Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

Rahmat Ramadhan (Day 5)

Puasa Ke-Lima: 25 Julai 2012 (Rabu)

Hari ini aku bangun awal untuk bersahur macam biasa. Tapi, setakat minum milo panas bancuhan isteri tersayang... Suhailah Ismail... Dia nak masak, tapi aku kata aku kenyang lagi mengenangkan masakan sambal sotong Mak masa berbuka tadi... Selepas sahur, aku terus tak tidur... Berjaga menunggu waktu Subuh tiba... Entah kenapa hari ini tergerak hati aku nak Azan Subuh di surau... Selepas Azan aku kumandangkan, solat berjemaah aku dirikan bersama beberapa orang jiran-jiran yang turut ada kesedaran mengimarahkan surau... Hari tu memang bukan seperti biasanya... Biasanya aku mengantuk dan terasa hendak tidur semula selepas solat... Namun, seakan-akan baru bangun tidur yang panjang mata aku terbuka luas, celik seolah-olah ada bebanan masalah yang besar sedang aku fikirkan... Ah!!! Buangkan sahaja perasaan itu jauh-jauh... Mungkin kerana terlalu memikirkan masalah syarikat yang membelenggu jiwa dan perasaan aku... Balik dari Subuh, aku terus menuju ke rumah... Dan terus ke bilik air untuk menyiapkan diri ke pejabat... Selesai sahaja mandi, aku agak terkejut apabila terdengar suara kecoh di luar rumah... Ke jengah melalui jendela apakah yang sebenarnya berlaku di luar sana... Kelihatan jiran aku sedang menjerit-menjerit memanggil nama aku... "Along!!! Turun sekarang... Cepat..."

Apahal pulak nie... Aku ada cari pasal dengan orang kerr...??? Setelah turun, barulah aku tahu akan keadaan sebenar... Jiran aku menceritakan ada lebih kurang 8 orang lelaki cuba memecah masuk rumah aku ketika aku sedang mandi sebentar tadi... 8 orang... Pergh!!! Biar betul... Rupanya, kejadian tersebut tidak hanya disaksikan oleh jiran aku tu sahaja... Turut disaksikan oleh beberapa orang jiran yang lain yang sedang sibuk bersiap nak pergi kerja... Maklumlah dah jam 6.15pagi... Beberapa orang Cina yang sedang berjogging di situ turut berkongsi cerita apa yang telah mereka saksikan... Seorang daripada mereka menegur salah seorang daripada 8 orang lelaki tersebut dan katanya mereka adalah kengkawan aku... Seorang jiran lagi yang menegur mereka turut memberitahu yang mereka datang ke rumah aku untuk tarik kereta... Kejadahnya... Bila masa aku tak bayar kete aku ni??? Kete aku ni Company yang bayar... Takder kena mengena pun... Mujurlah, apabila melihat situasi 3 orang lelaki melompat masuk ke dalam rumah... Makcik jiran aku menjerit meminta pertolongan... Disebabkan jeritan Makcik tulah, agaknya kelapan-lapan lelaki tersebut takut cubaan rompakan yang mereka lakukan telahpun disedari... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan keluarga aku dan menyelamatkan keluarga aku daripada kejahatan dan kezaliman manusia... Syukur padaMu Ya Rabb... Mungkin inilah yang dinamakan Rahmat Ramadhan... Yang berlegar di fikiran aku ialah sekiranya mereka dapat masuk... Mampukah aku hadap kelapan-lapan lelaki tersebut??? Bagaimanakah keselamatan isteri dan anak-anak aku yang masih kecil... ??? Apakah tahap keselamatan di kediaman aku??? Segalanya berlegar di fikiran pada saat itu... 

Panggilan Polis telah dibuat jam 6.15 pagi... Nama dan alamat telahpun aku nyatakan... Aku menantikan kehadiran anggota bertugas... Namun, amat menyedihkan, setelah panggilan dibuat jam 6.15pagi, hingga jam 10.30pagi masih tidak ada anggota yang bertugas hadir bagi mengambil laporan kejadian... Sedih... Risau... Bayangkan sekiranya apa-apa terjadi pada aku dan keluarga sebentar tadi, bagaimanakah respon mereka??? Isteri dan anak-anak telah aku arahkan balik ke rumah mak mertua aku segera selepas kejadian tersebut... Terkial-kiallah aku bersiap ke Balai jam 10.30pagi setelah hampir 4 jam menunggu... Apa lagi yang boleh dibuat selain daripada buat laporan sahajalah... Sarjan bertugas pun takder di pejabat... Bila aku tanya kenapa takder anggota yang datang... Diorang kata tak cukup kakitangan... Best giller alasan yang diberikan... Dalam hati aku, aku hanya mampu beristighfar dan bersabar... Aku minta jasa baik mereka memulakan rondaan ke kawasan rumah aku setiap malam... Maklumlah, kawasan tersebut agak sunyi dan terpencil sedikit biarpun Balai Polis hanyalah 500 meter jaraknya... Apapun, syukur padaMu Ya Allah... Kau lindungi aku dan keluarga...

Lepas habis buat repot, nak masuk ofis pun dah takder mood dah... Terus beriktikaf kat surau depan rumah... Baca Quran... Doa mohon terus berada di dalam perlindungan... Lepas Zohor, aku balik ke Bangi... Ada member-member ajak berbuka di Bangi Golf Resort... So, nak berbuka pun dah takder selera... Tapi, nak buat macamaner... Bayar dah bayar... Telan masuk ajelah... Jangan membazir sudah... Lepas berbuka... Aku terus balik ke Cheras... Isteri dan anak-anak aku arahkan tidur di Kajang... Takut-takut 8 orang tu nak repeat pagi ni pening aku nanti... Malam tu aku tidur di rumah bersama-sama dua orang imam Kemboja dan lebih kurang jam 12.30malam... Mama dan Abah datang ziarah bertanyakan khabar... Menceritakan apa yang terjadi... Terpancar kerisauan di wajah mereka... Maklumlah, keselamatan keluarga merupakan perkara yang amat mereka titik beratkan... Apapun, aku bertuah ada keluarga yang menyokong aku di saat gundah dan susah... Dalam jam 1.30pagi, barulah mereka berangkat pulang ke Bangi... Tinggallah aku berkawal melihat keadaan sekeliling rumah hingga ke pagi... Waktu sahur telahpun tiba, memandangkan tinggal bersama-sama dua orang imam Kemboja, aku ajak diorang bersahur di kedai mamak ajelah... Aku nak makan pun tak selera... Belasah mee goreng ajer... Balik ke rumah, pergi ke surau... Tunaikan solat Subuh... Lepas tu, mata terasa mengantuk sangat... Tak cerita banyak... Lelaplah kejap....


