Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

Rahmat Ramadhan (Day 5)

Puasa Ke-Lima: 25 Julai 2012 (Rabu)

Hari ini aku bangun awal untuk bersahur macam biasa. Tapi, setakat minum milo panas bancuhan isteri tersayang... Suhailah Ismail... Dia nak masak, tapi aku kata aku kenyang lagi mengenangkan masakan sambal sotong Mak masa berbuka tadi... Selepas sahur, aku terus tak tidur... Berjaga menunggu waktu Subuh tiba... Entah kenapa hari ini tergerak hati aku nak Azan Subuh di surau... Selepas Azan aku kumandangkan, solat berjemaah aku dirikan bersama beberapa orang jiran-jiran yang turut ada kesedaran mengimarahkan surau... Hari tu memang bukan seperti biasanya... Biasanya aku mengantuk dan terasa hendak tidur semula selepas solat... Namun, seakan-akan baru bangun tidur yang panjang mata aku terbuka luas, celik seolah-olah ada bebanan masalah yang besar sedang aku fikirkan... Ah!!! Buangkan sahaja perasaan itu jauh-jauh... Mungkin kerana terlalu memikirkan masalah syarikat yang membelenggu jiwa dan perasaan aku... Balik dari Subuh, aku terus menuju ke rumah... Dan terus ke bilik air untuk menyiapkan diri ke pejabat... Selesai sahaja mandi, aku agak terkejut apabila terdengar suara kecoh di luar rumah... Ke jengah melalui jendela apakah yang sebenarnya berlaku di luar sana... Kelihatan jiran aku sedang menjerit-menjerit memanggil nama aku... "Along!!! Turun sekarang... Cepat..."

Apahal pulak nie... Aku ada cari pasal dengan orang kerr...??? Setelah turun, barulah aku tahu akan keadaan sebenar... Jiran aku menceritakan ada lebih kurang 8 orang lelaki cuba memecah masuk rumah aku ketika aku sedang mandi sebentar tadi... 8 orang... Pergh!!! Biar betul... Rupanya, kejadian tersebut tidak hanya disaksikan oleh jiran aku tu sahaja... Turut disaksikan oleh beberapa orang jiran yang lain yang sedang sibuk bersiap nak pergi kerja... Maklumlah dah jam 6.15pagi... Beberapa orang Cina yang sedang berjogging di situ turut berkongsi cerita apa yang telah mereka saksikan... Seorang daripada mereka menegur salah seorang daripada 8 orang lelaki tersebut dan katanya mereka adalah kengkawan aku... Seorang jiran lagi yang menegur mereka turut memberitahu yang mereka datang ke rumah aku untuk tarik kereta... Kejadahnya... Bila masa aku tak bayar kete aku ni??? Kete aku ni Company yang bayar... Takder kena mengena pun... Mujurlah, apabila melihat situasi 3 orang lelaki melompat masuk ke dalam rumah... Makcik jiran aku menjerit meminta pertolongan... Disebabkan jeritan Makcik tulah, agaknya kelapan-lapan lelaki tersebut takut cubaan rompakan yang mereka lakukan telahpun disedari... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan keluarga aku dan menyelamatkan keluarga aku daripada kejahatan dan kezaliman manusia... Syukur padaMu Ya Rabb... Mungkin inilah yang dinamakan Rahmat Ramadhan... Yang berlegar di fikiran aku ialah sekiranya mereka dapat masuk... Mampukah aku hadap kelapan-lapan lelaki tersebut??? Bagaimanakah keselamatan isteri dan anak-anak aku yang masih kecil... ??? Apakah tahap keselamatan di kediaman aku??? Segalanya berlegar di fikiran pada saat itu... 

Panggilan Polis telah dibuat jam 6.15 pagi... Nama dan alamat telahpun aku nyatakan... Aku menantikan kehadiran anggota bertugas... Namun, amat menyedihkan, setelah panggilan dibuat jam 6.15pagi, hingga jam 10.30pagi masih tidak ada anggota yang bertugas hadir bagi mengambil laporan kejadian... Sedih... Risau... Bayangkan sekiranya apa-apa terjadi pada aku dan keluarga sebentar tadi, bagaimanakah respon mereka??? Isteri dan anak-anak telah aku arahkan balik ke rumah mak mertua aku segera selepas kejadian tersebut... Terkial-kiallah aku bersiap ke Balai jam 10.30pagi setelah hampir 4 jam menunggu... Apa lagi yang boleh dibuat selain daripada buat laporan sahajalah... Sarjan bertugas pun takder di pejabat... Bila aku tanya kenapa takder anggota yang datang... Diorang kata tak cukup kakitangan... Best giller alasan yang diberikan... Dalam hati aku, aku hanya mampu beristighfar dan bersabar... Aku minta jasa baik mereka memulakan rondaan ke kawasan rumah aku setiap malam... Maklumlah, kawasan tersebut agak sunyi dan terpencil sedikit biarpun Balai Polis hanyalah 500 meter jaraknya... Apapun, syukur padaMu Ya Allah... Kau lindungi aku dan keluarga...

Lepas habis buat repot, nak masuk ofis pun dah takder mood dah... Terus beriktikaf kat surau depan rumah... Baca Quran... Doa mohon terus berada di dalam perlindungan... Lepas Zohor, aku balik ke Bangi... Ada member-member ajak berbuka di Bangi Golf Resort... So, nak berbuka pun dah takder selera... Tapi, nak buat macamaner... Bayar dah bayar... Telan masuk ajelah... Jangan membazir sudah... Lepas berbuka... Aku terus balik ke Cheras... Isteri dan anak-anak aku arahkan tidur di Kajang... Takut-takut 8 orang tu nak repeat pagi ni pening aku nanti... Malam tu aku tidur di rumah bersama-sama dua orang imam Kemboja dan lebih kurang jam 12.30malam... Mama dan Abah datang ziarah bertanyakan khabar... Menceritakan apa yang terjadi... Terpancar kerisauan di wajah mereka... Maklumlah, keselamatan keluarga merupakan perkara yang amat mereka titik beratkan... Apapun, aku bertuah ada keluarga yang menyokong aku di saat gundah dan susah... Dalam jam 1.30pagi, barulah mereka berangkat pulang ke Bangi... Tinggallah aku berkawal melihat keadaan sekeliling rumah hingga ke pagi... Waktu sahur telahpun tiba, memandangkan tinggal bersama-sama dua orang imam Kemboja, aku ajak diorang bersahur di kedai mamak ajelah... Aku nak makan pun tak selera... Belasah mee goreng ajer... Balik ke rumah, pergi ke surau... Tunaikan solat Subuh... Lepas tu, mata terasa mengantuk sangat... Tak cerita banyak... Lelaplah kejap....


