Wednesday, 13 April 2011

Pilihanraya Sarawak... Siapa menang?


Sekarang ni sibuk semua orang bercerita pasal pilihanraya Sarawak dalam bloglah, dalam TV dan YouTube... Pilihanraya sepertimana yang kita maklum adalah medan memilih pemimpin... Dan apa yang paling penting ialah apapun pilihan kita mestilah pemimpin yang dapat merencanakan pembangunan di kawasan kita, menjadi suara untuk menyuarakan hasrat dan kehendak rakyat, menjadi sandaran ketika tibanya kesukaran dan tempat untuk kita sebagai pengundi mengadu masalah... Kesilapan memilih pemimpin hakikatnya boleh membawa padah... Apapun, kita lihat pilihanraya Sarawak pada hari ini telah membuktikan bahawa demokrasi hidup subur di dalam Malaysia... Sesiapa mahu bertanding, silakan... Tak ada masalah... Cuma yang menjadi pertikaikan adalah demokrasi media...

Apapun keputusan pilihanraya Sarawak pada kali ini, harap semua pihak boleh menerimanya.... Saya berpendapat, pilihanraya kali ini biarpun melebihi 200 orang merebut 71 kerusi yang dipertandingkan, Barisan Nasional bakal menang dan membentuk kerajaan sekali lagi... Cuma, isu utamanya ialah pengunduran Ketua Menteri mesti berlaku agar ini membuktikan pemimpin BN tidak memungkiri janji... Pemimpin baru perlu diangkat agar rakyat dapat melihat kepimpinan baru yang segar dapat menerajui Sarawak. 

Pehin Seri Taib Mahmud yang berjanji akan turun tak lama lagi...

Namun, perlu diingat, rakyat Sarawak sahajalah yang berkuasa menentukan masa depan Sarawak. Di bawah Barisan Nasional kah? Atau di bawah Pakatan Rakyat? Manakah yang lebih baik harus dinilai... Kita berbicara soal kehidupan dan kebajikan rakyat... Kita bukan membicarakan kelompok Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat... Apapun, yang menang perlu bekerja untuk semua dan tidak hanya memikirkan kelompok tertentu sahaja... Politik di Semenanjung berbeza dengan politik di Sarawak... Jangan kerana badai gelora di seberang laut, habis rumah digunung turut bergelora... (pergh! Dah macam Karam Singh Walia dah aku...)

Abang Jo kah???

Awang Tengah kah???


Persoalan yang timbul dalam benak kepala aku sekarang ni ialah siapakah yang bakal menggantikan Ketua Menteri, Pehin Seri Taib Mahmud...??? (Sekiranya BN menang)... Nama yang hot tak lain tak bukan samada Abang Jo atau Awang Tengah... Kita tunggu jelah... Kalau diorang naik pun, bukan aku yang dapat projek ... Hehehe...



Soalan yang kedua yang menambah musykil aku, siapa Baru Bian yang nak dinaikkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru ini??? Agama apa dia ni??? Bangsa apa dia ni??? Apa kehebatan dia??? (Sekiranya Pakatan Rakyat menang)... Aku tak boleh jawab soalan ni... Kena search lagi info2 terkini... Yang penting, dia bukan bakal Ketua Menteri aku sebab aku bukan orang Sarawak... Apapun, kepada rakyat Sarawak, selamat mengundi dan semoga proses pengundian bersih dan lancar...

Minor Operation Syahmi...


Alif Syahmi Afif Farhi @ Camica


Esok, 14 April 2011, saya akan ke hospital KPJ Kajang bersama-sama isteri kesayanganku Suhailah Ismail dan anak kedua kami, Alif Syahmi bagi menjalani ‘minor operation’ hernia. Terpanggil saya untuk berkongsi dengan semua mengenai apa sebenarnya penyakit hernia ini. Bagi orang utara, penyakit ini dipanggil ‘burut’, dan bagi umum, penyakit ini lebih dikenali sebagai angin pasang. Tapi, ‘herniaadalah nama yang paling aku rasakan sesuai untuk penyakit ini.


Hernia Inguinal


Hernia boleh dikategorikan kepada dua jenis. Satu ‘hernia inguinal’ yang biasanya terjadi kepada bayi lelaki iaitu pemburutan atau pengeluaran sebahagian alat daripada badan atau organ tubuh daripada tempat asalnya. Dalam bahasa mudahnya, usus terkeluar daripada bahagian asalnya disebabkan adanya ruang atau lubang yang membolehkan ianya terkeluar dan memasuki bahagian kelamin bayi (kantung zakar). Saiz pengeluaran itu bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Sekiranya lubang yang menjadi laluan usus itu besar, maka, saiz gumpalan usus yang akan memasuki kantung bayi juga besar. Walaubagaimanapun, ianya boleh disurutkan menggunakan kaedah urutan dan sebahagiannya surut sendiri terutamanya ketika bayi sedang berehat (tidur). Gumpalan itu boleh menjadi besar semula ketika bayi menangis, meneran untuk membuang air mahupun ketika sedang aktif.