Wednesday, 1 August 2012

Rahmat Ramadhan (Day 4)

Puasa Ke-Empat: 24 Julai 2012 (Selasa)

Hari ini aku sahur di kedai mamak bawak dua orang imam tu bersahur sekali... Maklumlah, orang Kembojakan banyak yang susah... Atleast bila sedekah makanan pada orang-orang yang memerlukan tu rasa bahagia sangat... Lepas sahur, hari ini aku sambung ngaji Juz 4... Alhamdulillah... Allah bagi kesempatan untuk aku baca Quran... Pagi ini aku ada meeting dengan lawyer... Lepas tu masuk ofis jap belah petang dan balik berbuka di Kajang... Angah, Bang Ngah, Along, Syawal semua ada... Malamnya pulak, as usual balik berterawikh di Cheras... Lepas habis terawikh aku pun takder apa-apa plan... So, terus ajak kedua-dua Imam Kemboja tu keluar pergi moreh di Cerana Seafood... Orang Kemboja kan suka jgak makan TomYam... So, aku pun bawaklah diorang makan TomYam... Ikan Siakap masak steam dan kailan ikan masin... Seronok aku tengok diorang makan... Betul-betul macam lepas geram... Rindu sangat agaknya nak makan sedap... 

Sambil makan, aku pun bersembang dengan diorang... Diorang pun share kesusahan hidup di Kemboja... Nak makan daging pun setahun sekali dua jer... Itupun bila tiba musim raya Haji... Banyak rupanya daging-daging korban haji di sedekahkan oleh orang-orang yang bermurah hati di Malaysia ni ke sana... Tahun ni aku berazam kalau dapat kumpul kengkawan dalam 6 ke 7 orang, boleh lah buat korban setiap orang satu panggu untuk dihantar seekor ke sana... Kadang-kadang kita orang Melayu Islam Malaysia ni tenggelam akibat kesenangan... Sedangkan ramai lagi sahabat seMuslim kita di sana yang amat memerlukan...

Seorang imam tu namanya Solihin, umur baru 20 tahun dah hafal 30 juzu'... Dah datang belajar ke sini dah tiga tahun dah... Tak silap aku di Padang Balang, Sentul rasanya... Alhamdulillah... Baca pun bertartil, sedap didengar dan susah untuk dia silap atau terlupa... Masa datang umur baru 17 tahun... Datang dari jauh, berharap ehsan penduduk di Malaysia semata-mata nak belajar jadi hafiz... Hidup serba kekurangan... Seorang imam lagi, namanya Yusof... Umur baru 17 tahun... Dah dua tahun belajar hafiz di Yala... Baru hafal 7 juzu'... Perjalanan masih jauh... Namun aku amat mengagumi kedua-dua imam ini... Betapa survivenya diorang di negara orang... Mencara pendapatan melalui Al-Quran... Meninggalkan ibu dan ayah, adik beradik semata-mata nak berjuang di jalan Allah... Terkadang aku cemburu dengan apa yang mereka ada... Biarpun tidak berharta, tidak berkereta mahupun berkerjaya... Tetapi hidup penuh beragama... Quran sentiasa di dada... Ibadah sentiasa terjaga...

Aku muhasabah diri aku di puasa yang ke-empat ini... Di mana letaknya nilai aku nanti? Di sisi Allah adakah mulia tempat aku??? Di dunia berumah besar, berkereta mewah, berbelanja tanpa ada rasa serba salah... Namun diakhirat adakah aku di jannah??? Adakah darjat ku lebih tinggi daripada mereka yang mengalami keperitan hidup di atas dunia??? Adakah mampu aku kecapi nikmat yang jauh lebih baik berbanding nikmat yang aku perolehi di dunia...??? Sedangkan ibadah aku longgar, amalan ku kurang, baca Quran pun jarang, cara hidup Islam pun bermusim diamalkan... Aku takut Ya Allah... Aku takut... Namun aku yakin Kau selalu ada di sana... Mendengar rintihan setiap hamba... Dengarilah rintihan hati kecil ku Ya Allah... 

Melihat wajah kedua-dua imam itu cukup tenang... Lepas Subuh kebiasaannya terus Quran mereka pegang... Ayat-ayat Allah seakan-akan menjadi peneman mereka di setiap saat kesunyian, kesepian dan kesusahan... Keajaiban tawakkal mereka amat mengagumkan... Mungkin untuk aku merasai apa yang mereka rasai berkawan dengan Al-Quran sudah agak terlewat... Namun, biarlah terlewat asalkan jangan terus tak buat... Atau, mungkin akan ku didik anak-anak ku mengenal kitab Allah ini lebih awal, lebih sirius dan akhirnya impian untuk melihat anak-anak jadi hafiz akan tercapai... Aku tak tahu nasib aku di sana... Dan kerana aku tidak tahu nasib aku di sanalah... Maka aku harus BERUBAH...

