Thursday 1 March 2012



Alhamdulillah... Hari ini aku dapat merasakan kegembiraan yang amat sangat apabila Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan tol Batu 9 dan Batu 11 Lebuhraya Cheras Kajang berkuat kuasa tengah malam semalam... Aku memang gembira sangat sebab setahu aku hampir setiap hari bekerja aku dan isteri akan melewati jalan tersebut... Maklumlah, nak hantar anak ke rumah Mertua aku di Taman Tanming Impian, Kajang... So, everyday aku kena travel dari Cheras ke Kajang, dari Kajang ke Subang, dari Subang ke Kajang dan dari Kajang ke Cheras... Syukur sangat tol ni dah dimansuhkan... Terus terang aku nak ucapkan terima kasih pada YAB Dato' Seri Najib... Ni bukan nak mengampu sebab dia tak baca blog aku nie... Tapi aku rasa agak happy!!! Dan sekadar nak berterima kasih pada kerajaan.

Cuba korang bayangkan pada awal tahun 2009 aku punya perbelanjaan tol ialah sebanyak:
Cheras - Kajang = RM 0.90(Batu 11)
Kajang - Subang = RM 0.90(Batu 11) + RM 1.00(Batu 9) + RM 0.50(Tol Cheras) + RM 2.60(NPE)
Subang - Kajang = RM 2.60(NPE) + RM 0.50(Tol Cheras) + RM 1.00 (Batu 9) + RM0.90 (Batu 11)
Kajang - Cheras = RM 0.90(Batu 11)

Busuk-busuk tol aku sehari bersamaan RM 11.80. Itupun kalau aku dan wife pergi satu kereta... Kalau pergi berasingan... Pergh... Tak ke cecah RM20.00. Kalau sebulan mahu cecah lebih RM 450. Tapi apakan daya demi memastikan keselamatan anak-anak ada baiknya aku berulang. Nak hantar kat nursery minta tolong tengok anak aku, terisau pulak takut2 dibungkusnya anak aku, diselotape mulut anak aku, disumbat susu sampai tersedak... Aku tak sanggup... Biarpun terpaksa bayar tol lebih aku tak kisah yang penting anak-anak aku selamat...

Aku nak ucap terima kasih pada kerajaan. Mula-mula mansuhkan tol Cheras. So, dah jimat RM0.50. Pergi balik dah jimat RM1.00. Lepas tu, tol kedua NPE berdekatan Kg Medan pun kerajaan dah hapuskan untuk hala balik aku dari ofis ke Kajang. So, NPE hala balik daripada 2.60 tinggal RM1.60. Sekarang ni, dah mansuhkan pulak tol Batu 9 dan Batu 11. Pergh... Heppi gila aku bila dapat jimat RM 1.90 sehala. Pergi balik dah jimat RM 3.80.

Pengumuman hari ini telah menyebabkan perbelanjaan perjalanan aku ke rumah mertua aku dan ke pejabat turun serta merta sebanyak 75%... Yes!!! Aku hanya perlu bayar tol NPE jer... RM 3.60 pergi dan balik... Penjimatan sebanyak RM 11.80 - RM 4.20 = RM 7.60 (Sehari). Lepaslah duit makan nasi ayam dan air bandung cincau kat opis... Siap boleh tambah pengat pisang lagi kalau dibelanjakan RM 7.60 tue... Orang lain mungkin tak rasa sangat usaha Dato' Najib hapuskan tol ni ringankan beban rakyat... Tapi, aku sebagai rakyat marhain ini amat merasai kesan langsung pemansuhan tol ini... Dalam tempoh 3 tahun... 3 tol telah dimansuhkan... Memang aku nampak Dato' Seri Najib bekerja mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian... Terang-terang gua confirm undi BN kalau PRU tahun ini... Hihihi... 

Apapun, sekali lagi syukur pada ALLAH... Terima kasih pada PM...  


Menganalisa kesan terhadap apa yang aku perolehi sebagai rakyat terutamanya selepas pilihanraya umum 2008. Aku melihat dan mengkaji manifesto yang dicanangkan oleh kedua-dua belah parti... Parti BN manifestonya selalunya general dan luas skopnyer... Manifesto Pakatan Rakyat pulak jauh lebih spesifik... Tapi, bagi aku manifesto ni sebenarnya kalau kat Malaysia ni lebih berbentuk gula-gula politik nak pancing undi ajer... Buku Jinggalah... Itulah... Inilah... Semuanya retorik jer... Aku lebih suka melihat kesan langsung yang aku sebagai rakyat perolehi... 

Apa yang Pakatan Rakyat bagi pada aku sehingga kini:
1) 20 meter padu air percuma: Roughly dalam RM 11.60. Itupun selalunya bil air rumah aku RM 6.00 - RM 8.00. Terima kasih buat Tan Sri Khalid sebab berjaya tunaikan janji nie...
Yang aku masih tunggu untuk dapat:
2) Tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak Selangor. Sampai aku dah anak 2 pun tak dapat lagi. Form dah isi siap mintak photocopy Surat beranak dan sebagainya... Tapi, follow up tak ada daripada pihak kerajaan negeri... Harap dapatlah sebelum pilihanraya... Hihhii...

Apa yang Barisan Nasional bagi pada aku sehingga kini:
1) Mengurangkan beban rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan dengan menangani kesan kenaikan harga barang dan kos harian bagi menjamin kualiti hidup rakyat bermutu. 
     1a) Pemansuhan tol Cheras : RM 0.50
     1b) Pemansuhan tol Kg Medan NPE : RM 1.60
     1c) Pemansuhan tol Batu 9 dan Batu 11: RM 1.90
2) Menyediakan lebih banyak biasiswa dan bantuan pengajian kepada semua pelajar yang berkelayakan tanpa mengira kaum - Baucer buku 1 Malaysia buat mahasiswa: RM 200 


Petikan: Ehsan dari MPP Online...

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah semalam.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Perdana Menteri berkata ia juga adalah merupakan janji yang pernah diungkapkan pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna.