Monday, 25 July 2011

Bakal Menteri Besar Selangor di bawah Kerajaan Pakatan Nasional... Hehehe

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...

Haa!!! Korang mesti nak tengok bakal Menteri Besar Selangor di bawah kerajaan Pakatan Nasional tahun 2040 nantikan... Memperkenalkan... Yang Amat Comel (Y.A.C) Alif Syahmi bin Afif Farhi... Memandangkan jarang aku download gambar anak kedua aku ni... Hari ini aku download bagi memenuhi permintaan peminat2 dia... Cik Ja dan Cu Nis...





Imam Muda Arif Suhaili...

Imam Muda Arif Suhaili, Bangi, SELANGOR...


Arif Suhaili sekarang dah berumur 3 tahun. Awal tahun hari tu aku dan isteri decided to send him to join Little Tots just for him to mix around with bebudak yang lain supaya dapatlah mencambahkan pemikiran dia dan melatih dia untuk belajar berkawan. Tetiba hari Jumaat hari tu dia pakai uniform sekolah dia... Terus menarik perhatian lensa kamera aku untuk amik gambar dia... Udah rupe Imam Muda plak sekali aku tengok... Apapun, aku harap anak aku ni tak nakal kat sekolah, rajin belajar supaya cepat boleh khatam Al-Quran dan membaca dan pada masa yang sama agar cepat matang dalam menghadapi cabaran hidup... Amin...

Beriman muka anak aku nie...

Siap dah pandai baca doa makan...

Sedang berhujah...

Teknik terbaru menghafal...

Dah keluar dah perangai Mama dia masa kecik2 dulu...

Friday, 22 July 2011

Menggamit Memori...



Jumaat semalam merupakan hari yang paling aku suka. Mama, Abah dan adik-adik datang ke rumah melawat aku, isteri dan anak-anak. Maklumlah, hari Sabtukan hari cuti. Jadi, kesempatan ini diisi oleh aku dan keluarga untuk berhimpun beramai-ramai dan melakukan apa juga aktiviti yang mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Mama, Abah, Ija dan Anis bercadang untuk tidur di rumah aku manakala Nana sekeluarga pulang ke rumah mereka malam tu kerana esok paginya hendak ke Kuantan.

Ag, Nana dan suaminya, Fazrul dan cahaya mata mereka Adam sampai di Cheras selepas maghrib setelah bershopping di Carrefour dan Mines. Manakala Mama, Abah, Ija dan Anis dari Bangi terus bergerak ke venue yang kami cadangkan untuk makan malam iaitu di Restoran Pormthip di Bandar Tasek Permaisuri. Jadi kami berkumpul di sana tepat jam 8.30mlm. Menu kami semalam memang sedap. Ikan siakap steam dan tiga rasa, tomyam, som tam, green curry dan butter prawn. Memang layan. Lepas habis makan dalam jam 10mlm, semua berkumpul di rumah aku.

Actually, rumah aku ni aku beli daripada Mama dan Abah memandangkan aku taknak diorang jual rumah tu sebab terlalu banyak memori dan kenangan aku dan adik-adik membesar di sana. Aku beli rumah tu kerana aku tahu di situlah tempat aku belajar mengenal Tuhan kerana lokasi rumah tu terletak di hadapan surau. Di situlah Abah melatih aku untuk mengimami sembahyang jemaah, membaca khutbah hari raya dan sebagainya. Di situ jugalah tempat yang aku rasakan banyak membentuk keperibadian aku sebagai seorang anak dan sebagai seorang abang. 

Semalam, ketika Mama, Abah dan adik-adik berada di rumah sambil bersembang-sembang sambil melihat kembali album-album lama keluarga kami, suasana keceriaan itu menggamit memori aku ketika kami sekeluarga tinggal bersama di sini. Teringat aku pelukan dan belaian manja Mama dan Abah sepanjang aku bersama mereka di sini. Teringat aku akan setiap kenangan sebilik bersama Ag. Teringat aku setiap celoteh "mangkuk tambah" Nana setiap kali kami adik-beradik bergaduh. Teringat aku akan setiap kecomelan dan ke"cute"an adik Ija dan Anis... Segalanya pengalaman dan kenangan yang begitu indah sekali yang tidak akan sekali-kali aku lupakan.

