Puasa Ketiga (3): 23 Julai 2012 (Isnin)
Sahur pagi ini aku dan isteri makan kat rumah ajer… Lauk
simple jer… Kari ayam aku beli dari kedai mamak, pastu lauk berbuka di rumah
Mama semalam, telur itik masak lemak… Hari ni aku tak ke pejabat… Duduk di
rumah aja… Cuti… Wife aku pergi kerja laa… Dikesempatan ini aku dapat habiskan
juz 2 dan 3… Oklah… Target aku paling tidak kena khatam sekali bulan Ramadhan
ni… Tahun lepas puasa ke-23 aku dah khatam… Tahun ni macam slow sikit… Mood nak
membaca Quran tu tak datang lagi kot… Or maybe sebab baru baik batuk, jadi nak
membaca bertartil dan bersungguh tu macam tak berapa nak selesa anak tekak nie…
InsyaAllah… Aku berazam nak habiskan juga baca 30 Juzu’ bulan Ramadhan ni…
Hari ini aku banyak melepak ngan imam-imam Kemboja di surau…
Sambil mereka menghafal, aku membaca Quran… Lepas Asar aku pun bergerak ke
Kajang sebab hari ini perancangannya nak berbuka dengan Mak dan Ayah pulak… Ada
dapat jemputan berbuka dari seorang sahabat di Shah Alam… Tapi, priority harus
aku berikan untuk keluarga terlebih dahulu… So, sampai di Kajang takkan tak
bawak apa-apa kot… Aku pun pergilah ke Bazaar Ramaadhan di Kajang Prima…
Ternyata jauh lebih meriah daripada di Bangi… Cuma, sesampai ker aku kat sana,
terkejut beruk aku tengok harga ayam golek seekor RM 25 hinggit… Mak aiii…
Seekor ayam baru RM 12 – RM 14… Ni dah caj 2 kali ganda dah ni… Dahl ah aku
tengok ayam tu halus jer… Macam mana boleh jual RM 25… Takkan tak ada
pemantauan langsung agar ada kawalan harga… Pelik… Memang pelik… Lebih
mengejutkan lagi, ada peniaga yang jual Roti John kukus… Biasa korang beli roti
John berapa??? Tak RM 3.00, RM 3.50 atau paling kuat RM 4.00… Hanya sebab Roti
John tu berkukus dan mungkin sebab nama dia pun John, nama orang putih la
katakan, boleh diorang jual ngan harga RM 5.00… Perghhh… Tak masuk akal… Dan
paling tak tahan… Boleh pulak ada orang pergi beli… Kata Malaysia ni ekonomi
tak berapa sedap… Tapi, tengok orang Malaysia berbelanja macam tak kisah aje
pun… Cuma pengajaran yang aku dapat, apalah nilai RM 10 bila di bawa ke Bazaar
Ramadhan…
Air:
Air Tebu (RM 4)
Air Katira (RM 3)
Air Perisa (RM 2)
Makanan:
Murtabak (RM 2.00 – RM 3.00)
Roti John (RM 3.50 – RM 4.00)
Kepak Ayam ( RM 1.40 – RM 1.70 seketul… Kepak jer pun… Orang
jual pun nak berkepak jugak… Jual mahal sangat dah nie…)
Kuih:
Tepung Pelita ( 5 RM 2)
Tako ( 5 RM 2)
Lain-lain kuih ( 5 RM 2)
Lauk pauk tak payah belilah sebab memang mahal pun
Ikan keli (RM 2.50 kejadahnya)
Ayam (RM 3.00 ke atas)
Telur Itik masak lemak ( Sebiji RM 2)
Nasi Tomato ( RM 6.50 – RM 7.50)
Beriani ( RM 7 – RM 8)
Macam dah tak ada value jer duit RM 10 nie… Menyakitkan hati
jer beli… Tapi sebab dah Ramadhan… Nak taknak teringat anak kat rumah teringin
Murtabak, beli murtabak… Bini teringin satay, beli satay… Ya Allah… Macamaner
dengan orang yang pendapatan less than RM 800 sebulan… Moga Kau limpahkan
rezeki buat mereka Ramadhan nie… Apapun, aku bab makan ni biarlah semua makan
puas hati… Bab makan aku tak berkira… Cuma nak elakkan pembaziran jelah azam
aku tahun ni… Kalau korang tak percaya harga yang aku tulis kat atas... Survey sendiri yer...
Lepas buka, as usual, balik ke Cheras... Jadi bilal terawikh... Semoga aku tak tinggal terawikh tahun ni... InsyaAllah...
salam...slmt kluar dr kepompong... tu la realiti harga2 barangan siap masak di Malaysia yg aman makmur la ni...
ReplyDelete