Wednesday, 1 August 2012

Rahmat Ramadhan (Day 4)

Puasa Ke-Empat: 24 Julai 2012 (Selasa)

Hari ini aku sahur di kedai mamak bawak dua orang imam tu bersahur sekali... Maklumlah, orang Kembojakan banyak yang susah... Atleast bila sedekah makanan pada orang-orang yang memerlukan tu rasa bahagia sangat... Lepas sahur, hari ini aku sambung ngaji Juz 4... Alhamdulillah... Allah bagi kesempatan untuk aku baca Quran... Pagi ini aku ada meeting dengan lawyer... Lepas tu masuk ofis jap belah petang dan balik berbuka di Kajang... Angah, Bang Ngah, Along, Syawal semua ada... Malamnya pulak, as usual balik berterawikh di Cheras... Lepas habis terawikh aku pun takder apa-apa plan... So, terus ajak kedua-dua Imam Kemboja tu keluar pergi moreh di Cerana Seafood... Orang Kemboja kan suka jgak makan TomYam... So, aku pun bawaklah diorang makan TomYam... Ikan Siakap masak steam dan kailan ikan masin... Seronok aku tengok diorang makan... Betul-betul macam lepas geram... Rindu sangat agaknya nak makan sedap... 

Sambil makan, aku pun bersembang dengan diorang... Diorang pun share kesusahan hidup di Kemboja... Nak makan daging pun setahun sekali dua jer... Itupun bila tiba musim raya Haji... Banyak rupanya daging-daging korban haji di sedekahkan oleh orang-orang yang bermurah hati di Malaysia ni ke sana... Tahun ni aku berazam kalau dapat kumpul kengkawan dalam 6 ke 7 orang, boleh lah buat korban setiap orang satu panggu untuk dihantar seekor ke sana... Kadang-kadang kita orang Melayu Islam Malaysia ni tenggelam akibat kesenangan... Sedangkan ramai lagi sahabat seMuslim kita di sana yang amat memerlukan...

Seorang imam tu namanya Solihin, umur baru 20 tahun dah hafal 30 juzu'... Dah datang belajar ke sini dah tiga tahun dah... Tak silap aku di Padang Balang, Sentul rasanya... Alhamdulillah... Baca pun bertartil, sedap didengar dan susah untuk dia silap atau terlupa... Masa datang umur baru 17 tahun... Datang dari jauh, berharap ehsan penduduk di Malaysia semata-mata nak belajar jadi hafiz... Hidup serba kekurangan... Seorang imam lagi, namanya Yusof... Umur baru 17 tahun... Dah dua tahun belajar hafiz di Yala... Baru hafal 7 juzu'... Perjalanan masih jauh... Namun aku amat mengagumi kedua-dua imam ini... Betapa survivenya diorang di negara orang... Mencara pendapatan melalui Al-Quran... Meninggalkan ibu dan ayah, adik beradik semata-mata nak berjuang di jalan Allah... Terkadang aku cemburu dengan apa yang mereka ada... Biarpun tidak berharta, tidak berkereta mahupun berkerjaya... Tetapi hidup penuh beragama... Quran sentiasa di dada... Ibadah sentiasa terjaga...

Aku muhasabah diri aku di puasa yang ke-empat ini... Di mana letaknya nilai aku nanti? Di sisi Allah adakah mulia tempat aku??? Di dunia berumah besar, berkereta mewah, berbelanja tanpa ada rasa serba salah... Namun diakhirat adakah aku di jannah??? Adakah darjat ku lebih tinggi daripada mereka yang mengalami keperitan hidup di atas dunia??? Adakah mampu aku kecapi nikmat yang jauh lebih baik berbanding nikmat yang aku perolehi di dunia...??? Sedangkan ibadah aku longgar, amalan ku kurang, baca Quran pun jarang, cara hidup Islam pun bermusim diamalkan... Aku takut Ya Allah... Aku takut... Namun aku yakin Kau selalu ada di sana... Mendengar rintihan setiap hamba... Dengarilah rintihan hati kecil ku Ya Allah... 

Melihat wajah kedua-dua imam itu cukup tenang... Lepas Subuh kebiasaannya terus Quran mereka pegang... Ayat-ayat Allah seakan-akan menjadi peneman mereka di setiap saat kesunyian, kesepian dan kesusahan... Keajaiban tawakkal mereka amat mengagumkan... Mungkin untuk aku merasai apa yang mereka rasai berkawan dengan Al-Quran sudah agak terlewat... Namun, biarlah terlewat asalkan jangan terus tak buat... Atau, mungkin akan ku didik anak-anak ku mengenal kitab Allah ini lebih awal, lebih sirius dan akhirnya impian untuk melihat anak-anak jadi hafiz akan tercapai... Aku tak tahu nasib aku di sana... Dan kerana aku tidak tahu nasib aku di sanalah... Maka aku harus BERUBAH...

Rahmat Ramadhan (Day 3)

 
Puasa Ketiga (3): 23 Julai 2012 (Isnin)

Sahur pagi ini aku dan isteri makan kat rumah ajer… Lauk simple jer… Kari ayam aku beli dari kedai mamak, pastu lauk berbuka di rumah Mama semalam, telur itik masak lemak… Hari ni aku tak ke pejabat… Duduk di rumah aja… Cuti… Wife aku pergi kerja laa… Dikesempatan ini aku dapat habiskan juz 2 dan 3… Oklah… Target aku paling tidak kena khatam sekali bulan Ramadhan ni… Tahun lepas puasa ke-23 aku dah khatam… Tahun ni macam slow sikit… Mood nak membaca Quran tu tak datang lagi kot… Or maybe sebab baru baik batuk, jadi nak membaca bertartil dan bersungguh tu macam tak berapa nak selesa anak tekak nie… InsyaAllah… Aku berazam nak habiskan juga baca 30 Juzu’ bulan Ramadhan ni…

