Hari ini dah hari ke-5 kita berpuasa... On the way aku ke ofis semalam, terserempak aku dengan ada sorang brader melayu ni yang kerja sebagai driver di salah sebuah syarikat swasta di situ dengan selamba badak bawa sebungkus air teh ais (memang lazatkan kalau bukak pose ngan teh ais) dan terus tanpa segan silu pergi teguk dalam kete bos dia agaknya... Aku tergamam sebab keselambaan dia tak pose... Cuma sementara aku dok ofis aku di Bangi, terus aku search hadith mengenai hukum meninggalkan pose ngan sengaja... Tapi kalau berada tu memang jenis kurang gula dalam badan dia dan memang mudharat untuk dia buka aku tak kesahlah... Itupun urusan dia dengan Allah... Aku nak masuk campur buat apa...
Cuma sebagai ingatan,
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusu bayinya) dan tiada sakit, tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya..."
Hadith di atas memberitahu kita secara jelas bahawa seseorang yang yang tidak ada asas syara’ yang membolehkannya berbuka (yakni, membatalkan puasa wajibnya), tidak diterima puasanya sepanjang hayatnya selepas itu! Dengan lain perkataan tidak mendapat pahala dia berpuasa sepanjang hayatnya sekalipun tanpa henti-henti. Begitu beratnya hukuman atas mereka yang sengaja tidak berpuasa atau berbuka setelah berpuasa tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syara’. Walaupun demikian, kalau dah tertinggal dengan sengaja sehari tahun-tahun sebelum ni, janganlah korang gunakan hadith ni plak untuk tak pose tahun ni dan tahun2 akan datang. Hadith ni nak menunjukkan betapa Rasulullah menitik beratkan umatnya untuk berpuasa wajib di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Diriwayatkan hadith juga daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain keringanan atau memberi kelonggaran atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya), jika dia berpuasa setahun sekalipun tidak dapat mengganti dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, (atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai membayar kifarat dia berbuka atau tidak berpuasa sehari itu)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Oleh itu, ingatlah kengkawan yer... Jangan sewenang2nya tak puasa... Sekadar ingat mengingati sesama kita...
“Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal seraya berkata : “Naiklah”. Hingga sampailah aku di puncak gunung. Tiba-tiba aku mendengar suara yang keras sekali. Maka aku tanyakan,”Suara apakah itu?”. Salah satu dari mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka”. Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan ternyata aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka. Mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalir darah. Kemudian aku bertanya,”Siapakah mereka itu?”. Maka dikatakan, ”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (dengan sengaja) sebelum tiba waktunya” (HR. An-Nasa’i dalam Al-Kubra no. 3286, Ibnu Hibban no. 7491, Ibnu Khuzaimah no. 1986, dan lain-lain. Lihat Ta’liqatul-Hisaan ‘alaa Shahih Ibni Hibban 10/456 no. 7448).
ReplyDelete