Rabu hari tu aku dan isteri plan nak bukak pose ngan kengkawan UIAM. Cari punyer cari venue nak bukak pose akhirnya we all decide bukak pose di Bangi Golf Resort. Hari Selasa hari tu aku pergilah beli kupon di situ almaklumlah nak dapat diskaun. Kalau harga asal RM 48++ tapi bila ada kupon tu, harga yang perlu dibayar adalah RM 43 nett. Secara overall makanan memang best especially kambing panggang dengan sos blackpepper nyer perrrghhh gua cakap lu memang terbaaeekk... Apapun, lensa kamera aku ni memang cepat jer berjalan menangkap beberapa gambar sebagai kenangan...
Friday, 12 August 2011
Critter Land... Place Where Imagination Beyond Reality For Arif...
Last Thursday, I had a wonderful time with my son Arif. After brought him to Shah Alam to buy some golf shirts, I went with him to Critter Land which is located at the Mines or more specifically at The Heritage Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. It is a place where the kids can run, have fun and play within their own imagination. We spent about two and half hours there... I love to see him running, smiling, laughing and exploring many interactive and attractive game equipment there. I would like to recommend to all my friends who have kids to bring them there and you will see how they appreciate that moment. I paid only RM 15 per entry. However need to bear in mind, you should wear your socks when you entering a place like this. Let see some pics of my son having fun over there... Enjoy!!!
Isu Pengharaman Bacaan Al-Quran Sebelum Azan Pulak... Apalah Nak Jadi?
Semakin hari Islam semakin ditekan dan apa yang dapat kita lihat orang-orang Islam yang majoritinya orang Melayu seakan-akan takut sudah untuk bersuara dan terpaksa merelakan apa yang berlaku sebegitu sahaja...Terbaru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka.
Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang yang berada di dalam dan di luar masjid. Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.
Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Di saat JAIS dipersalahkan isu menceroboh gereja tanpa permit. Kalau difikirkan apa salahnya untuk kita memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Bagi saya yang tidak cerdik agama ini bacaan Al-Quran yang diperdengarkan itu setidak-tidaknya mampu untuk membantu umat Islam untuk bangkit menunaikan Solat Fardhu Subuh. Nak lagi di dalam bulan Ramadhan ini. Ia amat membantu umat Islam yang mana terlewat nak bangun sahur akhirnya disebabkan bacaan ayat suci Al-Quran diperdengarkan, mereka akan tersedar lebih awal. Jadi, sempatlah menjamah serba sedikit juadah untuk bersahur. Contohnya di Masjid Alam Damai, Cheras yang berdekatan rumah saya yang hampir setiap pagi memperdengarkan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara oleh adik Muhammad yang amat menginsafkan dan mempu membuatkan kita menitiskan air mata di waktu Subuh.Lagi satu, inikan negara Islam. Berkumandangnya azan dan bacaan Al-Quran menampakkan suasana keIslaman itu ada di dalam negara. Pada masa yang sama ini juga merupakan unsur dakwah. Bukankan Saidina Umar memeluk Islam setelah mendengar bacaan surah Taha oleh Saidatina Fatimah... Saya cukup tidak faham kenapa perlu diharamkan bacaan ayat suci Al-Quran... Bukan hendak mencabar fatwa yang dikeluarkan... Cuma kalau setakat mengganggu ketenteraman dan keheningan pagi, beduk jugak perlu diharamkan... Sorilah, ilmu agama aku tak tinggi. Fikiran aku bab ni pun cetek. Takut jugak aku nak komen isu ni. Takut nanti orang cakap aku memandai-mandai.
Tetiba teringat potongan ayat Al-Quran ini, Allah berfirman:
قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللّهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَاماً وَحَلاَلاً قُلْ آللّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللّهِ تَفْتَرُونَ، وَمَا ظَنُّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لاَ يَشْكُرُونَ
“Katakanlah: ‘Terangkanlah kepadaku tentang rizki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sebagiannya) halal.’ Katakanlah: ‘Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-adakan (kedustaan) terhadap Allah?’ Apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat? Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.” (QS. Yūnus [10]: 59-60)
Dari Sa`d Ibn Abī Waqqāsh dengan sanad yang valid, Nabi—shallaLlāhu `alaihi wa sallam—bersabda,
إِنَّ أَعْظَمَ الْمُسْلِمِيْن فِي الْمُسْلِمِيْن جُرْمًا مَنْ سَأَلَ عَنْ أَمْرٍ لَمْ يُحَرَّمْ فَحُرِّمَ عَلَى النَّاسِ مِنْ أَجْلِ مَسْألتِهِ
“Sesungguhnya kaum muslimin yang paling besar dosa dan kejahatannya terhadap (sesama) kaum muslimin adalah yang bertanya tentang perkara yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan kepada manusia karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat Muslim: IV/1831/2358; Ahmad: I/179/1545; Abū Dāwūd: II/612/4610; dan lain-lain.)
