Sunday, 11 September 2011

Balik Kampung... Raya Sakan... Filem Terbaru... Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ayahanda


Jangan lupa ke pawagam berdekatan untuk menyaksikan filem terbaru anak-beranak... "Syurga Juga Di Bawah Tapak Kaki Ayahanda"... Lakonan mantap Afif Farhi dan Arif Suhaili... Kahkahkah... Kebetulan anak aku mengamuk nak apa tah hari tue... Terus aku tangkap gambor dan terus aku terbitkan filem... memang takder kerja... Apapun, memang pecah panggung... Mengisahkan tentang seorang anak yang memohon maaf kepada ayahandanya di atas setiap dosa dan kesalahannya di Hari Raya Aidilfitri... Filem yang memberi keinsafan kepada kita semua bahawa syurga juga terletak di bawah tapak kaki ayahanda juga... Hehehe...


Balik Kampung... Raya Sakan... Sembelih Ayam, Buat Kari...

Haa... Saja nak share story aku raya ke-3 pagi-pagi sebelum sessi bermaaf-maafan dan bersantai di Pantai Merdeka, kat kampung aku ayah aku ada bela lebih kurang 20 ekor ayam gajah... Memandangkan raya, ianya adalah masa yang terbaik untuk disembelih ayam-ayam tue dan digunakan untuk membuat rendang ataupun kari... Maklumlah, Penang mari maa... Kena kuat makan kari... So, aku pun tolonglah ayah aku sembelih ayam gajah pagi tue... 

Firman Allah subhanahu wata‘ala:


Maksudnya:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”

(Surah Al-An‘am, 6:118)
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”
(Riwayat Muslim)

Yang aku nak share ngan korang, atleast aku dapat practice cara nak sembelih ayam mengikut kaedah Islam... 
  • Membaca basmalah.
  • Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
  • Membaca salawat ke atas Nabi.
  • Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
  • Menggunakan pisau yang tajam.
  • Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
  • Melakukan penyembelihan dengan segera.
Doa dia aku tak hafal sangat, yang hafal ayah aku... Apapun, pengalaman baik macam ini aku rasa patut aku kongsikan bersama kengkawan... Moga kita kekalkan hidup berpandukan syariat Islam...





Balik Kampung... Raya Sakan... Cinta Pantai Merdeka...

Lepas sessi bermaaf-maafan pada pagi raya ke-3 hari tu, apa yang aku ingat aku dan family terus pergi beraya di rumah Uncle Zalie di Permatang Rambai... Dengan mata yang sembab baru lepas nangis salam Mama dan Abah, pergi jugaklah beraya memandangkan itulah aktiviti hari tu... So, lepas sental bihun goreng dan kuih raya kat rumah Uncle Zalie, bila nak gerak keluar jer tetiba ada plan pulak nak pergi bersantai di tepi Pantai Merdeka... Perghh!!! Terus menyanyilah aku lagu Cinta Pantai Merdekalah dalam kete masa on the way pergi tu... Jadi, petang tu aku luangkan quality time aku ngan family di Pantai Merdeka... So, ni some pics yang lensa kamera aku ambil sepanjang berada di Pantai Merdeka sambil pekena Laksa dan Rojak Buah... Perghh!!! Lazat habis...






Agak-agak dah habis layan gambar2 di atas... Jom layan klip video ni pulak... Cinta Pantai Merdeka... JINBARA...