Pernah sekali Ag tertumpahkan gula di dapur. Dia yang bagi tumpah, lepas tu boleh dia jerit "Mama, Along tumpahkan gula"... Aku memang geram masa tu sebab bukan aku yang buat... Dahlah tu, tetiba datang pulak Nana mengiyakan aku yang jatuhkan gula tu kat Mama... Apalagi, akulah yang kena marah... 
Pernah sekali aku dan Ag yang pada masa tu kaki komik... Maklumlah macam-macam komik ketika kami membesar dulu... Dewata Raya, Pendekar Laut, Jejak Wira, Raja Rimba, Dragon Ballz dan macam-macam lagi merupakan kegilaan kami berdua... Sampai penuh satu kotaklah koleksi komik kami... Ingat lagi Mama ngan Abah tak suka kami beli komik ni... Jadi, setiap kali lepas beli, Ag sorokkan komik dalam baju bawak masuk dalam rumah... Yang aku pulak jadi tukang cover line... Hehehe... Memang kenangan yang cukup manis buat aku...

Apapun, penulisan aku kali ini adalah sekadar untuk aku meluahkan rasa gembira aku. Dah lama Mama dan Abah tak datang tidur di rumah. Aku tersangat manghargainya. Begitu cepat masa berlalu... Dulu, aku dan adik-adik yang menceriakan rumah ini... Kini, helai tawa anak-anak aku pulak yang memeriahkannya... 



Ya Allah!!! Aku bersyukur di atas kebahagiaan yang kau berikan ini... Aku bersyukur kerana Kau lahirkan aku dalam keluarga bahagia ini... Aku bersyukur nikmat kasih sayang yang Kau kurniakan ini... Kau kekalkanlah kebahagiaan kami ini hingga ke alam abadi... Ameen...

Buat Mama dan Abah, tidak ada yang lebih membahagiakan Along selain dari bersalaman mencium kedua tapak tangan Mama dan Abah memohon restu dan keredhaan... Tidak ada yang lebih mengujakan Along selain mendengar setiap kata-kata sokongan dan dokongan...

Buat adik-adik, tidak ada yang lebih Along harapkan agar kejayaan demi kejayaan kita gapai dalam hidup tanda berjayanya Mama dan Abah mendidik kita semua... Tidak ada yang lebih Along banggakan selain daripada memiliki adik-adik yang sentiasa hormat dan menyayangi Along sebagai abang biarpun penuh kekurangan...

Buat isteri tercinta, tidak ada apa yang Abang impikan selain kita membina mahligai bahagia menyambung tradisi keluarga warisan Mama dan Abah buat kita... Tidak ada apa yang menjadi idaman mengisi kebahagiaan di dalam hati dan sanubari anak-anak kita nanti...

Buat semua... 
Terima kasih atas pengalaman ini... 
Terima kasih atas kasih sayang ini...
Terima kasih atas setiap memori yang menggamit kenangan...



Thursday, 21 July 2011

Hikmah Berpuasa Sunat Isnin dan Khamis...

Hari ini aku berpuasa sunat hari Khamis... Salah satu sebabnya ialah nak buat amalan sunat nak tambah pahala maklumlah dah makin meningkat umur nie, makin dekatlah dengan liang lahad orang tua-tua kata... Jadi aku pun berpuasalah... Tujuan yang kedua ialah nak kurangkan berat badan yang dah mencecah 130kg... Dan yang ketiga sebab isteri aku pun puasa hari ini, aku pun nak sama-sama puasa jugaklah... Meriah rasanya bila berbuka puasa bersama-sama...

Persoalannya, apakah dalil yang menggalakkan puasa hari Isnin dan Khamis ini. Menurut Hadith Riwayat Imam Tirmizi yang diriwayatkan dari A'ishah R.A menceritakan bahawa "Rasulullah S.A.W amat menjaga puasanya di hari Isnin dan Khamis". Cuma persoalan yang timbul mengapakah Rasulullah begitu menjaga puasa baginda pada hari-hari tersebut. Abu Hurairah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi). Mungkin disebabkan itulah kita digalakkan berpuasa hari Isnin dan Khamis.
 
Selain dari itu, Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Antara hikmah berpuasa sunat yang lain ialah kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Menunjukkan bahawa kita bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya." 

    Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat marilah berpuasa sunat. Ia juga sebagai latihan awal menghadapi Ramadhan...

Wednesday, 20 July 2011

Maher Zain Jr...

Nak tengok Maher Zain Jr versi Melayu Islam yang dilahirkan di hospital Az-Zahrah Bangi, Selangor Darul Ehsan tak??? Memperkenalkan...
Arif dengan baju rayanyer...

Bergaya tue...

Seluar londeh... Tak sempat beli tali pinggang lagik...



