Sekarang ni dok heboh seluruh negara isu yang cukup sensitif mengenai tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menyerbu sebuah gereja yang didakwa menyebarkan agama Kristian kepada beberapa umat Islam. Saya sendiri amat terkejut dan sedih mendengar perkara ini sedang berlaku dan pada hemat saya tindakan yang drastik perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan dan usaha-usaha yang boleh menjengahkan generasi Muslim Malaysia ke arah kemurtadan... Namun, perkara ini masih berada di peringkat siasatan dan samada ianya benar-benar berlaku atau tidak, isu ini tetap perlu kita ambil berat dan siasatan terperinci serta menyeluruh perlu dijalankan... Jika berlaku, maka ianya merupakan suatu yang sirius. Dalam hal ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, exconya Dr Hassan Ali dan JAIS perlu duduk semeja dan membincangkan perkara ini dan bersama-sama membentuk satu pasukan yang kuat bagi menghalang usaha-usaha ini. Namun, kesukaran dapat saya rasakan kerana yang mendominasi kerajaan Negeri Selangor bukanlah pimpinan PAS. Yang mendominasi kerajaan negeri ini adalah PKR dan DAP. Justeru itu, isu ini sangat sensitif untuk disentuh memandangkan setiap parti sekarang ini ingin menjaga hati pengundi.
Isunya bermula apabila gereja Methodist Church di Damansara Utama telah menganjurkan satu majlis yang membabitkan penyertaan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Atas tujuan apakah mereka ke sana masih berada di dalam siasatan. Namun, desas desus menyatakan mereka hanya menghadiri majlis itu untuk menerima sumbangan daripada pihak gereja tersebut yang aku sendiri tidak dapat pastikan kesahihan berita ini. Biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan susulan. Berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam, JAIS telah pergi menyiasat dan hasilnya, pihak JAIS telah dituduh menceroboh rumah ibadah tanpa permit ataupun kebenaran...
Bagi pemikiran saya yang dangkal ini, pihak gereja mahukan JAIS ada permit untuk masuk ke tempat atau rumah ibadah... Persoalan yang perlu diajukan semula pada mereka adakah mereka mempunyai permit bagi melaksanakan majlis tersebut yang di buat secara tertutup dan menjemput mereka yang bukan seagama dengan mereka? Adakah mereka minta permission atau maklumkan kepada khalayak bahawa terdapat beberapa orang Islam bakal menyertai program di dalam gereja tersebut? Jawapannya... Tiada... Ini menunjukkan terdapat usaha-usaha tersembunyi atas nama kebajikan untuk menarik umat Islam agar ke gereja bagi mendapatkan bantuan dan pertolongan... Setelah bantuan dan pertolongan diberikan, usaha-usaha berterusan untuk menyebarkan serba sedikit fahaman Kristian akan berlaku... Oleh itu, kita harus memandang berat isu ini kerana ianya menyentuh akidah ummah...
Cuma, aku lahirkan rasa hormat aku pada Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut. Keberanian beliau berusaha membanteras gejala ini amatlah aku hargai. Apapun, aku respek apa yang Dr Hassan Ali dan JAIS buat... Tindakan mereka ini setidak-tidaknya memberikan signal kepada gereja-gereja bahawa setiap aktiviti mereka itu dipantau. Moga kebenaran dan Islam tertegak terus di bumi bertuah ini...
along patut baca entry blog dr asri http://drmaza.com/home/?p=1534 yang berat kepada salahkan jais dan kerajaan. xpaham la. ilmuan islam ni bnyak. bila banyak ade mcm2 tafsiran. tp dia keterlaluan. hilang respect kat dia. kita bercakap soal tindakan jais yang membanteras islam dimurtadkan. tp dia ckp soal salah org lain yang biar mereka tu daif sampai minta tlg kristian..apa gila
ReplyDeleteDia cuba berhujah daripada sudut yang berlainan tu supaya orang nampak idea dia lain dari yang lain... Sepatutnya, dia tak boleh salahkan kerajaan, pusat zakat dan sebagainya... Kalau dah musuh Islam sendiri nak menghancurkan Islam, takkan nak salahkan Islam... Salahkan mereka yang bukan Islamlah sebab menyibuk nak hancurkan Islam... Serupa kita buat usaha dakwah tarik Cina dan India masuk Islam, orang Kristian takkan salahkan agama diorang... Diorang akan salahkan kita berdakwah pada mereka yang dah convert ni... Itu ajer...
ReplyDelete