Rahmat Ramadhan (Day 3)

 
Puasa Ketiga (3): 23 Julai 2012 (Isnin)

Sahur pagi ini aku dan isteri makan kat rumah ajer… Lauk simple jer… Kari ayam aku beli dari kedai mamak, pastu lauk berbuka di rumah Mama semalam, telur itik masak lemak… Hari ni aku tak ke pejabat… Duduk di rumah aja… Cuti… Wife aku pergi kerja laa… Dikesempatan ini aku dapat habiskan juz 2 dan 3… Oklah… Target aku paling tidak kena khatam sekali bulan Ramadhan ni… Tahun lepas puasa ke-23 aku dah khatam… Tahun ni macam slow sikit… Mood nak membaca Quran tu tak datang lagi kot… Or maybe sebab baru baik batuk, jadi nak membaca bertartil dan bersungguh tu macam tak berapa nak selesa anak tekak nie… InsyaAllah… Aku berazam nak habiskan juga baca 30 Juzu’ bulan Ramadhan ni…

Hari ini aku banyak melepak ngan imam-imam Kemboja di surau… Sambil mereka menghafal, aku membaca Quran… Lepas Asar aku pun bergerak ke Kajang sebab hari ini perancangannya nak berbuka dengan Mak dan Ayah pulak… Ada dapat jemputan berbuka dari seorang sahabat di Shah Alam… Tapi, priority harus aku berikan untuk keluarga terlebih dahulu… So, sampai di Kajang takkan tak bawak apa-apa kot… Aku pun pergilah ke Bazaar Ramaadhan di Kajang Prima… Ternyata jauh lebih meriah daripada di Bangi… Cuma, sesampai ker aku kat sana, terkejut beruk aku tengok harga ayam golek seekor RM 25 hinggit… Mak aiii… Seekor ayam baru RM 12 – RM 14… Ni dah caj 2 kali ganda dah ni… Dahl ah aku tengok ayam tu halus jer… Macam mana boleh jual RM 25… Takkan tak ada pemantauan langsung agar ada kawalan harga… Pelik… Memang pelik… Lebih mengejutkan lagi, ada peniaga yang jual Roti John kukus… Biasa korang beli roti John berapa??? Tak RM 3.00, RM 3.50 atau paling kuat RM 4.00… Hanya sebab Roti John tu berkukus dan mungkin sebab nama dia pun John, nama orang putih la katakan, boleh diorang jual ngan harga RM 5.00… Perghhh… Tak masuk akal… Dan paling tak tahan… Boleh pulak ada orang pergi beli… Kata Malaysia ni ekonomi tak berapa sedap… Tapi, tengok orang Malaysia berbelanja macam tak kisah aje pun… Cuma pengajaran yang aku dapat, apalah nilai RM 10 bila di bawa ke Bazaar Ramadhan…

Air:
Air Tebu (RM 4)
Air Katira (RM 3)
Air Perisa (RM 2)

Makanan:
Murtabak (RM 2.00 – RM 3.00)
Roti John (RM 3.50 – RM 4.00)
Kepak Ayam ( RM 1.40 – RM 1.70 seketul… Kepak jer pun… Orang jual pun nak berkepak jugak… Jual mahal sangat dah nie…)

Kuih:
Tepung Pelita ( 5 RM 2)
Tako ( 5 RM 2)
Lain-lain kuih ( 5 RM 2)

Lauk pauk tak payah belilah sebab memang mahal pun
Ikan keli (RM 2.50 kejadahnya)
Ayam (RM 3.00 ke atas)
Telur Itik masak lemak ( Sebiji RM 2)

Nasi Tomato ( RM 6.50 – RM 7.50)
Beriani ( RM 7 – RM 8)

Macam dah tak ada value jer duit RM 10 nie… Menyakitkan hati jer beli… Tapi sebab dah Ramadhan… Nak taknak teringat anak kat rumah teringin Murtabak, beli murtabak… Bini teringin satay, beli satay… Ya Allah… Macamaner dengan orang yang pendapatan less than RM 800 sebulan… Moga Kau limpahkan rezeki buat mereka Ramadhan nie… Apapun, aku bab makan ni biarlah semua makan puas hati… Bab makan aku tak berkira… Cuma nak elakkan pembaziran jelah azam aku tahun ni… Kalau korang tak percaya harga yang aku tulis kat atas... Survey sendiri yer...

Lepas buka, as usual, balik ke Cheras... Jadi bilal terawikh... Semoga aku tak tinggal terawikh tahun ni... InsyaAllah...

Rahmat Ramadhan (Day 2)

 
Puasa Kedua (2): 22 Julai 2012 (Ahad)
Hari ni first time bersahur di rumah Mama dan Abah di Bangi. Menu sahur memang kegemaran aku. Nasi goreng sardin beserta telur mata kerbau… Pergh!!! Tak dapat aku tahan rasa enak masakan dari air tangan seorang insan yang bernama Ibu… Apalagi, memang selera sahur aku padi tue… Lepas sahur tu, aku sembahyang Subuh dan aktiviti apa paling best kalau pagi Ahad ni… TIDUR ler… So, sambung tidur balik… Dalam jam 9.30 tu aku bangun dan hari ni baru aku mula nak membaca Al-Quran… Mula dengan Juz 1… Tengahari tu, aku melepak di rumah aja sambil tengok TV dan spend masa ngan anak isteri hingga ke petang… Cuma yang menariknya hari ni, first day aku pergi ke bazaar Ramadhan di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi… Pergi pun dah pukul 6.30ptg… Mungkin sebab terlewat, tu yang banyak makanan dah habis… Lagipun, aku rasa banyak gerai yang juadahnya tak semenggah langsung… Mungkin sebab awal lagi kot… Yang tertarik untuk aku beli tak lain tak bukan ialah air tebu, tepung pelita, roti john dan putu mayam… Malam ni yang berbuka di Bangi hanyalah aku, Suhailah, Nana, Fazrul, Ija dan Anis…  Mama dan Abah berbuka di surau… Lepas berbuka, aku pulang untuk berterawikh di Cheras…