Hari ini aku banyak melepak ngan imam-imam Kemboja di surau… Sambil mereka menghafal, aku membaca Quran… Lepas Asar aku pun bergerak ke Kajang sebab hari ini perancangannya nak berbuka dengan Mak dan Ayah pulak… Ada dapat jemputan berbuka dari seorang sahabat di Shah Alam… Tapi, priority harus aku berikan untuk keluarga terlebih dahulu… So, sampai di Kajang takkan tak bawak apa-apa kot… Aku pun pergilah ke Bazaar Ramaadhan di Kajang Prima… Ternyata jauh lebih meriah daripada di Bangi… Cuma, sesampai ker aku kat sana, terkejut beruk aku tengok harga ayam golek seekor RM 25 hinggit… Mak aiii… Seekor ayam baru RM 12 – RM 14… Ni dah caj 2 kali ganda dah ni… Dahl ah aku tengok ayam tu halus jer… Macam mana boleh jual RM 25… Takkan tak ada pemantauan langsung agar ada kawalan harga… Pelik… Memang pelik… Lebih mengejutkan lagi, ada peniaga yang jual Roti John kukus… Biasa korang beli roti John berapa??? Tak RM 3.00, RM 3.50 atau paling kuat RM 4.00… Hanya sebab Roti John tu berkukus dan mungkin sebab nama dia pun John, nama orang putih la katakan, boleh diorang jual ngan harga RM 5.00… Perghhh… Tak masuk akal… Dan paling tak tahan… Boleh pulak ada orang pergi beli… Kata Malaysia ni ekonomi tak berapa sedap… Tapi, tengok orang Malaysia berbelanja macam tak kisah aje pun… Cuma pengajaran yang aku dapat, apalah nilai RM 10 bila di bawa ke Bazaar Ramadhan…

Air:
Air Tebu (RM 4)
Air Katira (RM 3)
Air Perisa (RM 2)

Makanan:
Murtabak (RM 2.00 – RM 3.00)
Roti John (RM 3.50 – RM 4.00)
Kepak Ayam ( RM 1.40 – RM 1.70 seketul… Kepak jer pun… Orang jual pun nak berkepak jugak… Jual mahal sangat dah nie…)

Kuih:
Tepung Pelita ( 5 RM 2)
Tako ( 5 RM 2)
Lain-lain kuih ( 5 RM 2)

Lauk pauk tak payah belilah sebab memang mahal pun
Ikan keli (RM 2.50 kejadahnya)
Ayam (RM 3.00 ke atas)
Telur Itik masak lemak ( Sebiji RM 2)

Nasi Tomato ( RM 6.50 – RM 7.50)
Beriani ( RM 7 – RM 8)

Macam dah tak ada value jer duit RM 10 nie… Menyakitkan hati jer beli… Tapi sebab dah Ramadhan… Nak taknak teringat anak kat rumah teringin Murtabak, beli murtabak… Bini teringin satay, beli satay… Ya Allah… Macamaner dengan orang yang pendapatan less than RM 800 sebulan… Moga Kau limpahkan rezeki buat mereka Ramadhan nie… Apapun, aku bab makan ni biarlah semua makan puas hati… Bab makan aku tak berkira… Cuma nak elakkan pembaziran jelah azam aku tahun ni… Kalau korang tak percaya harga yang aku tulis kat atas... Survey sendiri yer...

Lepas buka, as usual, balik ke Cheras... Jadi bilal terawikh... Semoga aku tak tinggal terawikh tahun ni... InsyaAllah...

Rahmat Ramadhan (Day 2)

 
Puasa Kedua (2): 22 Julai 2012 (Ahad)
Hari ni first time bersahur di rumah Mama dan Abah di Bangi. Menu sahur memang kegemaran aku. Nasi goreng sardin beserta telur mata kerbau… Pergh!!! Tak dapat aku tahan rasa enak masakan dari air tangan seorang insan yang bernama Ibu… Apalagi, memang selera sahur aku padi tue… Lepas sahur tu, aku sembahyang Subuh dan aktiviti apa paling best kalau pagi Ahad ni… TIDUR ler… So, sambung tidur balik… Dalam jam 9.30 tu aku bangun dan hari ni baru aku mula nak membaca Al-Quran… Mula dengan Juz 1… Tengahari tu, aku melepak di rumah aja sambil tengok TV dan spend masa ngan anak isteri hingga ke petang… Cuma yang menariknya hari ni, first day aku pergi ke bazaar Ramadhan di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi… Pergi pun dah pukul 6.30ptg… Mungkin sebab terlewat, tu yang banyak makanan dah habis… Lagipun, aku rasa banyak gerai yang juadahnya tak semenggah langsung… Mungkin sebab awal lagi kot… Yang tertarik untuk aku beli tak lain tak bukan ialah air tebu, tepung pelita, roti john dan putu mayam… Malam ni yang berbuka di Bangi hanyalah aku, Suhailah, Nana, Fazrul, Ija dan Anis…  Mama dan Abah berbuka di surau… Lepas berbuka, aku pulang untuk berterawikh di Cheras…

Cuma masa on the way balik dari Bangi ke Cheras… Tengah bawak kereta, aku ternampak ada bangkai kucing kena gilis… Dan tak ada saper pun nak uruskan bangkai tu sampai dah hancur kena lenyek… Terdetik di hati aku, sebagai orang yang ada iman seharusnya akan ada mana-mana individu yang turut membersihkan bangkai tersebut… Teringat aku salah satu daripada 70 cabang iman ialah mengalihkan halangan di jalanan… Halangan ini bukan hanya bermakna kayu ataupun duri… Halangan juga bermaksud apa jua perkara atau objek yang kita temui menghalang ataupun ada di atas jalanan perlulah dialihkan atau dibersihkan… Inikan pula bangkai binatang… Seharusnya kita juga perlu menguruskan bangkai binatang tersebut… Ini bukan hanya mencerminkan keimanan… Bahkan, prinsip keprihatinan dan kemanusiaan itulah jelas terpampang sekiranya ada pihak berhenti menguruskan bangkai tersebut… Ini tidak, rata-rata dari kita mesti mengharapkan mak cik atau pak cik cleaner DBKL yang ada di sekitar kawasan tersebut untuk bersihkan… Tetiba aku teringat sebuah video seorang mak cik kena ragut di Penang lepas tu terjatuh dan lebih 5 orang yang lalu lalang boleh tengok sahaja makcik tu terbaring di atas jalan… Tidak dinafikan majoriti mereka yang lalu lalang tersebut berbangsa Cina… Mereka mungkin tiada iman… Setidak-tidaknya di manakah nilai KEMANUSIAan??? Dan apakah IMAN kita berada di tahap yang unggul sedangkan melihat bangkai dan halangan di jalanan kita hanya masih membiarkan tanpa menghulurkan bantuan??? Tepuk dada tanyalah iman…


