Once arrived at KLIA, me, my wife and kids terus tekan minyak kereta menuju ke Alor Gajah sebab malam tu kena attend kenduri Pak Long... At the same time, that night diorang dah plan nak bakar mercunlah, buat barbequelah dan yang penting nak kumpul beramai2... Memang seperti pelesit aku tekan kereta Banyak Makan Wang aku tu dan berjaya sampai dalam tempoh sejam jer di Melaka... Gerak 7.10petang, sampai jam 8.20petang... Saman!!! Lupakan...
My decision to drive back to Alor Gajah that night clearly was a right decision... Eventhough still exhausted travelling from Penang to KL and from KL drive to Malacca, aku rasa lega sebab memang malam tu aku cukup terhibur... Riuh rendah suara family aku belah wife menyebabkan hilang letih... Sambil bakor ayam dan daging, makan nasi lauk lembu yang Budi masak ternyata terbaeeekk... Dah lah tue, boleh buat games plak after Majlis Doa' Selamat... Apapun, ni jer some pics yang sempat aku ambil... Bahagia sungguh keluarga Hj Mansor nie...
So, pagi raya 4 tu apa yang aku ingat ialah sessi makan ayam Gajah yang aku sembelih ngan Abah hari sebelumnyer... Mama masak gulai Ayam, sup Ayam dan ada ulam-ulaman... Terbaek... Memang sedap... Petang tu dah nak bertolak balik ke Kuala Lumpur... Flight aku dijadualkan jam 5.20 petang dan tiba di KLIA jam 6.30 petang... Ini adalah sebahagian gambar family aku tengah makan di McD dengan family Pak Cik Em... Huhu, bila pulak nak balik Penang lagi...
Hari ini entah kenapa aku nak menulis pasal statement "Prof Zainal Kling" menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah terjajah... As usual, korang boleh tengok sendiri di bawah ini Prof yang memang kononnya habis pakarlah dalam bidang sejarah yang menyuruh kerajaan Malaysia, murid-murid, guru-guru dan semua pihak untuk menukar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah selama 400 tahun... Tengok sendiri di bawah... Bagi aku ni kerja MalaysiaKini nak alihkan perhatian dari isu Mat Sabu kata Komunis tu pejuang kemerdekaan dan Dato' Onn dan Tunku adalah agen British dan semua yang UMNO buat salah... Sampai lagu NegaraKu pun Mat Sabu nak pertikai ambil dari lagu "terang bulan"... Mujur tak ambil lagu mat saleh mana jadi lagu negaraku... Apapun, ini respon aku...
Beliau mengaitkan perjanjian Pangkor yang ditandatangani oleh Sultan Perak kononnya meminta agar negeri-negeri di Tanah Melayu dilindungi dan tidak pernah tercatat yang Tanah Melayu dijajah (Takkan nak catat kot!!! Dengan ini Tanah Melayu dijajah British... Hehehe)... Hakikatnya, Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian tersebut kerana British merupakan satu kuasa besar yang sememangnya tidak mampu untuk orang-orang Melayu di bawah pentadbiran kesultanan Melayu pada ketika itu untuk memerangi British... Perjanjian itu dibuat sebab Raja Abdullah nak naik jadi Sultan tapi tak dapat dan baginda buat kesilapan apabila mengundang British untuk memberikan pertolongan supaya diangkat baginda menjadi raja... Korang baca nie:
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak. Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.
Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.
Tapi yang kita gagal lihat di sini memang British menunggu kesempatan Raja-raja Melayu untuk buat kesilapan ini memandangkan Perak masa tu kaya ngan bijih timah. Tu sebab diorang nak sangat Perak. Akhirnya, kuasa British melebihi kuasa Sultan dan membawa kepada penentangan Mat Sabu... Eh! Silap... Dato' Sagor, Dato' Maharaja Lela dan seangkatannya... Itu menunjukkan kuasa kita berpindah milik kepada British biarpun tidak tercatat di dalam mana-mana buku sejarah kerana yang tercatat hanyalah yang tersurat... Yang tersirat hakikatnya kita TERJAJAH...
Lepas tu, beliau buat statement hanya 3 negeri di Tanah Melayu di bawah jajahan iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang... Cuba kita fikir, apahal British nak sangat 3 negeri ini... Sebab inilah sumber pendapatan diorang... Inilah punca utama pendapatan Tanah Melayu pada ketika tu memandangkan inilah pelabuhan dagang yang penting di Semenanjung Tanah Melayu... Negeri yang lain Prof kata "Protected Malay State"... Dalam perjanjian dilindungi dan dinaungi... Tapi, hakikatnya sampai keseluruhan institusi pentadbiran British nak masuk campur jugak apahal... Jadi, akibat ketidak puasan inilah rakyat (atuk dan nenek moyang kita dulu) bangkit menentang British... Korang bacalah buku sejarah sendiri... Banyak cerita... Dol Saidlah, Mat Sabu... Ops!!! Silap lagi, Mat Kilaulah dan ramai lagi... Ini hasil tak puas hatilah... On paper tak dijajah... Tapi, hakikatnya TERJAJAH...