Cuma masa on the way balik dari Bangi ke Cheras… Tengah bawak kereta, aku ternampak ada bangkai kucing kena gilis… Dan tak ada saper pun nak uruskan bangkai tu sampai dah hancur kena lenyek… Terdetik di hati aku, sebagai orang yang ada iman seharusnya akan ada mana-mana individu yang turut membersihkan bangkai tersebut… Teringat aku salah satu daripada 70 cabang iman ialah mengalihkan halangan di jalanan… Halangan ini bukan hanya bermakna kayu ataupun duri… Halangan juga bermaksud apa jua perkara atau objek yang kita temui menghalang ataupun ada di atas jalanan perlulah dialihkan atau dibersihkan… Inikan pula bangkai binatang… Seharusnya kita juga perlu menguruskan bangkai binatang tersebut… Ini bukan hanya mencerminkan keimanan… Bahkan, prinsip keprihatinan dan kemanusiaan itulah jelas terpampang sekiranya ada pihak berhenti menguruskan bangkai tersebut… Ini tidak, rata-rata dari kita mesti mengharapkan mak cik atau pak cik cleaner DBKL yang ada di sekitar kawasan tersebut untuk bersihkan… Tetiba aku teringat sebuah video seorang mak cik kena ragut di Penang lepas tu terjatuh dan lebih 5 orang yang lalu lalang boleh tengok sahaja makcik tu terbaring di atas jalan… Tidak dinafikan majoriti mereka yang lalu lalang tersebut berbangsa Cina… Mereka mungkin tiada iman… Setidak-tidaknya di manakah nilai KEMANUSIAan??? Dan apakah IMAN kita berada di tahap yang unggul sedangkan melihat bangkai dan halangan di jalanan kita hanya masih membiarkan tanpa menghulurkan bantuan??? Tepuk dada tanyalah iman…


Tuesday, 31 July 2012

Rahmat Ramadhan (Day1)

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini aku jalani dalam keadaan yang cukup sederhana. Selagi boleh aku nak memastikan ibadah puasa berada di tahap yang terbaik. Azam untuk khatam Al-Quran, tidak tinggal menunaikan solat terawikh, berqiamullail dan menjaga hati sentiasa bermain di dalam fikiran aku. Pada masa yang sama, tahun ini aku akan berusaha kurangkan berbuka puasa di luar memandangkan selalunya akan terlewat untuk melaksanakan solat Isya' dan terawikh berjemaah. Lagipun, ianya pembaziran yang nyata sekiranya difikirkan semula kos yang dikeluarkan untuk berbuka puasa di hotel-hotel amatlah tidak munasabah dan sekiranya disalurkan ke tempat-tempat yang lain adalah lebih baik dan berkah. Dah 10 hari berpuasa, 10 hari ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam di dalam kehidupan harian aku di sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Puasa Pertama (1): 21 Julai 2012 (Sabtu)
Malam Ramadhan pertama, aku berpeluang menunaikan solat Isya' dan terawikh di surau di hadapan rumah aku di Cheras. Alhamdulillah, tahun ini surau di depan rumah aku tu meriah dengan kehadiran dua orang imam hafiz daripada Kemboja. Aku amat bertuah kerana dapat mengenali kedua-dua imam ini yang Allah S.W.T takdirkan bagi menggantikan Imam Zuhairi yang tidak dapat bersama jemaah di sini pada tahun ini kerana bertugas di Putrajaya. Benarlah kata orang, rumah Allah ini ada takdirnya. Allah kurangkan seorang imam, Allah gantikan dengan dua orang imam muda yang turut mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan. Dan setiap kali tibanya 5 waktu solat, sudah pasti akan kedengaran suara mereka melaungkan azan mahupun mengimami solat. Bahagia ku rasakan Ramadhan kali ini apabila turut bersama-sama dapat menghidupkan rumah Allah. Maklumlah, kawasan rumah aku tu banyak Cina. Keluarga Melayu hanya ada dalam 16 keluarga sahaja. Yang komited untuk turun terawikh boleh dikira dengan jari. Itupun, malam pertama ini biasalah, hampir separuh surau dipenuhi dengan jemaah. Malam ini, aku bersahur di Cheras sahaja. Dah jadi ketua keluarga katakan. Sebelum bersahur dengan Mama, Abah, Mak dan Ayah, adalah baik aku bersahur bersama isteri dan dua orang putera kesayangan aku. Barulah rasanya nikmat bersahur bersama keluarga. Biarpun isteri aku pagi tu masak lauk simple ajer, tapi bagi aku itu sudah cukup nikmat kerana makan makanan dari air tangan isteri. Memandangkan hari tu hari cuti, macam biasa, berehat ajelah dulu kat rumah. Baca Quran sikit, main ngan anak-anak dan lepas Zuhur barulah bergerak balik ke Bangi. Rancang nak berbuka sama Mama, Abah dan adik-adik. Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat nak berbuka di Bangi. Fazrul, Nana, Adam, Ija dan Anis ada bersama. Ag dan isteri berbuka di rumah mereka. Apapun, lepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, aku dan isteri bergerak balik ke rumah untuk bersolat terawikh di Cheras. Anak-anak aku tinggalkan di Bangi. Malam ni kena bertugas jadi bilal. So, terpaksalah balik ke Cheras sekejap. Lepas solat terawikh nanti barulah balik semula dan tidur di Bangi... Malam tu, imam Kemboja tu baca cukup simple. Sorang baca memang bertartil dan ada lenggok... Sorang lagi baca memang macam imam Kemboja, laju dan banyak dengung sikit. Apapun, memang seronoklah dapat berterawikh. Lepas habis terawikh, biasalah, dalam dua saf jer, jadi moreh pun setakat air kopi dan kuih-kuih sikit. Selesai moreh, aku bawak imam-imam tu ke Carrefour Bandar Tun Hussien Onn, katanya nak cari barang makanan sikit. Aku pun memang dah terniat nak sedekah untuk pelajar (fi sabilillah) macam dua orang imam ini. Lagipun, sahur diorang nak masak sendiri. Barang-barang dapur, air kotak, gula, garam dan sebagainya aku belikan siap-siap untuk memudahkan urusan mereka bersahur nanti. Alhamdulillah. Hari pertama berakhir dengan baik. Biarpun asyik tidur jer di siang hari. Cutilah katakan.

