Monday, 19 September 2011

Takkan sebab politik kau nak ubah JALUR GEMILANG plak...



Artikel aku hari ini memang aku tak boleh tahan nak tulis mengenai seorang rakyat Malaysia yang kononnya berjuang untuk Malaysia dan menolak racism (padahal aku rasa dia berjuang untuk masyarakat India) telah berani menyatakan akan mengubah Jalur Gemilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan... Perghh!!! India nie... Sampai macam tu sekali kau nak buat kalau kau berkuasa nanti... Tertanya-tanya aku apa pulaklah perkara lain yang kau nak ubah lepas ni. Yang kita orang Melayu boleh diam bila bangsa lain berniat nak mengubah bendera negara Jalur Gemilang... Mana jati diri kita??? Mana semangat cintakan tanahair kita??? Mana suara kita sebagai rakyat Malaysia??? Sejak dari dulu lagi kita dah kibarkan jalur gemilang, why suddenly ada niat nak tukar plak... Kalau bendera rasmi negara pun ko nak tukar, tak lama lepas tu agama rasmi negara pun kau nak tukarlah kan? Bahasa rasmi negara pun kau nak tukar? Semualah... Sekarang ni, aku rasa kita tukar jelah ADUN Kota Shah Alam nie... Nampak sangat takder kualiti dan cakap pakai pajak jer... Tukarlah... Minta-minta calon PAS lah yang bertanding kawasan tu...Ameen.

Pada Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat beliau demikian, sambil menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia. Aku rasa statement macam tu dibuat sebab beliau sakit hati dengan Barisan Nasional. Justeru, semua sejarah yang dilakar oleh pemimpin Barisan Nasional mahu dihapuskan Pakatan Rakyat. Mat Sabu cuba menyatakan bahwa Dato' Onn dan Tunku penyokong British.  Padahal tanpa perjuangan mereka, sudah pasti kita masih di bawah pentadbiran British. Diorang ni dah mula hilang akal agaknya... Tak pun isu ni dibuat untuk menutup kes Ketua Pembangkang Anwar yang memang terang-terang kantoi berada di Ampang Apartment hari beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang wanita berbangsa bukan Melayu... Hehehe... Nampak benor menipunyer Bapak Anwar nie... Kepada rakyat Malaysia, khususnya pembaca blog aku ni yang terdiri dari kengkawan aku mahupun ahli keluarga aku... Satu pesanan...

RELAKANLAH DIRI ANDA UNTUK TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PIMPINAN PAKATAN RAKYAT INI... TERUSKANLAH MEMBENCI KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL...


Satu Penjelasan Terbaik...

Aku baru tahu rupanya bila kita pakai baju warna hitam dan bila guna kamera Night Vision, ianya bertukar menjadi warna yang cerah... Hmm, penjelasan lanjut di dalam klip video di bawah... Sebab aku ingat kalau baju gelap mesti warna gelaplah jugak... Rupanya warna cerah... Satu lagi pengetahuan baru...



Sunday, 18 September 2011

Balik Kampung... Raya Sakan... Keluarga Besar Hj Mansor...

Hei, tak habis lagi nak cerita pasal raya... Maklumlah, masih musim raya... Dalam post kali ini aku nak upload gambar KELUARGA BESAR DAN BAHAGIA HJ MANSOR... Atuk wife aku... Lepas sahaja habis event di rumah Pak Long, kami bergambar beramai-ramai... Memang meriah... Apapun, gambar ini merupakan satu kenangan yang cukup manis buat kami sekeluarga... Moga gathering seperti ini dapat diadakan setiap kali raya... InsyaAllah...



* Aku yang berbaju biru laut di belakang sana... Hensem kan???

Ini namanya "Sudah terang lagi bersuluh..."

Apa aku nak tulis hari Isnin ni... Ha, yesterday, after MBA class, aku planned nak update blog. Accidentally, aku terlawat blog blogger politik terlaris sekarang ini Papa Gomo dan di situ ada satu video yang aku telah namakan video "Sudah terang lagi bersuluh" mengenai seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat yang kononnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak terlibat dengan skandal seks beliau dengan seorang wanita Cina. Sambil menyatakan bahawa:
  • pelakon di dalam video itu bukanlah beliau...
  • perut pelakon itu lebih buncit berbanding perut beliau... 
  • jam yang beliau pakai masih berada dalam simpanan isteri beliau...
  • isteri beliau juga turut menafikan sekeras-kerasnya itu bukan beliau... 


