Tuesday 28 February 2012

Penyakit Tangan, Kuku Dan Mulut (HFM)

 

13 Februari 2012 hari tu anak aku yang kedua, Alif Syahmi dimasukkan ke dalam wad di KpJ Kajang disebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut... Dalam bahasa Inggerisnya Hand, Foot and Mouth (HFM)... Aku pun tak tahu apa-apa pasal penyakit ni hinggalah terjadi pada anak sendiri. Mujurlah wife aku sedar akan perubahan yang berlaku pada anak aku tu terutamanya bila dah keluar bintik-bintik merah di sekeliling badan dia... Aku dan isteri mula-mula ingatkan demam biasa aje, rupanya setelah doktor di KpJ tu check... Dia mengesahkan Syahmi kena demam kuku, kaki dan mulut... Penyakit kuku, kaki dan mulut ni disebabkan oleh jangkitan virus... Mengikut bacaan aku di internet ianya merupakan virus dari kumpulan enterovirus yang biasanya menyerang dan menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak yang berumur 2 minggu hingga 5 tahun... Jadi kalau orang dewasa aku rasa tak ada yang kena penyakit nie... Kebanyakannya budak-budak sahaja... Mungkin ada kes-kes yang cukup terpencil sekiranya orang dewasa terkena penyakit ini... 

Macamaner Syahmi boleh terkena penyakit nie?
Benda ni aku dan isteri cuba kaji dari mana Camica dapat virus ni… Apa yang aku ingat, wife aku ada bawak Camica gi klinik Az-Zahrah untuk cucuk setahun setengah… Mungkin dari situ kot terkena… Takpun, masa aku bawak famili keluar makan… Penyakit ni mudah merebak… Melalui sentuhan, lelehan air liur pesakit, hingus dan paling cepat kalau tersentuh kulit pesakit yang melepuh… Tapi, virus ini juga boleh merebak melalui udara… Pesakit bersin ke, nafas ke dan sebagainya… Masa dijangkiti virus ni, Camica mula demam… Demam biasa jer… Tapi, lepas 2 hari barulah nampak kesan bintikan merah keluar di tangan, kaki dan badan Camica… Doktor bagi tahu, selalunya pesakit dapat kesan penyakit ni selepas 5 hari… Yang susahnya bila Camica pecah di bahagian mulut (ulser), hingus yang banyak dan kurang selera makan… Budak kalau kurang selera makan ni bahaya… So, terus admit di KpJ, apalagi… Masuk air ler jawapnya…

Nak tahu tanda anak-anak korang kena penyakit nie?
1) Mula-mula demam panas… Masa ni mood Camica pun dah mula meragam… Pastu, bila nak tidur dah mula merengek…
2) Hilang selera makan… Camica ni pemakan budaknya… Pantang nampak makanan mesti minta dan tak tahu nak berhenti… Macam bapak dia kot… Tapi, bila kena demam ni, selera makan dia kuranglah sikit… Kerja nak peluk mak dia jer… Emosi dia memang tak stabil… Mungkin sebab badan dah tak sihat…
3) Ulser di tekak dan mulut… Paling aku tak boleh tengok ialah bila ada ulser di tekak dan mulut Camica… Ulser di tekak menyebabkan Camica sakit kerongkong dan ulser di mulut menyebabkan Camica pecah di bahagian bibir… Kalau orang utara kata “mata ikan”… Bila dua penyakit ni datang, Camica pun tak selera nak makan… Huhuhu
4) Ruam yang melepuh… Ni part last skali… Lepas semua symptom di atas ada pada Camica, pelengkapnya ialah ruam atau bintik-bintik yang melepuh di tangan, kaki, mulut dan badan… Memang teruk sangat bila aku tengok anak aku nie… Melepuhnya ruam tu sampai tahap berair dan kalau digaru boleh melecet… Paling teruk di bahagian yang tertutup… Di celah kangkang dan punggung anak aku… Mungkin sebab pengudaraan tak bagus di kawasan disebabkan pakai pampers…

Bahaya penyakit ni?
Kalau dulu-dulu ketika tak ada perubatan moden, penyakit ni boleh membawa maut di mana pesakit jadi lemah sebab tak boleh nak makan… Maklumlah, budak-budak… Bila tak makan boleh menyebabkan “dehydrate”, susah bernafas dan demam yang berpanjangan… Sekarang ni dengan perubatan moden, risiko ini dapat dikurangkan… Semestinya pesakit kena masuk hospital, bila masuk hospital, masuk air… Lepas masuk air, masuk ubat… Lepas masuk ubat… InsyaAllah dalam seminggu baik ler…

