Tuesday, 9 August 2011

Islam Merentasi Sempadan Politik... Bersatulah...

RESPON MUFTI SELANGOR, DATO' SERI MOHD TAMYIZ ABD WAHID
Mufti Selangor, Dato' Seri Mohd Tamyiz Abd Wahid

Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.


Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.


Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.


Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.


“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.


“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.


“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.


Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.


Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.


RESPON KETUA, DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, UST. NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu. 

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuatberasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yangdilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.

“Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjagaakidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yangdigunakan JAIS dalam isu ini… kita sokong.


“Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agamauntuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalahtindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbulsebarang keraguaan di atas tindakan tersebut,” katanya di sini,Selasa.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuanselama hampir satu jam dengan Hasan yang juga PengerusiJawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubunginsiden berkenaan.


Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihaktidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana iadilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.


“Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikapprejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demiagama Islam,” katanya.


Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada AhliJawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun tiadasebarang pendirian dibuat mengenainya.


Menyifatkan penjelasan itu ‘tidak cukup’, Presiden PAS, DatukSeri Abdul Hadi Awang sebaliknya mahu mendapatkan maklumat langsungdaripada JAIS dan pihak gereja sendiri.


Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan,Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yangdiberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkanbukti kukuh.


“Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepadabeliau… semuanya jelas.

“Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuhmengenai tindakan JAIS itu,” katanya.

RESPON KETUA PEMUDA UMNO, YB KHAIRY JAMALUDIN 
YB Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin semalam menyelar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

Ketua Pemuda Umno berkata serbuan kontroversi tersebut telah menyebabkan ketegangan di kalangan umat Islam dan Kristian Malaysia, sambil menambah bahawa kekurangan penjelasan mengisi syak wasangka dan khabar angin.

"Kita desak kerajaan Selangor jangan berselindung di belakang JAIS, jangan tunggu sahaja laporan itu siap, keluarkan kenyataan dengan jelas agar kita fahami apa yang berlaku.

"Dan ini bukan cara mentadbir negeri, kalau kita mahu jaga sensitiviti dan pastikan orang tidak marah, kita akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan cepat dan bukan tutup masalah tanpa menyelesaikannya atau lari daripada masalah,"katanya.

Thanks Giving Dinner Program Itenary: Methodist Church

Sumber dari:

Maklumat diterima bahawa ada beberapa orang Islam ke majlis yang menggunakan tajuk berbuka puasa “Thanks Giving Dinner Program Itenary” berlangsung di Dewan 3 Damansara Utama Methodist Church [Dream Centre] Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011.

Program ini dikhuatiri mengadakan satu “upacara kesyukuran” disamping menyambut orang Islam berbuka puasa..


Lebih kurang jam 9.45 malam JAIS berjaya memasuki ke Dewan 3 dan dianggarkan lebih kurang 100 orang berada dalam majlis tersebut, seterusnya JAIS terus membuat pemeriksaan dalam dewan. Pada waktu itu ada seorang pemuda sedang berucap atas pentas dewan tersebut dihadapan tetamu yang hadir.


Seorang wanita yang tertulis nama di tag nama bajunya “Sofea” menghampiri pihak JAIS dan ajak berunding diluar dewan tersebut..


Pihak JAIS berjaya mendapatkan buku pendaftaran peserta program dan merampas beberapa dokumen iaitu tentative program. Terdapat unsur unsur yang meragukan dalam tentative tersebut iaitu nyanyian lagu – Alhamdulillah & Allahuakbar…


Terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir dan menurut anggota JAIS yang menjaga pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang!


Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama islam yang hadir membawa anak anak kecil…


Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam [MAIS] untuk memberikan keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu :

  1. Nadeane Binti Che Mohd Salleh [Sofea] K/P: 790317-01-6XXX
  2. Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah K/P: 690327-08-6XXX
  3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir K/P: 850714-71-5XXX
  4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir K/P: 940227-02-5XXX
  5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir K/P: 900906-02-5XXX
  6. Rasyidah Binti Ab Razak K/P: 770611-01-5XXX
  7. Nur Umrah Binti Ab Razak K/P: 951003-01-6XXX
  8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan K/P: 801025-10-5XXX
  9. Faridah Binti Abdul Rahman K/P:711012-12-5XXX
  10. Nur-Al Ashikin Bt Shaikh Dawood K/P: 720803-10-5XXX
  11. Faridah Binti Abdul Latep K/P: 720422-71-5XXX
  12. Sahrunida Binti Asaad K/P: 810104-08-6XXX

Hukum Masuk Gereja... Sekadar Berkongsi Bacaan...




Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya. Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
1. Yang Memakruhkan 
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir. Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya. 
2. Yang Membolehkan 
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya. Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut. Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572. Oleh kerana itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan. Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak. 
3. Yang Mutlak Diharamkan 
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

JAIS, Dr Hassan dan Methodist Church...

 
Sekarang ni dok heboh seluruh negara isu yang cukup sensitif mengenai tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menyerbu sebuah gereja yang didakwa menyebarkan agama Kristian kepada beberapa umat Islam. Saya sendiri amat terkejut dan sedih mendengar perkara ini sedang berlaku dan pada hemat saya tindakan yang drastik perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan dan usaha-usaha yang boleh menjengahkan generasi Muslim Malaysia ke arah kemurtadan... Namun, perkara ini masih berada di peringkat siasatan dan samada ianya benar-benar berlaku atau tidak, isu ini tetap perlu kita ambil berat dan siasatan terperinci serta menyeluruh perlu dijalankan... Jika berlaku, maka ianya merupakan suatu yang sirius. Dalam hal ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, exconya Dr Hassan Ali dan JAIS perlu duduk semeja dan membincangkan perkara ini dan bersama-sama membentuk satu pasukan yang kuat bagi menghalang usaha-usaha ini. Namun, kesukaran dapat saya rasakan kerana yang mendominasi kerajaan Negeri Selangor bukanlah pimpinan PAS. Yang mendominasi kerajaan negeri ini adalah PKR dan DAP. Justeru itu, isu ini sangat sensitif untuk disentuh memandangkan setiap parti sekarang ini ingin menjaga hati pengundi.

Isunya bermula apabila gereja Methodist Church di Damansara Utama telah  menganjurkan satu majlis yang membabitkan penyertaan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Atas tujuan apakah mereka ke sana masih berada di dalam siasatan. Namun, desas desus menyatakan mereka hanya menghadiri majlis itu untuk menerima sumbangan daripada pihak gereja tersebut yang aku sendiri tidak dapat pastikan kesahihan berita ini. Biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan susulan. Berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam, JAIS telah pergi menyiasat dan hasilnya, pihak JAIS telah dituduh menceroboh rumah ibadah tanpa permit ataupun kebenaran...

Bagi pemikiran saya yang dangkal ini, pihak gereja mahukan JAIS ada permit untuk masuk ke tempat atau rumah ibadah... Persoalan yang perlu diajukan semula pada mereka adakah mereka mempunyai permit bagi melaksanakan majlis tersebut yang di buat secara tertutup dan menjemput mereka yang bukan seagama dengan mereka? Adakah mereka minta permission atau maklumkan kepada khalayak bahawa terdapat beberapa orang Islam bakal menyertai program di dalam gereja tersebut? Jawapannya... Tiada... Ini menunjukkan terdapat usaha-usaha tersembunyi atas nama kebajikan untuk menarik umat Islam agar ke gereja bagi mendapatkan bantuan dan pertolongan... Setelah bantuan dan pertolongan diberikan, usaha-usaha berterusan untuk menyebarkan serba sedikit fahaman Kristian akan berlaku... Oleh itu, kita harus memandang berat isu ini kerana ianya menyentuh akidah ummah... 



Cuma, aku lahirkan rasa hormat aku pada Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut. Keberanian beliau berusaha membanteras gejala ini amatlah aku hargai. Apapun, aku respek apa yang Dr Hassan Ali dan JAIS buat... Tindakan mereka ini setidak-tidaknya memberikan signal kepada gereja-gereja bahawa setiap aktiviti mereka itu dipantau. Moga kebenaran dan Islam tertegak terus di bumi bertuah ini...

Ceramah Zul Noordin Yang Aku Layan Sebelum Berbuka... Moga Kita Sedar...

Berhujah berdasarkan fakta dan kebenaran...
Aku memang tabik hormat kepada YB Zul Noordin di atas keberanian beliau bercerita secara terbuka mengenai status sebenar orang-orang Cina dan India sebelum merdeka... Pengajarannya, harap orang-orang Cina dan India hormat sosial kontrak... Hormatilah hak-hak orang Melayu sebagai pribumi TANAH MELAYU aka MALAYSIA ini... 

Kepada anak-anak muda... Insafilah diri kita... Bangkitlah berjuang membangunkan agama dan bangsa... Masa tidur panjang sudah berlalu... Masa berjuang telah bermula...