Sunday, 27 February 2022

MOGA KEMENANGAN BERSAMA CALON PEMUDA

Ya Allah... Permudahkanlah urusan di hari penamaan calon buat sahabat-sahabatku ini dan seluruh calon Barisan Nasional pada PRN Johor kali ini... 

Lancarkanlah prosesnya dan kurniakanlah kejayaan kepada perjuangan kami agar tertegaknya sebuah kerajaan yang mampu menjamin kestabilan masa depan... Aamiinn ya Rabbal A'lamin...

Mohd Hairi Mad Shah  - DUN Larkin

Mohd Fared Mohd Khalid  - DUN Semerah

Fazli Salleh  - DUN Bukit Pasir

Najib Samuri - DUN Parit Yaani

Aznan El Adzrin  - DUN Tanjung Surat

#PRNJohor2022 #KestabilanMasaDepan #BangkitKembali #CalonPemuda



Tuesday, 17 March 2015

Belajar dan terus belajar...

Rasanya ini adalah posting yang pertama untuk tahun 2015. Bulan Mac baru aku kembali berminat nak post something dalam blog ni memandangkan last posting aku rasanya was on January 2014... Apapun, kembali berminat menulis blog sekadar nak memastikan blog ni kembali aktif dan dapat aku salurkan beberapa pandangan yang baik untuk dikongsi bersama beberapa readers yang minat nak baca blog aku ni...

Nak update mengenai perkembangan terkini, Alhamdulillah... Masih kekal berat badan seperti dulu. Isteri masih satu dan syukur Allah Taala kurniakan 3 cahaya mata yang cantik2... Arif tahun ni dah darjah 1, Syahmi dah 5 tahun di Smart Reader dan Aufa dah masuk 2 tahun... Sedar tak sedar, I am entering age of 33 dah end of this year...

Still struggling running travel agency dan few companies... Dan tambah struggle bila sambung study... DBA di UKM... Hidup semakin busy, masa semakin mencemburui, umur semakin meningkat dan cabaran semakin kuat... Justeru aku kena tabah hadapi setiap dugaan kerana yakinilah di sebalik dugaan pasti akan ada kemanisan...

Memang bukan satu perkara yang mudah untuk ambil keputusan untuk sambung belajar... Holding a degree in Economics, majoring in Finance from IIUM, masters of Media and Information Warfare from MassComm Faculty UiTM and MBA from Graduates Business School UiTM seakan masih belum lengkap sekiranya aku tidak mengorak langkah terus ke atas... Bahkan, sekiranya keputusan untuk sambung belajar ini tidak diambil, sudah pasti sifat dan kehendak untuk membaca pasti akan berkurangan bahkan terkadang hampir tiada semasa aku melakukan aktiviti harian...

Apapun, jadikanlah DBA ini sebagai satu cabaran... Dan medan menambah ilmu pengetahuan, membentuk pola kebaikan dan kritikal di dalam proses pemikiran, mematangkan diri di dalam menetapkan keputusan dan yang penting inilah cita-cita yang ingin dicapai... In shaa Allah... Berkat doa, usaha dan ikhtiar... Allah akan membantu... Hanya Allah yang tahu betapa resah hatiku menghadapi setiap cabaran dan dugaan yang bertalu...

Paling penting, setiap pagi aku bangun dari tidur... Aku tahu aku sedang melakukan sesuatu... Aku tahu masih ada dapur yang perlu berasap dan isteri, anak-anak yang sentiasa memerlukan aku... Aku tahu masih belum sempurna khidmatku terhadap kedua ibubapa ku... Aku tahu masih kurang amalan ku untukMu... Inilah perjuangan ku...

"Ya Allah!!! Berikan aku kekuatan untuk kuhadap setiap cabaran ini... Landaikan bantuanMu buatku... Kerana aku tahu Kau sentiasa berada dekat dengan ku..."

