Tuesday, 31 May 2011

How To Swing Like Tiger Wood

Maybe some of the golfers wanted to know how to perfectly swing like a Tiger Wood. This is some tips for you to practice... Hope you can play better than him one day...

Oh Yeah!!! Mendidih Bersama Sharifah Amani...

Sementara duduk dalam pejabat menunggu meeting petang ni, tetiba aku boleh layan pulak Oh Yeah!!! Mendidih Bersama Sharifah Amani... Memang agaknya inilah perangai wartawan-wartawan Malaysia dan artis-artis Malaysia agaknyer... Memang kelakor bila tengok Jozan, Afdlin Shauki dan Nabil tak putus-putus mengutarakan soalan pada Amani... Layan...


Ehsan YouTube...

Aku Dan Hidup... Sebuah Perjalanan... (Part 1: Tanggungjawab Tujuan Hidup)



Hari ini, 1hb Jun 2011. Alhamdulillah... Aku masih sihat untuk terus bekerja biarpun aku tidak tahu apakah yang bakal terjadi padaku di dalam syarikat pada masa akan datang... Aku masih bernafas segar dan denyut nadi masih rancak berdegup untuk terus melihat anak-anak aku membesar agar menjadi seorang Muslim yang memahami agama dan berjaya... Aku masih hidup untuk terus menikmati nikmat dunia yang Allah Ta'ala berikan meskipun aku tahu ianya hanya bersifat sementara... Aku terus celik melihat keindahan dunia biarpun aku tahu syurga jauh lebih indah di sana... Aku terus bercakap yang bukan-bukan melayan karenah manusia yang tidak pernah tahu erti cukup sambil aku menadah tangan bersyukur dengan apa yang tuhan berikan kepada aku... Aku masih mampu berjalan hari ini agar dapat aku teruskan perjuangan hidup yang penuh likuan dan cabaran dengan hati yang penuh redha... Aku bersyukur pada Mu Ya Rabb... Biar apa pun yang bakal terjadi, bagiku Engkau sudah memadai... Biar apapun yang bakal berlaku, aku tahu Engkau tetap memerhatikan dan di dalam hati ku selalu mengharapkanMu... Kerana hanya padaMu tempat aku sandarkan harapan...

Hidup adalah satu perjalanan... Dari sebuah kelahiran sehingga tibanya kematian... Dari saat aku dikeluarkan dari perut seorang wanita yang bermahkota ibu, sehingga aku yakin suatu hari nanti aku akan dimasukkan ke perut bumi, kembali ke sisi Mu Ya Rahman... Pagi ini, dalam kereta menuju ke pejabat. Aku bertanya pada diri aku... Apa tujuan aku hidup? Apa tujuan hidup aku? Apakah hidup aku bertujuan? Dan apa sebenarnya yang aku tuju dalam hidup?

Memikirkan mengenai tujuan hidup, sebagai seorang Muslim, berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-An'am: 165 maksudnya "Dan Ia (Allah)lah yang telah menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi." Aku yakin tujuan aku dihidupkan di atas muka bumi ini tak lain dan tak bukan adalah untuk menjadi khalifah di bumi Allah... Menjadi pemimpin, pentadbir dan pengurus... Dan perkara pertama yang menjadi tujuan hidup aku sekarang ialah menjadi khalifah untuk diri aku sendiri... Kerana aku tahu dunia ini hanyalah sebuah persinggahan. Oleh itu, aku harus memimpin diri aku untuk dipersiapkan agar apabila tiba ketikanya aku dikembalikan, aku sudah cukup bersedia dengan amalan kebajikan membuktikan ketaatan dan kesetiaanku kepada Mu Tuhan... Tujuan aku hidup hanyalah untuk berbakti kepada Mu Ya Allah... Namun, untuk menjadi khalifah buat diri sendiri sudah cukup sukar dan berat bebanannya, inikan pula menjadi khalifah buat mereka yang aku pimpin. Mendisiplinkan diri di dalam melaksanakan ibadah, mengawal nafsu tamak dan amarah bukanlah perkara yang mudah... Mendidik diri agar senantiasa bersyukur dengan setiap nikmat kurniaanMu Ya Allah amatlah susah... Bersabar, beramanah dan menetapkan hati mencari keredhaanMu adalah sifat di dalam diri aku yang mudah goyah ...

Tetapi aku yakin aku masih mempunyai hati untuk kembali ke jalan yang benar setiap kali aku goyah dan gundah... Aku masih mempunyai naluri dan fitrah mencariMu Ya Allah setiap kali aku susah... Aku masih mempunyai akal untuk berfikir membezakan yang mana satu tujuan hidupku yang betul dan yang mana satukah yang salah... Berbekal keyakinan ini, aku yakin tujuan hidup aku adalah mencari Sa'ada Haqiqiya, ketenangan dan kebahagiaan abadi di sisi Mu Ya Allah kerana itu sahaja tujuan hidup yang terbaik yang mampu aku simpulkan buat masa ini. Keredhaan dan restuMu adalah tujuan hidupku...

Memerhatikan keadaan sekeliling, aku sedar bahawa sedari waktu aku dilahirkan, aku dilahirkan bersama tanggungjawab dan beban... Tanggungjawab sebagai khalifah Allah, tanggungjawab sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang abang kepada adik-adik... Dan kini, aku bertanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada dua orang anak... Hidup adalah satu tanggungjawab... Memegang dan melaksanakan tanggungjawab merupakan hidup... Dan hidup bertanggungjawab adalah salah satu daripada tujuan hidup...

Di saat umur ku yang sudah hampir mencecah 29 tahun, antara tujuan lain di dalam hidup aku sekarang adalah untuk menjadi anak soleh dan terus bekerja kuat demi menjaga kedua orang tuaku... Menjadi abang penyayang yang mampu menyokong adik-adikku... Menjadi suami yang baik, mampu disegani dan dihormati seorang wanita yang bergelar isteri... Menjadi ayah mithali yang mampu mendidik anak-anak agar menjadi insan cemerlang dan berjaya duniawi dan ukhrawi... Aku tidak perlu harta yang bertimbun-timbun sekiranya harta itu membuatkan aku takabbur dan riya', aku tidak perlu rumah yang besar sekiranya hanya menunjuk-nunjukkan kekayaan sedangkan aku miskin akhlak dan rasa kemanusiaan, aku tidak perlu kereta yang mewah sekiranya ianya menjadikan aku insan yang bongkak... Kerana harta yang bertimbun bukan tujuan hidup aku... Rumah yang besar bukan tujuan hidup aku... Kereta yang mewah bukan tujuan hidup aku... Tetapi, setiap tanggungjawab yang aku bicarakan sebelum ini adalah tujuan sebenar hidup... Jadi biar tidak berjaya mengumpul jutaan harta, asal jangan gagal melaksanakan tanggungjawab hidup dengan sempurna...



Ya Allah! Hari ini hambaMu ini menadah tangan berdoa' padaMu... Jadikanlah aku insan yang mempunyai tujuan hidup... Jadikanlah aku insan yang bertanggungjawab di dalam hidup... Jadikanlah aku insan yang menjadikan tanggungjawab sebagai tujuan hidup... Ameen...