Monday, 22 August 2011

Jom Layan Trailer Rise of the Planet of the Apes...

Aku tak sangka Rise of the Planet of the Apes ada dua trailer untuk promo movie tu... Satu trailer memang aku layanlah sebab grafik dia gempak giller lepas tu sound dia pun memang best... (Sumber dari: Youtube laa... Mana lagi)

Satu trailer lagi aku tak tahulah dari mana Director tu boleh dapat idea ni tapi memang terbaiklah... Memang aku terus nak layan movie tu bila aku tengok trailer yang second... Apapun, korang layanlah sendiri yerk... (Sumber dari: http://tunfaisal.blogspot.com/)


Secara rumusannya, rakyat Malaysia semakin kreatif... Hehehe...

Gemuk oh Gemuk...

Aku tahulah aku ni berbadan dua... Dan sempena bulan Ramadhan ini, aku tengah berusahalah menguruskan badan aku yang agak gempal ni... Tapi rupa manis tu masih adalah... Kalau tak masakan ramai yang panggil aku Arash Muhammad kan... Cuma hari ini aku menulis sebab aku agak stresslah bila orang tag aku gambar produk pelansingan badan diorang... Latest aku baru dapat dua hari lepas... Man-man la kalau nak berniaga pun... Tahulah aku target group korang... Tapi, tak payahlah selamba badak promote barang2 korang sewenang-wenangnyer kan... Apa produk aku tak pakai... Merit, HerbaLife, JusMate5... Mana aku tak pergi... Celebrity Fitness siap amik Diamond membership lagi, Keep Slim... Semua nak ketuk duit aku jer... Hasil...??? Tarakk... 

Ni antara iklan yang diorang forwardkan aku...




Sekarang ni, aku beriltizam untuk kurus cara aku sendiri... Produk korang tu aku tak layan... Sori... Aku nak amalkan makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang... Ikuit Sunnah lagi bagus... Apapun, thanks for sharing... Beli... Sori... Aku takkan beli... Kalau aku gemuk pun... Korang susah ker... Hehehe...

Klip Pilihan Ramadhan 23...

Di saat duduk di dalam bilik pejabat sambil mendengar bacaan Al-Quran dari klip video ini... Air mata tiba-tiba menitis ke bumi... Ya Allah... Selamatkan aku di hari Qiamat nanti... Dengan amalan-amalan soleh yang telah aku kerjakan di sepanjang hidup ku ini... Ameen... Hayati...


Like Father Like Son, Kenangan Semasa Kecil...


Afif dan Arif... Ternyata Afif jauh lebih hensem... Hahaha...
Tengah duduk melayan kesepian di dalam pejabat ni tetiba terlihat aku gambar perbandingan aku dan anak sulong aku, Arif yang dibuat oleh adik aku, Afifa Farhana. Ramai orang berkata yang rupa Arif tak tumpah seperti aku masa kecik2 dulu... Memang aku harap sangat anak aku tu rupa seperti aku tapi aku harap perangai dia janganlah ikut perangai aku masa kecik2...

Seingat aku antara perangai aku masa kecik yang memang Mama selalu ungkit antaranya ialah:
1) Kalau main apa juga permainan, game ker, congkak ker, Saidina ker, main batu seremban ker mesti asyik nak menang jerk... Kalau tak menang mesti aku emo... Hehehe... Kalau main congkak Mama aku cakap aku suka sorok guli padahal dah mati tapi cekup jer mana yang ada supaya masih boleh teruskan permainan... Hahaha... Seingat aku memang betul pun... Kepala otak nak menipu tu dah lama dah... Nak lagi bila main ngan adik2...


2) Aku ni bangsa jenis suka menyakat adik2... Nak lagi yang selalu jadi mangsa ialah adik aku AG... Dialah mangsa buli aku dulu... Hehehe... Kalau dalam kereta dulu mesti berebut nak duduk tengah2... Maklumlah, senanglah nak mengipas Mama dan Abah... Nakkan perhatian lebihlah konon... Tapi, bila dah masuk darjah 4... Pakat sibuk pulak aku, Nana dan AG nak duduk tepi... Maklumlah cari port baik untuk tidur dalam kete... Kalau duduk kat tengah, kat mana aku nak sandar... Jadi, saja jer aku biar adik2 aku masuk kete dulu... Nana ngan AG pun dah cerdik masa tu... Kadang2 diorang pancing aku supaya masuk dulu jgak, last skali aku duduk kat tengah ler... Bila aku duduk kat tengah... Apa lagi, aku mula lah mengendeng (menyandar) kat bahu diorang... Saja menyakat... Maklumlah sakit hati tak dapat duduk kat tepi... Hehehe...

3) Aku ni pemakan orangnya... Jadi, masa aku kecik2 lagi... Kalau ada jer makanan adik2 aku yang tak habis... Akulah yang jadi tukang kutip... DBKL lah dalam istilah yang lain... Natijahnya, lihat badanku... Cantik dan rampingkan... Hehehe... Orang cakap kalau makan sisa dari orang lain, nanti orang tu takkan dengar cakap kita... Aku pun tak tahu samada adik2 aku dengar ke tak cakap aku lepas aku asyik selalu makan sisa makanan diorang... Aku rasa OK jer... Daripada membazir... Baik aku habiskan... Membazirkan amalan syaitan...