Tuesday, 7 August 2012

Rahmat Ramadhan (Day 5)

Puasa Ke-Lima: 25 Julai 2012 (Rabu)

Hari ini aku bangun awal untuk bersahur macam biasa. Tapi, setakat minum milo panas bancuhan isteri tersayang... Suhailah Ismail... Dia nak masak, tapi aku kata aku kenyang lagi mengenangkan masakan sambal sotong Mak masa berbuka tadi... Selepas sahur, aku terus tak tidur... Berjaga menunggu waktu Subuh tiba... Entah kenapa hari ini tergerak hati aku nak Azan Subuh di surau... Selepas Azan aku kumandangkan, solat berjemaah aku dirikan bersama beberapa orang jiran-jiran yang turut ada kesedaran mengimarahkan surau... Hari tu memang bukan seperti biasanya... Biasanya aku mengantuk dan terasa hendak tidur semula selepas solat... Namun, seakan-akan baru bangun tidur yang panjang mata aku terbuka luas, celik seolah-olah ada bebanan masalah yang besar sedang aku fikirkan... Ah!!! Buangkan sahaja perasaan itu jauh-jauh... Mungkin kerana terlalu memikirkan masalah syarikat yang membelenggu jiwa dan perasaan aku... Balik dari Subuh, aku terus menuju ke rumah... Dan terus ke bilik air untuk menyiapkan diri ke pejabat... Selesai sahaja mandi, aku agak terkejut apabila terdengar suara kecoh di luar rumah... Ke jengah melalui jendela apakah yang sebenarnya berlaku di luar sana... Kelihatan jiran aku sedang menjerit-menjerit memanggil nama aku... "Along!!! Turun sekarang... Cepat..."

Apahal pulak nie... Aku ada cari pasal dengan orang kerr...??? Setelah turun, barulah aku tahu akan keadaan sebenar... Jiran aku menceritakan ada lebih kurang 8 orang lelaki cuba memecah masuk rumah aku ketika aku sedang mandi sebentar tadi... 8 orang... Pergh!!! Biar betul... Rupanya, kejadian tersebut tidak hanya disaksikan oleh jiran aku tu sahaja... Turut disaksikan oleh beberapa orang jiran yang lain yang sedang sibuk bersiap nak pergi kerja... Maklumlah dah jam 6.15pagi... Beberapa orang Cina yang sedang berjogging di situ turut berkongsi cerita apa yang telah mereka saksikan... Seorang daripada mereka menegur salah seorang daripada 8 orang lelaki tersebut dan katanya mereka adalah kengkawan aku... Seorang jiran lagi yang menegur mereka turut memberitahu yang mereka datang ke rumah aku untuk tarik kereta... Kejadahnya... Bila masa aku tak bayar kete aku ni??? Kete aku ni Company yang bayar... Takder kena mengena pun... Mujurlah, apabila melihat situasi 3 orang lelaki melompat masuk ke dalam rumah... Makcik jiran aku menjerit meminta pertolongan... Disebabkan jeritan Makcik tulah, agaknya kelapan-lapan lelaki tersebut takut cubaan rompakan yang mereka lakukan telahpun disedari... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan keluarga aku dan menyelamatkan keluarga aku daripada kejahatan dan kezaliman manusia... Syukur padaMu Ya Rabb... Mungkin inilah yang dinamakan Rahmat Ramadhan... Yang berlegar di fikiran aku ialah sekiranya mereka dapat masuk... Mampukah aku hadap kelapan-lapan lelaki tersebut??? Bagaimanakah keselamatan isteri dan anak-anak aku yang masih kecil... ??? Apakah tahap keselamatan di kediaman aku??? Segalanya berlegar di fikiran pada saat itu... 

