Menyentuh berkenaan tanda-tanda Malam Lailatul Qadr, sudah pasti kebanyakan daripada kita orang-orang Melayu Malaysia khususnya pernah mendengar cerita nampak depan mata kepala pokok bersujud ke arah kiblat, air tawar jadi masin tetiba, air dalam bilik air bertukar jadi ais batu, anjing-anjing tak menyalak dan tak meng"gong-gong" dan paling best cerita bila tengok keluar nampak kabus... Ini mungkin tanda-tanda yang Allah nak beri khusus kepada mana-mana individu... Wallahua'lam saya sendiri tak pernah mengalaminya dan saya tidak mendengar Rasulullah mahupun mana-mana sahabat menceritakan mengenai perihal ini... Sekiranya ada pembaca yang menemui Hadith atau sumber tepat untuk mengesahkan perkara-perkara di atas... Mohon dikongsi ilmu tersebut bersama. Mengenai ciri-ciri atau tanda-tanda kehadiran Malam Lailatul Qadr. Tidak ada sesiapapun yang mampu mengesahkannya kerana ia adalah urusan Allah S.W.T. Namun, berdasarkan beberapa hadith, Lailatul Qadr itu boleh dicari di sepuluh malam Ramadhan yang terakhir. Berdasarkan beberapa Hadith Rasulullah S.A.W.
Tanda Pertama:Pada pagi keesokan harinya, matahri terbit dengan mengeluarkan cahaya yang tidak keterlaluan. Suasananya sekadar untuk mencerahkan dan memutihkan pagi dan bukanlah pancaran kepanasan. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat MuslimErtinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah
Tanda Kedua: Pada malam tersebut, suasananya aman, tenteram, tenang, malam yang cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah
Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. Hadith Riwayat Ahmad
Tanda Ketiga: Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.
Hendaklah kita memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar: Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. Hadith Riwayat Ibnu Majah
No comments:
Post a Comment