Hakikatnya, setelah keluarnya video "Sudah terang lagi bersuluh" ini, rakyat Malaysia rata-ratanya masih rela diperbodoh dan dengan bongkak berkata "Alah, semua pemimpin sekarang macam tue..."... tak pun, "Alah, ingat pemimpin kerajaan sekarang ini baik sangat ker???"... Dan yang paling best masih ada yang berkata... "Woi Gaban, itu semua FITNAH...". Lagi syok, bila ada member yang berkata... "Hei, apalah... Cukup-cukuplah sebarkan aib orang..." 

Aiiikkk!!! Sebarkan aib orang??? Kalau DS Najib dan DS Rosmah punya aib, dialah yang sibuk nak sebar-sebarkan... Habis semua dicanangkan... Najib dengan wanita Monggollah, Najib dengan Ziana Zainlah... Bila kena tang pemimpin sendiri, diam, cakap benda tu FITNAH... Ayat lagi best, AGENDA JAHAT UMNO... Perghh!!! Aku dah basi dengan alasan tu semua... 

Menganalisa apa yang berlaku, aku mengenang semula sikap pemimpin tersebut... Beliau memang pakar berkata-kata... Bahkan kalau ada gunung, gunung pun boleh runtuh kerana beliau punya kata-kata... Tapi mungkin beliau di sepanjang ceramah dan ucapan beliau kerap mengaibkan orang lain, mungkin inilah balasan Allah kepada beliau... Akhirnya beliau diaibkan dengan sebenar-benar aib... Moga apa yang terjadi menginsafkan beliau dan kita semua... Jadilah pemimpin yang baik... Menjadi contoh tauladan segenap insan dengan akhlaq dan adab... 

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, ikhlaskan hati terima kebenaran. Kalau baik pemimpin tu, naikkanlah beliau... Kalau tak baik, fikirkanlah... Hakikatnya, video itu mengesahkan beliau hadir ke tempat tersebut... Beliau ada di tempat tersebut... Beliaulah yang masuk dan keluar premis tersebut dengan sahabat yang beliau sendiri kata beliau tidak kenali... 

Konklusinya, aku marah dengan beliau yang berselindung disebalik kehebatan anugerah pandai berkata-kata kurniaan Allah padanya... Aku marah bila beliau menggunakan agama dan pejuang-pejuang Islam PAS demi nafsu kuasa beliau... Aku marah beliau menafikan kejahatan yang sudah terang-terangan beliau lakukan... Hasilnya, yang buncit adalah beliau... Yang bukan beliau adalah beliau... Yang beliau kata jam beliau ada pada isteri beliau sekarang ni sudah tidak ada dalam simpanan beliau... Yang isteri beliau memang sangat sayangkan beliau... Kalaulah aku ada isteri seperti Wan Azizah... MasyaAllah... Tabah, sabar dan teguh cintanya terhadap suaminya... Kalau isteri akulah, aku rasa dah lunyai kena kerja... Akhir kata... 
LU PIKIR LA SENDIRI...

Balik Kampung... Raya Sakan... House Warming Pak Long dan Family Gathering......

Once arrived at KLIA, me, my wife and kids terus tekan minyak kereta menuju ke Alor Gajah sebab malam tu kena attend kenduri Pak Long... At the same time, that night diorang dah plan nak bakar mercunlah, buat barbequelah dan yang penting nak kumpul beramai2... Memang seperti pelesit aku tekan kereta Banyak Makan Wang aku tu dan berjaya sampai dalam tempoh sejam jer di Melaka... Gerak 7.10petang, sampai jam 8.20petang... Saman!!! Lupakan... 

My decision to drive back to Alor Gajah that night clearly was a right decision... Eventhough still exhausted travelling from Penang to KL and from KL drive to Malacca, aku rasa lega sebab memang malam tu aku cukup terhibur... Riuh rendah suara family aku belah wife menyebabkan hilang letih... Sambil bakor ayam dan daging, makan nasi lauk lembu yang Budi masak ternyata terbaeeekk... Dah lah tue, boleh buat games plak after Majlis Doa' Selamat... Apapun, ni jer some pics yang sempat aku ambil... Bahagia sungguh keluarga Hj Mansor nie...


















Wednesday, 14 September 2011

Balik Kampung... Raya Sakan... Raya ke-4...

So, pagi raya 4 tu apa yang aku ingat ialah sessi makan ayam Gajah yang aku sembelih ngan Abah hari sebelumnyer... Mama masak gulai Ayam, sup Ayam dan ada ulam-ulaman... Terbaek... Memang sedap... Petang tu dah nak bertolak balik ke Kuala Lumpur... Flight aku dijadualkan jam 5.20 petang dan tiba di KLIA jam 6.30 petang... Ini adalah sebahagian gambar family aku tengah makan di McD dengan family Pak Cik Em... Huhu, bila pulak nak balik Penang lagi...




Jangan Kita Buta Sejarah Negara...

Jangan kita buta sejarah negara yer kengkawan...