Sunday, 22 July 2012

Syukur Masih Bertemu Ramadhan

Alhamdulillah. Segala puji buat Mu Ya Allah... Tuhan sekalian alam... Yang penuh kasih sayang dan belas... Yang menghidupkan dan menciptakan... Yang mentakdirkan sesuatu...

Syukur kepada Mu Ya Allah kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk bertemu Ramadhan kali ini... Sesungguhnya Engkau memberikan aku peluang untuk menyucikan diri yang kian kotor bergelumang dengan keduniaan... Kau berikan peluang untuk kembali rapat kepadaMu setelah sekian lama aku jauh dan melupakan diriMu... 

Ibadah ku longgar Ya Rabb... Akhlaq ku tidak tertib... Adab ku tidak sopan... Amalan ku tidak penuh... Ku harap rahmaty Ramadhan membantu aku memperkukuhkan hubungan ku dengan Mu... Membentuk keperibadianku... Menjadi anak soleh, abang yang baik, suami yang bertanggungjawab dan ayah yang mithali...

Ya Allah... Ku Mohon kepada Mu Ya Allah... Agar Engkau jadikan Ramadhan aku kali ini Ramadhan yang amat bermakna buat ku... Ramadhan yang menggerakkan transformasi perubahan di dalam diri ke arah kebaikan... Ramadhan yang membentuk keimanan dan ketaqwaan... Ramadhan yang akan melahirkan jiwa keinsanan di dalam diri... Dan Ramadhan yang lebih berbanding Ramadhan yang sebelum ini...

Syahdu ku rasakan, di saat melaungkan azan Subuh di pagi 1 Ramadhan... Tatkala itu kurasakan Kau tidak pernah menghambat ku jauh dari Mu... Tatkala itu kurasakan Kau mendengar seruan itu... Memanggil untuk aku terus kembali kepada Mu... Moga Kau menerima ibadah ku... Menyucikan hatiku...

Sunday, 28 August 2011

Last Berbuka Puasa di Bangi Ramadhan Tahun Ini...

Hari Sabtu (27 Ogos 2011) merupakan hari terakhir aku berbuka puasa di Mutiara Bangi. Maklumlah, hari ini aku dah bertolak balik ke Melaka, nak beraya di kampung isteri aku. Apapun, aku happy sangat sebab semua ada hari tu. Mama, Abah dan adik-adik bahkan anak sedara aku Adam pun ada... Aku harap puasa tahun ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan... Aku berdoa agar kebahgiaan keluarga ini berpanjangan hendaknya... Moga Allah memberkati aku sekeluarga... Ameen...

Menu malam tu, korang tengoklah sendiri di bawah nie... Yang penting Nasi Ayam Mama aku memang terbaek...





Monday, 22 August 2011

Klip Pilihan Ramadhan 23...

Di saat duduk di dalam bilik pejabat sambil mendengar bacaan Al-Quran dari klip video ini... Air mata tiba-tiba menitis ke bumi... Ya Allah... Selamatkan aku di hari Qiamat nanti... Dengan amalan-amalan soleh yang telah aku kerjakan di sepanjang hidup ku ini... Ameen... Hayati...


Sunday, 21 August 2011

Mencari Al-Qadr...


Muqaddimah
Alhamdulillah... Syukur kepadaMu Ya Allah... Tuhan Yang Maha Mencipta, Yang Maha Melindungi, Yang Maha Adil dan Mengetahui... Daripada Mu lah kami datang, dan kepadaMu akan kami pulang...

Terima kasih Allah... Hari ini kami masih bernafas dengan penuh nikmat Iman dan Islam... Dengan penuh rasa tawadhu' dan rendah diri bahawa kami adalah tidak lebih daripada seorang hamba di sisiMu Ya Rabb...

Shukran Ya Allah, kerana telah memberikan kami peluang untuk melaksanakan tanggungjawab kehambaan kami berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini...

Telah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, hati aku menjadi semakin sayu, sedih dan pilu... Kerana tidak lama lagi Ramadhan akan berlalu... Belum cukup amalan yang aku lakukan... Belum puas ayat-ayat suci aku tatapkan... Belum melecet kakiku beribadah bertahajjud di malam hari kepada Mu Ya Allah... Tetapi Ramadhan tetapkan pergi... Hanya kemanisan Iman dan Amal yang bakal menjadi bekalan sehinggalah aku bertemu Ramadhan sekali lagi...

Mencari Al-Qadr... 
Lailatul Qadr... Semua dari kita sedia maklum bahawa Lailatul Qadr ini merupakan satu malam khusus, satu malam yang teramat istimewa yang terjadi di dalam bulan Ramadhan. Malam yang dinyatakan di dalam Kitabullah sebagai malam turunnya Al-Quran dan rahmatnya digandakan melebihi seribu bulan. Sepertimana yang termaktub di dalam Surah Al-Qadr.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Benarkah Malam Lailatul Qadr ini? 
Ada yang berpendapat bahawa malam Lailatul Qadr itu hanya berlaku sekali sahaja iaitu pada malam turunnya Al-Quran kepada baginda junjungan Rasulullah S.A.W dan tidak akan berulang kembali. Dalam erti kata lain, Lailatul Qadr tidak akan berulang lagi kerana malam itu khas pada malam turunnya Al-Quran kepada baginda Rasulullah S.A.W dan ianya bukan berlaku sekali setahun. Justeru, ada yang beranggapan bahawa penantian umat Islam mencari Lailatul Qadr adalah sia-sia dan merupakan satu amalan yang menyesatkan.