Jernihnyer muka anak aku nie...



Arif oh Arif...

Hari Sabtu (16 Julai 2011) hari tu wife aku, Suhailah aka Chella sempat ke Sogo, Kuala Lumpur melepak makan ngan member2 dia... Aku takder halangan dia nak ke sana lagipun Sabtu hari tu kan aman tanpa sebarang perhimpunan haram jadah BERSIH ker, KOTOR ker, MAKRUH ker atau APE ker... Jadi aku pun bagilah bini aku lesen ke KL... Pada masa yang sama sempatlah dia pergi shopping baju raya untuk anak aku Arif dan Camica... Aku pulak jenis lelaki yang rimas ikut bini bershopping, maklumlah... Badan dan besar lori... Nak jalan pun dah malas...

Aku pun, bila dah balik petang tu lepas meeting, nampak Arif tengah mengeTEST baju raya dia... Terus berjalan lensa kamera aku tepat ke muka dan badan dia... Maklumlah bakal modellah katakan anak aku ni nanti... Apa pun, pics ni aku nak share ngan Tok Wan, Mak Tok dan pakcik2 dan makcik2 dia... Memang cute... Macam abah dia jgak... Hehehe...

Lihatlah baju saya...

Ahh!!! Stress nak raya...

Apa yang dikira...???

Bucuk...

Gaya terkezut...

Ohh!! Silang kaki yea...


Kecik2 tahu susun, besar jangan menyepah...


Bhhuuueeeerkrkk...

Ashraf... Aleesha... Mana lagi Glamour?



Hari ini dalam paper Berita Harian muka besau gambo awek cun bernama Aleesha kalah dalam usahanya menukarkan namanya di dalam I/c daripada Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana...Aku ingat tak berpendidikan kot budak nie... Rupa-rupanyer pelajar lulusan diploma perubatan IPTA tempatan... Apa yang menarik untuk aku kongsi ialah petisyen yang difailkan ke mahkamah oleh beliau mendakwa beliau lebih cenderung kepada perwatakan wanita dan telah menjalani pembedahan penukaran jantina di Thailand dalam tahun 2008-09... Pada masa yang sama, beliau juga telah mendapatkan pengesahan pakar sebelum melaksanakan pembedahan tersebut daripada Pantai Medical Centre (PMC) dan Hospital Putrajaya. Rawatan hormon dan psikologi turut diadakan bagi mengesahkan status beliau sebagai perempuan adalah benar... Beliau tidak hadir bersendirian ke mahkamah... Diiringi oleh kedua ibubapa beliau yang turut mengesahkan beliau memiliki alat sulit lelaki sejak kecil tetapi ianya tidak normal dan tidak berfungsi mahupun aktif seperti kanak2 yang lain... Mak Ashraf ni jugak siap buat statutory declaration mengesahkan anaknya berperwatakan perempuan melebihi lelaki... Petisyen Ashraf ditolak kerana pihaknya gagal membuktikan Ashraf benar2 wanita sejati yang mempunyai rahim dan susuk tubuh wanita... Pihak perundangan juga menolak kerana perkara ini akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat... Jantina bukanlah satu perkara yang boleh diubah... Sekiranya diberi kebenaran, ditakuti ramai yang akan tampil membuat petisyen menukar jantina hanya kerana satu petisyen diberi kelulusan...



Apapun, kita tidak nafikan kemungkinan ada insan yang mempunyai masalah seperti ini memerlukan rawatan psikologi yang segera... Kelebihan untuk cenderung kepada jantina asal harus dipupuk agar budaya transeksual tidak terus mekar di dalam negara kita ini... Jika diperhalusi dari perspektif Islam, perbuatan transeksual atau menukar jantina ini ditegah oleh agama kita. Ini berdasarkan kepada petikan ayat al-Quran yang bermaksud “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…” [Surah al-Nisa' ayat 119].

Terdapat juga sebuah hadis yang bermaksud “Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadith Riwayat al-Bukhari]. Adalah jelas bahawa berdasarkan dalil-dalil tersebut menunjukkan betapa Islam menolak sekeras-kerasnya amalan transeksual di kalangan umat manusia. 

Siapalah kita untuk menghukum mana-mana individu... Hanya Allah Ta'ala sahaja yang berhak menentukannya... Mungkin Ashraf sengaja ingin menjadi Aleesha... Atau mungkin benar Ashraf itu adalah Aleesha... Hanya Allah Yang Tahu... Serahkan padaNya untuk menentukan hukumannya kelak... Wallahua'lam...