Prof punya statement mungkin betul menyatakan "kita tidak pernah DIJAJAH selama 400 tahun... " Mungkin betul... Tapi kalau nak kata "Tanah Melayu tidak pernah DIJAJAH"... Itu kita semua perlu tolak sebab kita memang pernah dijajah... Zaman Pemerintahan Jepun kita DIJAJAH... Setuju? Zaman transition of power dari Jepun ke British, komunis bangsat keluar pergi bunuh semua orang Melayu yang menjadi tali barut Jepun dengan kejam menunjukkan kita terjajah selama beberapa bulan sehinggalah kehadiran pentadbiran tentera-tentera British juga bukti kita DIJAJAH... Zaman Portugis manawan Melaka kita DIJAJAH... Setuju? Zaman British, 3 negeri daripada Malaysia ini kalau ikut statement Prof iaitu Melaka, Penang dan Singapore (sekarang ni dah keluar dari jajahan Malaysia...) kita DIJAJAH... Setuju? Dan beliau sendiri mengakui bahawa Tanah Melayu dijajah di bawah Malayan Union selama 2 tahun... Tak ker namanyer DIJAJAH jugak... Apa cuba dibuktikan sebenarnya... Bukankah itu usaha British nak jajah kita... "Direct Rule by the Governor from London"... Ini sudah cukup membuktikan yang Tanah Melayu DIJAJAH... Cuma, yang Prof nak sampaikan ialah statement "kita dijajah selama 400 tahun" tu menimbulkan banyak kekeliruan kerana Raja-raja Melayu masih kekal mempunyai kuasa mereka di kalangan orang-orang Melayu sepanjang tempoh tersebut... Tapi, sekarang ni dah ramai dah nak pertikai kuasa Raja...
Pasal Malayan Union, oleh kerana desakan Tunkulah Raja-raja Melayu tak bersetuju menandatangani perjanjian tersebut dan natijahnya timbulnya kesedaran nak memerdekakan negara ini. Tapi, sistem pentadbiran Malayan Union dah dilaksanakan selama hampir dua tahun. Itu menunjukkan British sudah menjajahi kita... Cuma tak dapat perkenan Raja-raja Melayu sahaja... Kalaulah Raja-raja Melayu turunkan tandatangan jer... Confirm Petronas tak ada, Sime Darby still di UK dan Khazanah Nasional jadi Khazanah Britishlah jawabnyer... Hehehe... Tak yah pertikailah Malayan Union tak jajah negara nie...
Jadi, tak perlulah mempertikaikan kita ni tak perlu sambut merdeka sebab kita tak pernah dijajah... Bagi aku ianya satu kesilapan besar kalau kita kata kita tak pernah dijajah... Kita pernah dijajah... Seperkara lagi, tak perlu nak pertikaikan usaha murni bapa Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman. Beliau bertanggungjawab memerdekakan negara ini dari Malayan Union hasil sokongan kuat semua raja-raja Melayu... Jasa beliau amat tinggi nilainya buat kita semua... Terima kasih Tunku...
Dah lebih 50 tahun korang sambut MERDEKA... Sekarang ni pulak baru korang nak kata kita sebenarnya tak payah sambut hari MERDEKA sebab kita tak terjajah... BODOH KE APE KORANG NIE???
Akhir kalam, SELAMAT HARI KEMERDEKAAN dan SELAMAT HARI MALAYSIA... MERDEKA KITA TERUS MERDEKA...
Jangan lupa ke pawagam berdekatan untuk menyaksikan filem terbaru anak-beranak... "Syurga Juga Di Bawah Tapak Kaki Ayahanda"... Lakonan mantap Afif Farhi dan Arif Suhaili... Kahkahkah... Kebetulan anak aku mengamuk nak apa tah hari tue... Terus aku tangkap gambor dan terus aku terbitkan filem... memang takder kerja... Apapun, memang pecah panggung... Mengisahkan tentang seorang anak yang memohon maaf kepada ayahandanya di atas setiap dosa dan kesalahannya di Hari Raya Aidilfitri... Filem yang memberi keinsafan kepada kita semua bahawa syurga juga terletak di bawah tapak kaki ayahanda juga... Hehehe...
Haa... Saja nak share story aku raya ke-3 pagi-pagi sebelum sessi bermaaf-maafan dan bersantai di Pantai Merdeka, kat kampung aku ayah aku ada bela lebih kurang 20 ekor ayam gajah... Memandangkan raya, ianya adalah masa yang terbaik untuk disembelih ayam-ayam tue dan digunakan untuk membuat rendang ataupun kari... Maklumlah, Penang mari maa... Kena kuat makan kari... So, aku pun tolonglah ayah aku sembelih ayam gajah pagi tue...
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya: “Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.” (Surah Al-An‘am, 6:118)
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.” (Riwayat Muslim)
Yang aku nak share ngan korang, atleast aku dapat practice cara nak sembelih ayam mengikut kaedah Islam...
Membaca basmalah.
Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
Membaca salawat ke atas Nabi.
Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
Menggunakan pisau yang tajam.
Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
Melakukan penyembelihan dengan segera.
Doa dia aku tak hafal sangat, yang hafal ayah aku... Apapun, pengalaman baik macam ini aku rasa patut aku kongsikan bersama kengkawan... Moga kita kekalkan hidup berpandukan syariat Islam...
Lepas sessi bermaaf-maafan pada pagi raya ke-3 hari tu, apa yang aku ingat aku dan family terus pergi beraya di rumah Uncle Zalie di Permatang Rambai... Dengan mata yang sembab baru lepas nangis salam Mama dan Abah, pergi jugaklah beraya memandangkan itulah aktiviti hari tu... So, lepas sental bihun goreng dan kuih raya kat rumah Uncle Zalie, bila nak gerak keluar jer tetiba ada plan pulak nak pergi bersantai di tepi Pantai Merdeka... Perghh!!! Terus menyanyilah aku lagu Cinta Pantai Merdekalah dalam kete masa on the way pergi tu... Jadi, petang tu aku luangkan quality time aku ngan family di Pantai Merdeka... So, ni some pics yang lensa kamera aku ambil sepanjang berada di Pantai Merdeka sambil pekena Laksa dan Rojak Buah... Perghh!!! Lazat habis...
Agak-agak dah habis layan gambar2 di atas... Jom layan klip video ni pulak... Cinta Pantai Merdeka... JINBARA...