Wednesday, 3 August 2011

Al-Fatihah

Ramai di antara kita yang membacanya tetapi ramai lagi yang masih kebur tentang makna sebenar Surah Al-Fatihah. Sepertimana yang kita sedia maklum Al-Fatihah merupakan Surah Pertama yang membuka lembaran naskah Al-Quran. Di dalamnya terkandung pemujian kita sebagai Muslim kepada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T, permohonan agar sentiasa berada di dalam kasih dan sayangNya, permintaan agar diberikan petunjuk ke arah kebenaran, jalan yang lurus dan penghindaran terhadap kesesatan. Sebagai seorang Muslim, kita wajib membacanya sebanyak 17 kali memandangkan itu bilangan rakkat di dalam solat kita seharian... Sekiranya tidak mencukupi maka kuranglah doa kita kepada Allah S.W.T untuk terus menetapkan hati-hati kita di dalam nur dan cahaya Islam... 

Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana Fateh di dalam bahasa Arab bermaksud "buka" atau dalam erti kata lain Surah Pembukaan. Juga dikenali sebagai Ummul Quran , ibu Al-Quran yang hakikatnya menjadi intisari atau merangkumi rumusan keseluruhan ayat di dalam Al-Quran yang membentuk pembacanya agar mengimani Allah S.W.T dan memohon petunjukNya. Al-Fatihah mengandungi 7 ayat termasuk Bismillah... Sempena bulan Ramadhan Kareem, alangkah baiknya jika kita dapat bersama-sama menghayati maksud sebenar Al-Fatihah di saat kita sedang menunaikan solat Fardhu mahupun solat2 sunat yang lain... Moga dengan kefahaman akan makna Al-Fatihah mendekatkan diri kita ke arah khusyu' di dalam menunaikan Solah dan ibadah yang lain.


Al-Fatihah...
Maksudnya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
1)Segala Puji-Pujian Bagi Mu Tuhan Sekalian Alam...
2)Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
3)Yang Menguasai (Raja/Pemilik) pemerintahan di hari kebangkitan (Pembalasan/ Akhirat)
4)KepadaMulah tempat kami menyembah (menyerah/mengabdi), dan kepadaMulah tempat kami bergantung (memohon pertolongan)
5)Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
6)Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Juadah Yang Bakal Menjadi Pilihan Aku Berbuka Ini Hari (Puasa ke-4)


Kueh Tepung Pelita
Tepung pelita... Itulah juadah berbuka puasa yang bakal aku cari petang ni selepas balik kerja... Kelazatan tepung pelita ni memang tak boleh dinafikan lagi... Cuba bayangkan tengah-tengah perut kosong, tetiba ada benda warna hijau puteh yang manis masuk menerobos ke kerongkong korang...!!! Mesti enak rasanyakan... Huhuhu... Tak sabar rasanya aku nak berbuka...

Tepung pelita ni dibuat daripada tepung beras... Lepas tu dikukus dan diletakkan di dalam acuan daun pisang... Itupun apa yang aku tahu lerr.... Apapun kalau korang nak tahu harga Tepung Pelita yang sesuai bagi aku buat masa ni yang banyak dijual di Bazaar Ramadhan adalah 5 RM 2. Jadi kalau ada yang jual lebih RM 2 tue aku rasa Tepung Pelita dia bubuh gula dua kilo kot, santan dia fresh dipetik dari Hawaaiii kot, tak pun mahal sebab tukang buat terpaksa keluarkan peluh dia yang mahal supaya yang puteh (layer atas) ada rasa lemak2 masin sket... Jadi kalau nak beli pastikan yang berbaloi...
Kueh Tako
Lagi satu kita selalu konfius antara Tepung Pelita ngan Tako... Gua memang tak boleh blah ngan Tako sebab gua rasa macam makan agar2 je beb... Tako ni bentuk, gaya dan presentasinya sama tapi rasa yang cukup berbeza... Selalunya Tako ni pakai agar2 di bawah yang bercampur tepung jagung dan sengkuang cina... Rasanya tak selazat tepung pelitalah... Selalunya dibalut dengan daun pandan... Jadi jangan tersalah beli...

Apapun, selamat berpuasa hari yang ke-empat... Puasa jangan tak puasa tau!!! Terawikh jangan malas... Dah habis terawikh reti2lah baca Quran yerk...