Maksudnya, halal dan haram ni bukanlah makanan ajer... Kalau bacaan Al-Quran itu suatu perkara yang tidak diharamkan di sisi Islam, janganlah kita haramkan. Itu saja. Kalau bingit bunyi speaker tu, pergilah berunding dengan AJK Masjid supaya perlahakan sedikit volumenyer... Apapun, saya kongsikan artikel di bawah yang saya juga bersependapat dengan dia...
Memetik penulisan dari blogger Inspirasi Cyber, beliau menulis
"Isunya kenapa Majlis Fatwa pulau Pinang baru nak keluarkan fatwa yang ianya haram, sedangkan sudah lama amalan itu di amalkan bukan sahaja di negeri Pulau Pinang malah amalan memperdengarkan bacaan Al-Quran ketika subuh diamalkan di seluruh negara. Kenapa negeri lain tidak keluarkan fatwa yang sama kenapa majlis fatwa kebangsaaan tidak keluarkan fatwa yang sama. Adakah orang di negeri Pulau Pinang sahaja yang terganggu dengan bacaan Al-Quran ketika Subuh. Bagaimana dengan orang kelantan, orang kedah, orang perak tidakkah mereka terganggu.
Biasanya bacaan Al-Quran diperdengarkan sebelum masuk waktu subuh sebelum azan berkumandang. Samaada dimainkan melalui cd ataupun di baca sendiri oleh orang yang datang awal subuh ke masjid atau surau. Bukan sahaja waktu subuh diperdengarkan bacaan Al-Quran, tetapi lain-lain waktu juga sperti sebelum waktu maghrib, Asar dan juga zohor. Mungkin kadang-kadang volume pembesar suara mereka terlalu tinggi sehingga mengganggu, masalah tersebut boleh di selsesaikan dengan menegur jawatankuasa masjid dan mengadakan perbincangan dengan mereka supaya memperlahankan volume pembesar suara mereka.
Saya rasa di tempat anda juga masjid dan surau bebas untuk dengarkan bacaan Al-Quran ketika sebelum masuk waktu. Begitu juga ketika ada ustaz menyampaikan ceramah dan tazkirah, pembesar suara digunakan. Tujuannya untuk menyampaikan kepada orang yang tak datang pada majlis tersebut dengan harapan mereka dapat mengambil tahu walau satu patah perkataan yang di sampaikan.
Mula-mula dilarang perdengar bacaan Al-Quran pada waktu Subuh, kita tak tahu lepas ini apa akan berlaku, mungkin waktu lain juga akan menyusul larangan serupa. Apakah pandangan umat Islam di Pulau Pinang dan pandangan umat Islam di Malaysia. Bagaimana Pas di pulau Pinang apa pendapat anda? Surau-surau pas juga akan dilarang berbuat demikian. Saya yakin ada orang yang menerima larangan ini dengan perasaan yang begitu seronok sekali dan ada juga yang kesal dengan larangan ini.
Mereka yang suka dengan larangan ini adalah mereka yang tidak mahu tidur mereka diganggu dengan mimpi-mimpi yang enak di waktu subuh di mana ianya adalah waktu yang paling susah untuk kita bangun dan ke masjid walhal hanya 2 rakaat sahaja.Kita juga ambil maklum siapa yang memerintah Pulau Pinang dan siapa majoritinya. Anda tengok dan anda fikirlah sendiri. Malah di negeri diperintah orang Islam itu sendiri pon masih bercelaru dan kekurangan inikan pula kuasa di tangan orang bukan Islam. Marilah kita berfikir apa acuan Islam yang kita perlu pada hari ini.?
Kadang-kadang kita terlepas subuh kerana tiada siapa yang mengejutkan kita. Tapi akan ada orang yang akan kata itu hal masing-masing, kubur lain-lain. Kalau siapa ingat suatu ketika di negeri Selangor berkenaan isu azan, tetapi di pulau pinang mereka bertepuk tangan…Orang Islam bangkitlah….Majlis Fatwa kebangsaan dan negeri negeri lain tolong kaji tentang isu larangan ini…"
Subscribe to:
Posts (Atom)