Panggilan Polis telah dibuat jam 6.15 pagi... Nama dan alamat telahpun aku nyatakan... Aku menantikan kehadiran anggota bertugas... Namun, amat menyedihkan, setelah panggilan dibuat jam 6.15pagi, hingga jam 10.30pagi masih tidak ada anggota yang bertugas hadir bagi mengambil laporan kejadian... Sedih... Risau... Bayangkan sekiranya apa-apa terjadi pada aku dan keluarga sebentar tadi, bagaimanakah respon mereka??? Isteri dan anak-anak telah aku arahkan balik ke rumah mak mertua aku segera selepas kejadian tersebut... Terkial-kiallah aku bersiap ke Balai jam 10.30pagi setelah hampir 4 jam menunggu... Apa lagi yang boleh dibuat selain daripada buat laporan sahajalah... Sarjan bertugas pun takder di pejabat... Bila aku tanya kenapa takder anggota yang datang... Diorang kata tak cukup kakitangan... Best giller alasan yang diberikan... Dalam hati aku, aku hanya mampu beristighfar dan bersabar... Aku minta jasa baik mereka memulakan rondaan ke kawasan rumah aku setiap malam... Maklumlah, kawasan tersebut agak sunyi dan terpencil sedikit biarpun Balai Polis hanyalah 500 meter jaraknya... Apapun, syukur padaMu Ya Allah... Kau lindungi aku dan keluarga...

Lepas habis buat repot, nak masuk ofis pun dah takder mood dah... Terus beriktikaf kat surau depan rumah... Baca Quran... Doa mohon terus berada di dalam perlindungan... Lepas Zohor, aku balik ke Bangi... Ada member-member ajak berbuka di Bangi Golf Resort... So, nak berbuka pun dah takder selera... Tapi, nak buat macamaner... Bayar dah bayar... Telan masuk ajelah... Jangan membazir sudah... Lepas berbuka... Aku terus balik ke Cheras... Isteri dan anak-anak aku arahkan tidur di Kajang... Takut-takut 8 orang tu nak repeat pagi ni pening aku nanti... Malam tu aku tidur di rumah bersama-sama dua orang imam Kemboja dan lebih kurang jam 12.30malam... Mama dan Abah datang ziarah bertanyakan khabar... Menceritakan apa yang terjadi... Terpancar kerisauan di wajah mereka... Maklumlah, keselamatan keluarga merupakan perkara yang amat mereka titik beratkan... Apapun, aku bertuah ada keluarga yang menyokong aku di saat gundah dan susah... Dalam jam 1.30pagi, barulah mereka berangkat pulang ke Bangi... Tinggallah aku berkawal melihat keadaan sekeliling rumah hingga ke pagi... Waktu sahur telahpun tiba, memandangkan tinggal bersama-sama dua orang imam Kemboja, aku ajak diorang bersahur di kedai mamak ajelah... Aku nak makan pun tak selera... Belasah mee goreng ajer... Balik ke rumah, pergi ke surau... Tunaikan solat Subuh... Lepas tu, mata terasa mengantuk sangat... Tak cerita banyak... Lelaplah kejap....


Wednesday, 1 August 2012

Rahmat Ramadhan (Day 4)

Puasa Ke-Empat: 24 Julai 2012 (Selasa)

Hari ini aku sahur di kedai mamak bawak dua orang imam tu bersahur sekali... Maklumlah, orang Kembojakan banyak yang susah... Atleast bila sedekah makanan pada orang-orang yang memerlukan tu rasa bahagia sangat... Lepas sahur, hari ini aku sambung ngaji Juz 4... Alhamdulillah... Allah bagi kesempatan untuk aku baca Quran... Pagi ini aku ada meeting dengan lawyer... Lepas tu masuk ofis jap belah petang dan balik berbuka di Kajang... Angah, Bang Ngah, Along, Syawal semua ada... Malamnya pulak, as usual balik berterawikh di Cheras... Lepas habis terawikh aku pun takder apa-apa plan... So, terus ajak kedua-dua Imam Kemboja tu keluar pergi moreh di Cerana Seafood... Orang Kemboja kan suka jgak makan TomYam... So, aku pun bawaklah diorang makan TomYam... Ikan Siakap masak steam dan kailan ikan masin... Seronok aku tengok diorang makan... Betul-betul macam lepas geram... Rindu sangat agaknya nak makan sedap... 

