Wednesday 13 April 2011

Minor Operation Syahmi...


Alif Syahmi Afif Farhi @ Camica


Esok, 14 April 2011, saya akan ke hospital KPJ Kajang bersama-sama isteri kesayanganku Suhailah Ismail dan anak kedua kami, Alif Syahmi bagi menjalani ‘minor operation’ hernia. Terpanggil saya untuk berkongsi dengan semua mengenai apa sebenarnya penyakit hernia ini. Bagi orang utara, penyakit ini dipanggil ‘burut’, dan bagi umum, penyakit ini lebih dikenali sebagai angin pasang. Tapi, ‘herniaadalah nama yang paling aku rasakan sesuai untuk penyakit ini.


Hernia Inguinal


Hernia boleh dikategorikan kepada dua jenis. Satu ‘hernia inguinal’ yang biasanya terjadi kepada bayi lelaki iaitu pemburutan atau pengeluaran sebahagian alat daripada badan atau organ tubuh daripada tempat asalnya. Dalam bahasa mudahnya, usus terkeluar daripada bahagian asalnya disebabkan adanya ruang atau lubang yang membolehkan ianya terkeluar dan memasuki bahagian kelamin bayi (kantung zakar). Saiz pengeluaran itu bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Sekiranya lubang yang menjadi laluan usus itu besar, maka, saiz gumpalan usus yang akan memasuki kantung bayi juga besar. Walaubagaimanapun, ianya boleh disurutkan menggunakan kaedah urutan dan sebahagiannya surut sendiri terutamanya ketika bayi sedang berehat (tidur). Gumpalan itu boleh menjadi besar semula ketika bayi menangis, meneran untuk membuang air mahupun ketika sedang aktif.

Dalam kes anak kedua kami, Alif Syahmi, setelah hampir sebulan lebih barulah kami mengenal pasti masalah ini. Kantungnya kelihatan membesar daripada biasa dan ianya berlaku di kedua-dua belah. Mengikut cakap orang tua-tua, ‘angin pasang’ ini boleh dihilangkan menggunakan kaedah tuaman (melekapkan kain suam pada alat kelamin bayi). Namun, kaedah itu sebenarnya hanya bersesuaian untuk bayi yang mengalami ‘hydroceleiaitu cecair berlebihan yang memasuki laluan sperma yang menyebabkan gelembungan pada bahagian kantung zakar bayi. Hydrocele ini boleh dirawat menggunakan kaedah tuaman tadi dan kebiasaannya hilang setelah bayi mencecah 12 – 18 bulan.

Saya dan isteri telah membawa Syahmi untuk bertemu dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Setelah pemeriksaan diadakan, sah bahawa anak kami mengalami penyakit hernia dan memerlukan pembedahan segara agar usus yang termasuk ke dalam kantung itu tidak tersekat. Sekiranya usus tersebut tersekat, ia boleh menyebabkan komplikasi kepada sistem pencernaan bayi. Dan insyaAllah, esok pembedahan kecil akan dijalankan.

Hernia ini tidak hanya tertumpu kepada bayi semata-mata. Bahkan orang dewasa juga boleh mengalaminya apabila terdapatnya otot yang terkoyak yang membolehkan organ atau tersebut turun atau bergerak ke bahagian yang lain. Perut, peha dan dada antara bahagian yang boleh terkeluar dari bahagian asalnya. Kebiasaannya, atlet sukan, pemain bola dan mereka yang aktif terdedah kepada risiko (sportsman hernia) ini seperti Frank Lampard, Kaka dan Torres juga pernah mengalaminya. Kira anak aku dah sehebat dioranglah ni

Hernia Umbilikus

Hernia jenis yang kedua ialah ‘hernia umbilikus’ merupakan kernia yang terjadi di daerah pusar (pusat). Hernia jenis ini tidak menimbulkan rasa sakit dan membahayakan. Kita dapat melihat bengkakan di sekitar pusar bayi pada saat bayi menangis atau menegang. Jenis hernia ini juga biasanya akan hilang dengan sendirinya ketika usia bayi mencapai 12 hingga 18 bulan.

Pembedahan
Pembedahan merupakan terapi yang terbaik berbanding urutan mahupun kaedah yang lain kerana bahagian yang terkeluar perlu dimasukkan kembali dan ruang yang membolehkan bahagian tersebut keluar perlu diikat atau ditutup. Kalau hernia ini mengalami komplikasi, terjadi tanda-tanda tersepitnya isi organ dalam kantong telur bayi, maka pembedahan harus dilakukan segera untuk menyelamatkan organ yang tersepit tersebut.

Risiko pembedahan segera ini cukup tinggi, baik risiko dari segi pembedahan mahupun pembiusan. Dengan demikian, jika terdapat hernia pada bayi dan anak-anak, pembedahan terancang (schedule operation) harus dipersiapkan tanpa mengira usia dan berat badan bayi.

Yang menjadi kerisauan, apakah pembiusan umum dapat dilakukan terhadap bayi dan anak tersebut. Mengikut doktor, pembiusan boleh dilakukan pada bayi yang beratnya melebihi 8kg atau melebihi umurnya 5 tahun. Pembedahan hernia pada bayi dan anak-anak sekarang ini telah dapat dilakukan kerena fasiliti pembedahan dan tenaga pakar untuk pembedahan dan pembiusan telah tersedia. Kelewatan atau penundaan pembedahan akan memberikan risiko pembedahan menjadi lebih sulit dan kemungkinan terjadi komplikasi.

Saya dan isteri dah buat keputusan, esok Syahmi akan masuk wad jam 7.30pg dan pembedahan kecil akan dilaksanakan jam 8.45pg. Semoga segalanya berjalan lancar. Harapkan doa daripada semua









Doakan saya yea!!!

No comments:

Post a Comment