Namun, pendapat ini boleh disangkal berdasarkan hadith daripada Aisyah r.a., katanya: 
"Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)
Hanya golongan-golongan anti Hadith sahaja yang akan menyatakan bahawa kepercayaan terhadap Lailatul Qadr ini adalah kepercayaan yang salah. Umat Islam seharusnya tidak terpesong akan hujahan tersebut dan sebaliknya kita harus yakin bahawa Lailatul Qadr itu wujud sebagai satu malam anugerah kurniaan Allah buat hamba-hambanya... Yakinilah akan kewujudan malam Lailatul Qadr ini...

Di dalam Hadith yang lain, Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan"
Bilakah Al-Qadr?


Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadith, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.

Ada juga hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda kepada sahabat-sahabat baginda. Riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.


Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. 
“Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.


Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.


Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Sementara terdapat ulama' yang berpendapat bahawa malam lailatul Qadr itu adalah di malam ketika Quran itu diturunkan iaitu pada malam Nuzul Al-Quran itu sendiri pada 17 Ramadhan.

Apakah pendapat Imam As-Syafie dan Al-Ghazali?
Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemuai pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu(21) dan malam dua puluh tiga(23) bulan Ramadan.

Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan Ramadhan jatuh pada hari apa? 

  1. Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan (29).
  2. Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu(21).
  3. Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh(27).
  4. Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima(25).
  5. Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga(23). 
Namun, apa yang paling penting tidak ada percanggahan pendapat ulama' bahawa Lailatul Qadr itu berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan memandangkan Rasulullah S.A.W mempertingkatkan amalan baginda 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Justeru itu, marilah kita berlumba-lumba meningkatkan amalan di hari-hari 10 terakhir bulan Ramadhan semoga kita bertemu Lailatul Qadr.


Thursday, 18 August 2011

Dah 19 Ramadhan...

Dah 3 hari aku tak update blog aku ni. Rindu pula rasanya nak menaip. Apapun, sedar tak sedar dah 19 hari dah puasa. Amal masih kurang lagi nie... Harap-harap baki lagi 10 hari ini akan kita semua manfaatkan bersama-sama sebaiknya... Moga kita bertemu Lailatul Qadr... Dalam erti kata lain, malam ni dah masuk malam ke-20... Jadi bersama-samalah kita tingkatkan amalan...

Doa Malam ke-20 Ramadhan:
"Ya Allah, bukakan bagiku di dalamnya pintu-pintu surga, tutuplah dariku di dalamnya pintu-pintu neraka, bimbinglah aku di dalamnya untuk membaca Al-Qur’an, wahai Yang Menurunkan kedamaian ke dalam hati orang-orang yang beriman."

Monday, 15 August 2011

Majlis Berbuka Puasa/ Iftar Jamaie' QASRUL HANNAN

Alhamdulillah, Sabtu (Puasa ke-13)  hari tu telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa aka Iftar Jamaie' Qasrul Hannan, Mutiara Bangi. Kemeriahan amat dirasai dengan kehadiran semua ahli keluarga yang berdekatan, jiran-jiran dan para sahabat Abah dan Mama. Program seperti ini seharusnya dijadikan agenda tahunan memandangkan ianya mengeratkan silaturrahim dan membawa lebih banyak kerahmatan dan rezki buat kami sekeluarga... Majlis bermula sedari pukul 6.30ptg dan selesai hampir jam 1.30pg... Solat Maghrib berjemaah, berbuka bersama, Solat Isya' berjemaah, berterawikh dan sedikit bacaan tahlil umum. Semoga Allah S.W.T merahmati arwah ahli keluarga kami yang telah terdahulu pergi... 

Berikut adalah sebahagian gambar yang boleh saya kongsikan dengan semua... Moga Ramadhan kali ini mengajar kita lebih erti pengorbanan, kasih sayang dan memupuk sikap mengambil berat antara satu sama lain...
















Friday, 12 August 2011

Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort...

Rabu hari tu aku dan isteri plan nak bukak pose ngan kengkawan UIAM. Cari punyer cari venue nak bukak pose akhirnya we all decide bukak pose di Bangi Golf Resort. Hari Selasa hari tu aku pergilah beli kupon di situ almaklumlah nak dapat diskaun. Kalau harga asal RM 48++ tapi bila ada kupon tu, harga yang perlu dibayar adalah RM 43 nett. Secara overall makanan memang best especially kambing panggang dengan sos blackpepper nyer perrrghhh gua cakap lu memang terbaaeekk... Apapun, lensa kamera aku ni memang cepat jer berjalan menangkap beberapa gambar sebagai kenangan...











Monday, 8 August 2011

Soalan-soalan Yang Perlu Ditanya Sepanjang Ramadhan...

Sedang bermuhasabah diri...


Berikut adalah soalan-soalan yang perlu diajukan pada diri aku sempena Ramadhan:

Afif: Woi, semalam kau baca tak niat puasa?
Aku: Baca... Mana boleh tak baca... Kalau tak baca pun aku dah niat puasa sebulan bulan Ramadhan ni... Yang penting niat kita...

Afif: Ha, semalam ko pergi terawikh tak?
Aku: Ehh!!! Ko nie... Mestilah pergi... Tapi aku buat 8 jerk... Nak buat 20 macam tak larat... Maklumlah muatan berat... 

Afif: Ada bertadarus lepas terawikh?
Aku: Alhamdulillah... Ada... Baru sampai Juzuk 10 hari ini... Tapi aku lebih suka baca Quran lepas Subuh... Baca bersama mak aku sekali... Nikmatnya lain sangat...

Afif: Selain tu, ada bangun sembahyang malam (Qiamullail)?
Aku: Ada... Tapi baru 2 kali dalam 9 hari ni... Yang lain, sedar2 ajer dah sahur... Huhuhu... InsyaAllah, akan saya cuba pertingkatkan amalan berqiamullail ini... 