Sambil makan, aku pun bersembang dengan diorang... Diorang pun share kesusahan hidup di Kemboja... Nak makan daging pun setahun sekali dua jer... Itupun bila tiba musim raya Haji... Banyak rupanya daging-daging korban haji di sedekahkan oleh orang-orang yang bermurah hati di Malaysia ni ke sana... Tahun ni aku berazam kalau dapat kumpul kengkawan dalam 6 ke 7 orang, boleh lah buat korban setiap orang satu panggu untuk dihantar seekor ke sana... Kadang-kadang kita orang Melayu Islam Malaysia ni tenggelam akibat kesenangan... Sedangkan ramai lagi sahabat seMuslim kita di sana yang amat memerlukan...

Seorang imam tu namanya Solihin, umur baru 20 tahun dah hafal 30 juzu'... Dah datang belajar ke sini dah tiga tahun dah... Tak silap aku di Padang Balang, Sentul rasanya... Alhamdulillah... Baca pun bertartil, sedap didengar dan susah untuk dia silap atau terlupa... Masa datang umur baru 17 tahun... Datang dari jauh, berharap ehsan penduduk di Malaysia semata-mata nak belajar jadi hafiz... Hidup serba kekurangan... Seorang imam lagi, namanya Yusof... Umur baru 17 tahun... Dah dua tahun belajar hafiz di Yala... Baru hafal 7 juzu'... Perjalanan masih jauh... Namun aku amat mengagumi kedua-dua imam ini... Betapa survivenya diorang di negara orang... Mencara pendapatan melalui Al-Quran... Meninggalkan ibu dan ayah, adik beradik semata-mata nak berjuang di jalan Allah... Terkadang aku cemburu dengan apa yang mereka ada... Biarpun tidak berharta, tidak berkereta mahupun berkerjaya... Tetapi hidup penuh beragama... Quran sentiasa di dada... Ibadah sentiasa terjaga...

Aku muhasabah diri aku di puasa yang ke-empat ini... Di mana letaknya nilai aku nanti? Di sisi Allah adakah mulia tempat aku??? Di dunia berumah besar, berkereta mewah, berbelanja tanpa ada rasa serba salah... Namun diakhirat adakah aku di jannah??? Adakah darjat ku lebih tinggi daripada mereka yang mengalami keperitan hidup di atas dunia??? Adakah mampu aku kecapi nikmat yang jauh lebih baik berbanding nikmat yang aku perolehi di dunia...??? Sedangkan ibadah aku longgar, amalan ku kurang, baca Quran pun jarang, cara hidup Islam pun bermusim diamalkan... Aku takut Ya Allah... Aku takut... Namun aku yakin Kau selalu ada di sana... Mendengar rintihan setiap hamba... Dengarilah rintihan hati kecil ku Ya Allah... 

Melihat wajah kedua-dua imam itu cukup tenang... Lepas Subuh kebiasaannya terus Quran mereka pegang... Ayat-ayat Allah seakan-akan menjadi peneman mereka di setiap saat kesunyian, kesepian dan kesusahan... Keajaiban tawakkal mereka amat mengagumkan... Mungkin untuk aku merasai apa yang mereka rasai berkawan dengan Al-Quran sudah agak terlewat... Namun, biarlah terlewat asalkan jangan terus tak buat... Atau, mungkin akan ku didik anak-anak ku mengenal kitab Allah ini lebih awal, lebih sirius dan akhirnya impian untuk melihat anak-anak jadi hafiz akan tercapai... Aku tak tahu nasib aku di sana... Dan kerana aku tidak tahu nasib aku di sanalah... Maka aku harus BERUBAH...