Tuesday, 31 July 2012

Rahmat Ramadhan (Day1)

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini aku jalani dalam keadaan yang cukup sederhana. Selagi boleh aku nak memastikan ibadah puasa berada di tahap yang terbaik. Azam untuk khatam Al-Quran, tidak tinggal menunaikan solat terawikh, berqiamullail dan menjaga hati sentiasa bermain di dalam fikiran aku. Pada masa yang sama, tahun ini aku akan berusaha kurangkan berbuka puasa di luar memandangkan selalunya akan terlewat untuk melaksanakan solat Isya' dan terawikh berjemaah. Lagipun, ianya pembaziran yang nyata sekiranya difikirkan semula kos yang dikeluarkan untuk berbuka puasa di hotel-hotel amatlah tidak munasabah dan sekiranya disalurkan ke tempat-tempat yang lain adalah lebih baik dan berkah. Dah 10 hari berpuasa, 10 hari ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam di dalam kehidupan harian aku di sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Puasa Pertama (1): 21 Julai 2012 (Sabtu)
Malam Ramadhan pertama, aku berpeluang menunaikan solat Isya' dan terawikh di surau di hadapan rumah aku di Cheras. Alhamdulillah, tahun ini surau di depan rumah aku tu meriah dengan kehadiran dua orang imam hafiz daripada Kemboja. Aku amat bertuah kerana dapat mengenali kedua-dua imam ini yang Allah S.W.T takdirkan bagi menggantikan Imam Zuhairi yang tidak dapat bersama jemaah di sini pada tahun ini kerana bertugas di Putrajaya. Benarlah kata orang, rumah Allah ini ada takdirnya. Allah kurangkan seorang imam, Allah gantikan dengan dua orang imam muda yang turut mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan. Dan setiap kali tibanya 5 waktu solat, sudah pasti akan kedengaran suara mereka melaungkan azan mahupun mengimami solat. Bahagia ku rasakan Ramadhan kali ini apabila turut bersama-sama dapat menghidupkan rumah Allah. Maklumlah, kawasan rumah aku tu banyak Cina. Keluarga Melayu hanya ada dalam 16 keluarga sahaja. Yang komited untuk turun terawikh boleh dikira dengan jari. Itupun, malam pertama ini biasalah, hampir separuh surau dipenuhi dengan jemaah. Malam ini, aku bersahur di Cheras sahaja. Dah jadi ketua keluarga katakan. Sebelum bersahur dengan Mama, Abah, Mak dan Ayah, adalah baik aku bersahur bersama isteri dan dua orang putera kesayangan aku. Barulah rasanya nikmat bersahur bersama keluarga. Biarpun isteri aku pagi tu masak lauk simple ajer, tapi bagi aku itu sudah cukup nikmat kerana makan makanan dari air tangan isteri. Memandangkan hari tu hari cuti, macam biasa, berehat ajelah dulu kat rumah. Baca Quran sikit, main ngan anak-anak dan lepas Zuhur barulah bergerak balik ke Bangi. Rancang nak berbuka sama Mama, Abah dan adik-adik. Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat nak berbuka di Bangi. Fazrul, Nana, Adam, Ija dan Anis ada bersama. Ag dan isteri berbuka di rumah mereka. Apapun, lepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, aku dan isteri bergerak balik ke rumah untuk bersolat terawikh di Cheras. Anak-anak aku tinggalkan di Bangi. Malam ni kena bertugas jadi bilal. So, terpaksalah balik ke Cheras sekejap. Lepas solat terawikh nanti barulah balik semula dan tidur di Bangi... Malam tu, imam Kemboja tu baca cukup simple. Sorang baca memang bertartil dan ada lenggok... Sorang lagi baca memang macam imam Kemboja, laju dan banyak dengung sikit. Apapun, memang seronoklah dapat berterawikh. Lepas habis terawikh, biasalah, dalam dua saf jer, jadi moreh pun setakat air kopi dan kuih-kuih sikit. Selesai moreh, aku bawak imam-imam tu ke Carrefour Bandar Tun Hussien Onn, katanya nak cari barang makanan sikit. Aku pun memang dah terniat nak sedekah untuk pelajar (fi sabilillah) macam dua orang imam ini. Lagipun, sahur diorang nak masak sendiri. Barang-barang dapur, air kotak, gula, garam dan sebagainya aku belikan siap-siap untuk memudahkan urusan mereka bersahur nanti. Alhamdulillah. Hari pertama berakhir dengan baik. Biarpun asyik tidur jer di siang hari. Cutilah katakan.

Sunday, 22 July 2012

Syukur Masih Bertemu Ramadhan

Alhamdulillah. Segala puji buat Mu Ya Allah... Tuhan sekalian alam... Yang penuh kasih sayang dan belas... Yang menghidupkan dan menciptakan... Yang mentakdirkan sesuatu...

Syukur kepada Mu Ya Allah kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini... Sesungguhnya Engkau memberikan aku peluang untuk menyucikan diri yang kian kotor bergelumang dengan keduniaan... Kau berikan peluang untuk kembali rapat kepadaMu setelah sekian lama aku jauh dan melupakan diriMu... 

Ibadah ku longgar Ya Rabb... Akhlaq ku tidak tertib... Adab ku tidak sopan... Amalan ku tidak penuh... Ku harap rahmaty Ramadhan membantu aku memperkukuhkan hubungan ku dengan Mu... Membentuk keperibadianku... Menjadi anak soleh, abang yang baik, suami yang bertanggungjawab dan ayah yang mithali...

Ya Allah... Ku Mohon kepada Mu Ya Allah... Agar Engkau jadikan Ramadhan aku kali ini Ramadhan yang amat bermakna buat ku... Ramadhan yang menggerakkan transformasi perubahan di dalam diri ke arah kebaikan... Ramadhan yang membentuk keimanan dan ketaqwaan... Ramadhan yang akan melahirkan jiwa keinsanan di dalam diri... Dan Ramadhan yang lebih berbanding Ramadhan yang sebelum ini...