Afif: Sembahyang waktu jaga tak?
Aku: Jaga... Cuma terkadang-kadang tu biasalah terlewat jgak sebab:
Subuh: Kadang-kadang lepas sahur baring2 kejap terus terlelap... Sedar2 dah 6.30pg... Jadi bersubuh 6.30pglah aku...
Zuhur: kalau ada meeting ker, discussion ker... Terlewatlah sikit...
Asar: Dalam kereta on the way balik rumah petang2kan sesak, terlewatlah sembahyang Asar sikit... Sikit jerk...
Maghrib: Dah melantak tak hingat... Badan dah berat... Mulalah sembahyang Maghrib pun jam 8 lebih... Ishishish...
Isya': yang ni takder lewat lagi sebab hingga ke hari ke-9 tak miss terawikh... Isya' pun banyak yang ON TIME...
Aku: Apapun, InsyaAllah aku cuba ubahlah... Bulan Ramadhan inikan bulan perubahan dan bulan latihan untuk kita semua jadi... Jadi yang bertanya tu pun jangan lupa yer...
Afif: InsyaAllah... Bersama-samalah kita berubah... Sebelum diubah... Hehehe... Jom pakat sokong Barisan Nasional...
Aku: Woi, puasa-puasa pun nak politik ker... Cukup2lah tue... Ingat Allah bebanyak...


Lagu Pilihan Ketiga Sempena Ramadhan Ini...

Tengah bosan duduk di pejabat aku di Bangi nie, tetiba terasa nak layan lagu ni... Korang pun layan jugaklah yer... Harap dapat insafi diri sempena Ramadhan masih di sisi... Dah 9 hari dah... Terawikh ada tinggal tak? Quran ada baca tak? Qiamullail ada bangun tak? Sendiri mahu ingat haa...



Sunday, 7 August 2011

Teringin nak berbuka puasa dengan member2 EMBA 14B...


Hari ini dah puasa yang ke-7... Dah cukuplah rasanya aku peruntukkan masa aku berbuka bersama-sama keluarga tercinta... 2 hari berbuka di Bangi, 3 hari di Kajang dan 2 hari di rumah aku di Cheras... Minggu ke-2 ni cadangnya nak berbukalah dengan kengkawan yang terdekat... 

Antara kengkawan yang aku teringin sangat nak berbuka dengan diorang ialah kengkawan EMBA 14B, UiTM... Memandangkan this is the last puasa yang bakal kita lalui sebelum masing2 grad dan mencari laluan hidup masing2... Terus terang alangkah bestnyer kalau dapat berbuka bersama2 korang... Lagipun dah lama tak bersua muka bercerita, al maklumlah cuti panjang... Mesti banyak benda yang ingin kita kongsikan bersama... Lagi cantek kalau kita dapat arrange mingu depan...

Antara tempat yang boleh aku cadangkan ialah Bangi Golf Resort, price dia dalam RM 48++... Tapi, aku yakin ramai yang tak bersetuju sebab korang malas nak travel ke Bangi... kalau area ke KL, aku rasa KGPA pun Ok... Range dia dalam RM 60 jerk... Tapi, kalau nak di area Shah Alam, aku rasa baik kita buka di Intekma Resort tak pun Concordelah... Hehehe... Kalau di area PJ, kita boleh ke Singgahsana Hotel... Range pun dalam RM 70 rasanya... Apapun, aku menulis petang2 ni sebab dah rindu sangat kat korang... Cuba catch up Chip Zaidi tapi dia asyik busy jek... Apapun, need u guys punyer response... Okay..

Saturday, 6 August 2011

Lagu Pilihan Kedua Sempena Ramadhan...

Ni lagu pilihan kedua aku sempena Ramadhan selepas lagu Puasa Dahulu Baru Raya - Raihan... Suka aku tengok bila artis nasyid berduet dengan mana-mana artis lain... Keberkesanan lagunya itu sangat berlainan... Aku layan giller lagu Raihan ngan Man Bai ni... Jom layan...

Juadah Yang Bakal Menjadi Pilihan Aku Berbuka Ini Hari (Puasa ke-7)

Alhamdulillah, pejam celik duduk cangkung berdiri baring dah puasa yang ke-7 dah... Sekejap je masa berlalu dah seminggu dah kita berpuasa... Hari demi hari aku lalui dengan tenang dan sabar... Cuma, bila cerita bab makan ni yang jiwa aku meruntun bulan2 Ramadhan nie... Maklumlah, bulan ni kita puasa, bulan ni jugak macam2 makanan yang berjenis2 dan yang tak berjenis keluar...

Antara makanan yang aku ingin kongsikan ngan semua pembaca blog aku ari ini ialah satu makanan yang hanya boleh aku perolehi pada bulan Ramadhan sahaja di depan masjid Batu 14, Hulu Langat puasa ke-5 hari tu... Kebetulan aku bukak pose kat rumah mak mertua aku di Kajang dan kebetulan Mama dan Abah aku nak datang tidur di rumah dan bersahur sekali di rumah aku, aku pun sanggupkanlah diri menekan minyak kereta aku ke Hulu Langat semata-mata nak beli kuih nie... Ia merupakan sejenis kueh kegemaran aku... Aku mengenali kueh ni sejak aku kecik2 lagi... Mama aku asalnya orang Dusun Tua,Hulu Langat... Jadi setiap kali Ramadhan ketika menziarahi kampung yang pada ketika itu arwah nenek masih bersama, kuih itulah yang menjadi kegemaran keluarga aku... Aku tak pasti samada korang semua pernah dengar tak mengenai kuih ni... Namanya ialah kuih "jongkong"... Ada orang kata ianya resepi orang minang, ada pula yang kata resepi orang utara (Penang), ada pula yang kata itu adalah resepi orang Mendahiling (Mendeling)... Apapun, aku memang layan kuih nie setiap kali Ramadhan...