Rahmat Ramadhan (Day 3)

 
Puasa Ketiga (3): 23 Julai 2012 (Isnin)

Sahur pagi ini aku dan isteri makan kat rumah ajer… Lauk simple jer… Kari ayam aku beli dari kedai mamak, pastu lauk berbuka di rumah Mama semalam, telur itik masak lemak… Hari ni aku tak ke pejabat… Duduk di rumah aja… Cuti… Wife aku pergi kerja laa… Dikesempatan ini aku dapat habiskan juz 2 dan 3… Oklah… Target aku paling tidak kena khatam sekali bulan Ramadhan ni… Tahun lepas puasa ke-23 aku dah khatam… Tahun ni macam slow sikit… Mood nak membaca Quran tu tak datang lagi kot… Or maybe sebab baru baik batuk, jadi nak membaca bertartil dan bersungguh tu macam tak berapa nak selesa anak tekak nie… InsyaAllah… Aku berazam nak habiskan juga baca 30 Juzu’ bulan Ramadhan ni…

Hari ini aku banyak melepak ngan imam-imam Kemboja di surau… Sambil mereka menghafal, aku membaca Quran… Lepas Asar aku pun bergerak ke Kajang sebab hari ini perancangannya nak berbuka dengan Mak dan Ayah pulak… Ada dapat jemputan berbuka dari seorang sahabat di Shah Alam… Tapi, priority harus aku berikan untuk keluarga terlebih dahulu… So, sampai di Kajang takkan tak bawak apa-apa kot… Aku pun pergilah ke Bazaar Ramaadhan di Kajang Prima… Ternyata jauh lebih meriah daripada di Bangi… Cuma, sesampai ker aku kat sana, terkejut beruk aku tengok harga ayam golek seekor RM 25 hinggit… Mak aiii… Seekor ayam baru RM 12 – RM 14… Ni dah caj 2 kali ganda dah ni… Dahl ah aku tengok ayam tu halus jer… Macam mana boleh jual RM 25… Takkan tak ada pemantauan langsung agar ada kawalan harga… Pelik… Memang pelik… Lebih mengejutkan lagi, ada peniaga yang jual Roti John kukus… Biasa korang beli roti John berapa??? Tak RM 3.00, RM 3.50 atau paling kuat RM 4.00… Hanya sebab Roti John tu berkukus dan mungkin sebab nama dia pun John, nama orang putih la katakan, boleh diorang jual ngan harga RM 5.00… Perghhh… Tak masuk akal… Dan paling tak tahan… Boleh pulak ada orang pergi beli… Kata Malaysia ni ekonomi tak berapa sedap… Tapi, tengok orang Malaysia berbelanja macam tak kisah aje pun… Cuma pengajaran yang aku dapat, apalah nilai RM 10 bila di bawa ke Bazaar Ramadhan…

Air:
Air Tebu (RM 4)
Air Katira (RM 3)
Air Perisa (RM 2)

Makanan:
Murtabak (RM 2.00 – RM 3.00)
Roti John (RM 3.50 – RM 4.00)
Kepak Ayam ( RM 1.40 – RM 1.70 seketul… Kepak jer pun… Orang jual pun nak berkepak jugak… Jual mahal sangat dah nie…)

Kuih:
Tepung Pelita ( 5 RM 2)
Tako ( 5 RM 2)
Lain-lain kuih ( 5 RM 2)

Lauk pauk tak payah belilah sebab memang mahal pun
Ikan keli (RM 2.50 kejadahnya)
Ayam (RM 3.00 ke atas)
Telur Itik masak lemak ( Sebiji RM 2)

Nasi Tomato ( RM 6.50 – RM 7.50)
Beriani ( RM 7 – RM 8)

Macam dah tak ada value jer duit RM 10 nie… Menyakitkan hati jer beli… Tapi sebab dah Ramadhan… Nak taknak teringat anak kat rumah teringin Murtabak, beli murtabak… Bini teringin satay, beli satay… Ya Allah… Macamaner dengan orang yang pendapatan less than RM 800 sebulan… Moga Kau limpahkan rezeki buat mereka Ramadhan nie… Apapun, aku bab makan ni biarlah semua makan puas hati… Bab makan aku tak berkira… Cuma nak elakkan pembaziran jelah azam aku tahun ni… Kalau korang tak percaya harga yang aku tulis kat atas... Survey sendiri yer...

