Aku dah nak siap gi semayang Jumaat ni...Tetiba je nak post benda ni suruh korang layan... Moga jadi pengajaran...
Thursday, 18 August 2011
Masa Untuk Register... EMBA14B...
Alhamdulillah, dah nak masuk semester akhir dah aku belajar EMBA di UiTM. Semester ni aku ambil 4 subjek:
a) Global Business Issues
b) International Business
c) Strategic Management
dan yang terakhir ni yang paling aku cuakkan... iaitu Applied Business Research... Apapun, aku harap sangat agar aku dapat selesaikan semester ni dengan cemerlang seperti semester-semester yang lepas... Moga Allah memberikan bantuan buat aku dan isteri aku tamatkan pengajian kami sekaligus berusaha mengubah kehidupan keluarga kami ke satu standard yang jauh lebih baik... InsyaAllah... Ku mengharapkanmu Ya Allah...
Ya Allah! Bukakanlah KEBENARAN...
17 Ogos hari tu, Buletin Utama memainkan visual temuramah bersama Saiful Bukhari dan hasil daripada interview itu pihak Dato' Seri Anwar Ibrahim ingin memfailkan saman terhadap beliau dan TV3 memandangkan prosiding mahkamah belum selesai. Tetapi bagi saya Saiful tidak menceritakan langsung mengenai status perbicaraan yang sedang berlangsung, TV3 hanya menemuramah Saiful akan perasaan beliau setelah 3 tahun bersumpah laknat dan cara beliau menangani keadaan tertekan almaklumlah, bukan mudah untuk mengaku diri ini pernah diliwat... Ianya melibatkan maruah... Nak lagi, yang dituduh adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang rata-rata rakyat Malaysia mempercayai beliau pemimpin yang baik dan tak buat perkara-perkara sebegitu... Saya yakin sepanjang tempoh 3 tahun ini, Saiful dihina, difitnah dan dicaci oleh masyarakat Malaysia...
Berkat Ramadhan ini, saya doakan agar Allah bukakanlah kebenaran dan hapuskan kebatilan. Sekiranya Saiful benar, saya berdoa agar kebenaran terbukti... Sekiranya Saiful salah, maka, beliau akan dibawa ke muka pengadilan... Cukup-cukuplah politik... Sekarang masa mencari kebenaran... Orang Islam dan orang Melayu khususnya di bumi bertuah Malaysia ini harus bersatu hati di saat kita menghadapi pelbagai ancaman terutama terhadap agama kita... Bersatulah...
Apapun, kepada mereka yang masih belum melihat visual rakaman temuramah TV3 bersama Saiful mengenai mubahalah beliau. Saya attachekan link ini supaya boleh mengikutinya dan nilailah sendiri... Siapa benar dan siapa salah? Namun, kebenaran hanya ditangan Allah...
Sumber dari:
Dah 19 Ramadhan...
Dah 3 hari aku tak update blog aku ni. Rindu pula rasanya nak menaip. Apapun, sedar tak sedar dah 19 hari dah puasa. Amal masih kurang lagi nie... Harap-harap baki lagi 10 hari ini akan kita semua manfaatkan bersama-sama sebaiknya... Moga kita bertemu Lailatul Qadr... Dalam erti kata lain, malam ni dah masuk malam ke-20... Jadi bersama-samalah kita tingkatkan amalan...
Doa Malam ke-20 Ramadhan:
"Ya Allah, bukakan bagiku di dalamnya pintu-pintu surga, tutuplah dariku di dalamnya pintu-pintu neraka, bimbinglah aku di dalamnya untuk membaca Al-Qur’an, wahai Yang Menurunkan kedamaian ke dalam hati orang-orang yang beriman."
Subscribe to:
Posts (Atom)