Thursday, 4 August 2011

Hukum Meninggalkan Puasa Dengan Sengaja...



Hari ini dah hari ke-5 kita berpuasa... On the way aku ke ofis semalam, terserempak aku dengan ada sorang brader melayu ni yang kerja sebagai driver di salah sebuah syarikat swasta di situ dengan selamba badak bawa sebungkus air teh ais (memang lazatkan kalau bukak pose ngan teh ais) dan terus tanpa segan silu pergi teguk dalam kete bos dia agaknya... Aku tergamam sebab keselambaan dia tak pose... Cuma sementara aku dok ofis aku di Bangi, terus aku search hadith mengenai hukum meninggalkan pose ngan sengaja... Tapi kalau berada tu memang jenis kurang gula dalam badan dia dan memang mudharat untuk dia buka aku tak kesahlah... Itupun urusan dia dengan Allah... Aku nak masuk campur buat apa...

Cuma sebagai ingatan, 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusu bayinya) dan tiada sakit, tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya..."
Hadith di atas memberitahu kita secara jelas bahawa seseorang yang yang tidak ada asas syara’ yang membolehkannya berbuka (yakni, membatalkan puasa wajibnya), tidak diterima puasanya sepanjang hayatnya selepas itu! Dengan lain perkataan tidak mendapat pahala dia berpuasa sepanjang hayatnya sekalipun tanpa henti-henti. Begitu beratnya hukuman atas mereka yang sengaja tidak berpuasa atau berbuka setelah berpuasa tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syara’. Walaupun demikian, kalau dah tertinggal dengan sengaja sehari tahun-tahun sebelum ni, janganlah korang gunakan hadith ni plak untuk tak pose tahun ni dan tahun2 akan datang. Hadith ni nak menunjukkan betapa Rasulullah menitik beratkan umatnya untuk berpuasa wajib di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Diriwayatkan hadith juga daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain keringanan atau memberi kelonggaran atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya), jika dia berpuasa setahun sekalipun tidak dapat mengganti dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, (atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai membayar kifarat dia berbuka atau tidak berpuasa sehari itu)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum] 
Oleh itu, ingatlah kengkawan yer... Jangan sewenang2nya tak puasa... Sekadar ingat mengingati sesama kita...

Lagu Pertama Sempena Ramadhan...

Jom layan nasyid ni... Puasa dulu baru raya dari Raihan... Best2...


Juadah Yang Bakal Menjadi Pilihan Aku Berbuka Ini Hari (Puasa ke-5)


Rasanya tak lengkap kalau aku tak kongsikan juadah apakah yang bakal aku sental apabila tiba masa berbuka nanti... Hari ini dah hari kelima kita berpuasakan... Sekejap jek dah nak seminggu... Alhamdulillah... Seronok rasanya berpuasa... Malam berterawikh, siang menahan lapar dan dahaga... Nikmatnya tidak terhingga... 


Hari ini dah lah hari Jumaat... Jap lagi aku dah nak pergi solat... Cuaca Alhamdulillah buat masa ni tak terlalu panas maklumlah baru lepas hujan... Apapun, hari ini aku memang mengidam "Murtabak"... Selalunya kalau aku bukak pose di Kajang di rumah mak mertua aku, aku pasti akan singgah di Bazaar Ramadhan di Prima Saujana... Kat situ ada banyak gerai yang jual murtabak... Yang paling famous tak silap aku Murtabak Keramat tapi harga RM 2.50... Aku plak suka beli murtabak yang range harganya RM 2.00... Kalau bawak RM 10 dapatlah 5 keping... Anak aku Arif memang gila murtabak... Kadang2 sekeping tu dia bantai sorang jerk... 

Hmm, cuma setahu aku orang buat murtabak ada dua jenis aje... Murtabak ayam dan murtabak daging... Kat Bazaar sekarang ni dah macam2 "improvisation" dilakukan... Latest semalam yang aku dengan Murtabak Kambing... Perrghh... Siapa yang gila kambing mesti melompat keriangan bila murtabak kambing sekarang sudah mula berada di pasaran...


Selain tu, ada jugak yang buat murtabak menggunakan roti jala... Harga kat Bazaar di area situ kalau tak silap RM 3.50... Ini mungkin disebabkan keletihan pembuat murtabak tu terpaksa menebar jala... Ingat tebar jala nak tangkap ikan... Rupanya tangkap ayam dan daging atas darat... Ish... ish... ish...


Apapun, petang ni... Aku nak cari murtabak... Kalau boleh teringin nak cari murtabak raja dari Kelantan yang harganya kalau tak silap aku sekeping RM 10... Tapi, kalau korang boleh habis sorang sekeping memang terbaeekkk... Selamat berbuka semua...

Fenomena Artis Bertudung... Satu Dakwah...

Alhamdulillah, la ni dah banyak dah artis Islam Melayu Malaysia yang dah bertudung... Suka aku tengok perkembangan yang sihat ni... Harap lebih ramai lagi yang mengikuti... Gambar2 di bawah ni aku memang ambil dari blog2 lain dengan keizinan dan harapan agar menjadi satu dakwah kepada Muslimah yang masih belum bertudung... Jika mereka yang terkenal, famous dan hidup bergelumang kemewahan dan kepopularitian juga masih mampu berubah... Semua orang hakikatnya boleh berubah... Nak dengan tak ajer... Yang penting niat nak berubah kena ada...Harap pose2 ni jadikanlah bulan untuk hijrahkan diri... Aku jgak berdoa agar mereka yang dah berubah tu terus berubah dan beristiqamah... Artiskan contoh buat masyarakat... Kalau ramai bertudung pasti akan ramai yang terikut nanti... Ameen...