Thursday 18 August 2011

Ya Allah! Bukakanlah KEBENARAN...

17 Ogos hari tu, Buletin Utama memainkan visual temuramah bersama Saiful Bukhari dan hasil daripada interview itu pihak Dato' Seri Anwar Ibrahim ingin memfailkan saman terhadap beliau dan TV3 memandangkan prosiding mahkamah belum selesai. Tetapi bagi saya Saiful tidak menceritakan langsung mengenai status perbicaraan yang sedang berlangsung, TV3 hanya menemuramah Saiful akan perasaan beliau setelah 3 tahun bersumpah laknat dan cara beliau menangani keadaan tertekan almaklumlah, bukan mudah untuk mengaku diri ini pernah diliwat... Ianya melibatkan maruah... Nak lagi, yang dituduh adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang rata-rata rakyat Malaysia mempercayai beliau pemimpin yang baik dan tak buat perkara-perkara sebegitu... Saya yakin sepanjang tempoh 3 tahun ini, Saiful dihina, difitnah dan dicaci oleh masyarakat Malaysia...

Berkat Ramadhan ini, saya doakan agar Allah bukakanlah kebenaran dan hapuskan kebatilan. Sekiranya Saiful benar, saya berdoa agar kebenaran terbukti... Sekiranya Saiful salah, maka, beliau akan dibawa ke muka pengadilan... Cukup-cukuplah politik... Sekarang masa mencari kebenaran... Orang Islam dan orang Melayu khususnya di bumi bertuah Malaysia ini harus bersatu hati di saat kita menghadapi pelbagai ancaman terutama terhadap agama kita... Bersatulah...

Apapun, kepada mereka yang masih belum melihat visual rakaman temuramah TV3 bersama Saiful mengenai mubahalah beliau. Saya attachekan link ini supaya boleh mengikutinya dan nilailah sendiri... Siapa benar dan siapa salah? Namun, kebenaran hanya ditangan Allah...

Sumber dari:


No comments:

Post a Comment