Syahdu ku rasakan, di saat melaungkan azan Subuh di pagi 1 Ramadhan... Tatkala itu kurasakan Kau tidak pernah menghambat ku jauh dari Mu... Tatkala itu kurasakan Kau mendengar seruan itu... Memanggil untuk aku terus kembali kepada Mu... Moga Kau menerima ibadah ku... Menyucikan hatiku...

Sunday, 30 October 2011

Penubuhan Tabung Zakat Dunia...

Tun Dr Mahathir Mohamad mengutarakan idea penubuhan institusi zakat dunia

Post kali ini ingin berbicara mengenai cadangan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ucaptama beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi (LIFE) ketiga bertema "Perbankan dan Kewangan Islam: Wakaf, Zakat dan Sedekah sebagai Pemerkasaan dan Strategi Komuniti Untuk Transformasi Ekonomi Ummah".

Di dalam ucapan beliau, beliau telah mencadangkan agar sebahagian kecil zakat daripada negara-negara Islam yang kaya diberikan kepada negara-negara Islam yang terpinggir dan miskin. Menurut beliau, sebahagian daripada Asnaf yang layak menerima zakat di negara-negara Islam yang kaya sudah berkurangan dan malahan sumbangan yang diberikan kepada asnaf-asnaf di negara-negara Islam yang kaya ini sudah melebihi dan tiba masanya bagi negara-negara Islam yang kaya membantu asnaf-asnaf di negara Islam yang lain.Cadangan yang beliau utarakan ini bagi saya amat baik dan harus dilaksanakan segera bagi menunjukkan keutuhan perpaduan kita sesama negara Islam. Dalam usaha untuk kita membentuk perpaduan ummah yang kuat, bagi saya kita harus memastikan ekonomi dan pendapatan masyarakat Islam dunia hebat dan mampu bersaing dengan masyarakat lain. Hanya dengan kekuatan ekonomi kita dapat menganjakkan pencapaian masyarakat Islam ke satu arah yang boleh dibanggakan. Walaubagaimanapun, usaha ini harus bermula dan kewujudan Tabung Zakat dunia mampu merealisasikan harapan untuk melihat Islam terus membangun.

Jika kita mendengar mengenai International Monetary Fund(IMF) yang memberikan bantuan serta pinjaman kewangan dan banyak memberikan sokongan kepada negara-negara Eropah sekaligus menjana keuntungan hasil daripada pelaburan yang mereka pinjamkan, dunia Islam juga harus mempunyai keupayaan bagi mewujudkan dana khas bagi membantu negara-negara Islam untuk membangun. Bagi IMF, mereka lebih berteraskan keuntungan. Namun, bagi Badan Zakat Dunia yang dicadangkan oleh Tun Mahathir ini seharusnya memberi fokus kepada bantuan terus kepada asnaf-asnaf yang memerlukan di negara-negara Islam yang susah. Bukan berteraskan keuntungan sebaliknya menganggap ini sebagai satu ibadah dan tanggungjawab memacu ummah ke arah kemajuan.

Dalam ucapan beliau juga menyarankan umat Islam disarankan mengeluarkan zakat pada kadar 2.5% dan sekiranya kesedaran terhadap zakat ini meningkat, usaha yang boleh menggalakkan masyarakat Islam menyemai budaya berzakat, wakaf dan bersedekah sedikit sebanyak mampu meringankan penderitaan penduduk miskin di negara Islam yang lain seperti di Somalia, Sudan dan sebagainya. Bahkan beliau turut menyeru ulama' agar berijtihad mahupun melihat sekiranya boleh duit kutipan zakat itu digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas untuk dimanfaatkan masyarakat Islam yang susah. Sebagai contoh yang mungkin kita boleh fikirkan bersama ialah menggunakan kutipan zakat bagi membina hospital yang membolehkan kemudahan rawatan diberikan secara terus kepada masyarakat Islam yang susah, membina institusi pendidikan bagi membolehkan generasi baru Islam mendapat pendidikan yang sewajarnya yang boleh melengkapkan mereka bersaing membina kemajuan negara, membina empangan untuk tadahan air di negara-negara yang sering dilanda kemarau mahupun membina infrastruktur jalanan bagi merancakkan perkembangan ekonomi setempat. Perkara ini harus diteliti oleh para ilmuan Islam agar bersama-sama memikirkan apakah mekanisma yang terbaik bagi mengeluarkan negara-negara Islam yang kesusahan ini keluar dari kancah permasalahan tersebut.

Dengan tertubuhnya Institusi Zakat Dunia ini, saya yakin umat Islam pasti mampu bersatu dan perasaan sikap saling bantu membantu sesama ummah itu akan lahir. Tidak dinafikan kita ada usaha untuk membantu negara-negara Islam yang susah. Kutipan dana ada diwujudkan bagi membantu masyarakat Islam di Somalia, Kemboja dan sebagainya namun ianya lebih berbentuk kutipan yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun atas inisiatif pihak-pihak tertentu. Sudah tiba masanya umat Islam bangkit dan lebih terkedepan di dalam mewujudkan gerakan mahupun sebarang bentuk kesatuan yang akan menggembelingkan tenaga semua pihak untuk mengatasi sesuatu isu dan permasalahan ummah. Jangan hanya asyik berpolitik Islam namun usaha ke arah memantapkan kemajuan Islam itu sendiri longgar dan menjadi retorik politik semata-mata. Usaha harus diadakan dengan penuh dedikasi, istiqamah dan bersungguh. Barulah kita dapat melihat sinar baru dunia Islam itu kembali terserlah.

