Ramai di antara kita yang membacanya tetapi ramai lagi yang masih kebur tentang makna sebenar Surah Al-Fatihah. Sepertimana yang kita sedia maklum Al-Fatihah merupakan Surah Pertama yang membuka lembaran naskah Al-Quran. Di dalamnya terkandung pemujian kita sebagai Muslim kepada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T, permohonan agar sentiasa berada di dalam kasih dan sayangNya, permintaan agar diberikan petunjuk ke arah kebenaran, jalan yang lurus dan penghindaran terhadap kesesatan. Sebagai seorang Muslim, kita wajib membacanya sebanyak 17 kali memandangkan itu bilangan rakkat di dalam solat kita seharian... Sekiranya tidak mencukupi maka kuranglah doa kita kepada Allah S.W.T untuk terus menetapkan hati-hati kita di dalam nur dan cahaya Islam...
Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana Fateh di dalam bahasa Arab bermaksud "buka" atau dalam erti kata lain Surah Pembukaan. Juga dikenali sebagai Ummul Quran , ibu Al-Quran yang hakikatnya menjadi intisari atau merangkumi rumusan keseluruhan ayat di dalam Al-Quran yang membentuk pembacanya agar mengimani Allah S.W.T dan memohon petunjukNya. Al-Fatihah mengandungi 7 ayat termasuk Bismillah... Sempena bulan Ramadhan Kareem, alangkah baiknya jika kita dapat bersama-sama menghayati maksud sebenar Al-Fatihah di saat kita sedang menunaikan solat Fardhu mahupun solat2 sunat yang lain... Moga dengan kefahaman akan makna Al-Fatihah mendekatkan diri kita ke arah khusyu' di dalam menunaikan Solah dan ibadah yang lain.
Al-Fatihah... |
Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
1)Segala Puji-Pujian Bagi Mu Tuhan Sekalian Alam...
2)Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
3)Yang Menguasai (Raja/Pemilik) pemerintahan di hari kebangkitan (Pembalasan/ Akhirat)
4)KepadaMulah tempat kami menyembah (menyerah/mengabdi), dan kepadaMulah tempat kami bergantung (memohon pertolongan)
5)Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
6)Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
No comments:
Post a Comment