Monday, 31 October 2011

Minggu Pertama: Maharaja Lawak Mega 2011...



Selepas menonton beberapa klip video Maharaja Lawak Mega, aku dapat buat keputusan yang ianya tak seberapa lawak berbanding Maharaja Lawak yang mengumpulkan Juara dan peserta Raja Lawak... Tapi, memandangkan keadaan mungkin masih belum panas jadi aku rasa kebanyakan peserta masih belum bersedia sepenuhnya... Apapun, aku tetap suka gandingan Harun Salim Bachik dan Afdlin yang mana aku rasa di dalam bebanyak persembahan, merekalah yang mampu menghiburkan hati aku sikit... Harap2 minggu depan banyak lagi lawak jenaka yang segar bakal keluar dan menghiburkan semua penonton... Sekiranya tidak, aku pasti ramai yang akan bersetuju dengan pendapat aku bahawa Maharaja Lawak Mega ini bakal menjadi program syok sendiri... 

Sekiranya Maharaja Lawak diwujudkan untuk mempertontonkan kepada umum akan siapakah yang benar2 mampu berlawak dan hasilnya kita dapati Nabil, Sepah, Jozan dan Jambu memang mampu menghiburkan kita semua dan memeriahkan lagi industri lawak jenaka tempatan dan aku rasa Astro berjaya mencapai objektif program tersebut... Peluang peserta-peserta Maharaja Lawak mempersembahkan bakat mereka jelas dan kualiti lawak mereka juga amat boleh kita banggakan... Namun, Maharaja Lawak Mega ini amat tidak jelas motifnya... Adakah sekadar untuk memperlihatkan kepada masyarakat orang-orang yang dikatakan berpengalaman luas dalam industri lawak ini mampu mempertontonkan lawak yang jauh lebih "class" atau lebih hebat... Pada pengamatan aku, buat masa ini lawak yang dipersembahkan tidak mencapai tahap atau standard yang aku rasakan sesuai buat mereka... Bahkan aku takut kalau program ini akhirnya menjejaskan lagi peluang mereka untuk terus bertapak dalam arena lawak tanahair... Lawak2 yang diketengahkan tidak menepati citarasa masyarakat kini dan memandangkan sebahagiannya sudah outdated dan generasi baru masih kurang faham akan bentuk lawak yang cuba diketengahkan oleh setiap peserta... Atau adakah Astro cuba mengenengahkan pelawak yang mampu berlawak di peringkat luar negara atau di peringkat Asia... Aku rasa amat sukar memandangkan sebahagian lawak yang diketengahkan hanya mampu diketawakan oleh kelompok masyarakat tertentu... Sebagai contoh kumpulan BAWEL, serius aku pening tengok kumpulan tu buat persembahan... Dan beberapa kumpulan lain yang turut buat persembahan malam tue... Apapun, masih terlalu awal untuk kita buat penilaian memandangkan baru minggu pertama... Harap minggu-minggu ke depan akan jauh lebih menghiburkan... Lagipun siapalah aku nak mengkritik mereka... Cuma harap Astro tidak hanya menganjurkan program yang hanya menjana keuntungan singkat mahupun program yang kurang berkualiti...


No comments:

Post a Comment