Antara kelebihan lain yang boleh kita perolehi sekiranya institusi zakat dunia ini diwujudkan ialah:
1) Menggalakkan sikap bantu-membantu sesama dunia Islam yang akhirnya usaha menyatu-padukan ummah itu jauh lebih jelas terarah.
2) Semangat untuk berkebajikan atau menunaikan tanggungjawab ibadah berzakat, berwakaf mahupun bersedekah akan tersemai dikalangan masyarakat Islam dengan adanya badan-badan seperti ini sekaligus menyemai sifat murni ikhlas dan tolong menolong antara satu sama lain.
3) Bantuan dapat dihulurkan terus kepada asnaf-asnaf di negara Islam yang susah dan prasarana baru dapat diwujudkan seperti sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya yang mampu mengubah landskap ekonomi mahupun taraf hidup masyarakat tersebut.
4) Memaparkan kepada dunia bahawa Islam itu syumul, masyarakat Islam itu mulia hatinya dangan kewujudan badan-badan seperti ini sekaligus menangkis persepsi buruk yang dipaparkan barat melalui media terhadap dunia Islam.
5) Apabila kesatuan wujud, maka kekuatan akan timbul, hanya dengan itu kita tidak akan mudah diperkotak-katikkan oleh barat kerana kita mampu berharap terhadap bantuan yang bakal dihulurkan oleh saudara seMuslim kita yang lain. Jikan EU mampu bersatu untuk membantu Greece keluar daripada kemelut dan kegawatan ekonomi, mengapa tidak negara Islam membantu sesama kita.
6) Perpaduan ummah akan bertambah, perlaksanaan ibadah menjadi mudah, kekuatan semangat Islam turut kukuh dan gah.

Oleh itu, besarlah harapan untuk melihat usaha menubuhkan institusi zakat dunia ini menjadi satu realiti. Berharap agar kepimpinan negara-negara Islam yang ada mampu bersatu mencapai kata sepakat di dalam merealisasikan harapan ini. InsyaAllah... Bantuan Allah pasti akan tiba.


Langkawi Islamic Finance and Economics International Conference

Sunday, 28 August 2011

Last Berbuka Puasa di Bangi Ramadhan Tahun Ini...

Hari Sabtu (27 Ogos 2011) merupakan hari terakhir aku berbuka puasa di Mutiara Bangi. Maklumlah, hari ini aku dah bertolak balik ke Melaka, nak beraya di kampung isteri aku. Apapun, aku happy sangat sebab semua ada hari tu. Mama, Abah dan adik-adik bahkan anak sedara aku Adam pun ada... Aku harap puasa tahun ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan... Aku berdoa agar kebahgiaan keluarga ini berpanjangan hendaknya... Moga Allah memberkati aku sekeluarga... Ameen...

Menu malam tu, korang tengoklah sendiri di bawah nie... Yang penting Nasi Ayam Mama aku memang terbaek...





Monday, 22 August 2011

Klip Pilihan Ramadhan 23...

Di saat duduk di dalam bilik pejabat sambil mendengar bacaan Al-Quran dari klip video ini... Air mata tiba-tiba menitis ke bumi... Ya Allah... Selamatkan aku di hari Qiamat nanti... Dengan amalan-amalan soleh yang telah aku kerjakan di sepanjang hidup ku ini... Ameen... Hayati...


Tanda-tanda Al-Qadr...

Menyentuh berkenaan tanda-tanda Malam Lailatul Qadr, sudah pasti kebanyakan daripada kita orang-orang Melayu Malaysia khususnya pernah mendengar cerita nampak depan mata kepala pokok bersujud ke arah kiblat, air tawar jadi masin tetiba, air dalam bilik air bertukar jadi ais batu, anjing-anjing tak menyalak dan tak meng"gong-gong" dan paling best cerita bila tengok keluar nampak kabus... Ini mungkin tanda-tanda yang Allah nak beri khusus kepada mana-mana individu... Wallahua'lam saya sendiri tak pernah mengalaminya dan saya tidak mendengar Rasulullah mahupun mana-mana sahabat menceritakan mengenai perihal ini... Sekiranya ada pembaca yang menemui Hadith atau sumber tepat untuk mengesahkan perkara-perkara di atas... Mohon dikongsi ilmu tersebut bersama. Mengenai ciri-ciri atau tanda-tanda kehadiran Malam Lailatul Qadr. Tidak ada sesiapapun yang mampu mengesahkannya kerana ia adalah urusan Allah S.W.T. Namun, berdasarkan beberapa hadith, Lailatul Qadr itu boleh dicari di sepuluh malam Ramadhan yang terakhir. Berdasarkan beberapa Hadith Rasulullah S.A.W.

Tanda Pertama:Pada pagi keesokan harinya, matahri terbit dengan mengeluarkan cahaya yang tidak keterlaluan. Suasananya sekadar untuk mencerahkan dan memutihkan pagi dan bukanlah pancaran kepanasan. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim 
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah

Tanda Kedua: Pada malam tersebut, suasananya aman, tenteram, tenang, malam yang cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah
Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. Hadith Riwayat Ahmad
Tanda Ketiga:  Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Hendaklah kita  memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar: Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Sunday, 21 August 2011

Mencari Al-Qadr...


Muqaddimah
Alhamdulillah... Syukur kepadaMu Ya Allah... Tuhan Yang Maha Mencipta, Yang Maha Melindungi, Yang Maha Adil dan Mengetahui... Daripada Mu lah kami datang, dan kepadaMu akan kami pulang...

Terima kasih Allah... Hari ini kami masih bernafas dengan penuh nikmat Iman dan Islam... Dengan penuh rasa tawadhu' dan rendah diri bahawa kami adalah tidak lebih daripada seorang hamba di sisiMu Ya Rabb...

Shukran Ya Allah, kerana telah memberikan kami peluang untuk melaksanakan tanggungjawab kehambaan kami berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini...

Telah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, hati aku menjadi semakin sayu, sedih dan pilu... Kerana tidak lama lagi Ramadhan akan berlalu... Belum cukup amalan yang aku lakukan... Belum puas ayat-ayat suci aku tatapkan... Belum melecet kakiku beribadah bertahajjud di malam hari kepada Mu Ya Allah... Tetapi Ramadhan tetapkan pergi... Hanya kemanisan Iman dan Amal yang bakal menjadi bekalan sehinggalah aku bertemu Ramadhan sekali lagi...

Mencari Al-Qadr... 
Lailatul Qadr... Semua dari kita sedia maklum bahawa Lailatul Qadr ini merupakan satu malam khusus, satu malam yang teramat istimewa yang terjadi di dalam bulan Ramadhan. Malam yang dinyatakan di dalam Kitabullah sebagai malam turunnya Al-Quran dan rahmatnya digandakan melebihi seribu bulan. Sepertimana yang termaktub di dalam Surah Al-Qadr.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Benarkah Malam Lailatul Qadr ini? 
Ada yang berpendapat bahawa malam Lailatul Qadr itu hanya berlaku sekali sahaja iaitu pada malam turunnya Al-Quran kepada baginda junjungan Rasulullah S.A.W dan tidak akan berulang kembali. Dalam erti kata lain, Lailatul Qadr tidak akan berulang lagi kerana malam itu khas pada malam turunnya Al-Quran kepada baginda Rasulullah S.A.W dan ianya bukan berlaku sekali setahun. Justeru, ada yang beranggapan bahawa penantian umat Islam mencari Lailatul Qadr adalah sia-sia dan merupakan satu amalan yang menyesatkan.

