Best giller lagu nie...
Monday, 19 September 2011
Klip Video Musik Kegemaran Aku Hari Ini... Layan...
Tengahari ini tetiba rasa nak layan lagu nie... Release tension setelah sibuk membaca buku yang boleh aku gunakan untuk sumber research aku... Huhuhu... Best giller lagu nie...
ISA oh ISA!!! Mana kau nie...??? ISA
Ha... Yang aku nak bincangkan sekarang ini, bukanlah mengenai ISA SAMAD ke, ISA SABU ke... Yang aku nak bicarakan hari ini ialah mengenai I.S.A... Internal Security Act (Malaysia) 1960 yang merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada malam 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih efektif dalam menandingi masalah keganasan.
Yang aku tak pahamnya bukankah dulu Pakatan Rakyatlah yang beriya-iya nak memansuhkan ISA. Maklumlah, ramai di kalangan diorang yang dimasukkan ke sana dan ramai di kalangan mereka yang kini keluar dah jadi wira rakyat kononnya... Nama-nama mereka aku tak perlu sebut sebab aku rasa ramai di antara kita tahu... Cuma seharusnya tujuan murni YAB Perdana Menteri menghapuskan ISA ini harus disambut baik walaupun bagi aku personally, ISA ini masih perlu ada kerana dunia sekarang ini dah terlalu ramai manusia yang cerdik pandai... Yang terlebih cerdik dan merasakan diri mereka sahaja yang betul pun ada... Dan bagi saya tidak ada kompromi terhadap keselamatan dan kestabilan negara... Tujuan murni YAB PM menghapuskan ISA aku lihat sebagai satu langkah membina negara yang jauh lebih terbuka... Terbuka tak mengapa jangan sampai lupa untuk menjaga sensitiviti kaum dan agama... Bagi aku ISA masih diperlukan...
Cuma, yang aku tak berapa berkenan, janganlah terus mencerca PM dengan menyatakan idea menghapuskan ISA ini datang hanya kerana nak pilihanrayalah, takut dengan pembangkanglah dan sebagainya... Saya yakin PM adalah pemimpin yang bijak dan setiap perkara yang dilaksanakan adalah mengikut kehendak rakyat... Seharusnya ini bukan dijadikan modal politik... Kita semua harus menyambut baik perkara ini sekiranya ini yang kita mahukan... Jangan terus membuat andaian... Setidak-tidaknya sudah tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang masuk ke dalam kem Kamunting lagi... Setidak-tidaknya bolehlah Manoharan melalak kat luar tanpa menjaga sensitiviti orang lain seperti isu bendera... Setidak-tidaknya bolehlah Mat Sabu bercerita mengenai Mat Indera komunis di dalam ceramah-ceramah dia... Setidak-tidaknya, dapatlah Lim Guan Eng terus menjadi KM Pulau Pinang...
Jadi, seharusnya, perkara ini jangan dijadikan modal politik... Pakatan Rakyat harus bersyukur dengan pengumuman yang PM buat ini... Kalau dah tak sabar sangat nak membangkang, setidak-tidaknya, tunggulah sehingga rang undang-undang baru yang digubal diperbincangkan... Seharusnya kita berpolitik secara matang... Sekadar berpendapat...
Takkan sebab politik kau nak ubah JALUR GEMILANG plak...
Artikel aku hari ini memang aku tak boleh tahan nak tulis mengenai seorang rakyat Malaysia yang kononnya berjuang untuk Malaysia dan menolak racism (padahal aku rasa dia berjuang untuk masyarakat India) telah berani menyatakan akan mengubah Jalur Gemilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan... Perghh!!! India nie... Sampai macam tu sekali kau nak buat kalau kau berkuasa nanti... Tertanya-tanya aku apa pulaklah perkara lain yang kau nak ubah lepas ni. Yang kita orang Melayu boleh diam bila bangsa lain berniat nak mengubah bendera negara Jalur Gemilang... Mana jati diri kita??? Mana semangat cintakan tanahair kita??? Mana suara kita sebagai rakyat Malaysia??? Sejak dari dulu lagi kita dah kibarkan jalur gemilang, why suddenly ada niat nak tukar plak... Kalau bendera rasmi negara pun ko nak tukar, tak lama lepas tu agama rasmi negara pun kau nak tukarlah kan? Bahasa rasmi negara pun kau nak tukar? Semualah... Sekarang ni, aku rasa kita tukar jelah ADUN Kota Shah Alam nie... Nampak sangat takder kualiti dan cakap pakai pajak jer... Tukarlah... Minta-minta calon PAS lah yang bertanding kawasan tu...Ameen.
Pada Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat beliau demikian, sambil menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia. Aku rasa statement macam tu dibuat sebab beliau sakit hati dengan Barisan Nasional. Justeru, semua sejarah yang dilakar oleh pemimpin Barisan Nasional mahu dihapuskan Pakatan Rakyat. Mat Sabu cuba menyatakan bahwa Dato' Onn dan Tunku penyokong British. Padahal tanpa perjuangan mereka, sudah pasti kita masih di bawah pentadbiran British. Diorang ni dah mula hilang akal agaknya... Tak pun isu ni dibuat untuk menutup kes Ketua Pembangkang Anwar yang memang terang-terang kantoi berada di Ampang Apartment hari beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang wanita berbangsa bukan Melayu... Hehehe... Nampak benor menipunyer Bapak Anwar nie... Kepada rakyat Malaysia, khususnya pembaca blog aku ni yang terdiri dari kengkawan aku mahupun ahli keluarga aku... Satu pesanan...
RELAKANLAH DIRI ANDA UNTUK TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PIMPINAN PAKATAN RAKYAT INI... TERUSKANLAH MEMBENCI KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL...
Subscribe to:
Posts (Atom)