Namun, tak semua orang tahu nak buat kuih ni sebabnya proses nak buat kuih ni agak leceh sedikit... Kuih jongkong setakat yang aku tahu terdiri daripada campuran tepung ubi, air pandan dan gula merah. Tepung ubi dikacau sehingga kenyal dan kemudiannya dimasukkan gula melaka dan seterusnya dibungkus dalam daun pisang dan dikukus. Aku tak tahu nak describe kuih ni punya rasa... Kalau korang pernah makan "lompat tikam" sejenis kuih dari Pantai Timur, begitulah lebih kurang rasanya... Tapi antara "lompat tikam" dan "jongkong", aku lebih prefer "jongkong"... Rasanyer der, memang tak tahan nak lagi kalau dah disimpan dalam peti ais... Perrggghhhhh... Dah macam makan cendol rasanya... 

Apapun, kalau ada yang teringin nak mencuba kuih jongkong... Bolehlah ke Pekan Batu 14, depan masjid tu adalah dalam 5 gerai yang jual jongkong ni... Biasanya Ramadhan je tau... Harganya lebih kurang RM 1.00 ke RM 1.30 sebungkus... Tapi memang layan... Gambar-gambar di atas ni aku petik sendiri dari lensa kamera aku... Gambar-gambar di bawah ni aku amik dari Google images jerk supaya korang sumer boleh nampak dengan lebih jelas kuih yang aku maksudkan... Hari ini aku rasa nak repeat lagi ke Langat beli jongkong... Sekali dah kena, pasti nak lagi... Huhuhu... Layaannn...Selamat berbuka yer...


Thursday, 4 August 2011

Hukum Meninggalkan Puasa Dengan Sengaja...



Hari ini dah hari ke-5 kita berpuasa... On the way aku ke ofis semalam, terserempak aku dengan ada sorang brader melayu ni yang kerja sebagai driver di salah sebuah syarikat swasta di situ dengan selamba badak bawa sebungkus air teh ais (memang lazatkan kalau bukak pose ngan teh ais) dan terus tanpa segan silu pergi teguk dalam kete bos dia agaknya... Aku tergamam sebab keselambaan dia tak pose... Cuma sementara aku dok ofis aku di Bangi, terus aku search hadith mengenai hukum meninggalkan pose ngan sengaja... Tapi kalau berada tu memang jenis kurang gula dalam badan dia dan memang mudharat untuk dia buka aku tak kesahlah... Itupun urusan dia dengan Allah... Aku nak masuk campur buat apa...

Cuma sebagai ingatan, 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusu bayinya) dan tiada sakit, tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya..."
Hadith di atas memberitahu kita secara jelas bahawa seseorang yang yang tidak ada asas syara’ yang membolehkannya berbuka (yakni, membatalkan puasa wajibnya), tidak diterima puasanya sepanjang hayatnya selepas itu! Dengan lain perkataan tidak mendapat pahala dia berpuasa sepanjang hayatnya sekalipun tanpa henti-henti. Begitu beratnya hukuman atas mereka yang sengaja tidak berpuasa atau berbuka setelah berpuasa tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syara’. Walaupun demikian, kalau dah tertinggal dengan sengaja sehari tahun-tahun sebelum ni, janganlah korang gunakan hadith ni plak untuk tak pose tahun ni dan tahun2 akan datang. Hadith ni nak menunjukkan betapa Rasulullah menitik beratkan umatnya untuk berpuasa wajib di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Diriwayatkan hadith juga daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain keringanan atau memberi kelonggaran atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya), jika dia berpuasa setahun sekalipun tidak dapat mengganti dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, (atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai membayar kifarat dia berbuka atau tidak berpuasa sehari itu)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum] 
Oleh itu, ingatlah kengkawan yer... Jangan sewenang2nya tak puasa... Sekadar ingat mengingati sesama kita...

Lagu Pertama Sempena Ramadhan...

Jom layan nasyid ni... Puasa dulu baru raya dari Raihan... Best2...


Juadah Yang Bakal Menjadi Pilihan Aku Berbuka Ini Hari (Puasa ke-5)


Rasanya tak lengkap kalau aku tak kongsikan juadah apakah yang bakal aku sental apabila tiba masa berbuka nanti... Hari ini dah hari kelima kita berpuasakan... Sekejap jek dah nak seminggu... Alhamdulillah... Seronok rasanya berpuasa... Malam berterawikh, siang menahan lapar dan dahaga... Nikmatnya tidak terhingga... 


Hari ini dah lah hari Jumaat... Jap lagi aku dah nak pergi solat... Cuaca Alhamdulillah buat masa ni tak terlalu panas maklumlah baru lepas hujan... Apapun, hari ini aku memang mengidam "Murtabak"... Selalunya kalau aku bukak pose di Kajang di rumah mak mertua aku, aku pasti akan singgah di Bazaar Ramadhan di Prima Saujana... Kat situ ada banyak gerai yang jual murtabak... Yang paling famous tak silap aku Murtabak Keramat tapi harga RM 2.50... Aku plak suka beli murtabak yang range harganya RM 2.00... Kalau bawak RM 10 dapatlah 5 keping... Anak aku Arif memang gila murtabak... Kadang2 sekeping tu dia bantai sorang jerk... 

Hmm, cuma setahu aku orang buat murtabak ada dua jenis aje... Murtabak ayam dan murtabak daging... Kat Bazaar sekarang ni dah macam2 "improvisation" dilakukan... Latest semalam yang aku dengan Murtabak Kambing... Perrghh... Siapa yang gila kambing mesti melompat keriangan bila murtabak kambing sekarang sudah mula berada di pasaran...


Selain tu, ada jugak yang buat murtabak menggunakan roti jala... Harga kat Bazaar di area situ kalau tak silap RM 3.50... Ini mungkin disebabkan keletihan pembuat murtabak tu terpaksa menebar jala... Ingat tebar jala nak tangkap ikan... Rupanya tangkap ayam dan daging atas darat... Ish... ish... ish...


Apapun, petang ni... Aku nak cari murtabak... Kalau boleh teringin nak cari murtabak raja dari Kelantan yang harganya kalau tak silap aku sekeping RM 10... Tapi, kalau korang boleh habis sorang sekeping memang terbaeekkk... Selamat berbuka semua...