Cara nak elak penyakit ini…
Penyakit ni kalau Allah nak bagi kena, maka kenalah… Cuma, kita kena usaha cari langkah pencegahan sebab kadang-kadang penyakit ni kita sendiri yang cari… Contohnya nak elak AIDS, janganlah ambil dadah dan terlibat dengan hubungan bebas… Macam tu jgak penyakit nie… Kita kena sama-sama jaga kebersihan kawasan sekeliling, ibubapa kena berhati-hati bila nak bawa anak keluar terutama sekali ke hospital dan klinik yang mana kawasan itu mudah mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit dan amalkan kebersihan…

Gambar Camica semasa kena demam Tangan, Kaki dan Mulut (HFM) yang sempat aku rakamkan...



12 comments:

  1. it was so bad. anak aku pun dah terkena virus ni sebulan yg lepas. mmg susah hati dibuatnye. tapi x seteruk anak ko dari gambar2 yg ko snap la.. anak aku samapai x minum susu x makan semua sebab dah banyak kat dalam mulut. pegi klinik doktor bagi injection. malam dah boleh makan n minum susu macam biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam.anak sy sdg menghidapi penyakit ni.nk tau la,doktor bg injection ape ye?!sbb ank sy mmg xlalu nk mnm susu.bile btl2 lpr je br dia nk mnm.ubt ape tah lg.telan tu telan la tp ade tggl sk8 dlm mulut dia.pastu meleleh je bile dia golek2 ats tilam masa nk tdo.sedih tgk kan je yg mampu:(

      Delete
  2. SLM BRO..BIASA LA BRO BUDAK2. TERUK JUGAK KESAN HFMD NI. LAMBAT RAWAT JD MELARAT. HARAP SI KECIK TU DAH OK..CUMA KENA LEBIH WASPADA LEPAS NI

    ReplyDelete
  3. Aku sedih giller bila anak aku kena penyakit nie... Kepada ibubapa yang lain minta alert dan jaga kebersihan yer... Alhamdulillah... Camica dah sihat sepenuhnya sekarang...

    ReplyDelete
  4. takut jugak tengok benda ni. anak aku pun dah kena. so skang ni on da way g hospital. harap2 xde apa2. tq for this info.

    ReplyDelete
  5. Salam sedare, anak saya tengah kena penyakit ni..makan tak boleh..menyusu pun tak bley, ada idea macam mana nak buat...?tq

    ReplyDelete
  6. bila tgok gbr ni risau jg.dh bw g klinik doktor ckp ulser.tp dkt bdn dia x de tanda2 merah.cuma kat bibiqg jg.jd risau gak ni!

    ReplyDelete
  7. Anak aku pula dah seminggu demam sal lidah, tekak, mulut semuanya berkudis. Kawan2 kata kna penyakit HFM ni tapi dah 3 kali jumpa Dr ni kata penyakit biasa je. huhuhuhu.. tengah risau sangat ni. Anak masih demam n skg mcm ada bintik2 merah kat badan tapi tak byk.

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih, atas pengalaman saudara yang menceritakan pengalaman sedikit-sebanyak dapat membantu anak saya untuk mengatasinya.

    ReplyDelete
  9. Anak sy sedang mengalaminye... risau die lapar jer...air masak pun xnak minum... doctor bg ubat demam n ubat sapu kat mulut je

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

    Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 👉🏼 En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

    2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
    Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital👍🏻

    3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

    4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
    - Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
    Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
    - Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
    - Masalah Keputihan
    - Darah Tinggi
    - Buah Pinggang

    5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

    -Sy share mlalui
    pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

    Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼

    Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
    Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
    Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
    Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
    ~~~~
    Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

    💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
    In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

    ReplyDelete
  11. Note:
    SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN&
    • Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
    • mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
    • mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat

    SUMBER KALSIUM
    • Menambah kalsium pada tulang
    • Menguatkan semula tulang

    KENCING MANIS
    • Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.

    • Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
    • Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.

    •Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
    • Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.

    • Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.

    info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
    -Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.

    Order: CALL,WhatsApp @
    Encik Mohd Zuhairi -
    017468 7570

    #sharepadayangmemerlukan


    ReplyDelete