4) Lagi satu, selalu lepas maghrib... Mama akan kerahkan aku dan adik2 duduk di meja makan untuk mengulangkaji pelajaran... Akulah yang paling liat... Hehehe... Maklumlah, lepas makan malam... Mana tak mengantuk... Mama dulu garang... Ingat lagi masa tu kami duduk di Taman Jaya... Berbekalkan rotan bulu ayam takpun gabungan jari ibu dan jari telunjuk, Mama tak jemu2 mendidik kami... Kena rotan tu perkara biasa... Kena cubit tak payah cakaplah... Tetapi, berkat tangan Mama merotan dan mencubit itulah aku dan adik2 jadi manusia berguna... InsyaAllah... Apapun, aku nak bagitahu satu rahsia yang sepanjang aku hidup dengan Abah, tak pernah sekalipun tangan Abah singgah di muka mahupun cubitan ataupun rotan... Abah serahkan tugas mendidik anak2 pada Mama... Abah banyak memberikan teguran dan nasihat... Tetapi, sekali Abah marah... Perasaan lebih 3 kali ganda pedihnya rotan Mama... Aku cukup taknak bagi Abah marah sebab Abah memang Abah yang baik yang sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak2 dia... Kalau buat Abah marah tu seperti ada penyesalan yang amat sangatlah dalam hati aku nie... Huhuuhu... Mama marah aku dah tak heran sangat sebab dah selalu kena marah... Hehehe... Dah immune orang putih kata...

5) Mama pula aku ingat masa kecik2 memang mendidik anak2 penuh disiplin... Kasut berikat kemas, rambut bersikat lurus, baju bergosok dan mesti "tuck-in"... Pakai t-shirt ngan track pun mesti "tuck-in" punyer... Siap tempek bedak lagi masa kecik2 dulu... Tapi, aku ni memang jenis selekeh sikit... Bab2 menjaga penampilan ini aku memang kurang sikit... Pergi sekolah kemas... Balik dah mula serabai... Tak macam adik aku AG... Dia dari kecik smart memanjang... Sebab tu dia anak emas Mama... Hehehe... 
Aku dan Camica...
Apapun, itulah kenangan masa kecik2 yang masih segar dalam ingatan aku... Anak aku no.1 Arif ni memang ada ciri-ciri aku sikit... Hehehe... Kalau nak sesuatu tu mesti nak sampai dapat... Aku gila main PS3... Dia pun sama kaki game jugak... Sibuk nak menempel main jugak... Apapun, biasalah budak2... Sabar jelah dengan karenah mereka... Macamaner Mama ngan Abah sabar dengan karenah aku dan adik2... Macam tu jugaklah aku dan Suhailah kena bersabar dengan karenah anak2 kami... Nak cerita pasal Camica anak no.2 aku ni mukanyer pun ada iras2 aku... Tapi, budaknya memang baik... Tak banyak buat perangai... Mungkin sebab orang tua2 kata kalau dapat baby hisap jari, baby tu memang tak banyak ragam mungkin ada betulnyer... Tapi apapun itu semua kerja Allah... Lain anak, lain ragamnya... Jangan bapak dia hisap jari pulak sudah... Hehehe... 
Tak cukup corum... AG tak join sebab fly ker Melbourne masa ni kalau tak silap... Maklumlah pilot...


InsyaAllah... Moga dapat mencipta memori indah di sepanjang kesempatan hidup yang sementara di dunia ini...

Tanda-tanda Al-Qadr...

Menyentuh berkenaan tanda-tanda Malam Lailatul Qadr, sudah pasti kebanyakan daripada kita orang-orang Melayu Malaysia khususnya pernah mendengar cerita nampak depan mata kepala pokok bersujud ke arah kiblat, air tawar jadi masin tetiba, air dalam bilik air bertukar jadi ais batu, anjing-anjing tak menyalak dan tak meng"gong-gong" dan paling best cerita bila tengok keluar nampak kabus... Ini mungkin tanda-tanda yang Allah nak beri khusus kepada mana-mana individu... Wallahua'lam saya sendiri tak pernah mengalaminya dan saya tidak mendengar Rasulullah mahupun mana-mana sahabat menceritakan mengenai perihal ini... Sekiranya ada pembaca yang menemui Hadith atau sumber tepat untuk mengesahkan perkara-perkara di atas... Mohon dikongsi ilmu tersebut bersama. Mengenai ciri-ciri atau tanda-tanda kehadiran Malam Lailatul Qadr. Tidak ada sesiapapun yang mampu mengesahkannya kerana ia adalah urusan Allah S.W.T. Namun, berdasarkan beberapa hadith, Lailatul Qadr itu boleh dicari di sepuluh malam Ramadhan yang terakhir. Berdasarkan beberapa Hadith Rasulullah S.A.W.

Tanda Pertama:Pada pagi keesokan harinya, matahri terbit dengan mengeluarkan cahaya yang tidak keterlaluan. Suasananya sekadar untuk mencerahkan dan memutihkan pagi dan bukanlah pancaran kepanasan. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim 
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah

Tanda Kedua: Pada malam tersebut, suasananya aman, tenteram, tenang, malam yang cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah
Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. Hadith Riwayat Ahmad
Tanda Ketiga:  Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Hendaklah kita  memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar: Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. Hadith Riwayat Ibnu Majah