Dalam kes anak kedua kami, Alif Syahmi, setelah hampir sebulan lebih barulah kami mengenal pasti masalah ini. Kantungnya kelihatan membesar daripada biasa dan ianya berlaku di kedua-dua belah. Mengikut cakap orang tua-tua, ‘angin pasang’ ini boleh dihilangkan menggunakan kaedah tuaman (melekapkan kain suam pada alat kelamin bayi). Namun, kaedah itu sebenarnya hanya bersesuaian untuk bayi yang mengalami ‘hydroceleiaitu cecair berlebihan yang memasuki laluan sperma yang menyebabkan gelembungan pada bahagian kantung zakar bayi. Hydrocele ini boleh dirawat menggunakan kaedah tuaman tadi dan kebiasaannya hilang setelah bayi mencecah 12 – 18 bulan.

Saya dan isteri telah membawa Syahmi untuk bertemu dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Setelah pemeriksaan diadakan, sah bahawa anak kami mengalami penyakit hernia dan memerlukan pembedahan segara agar usus yang termasuk ke dalam kantung itu tidak tersekat. Sekiranya usus tersebut tersekat, ia boleh menyebabkan komplikasi kepada sistem pencernaan bayi. Dan insyaAllah, esok pembedahan kecil akan dijalankan.

Hernia ini tidak hanya tertumpu kepada bayi semata-mata. Bahkan orang dewasa juga boleh mengalaminya apabila terdapatnya otot yang terkoyak yang membolehkan organ atau tersebut turun atau bergerak ke bahagian yang lain. Perut, peha dan dada antara bahagian yang boleh terkeluar dari bahagian asalnya. Kebiasaannya, atlet sukan, pemain bola dan mereka yang aktif terdedah kepada risiko (sportsman hernia) ini seperti Frank Lampard, Kaka dan Torres juga pernah mengalaminya. Kira anak aku dah sehebat dioranglah ni

Hernia Umbilikus

Hernia jenis yang kedua ialah ‘hernia umbilikus’ merupakan kernia yang terjadi di daerah pusar (pusat). Hernia jenis ini tidak menimbulkan rasa sakit dan membahayakan. Kita dapat melihat bengkakan di sekitar pusar bayi pada saat bayi menangis atau menegang. Jenis hernia ini juga biasanya akan hilang dengan sendirinya ketika usia bayi mencapai 12 hingga 18 bulan.

Pembedahan
Pembedahan merupakan terapi yang terbaik berbanding urutan mahupun kaedah yang lain kerana bahagian yang terkeluar perlu dimasukkan kembali dan ruang yang membolehkan bahagian tersebut keluar perlu diikat atau ditutup. Kalau hernia ini mengalami komplikasi, terjadi tanda-tanda tersepitnya isi organ dalam kantong telur bayi, maka pembedahan harus dilakukan segera untuk menyelamatkan organ yang tersepit tersebut.

Risiko pembedahan segera ini cukup tinggi, baik risiko dari segi pembedahan mahupun pembiusan. Dengan demikian, jika terdapat hernia pada bayi dan anak-anak, pembedahan terancang (schedule operation) harus dipersiapkan tanpa mengira usia dan berat badan bayi.

Yang menjadi kerisauan, apakah pembiusan umum dapat dilakukan terhadap bayi dan anak tersebut. Mengikut doktor, pembiusan boleh dilakukan pada bayi yang beratnya melebihi 8kg atau melebihi umurnya 5 tahun. Pembedahan hernia pada bayi dan anak-anak sekarang ini telah dapat dilakukan kerena fasiliti pembedahan dan tenaga pakar untuk pembedahan dan pembiusan telah tersedia. Kelewatan atau penundaan pembedahan akan memberikan risiko pembedahan menjadi lebih sulit dan kemungkinan terjadi komplikasi.

Saya dan isteri dah buat keputusan, esok Syahmi akan masuk wad jam 7.30pg dan pembedahan kecil akan dilaksanakan jam 8.45pg. Semoga segalanya berjalan lancar. Harapkan doa daripada semua









Doakan saya yea!!!