Namun, pendapat ini boleh disangkal berdasarkan hadith daripada Aisyah r.a., katanya: 
"Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)
Hanya golongan-golongan anti Hadith sahaja yang akan menyatakan bahawa kepercayaan terhadap Lailatul Qadr ini adalah kepercayaan yang salah. Umat Islam seharusnya tidak terpesong akan hujahan tersebut dan sebaliknya kita harus yakin bahawa Lailatul Qadr itu wujud sebagai satu malam anugerah kurniaan Allah buat hamba-hambanya... Yakinilah akan kewujudan malam Lailatul Qadr ini...

Di dalam Hadith yang lain, Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan"
Bilakah Al-Qadr?


Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadith, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.

Ada juga hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda kepada sahabat-sahabat baginda. Riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.


Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. 
“Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.


Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.


Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Sementara terdapat ulama' yang berpendapat bahawa malam lailatul Qadr itu adalah di malam ketika Quran itu diturunkan iaitu pada malam Nuzul Al-Quran itu sendiri pada 17 Ramadhan.

Apakah pendapat Imam As-Syafie dan Al-Ghazali?
Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemuai pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu(21) dan malam dua puluh tiga(23) bulan Ramadan.

Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan Ramadhan jatuh pada hari apa? 

  1. Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan (29).
  2. Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu(21).
  3. Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh(27).
  4. Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima(25).
  5. Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga(23). 
Namun, apa yang paling penting tidak ada percanggahan pendapat ulama' bahawa Lailatul Qadr itu berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan memandangkan Rasulullah S.A.W mempertingkatkan amalan baginda 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Justeru itu, marilah kita berlumba-lumba meningkatkan amalan di hari-hari 10 terakhir bulan Ramadhan semoga kita bertemu Lailatul Qadr.


Friday, 19 August 2011

Sampai Bila Kita Mahu Sabar Dan Membiarkan Perkara Ini Berlaku Saja...

Tak habis-habis kita umat Islam di Malaysia hakikatnya sudah mula terancam... Tidak cukup dengan isu serbuan JAIS ke gereja Methodist Kota Damansara, timbul pula larangan (atau PENGHARAMAN... Haram terus tu) memperdengarkan bacaan Al-Quran menggunakan "loud speaker" di Pulau Pinang oleh MAIPP dan terbaru usaha sebuah pusat tuisyen menyebarkan dakyah Kristian kepada anak-anak kita (yang berlaku di bawah kawasan ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok).... Ini merupakan satu ancaman yang jelas... Dan kita umat Islam masih bergaduh sesama sendiri memikir isu politik sempit nak raih kuasa pada pilihanraya umum yang akan datang... Kepada semua pemimpin-pemimpin:

"Sedarlah... Ancaman kita jauh lebih besar di hadapan... Seharusnya ayahanda-ayahanda kita yang memegang kuasa sekarang tidak kiralah kerajaan mahupun pembangkang, UMNO, PAS mahupun PKR harus duduk semeja bagi membincangkan survival agama Islam di bumi Malaysia ini dan masa depan bangsa Melayu khususnya... Takutkanlah soalan Allah di akhirat kelak tentang apa yang kamu lakukan demi membela agama kamu? Takutkanlah soalan Allah di manakah kamu letakkan amanah dan ikrar kamu? Hentikan polemik politik sempit menuding jari menyalahkan satu sama lain... Yang Persekutuan menyalahkan Negeri... Yang Negeri menyalahkan Persekutuan... Yang itu menyalahkan yang ini... Dan yang ini menyatakan yang itu punca berlaku semua ini... Namun akhirnya, semuanya bagaikan anjing menyalak bukit... Setakat bergema kuat melalak mencari my ledge politik namun tidak mampu merobohkan usaha mereka yang tidak bertanggungjawab mendakyah agama Kristian kepada anak-anak kita... Apa respon kita? Apa reaksi kita? Apa tanggungjawab kita? Fikirlah sejenak... Berhentilah bertengkar isu remeh gilakan dunia... Sekarang masa untuk bersatu mencipta masa depan baru yang jauh lebih terarah untuk generasi akan datang... Ayuhlah... Jangan biarkan perkara ini berlanjutan... Inilah harapan ku... Sebagai seorang anak muda Islam Melayu..."


Mungkinkah ini akan berlaku kepada anak-anak kita nanti?
Sumber dari: http://www.papagomo.com/2011/08/guru-tuisyen-sebar-ajaran-kristian.html

Thursday, 18 August 2011

Dah 19 Ramadhan...

Dah 3 hari aku tak update blog aku ni. Rindu pula rasanya nak menaip. Apapun, sedar tak sedar dah 19 hari dah puasa. Amal masih kurang lagi nie... Harap-harap baki lagi 10 hari ini akan kita semua manfaatkan bersama-sama sebaiknya... Moga kita bertemu Lailatul Qadr... Dalam erti kata lain, malam ni dah masuk malam ke-20... Jadi bersama-samalah kita tingkatkan amalan...

Doa Malam ke-20 Ramadhan:
"Ya Allah, bukakan bagiku di dalamnya pintu-pintu surga, tutuplah dariku di dalamnya pintu-pintu neraka, bimbinglah aku di dalamnya untuk membaca Al-Qur’an, wahai Yang Menurunkan kedamaian ke dalam hati orang-orang yang beriman."

Monday, 15 August 2011

Majlis Berbuka Puasa/ Iftar Jamaie' QASRUL HANNAN

Alhamdulillah, Sabtu (Puasa ke-13)  hari tu telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa aka Iftar Jamaie' Qasrul Hannan, Mutiara Bangi. Kemeriahan amat dirasai dengan kehadiran semua ahli keluarga yang berdekatan, jiran-jiran dan para sahabat Abah dan Mama. Program seperti ini seharusnya dijadikan agenda tahunan memandangkan ianya mengeratkan silaturrahim dan membawa lebih banyak kerahmatan dan rezki buat kami sekeluarga... Majlis bermula sedari pukul 6.30ptg dan selesai hampir jam 1.30pg... Solat Maghrib berjemaah, berbuka bersama, Solat Isya' berjemaah, berterawikh dan sedikit bacaan tahlil umum. Semoga Allah S.W.T merahmati arwah ahli keluarga kami yang telah terdahulu pergi... 

Berikut adalah sebahagian gambar yang boleh saya kongsikan dengan semua... Moga Ramadhan kali ini mengajar kita lebih erti pengorbanan, kasih sayang dan memupuk sikap mengambil berat antara satu sama lain...
















Sunday, 14 August 2011

myMetro | Usah ambil hak orang

myMetro Usah ambil hak orang

BAGI mengingatkan umat Islam mengenai hal ini, Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)

Imam ibn Al-Arabi menegaskan, ini adalah satu daripada kaedah utama dalam muamalat Islam dan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ dalam ayat itu ialah penerimaan pemberian dan penguasaan. Digunakan lafaz ‘makan’ sebagai perumpamaan saja.

Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi: “Apa saja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).”

Imam Al-Qurtubi pula memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain yang sebenar, mengambil hak orang lain tanpa direstuinya, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi serta yang memang jelas menyalahi hukum Islam adalah tergolong dalam makanan harta secara batil.

Ini sebagaimana dinyatakan beliau: “Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, dia makan secara batil.”

Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘batil’ kepada apa saja bentuk bayaran yang tidak mempunyai nilai timbal balik pada pandangan syarak yang sebenar.

Begitupun, mungkin ada yang akan bertanya mengenai hukum terhadap hak ke atas harta yang dimenangi membabitkan proses kehakiman di mahkamah dengan alasan harta berkenaan disahkan oleh hakim.

Mengenai hal ini, Imam Al-Qurtubi menjelaskan: “Barang siapa memakan secara batil, walaupun jika seorang hakim memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu (hakikatnya) bersalah (menipu), yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti, dan inilah (hukum yang) ijma.” (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan ini jelas sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya aku hanya manusia dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujah dari sebahagian lainnya, lalu aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang aku dengar saja.

“Barang siapa yang ku jatuhkan hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

Kesimpulannya, umat Islam perlu mengambil berat mengenai perihal pendapatan mereka kerana dibimbangi mereka lupa mengenai objektif dalam mendapatkan harta serta pendapatan secara halal sehingga menganiaya pihak lain.

Secara ringkasnya, setiap kita perlu mengelak terbabit dalam mengambil hak orang lain (batil) seperti:




  • Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan.





  • Mendapatkan pendapatan daripada upah menjampi yang bercanggah dengan Islam.





  • Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa depan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya.





  • Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit tinggi dan baik.





  • Mengambil upah hiburan (entertainment cost) daripada syarikat sebagai pra syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.





  • Sengaja berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri daripada pembayaran semula hutangnya walau dalam keadaan mampu.





  • Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga ialah pemakan harta secara batil.





  • Individu yang mengambil dan menikmati harta wakaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta batil.





  • Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu.





  • Hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi SAW.





  • Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan. Keuntungan yang diperoleh hasil daripada kerja ‘seni’ yang merosakkan jatidiri kemanusiaan.





  • Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa orang lain.

    Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Ibnu Abbas RA mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”



  • Friday, 12 August 2011

    Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort...

    Rabu hari tu aku dan isteri plan nak bukak pose ngan kengkawan UIAM. Cari punyer cari venue nak bukak pose akhirnya we all decide bukak pose di Bangi Golf Resort. Hari Selasa hari tu aku pergilah beli kupon di situ almaklumlah nak dapat diskaun. Kalau harga asal RM 48++ tapi bila ada kupon tu, harga yang perlu dibayar adalah RM 43 nett. Secara overall makanan memang best especially kambing panggang dengan sos blackpepper nyer perrrghhh gua cakap lu memang terbaaeekk... Apapun, lensa kamera aku ni memang cepat jer berjalan menangkap beberapa gambar sebagai kenangan...











    Tuesday, 9 August 2011

    Thanks Giving Dinner Program Itenary: Methodist Church

    Sumber dari:

    Maklumat diterima bahawa ada beberapa orang Islam ke majlis yang menggunakan tajuk berbuka puasa “Thanks Giving Dinner Program Itenary” berlangsung di Dewan 3 Damansara Utama Methodist Church [Dream Centre] Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011.

    Program ini dikhuatiri mengadakan satu “upacara kesyukuran” disamping menyambut orang Islam berbuka puasa..


    Lebih kurang jam 9.45 malam JAIS berjaya memasuki ke Dewan 3 dan dianggarkan lebih kurang 100 orang berada dalam majlis tersebut, seterusnya JAIS terus membuat pemeriksaan dalam dewan. Pada waktu itu ada seorang pemuda sedang berucap atas pentas dewan tersebut dihadapan tetamu yang hadir.


    Seorang wanita yang tertulis nama di tag nama bajunya “Sofea” menghampiri pihak JAIS dan ajak berunding diluar dewan tersebut..


    Pihak JAIS berjaya mendapatkan buku pendaftaran peserta program dan merampas beberapa dokumen iaitu tentative program. Terdapat unsur unsur yang meragukan dalam tentative tersebut iaitu nyanyian lagu – Alhamdulillah & Allahuakbar…


    Terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir dan menurut anggota JAIS yang menjaga pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang!


    Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama islam yang hadir membawa anak anak kecil…


    Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam [MAIS] untuk memberikan keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu :

    1. Nadeane Binti Che Mohd Salleh [Sofea] K/P: 790317-01-6XXX
    2. Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah K/P: 690327-08-6XXX
    3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir K/P: 850714-71-5XXX
    4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir K/P: 940227-02-5XXX
    5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir K/P: 900906-02-5XXX
    6. Rasyidah Binti Ab Razak K/P: 770611-01-5XXX
    7. Nur Umrah Binti Ab Razak K/P: 951003-01-6XXX
    8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan K/P: 801025-10-5XXX
    9. Faridah Binti Abdul Rahman K/P:711012-12-5XXX
    10. Nur-Al Ashikin Bt Shaikh Dawood K/P: 720803-10-5XXX
    11. Faridah Binti Abdul Latep K/P: 720422-71-5XXX
    12. Sahrunida Binti Asaad K/P: 810104-08-6XXX