Lepas buka, as usual, balik ke Cheras... Jadi bilal terawikh... Semoga aku tak tinggal terawikh tahun ni... InsyaAllah...

Rahmat Ramadhan (Day 2)

 
Puasa Kedua (2): 22 Julai 2012 (Ahad)
Hari ni first time bersahur di rumah Mama dan Abah di Bangi. Menu sahur memang kegemaran aku. Nasi goreng sardin beserta telur mata kerbau… Pergh!!! Tak dapat aku tahan rasa enak masakan dari air tangan seorang insan yang bernama Ibu… Apalagi, memang selera sahur aku padi tue… Lepas sahur tu, aku sembahyang Subuh dan aktiviti apa paling best kalau pagi Ahad ni… TIDUR ler… So, sambung tidur balik… Dalam jam 9.30 tu aku bangun dan hari ni baru aku mula nak membaca Al-Quran… Mula dengan Juz 1… Tengahari tu, aku melepak di rumah aja sambil tengok TV dan spend masa ngan anak isteri hingga ke petang… Cuma yang menariknya hari ni, first day aku pergi ke bazaar Ramadhan di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi… Pergi pun dah pukul 6.30ptg… Mungkin sebab terlewat, tu yang banyak makanan dah habis… Lagipun, aku rasa banyak gerai yang juadahnya tak semenggah langsung… Mungkin sebab awal lagi kot… Yang tertarik untuk aku beli tak lain tak bukan ialah air tebu, tepung pelita, roti john dan putu mayam… Malam ni yang berbuka di Bangi hanyalah aku, Suhailah, Nana, Fazrul, Ija dan Anis…  Mama dan Abah berbuka di surau… Lepas berbuka, aku pulang untuk berterawikh di Cheras…

Cuma masa on the way balik dari Bangi ke Cheras… Tengah bawak kereta, aku ternampak ada bangkai kucing kena gilis… Dan tak ada saper pun nak uruskan bangkai tu sampai dah hancur kena lenyek… Terdetik di hati aku, sebagai orang yang ada iman seharusnya akan ada mana-mana individu yang turut membersihkan bangkai tersebut… Teringat aku salah satu daripada 70 cabang iman ialah mengalihkan halangan di jalanan… Halangan ini bukan hanya bermakna kayu ataupun duri… Halangan juga bermaksud apa jua perkara atau objek yang kita temui menghalang ataupun ada di atas jalanan perlulah dialihkan atau dibersihkan… Inikan pula bangkai binatang… Seharusnya kita juga perlu menguruskan bangkai binatang tersebut… Ini bukan hanya mencerminkan keimanan… Bahkan, prinsip keprihatinan dan kemanusiaan itulah jelas terpampang sekiranya ada pihak berhenti menguruskan bangkai tersebut… Ini tidak, rata-rata dari kita mesti mengharapkan mak cik atau pak cik cleaner DBKL yang ada di sekitar kawasan tersebut untuk bersihkan… Tetiba aku teringat sebuah video seorang mak cik kena ragut di Penang lepas tu terjatuh dan lebih 5 orang yang lalu lalang boleh tengok sahaja makcik tu terbaring di atas jalan… Tidak dinafikan majoriti mereka yang lalu lalang tersebut berbangsa Cina… Mereka mungkin tiada iman… Setidak-tidaknya di manakah nilai KEMANUSIAan??? Dan apakah IMAN kita berada di tahap yang unggul sedangkan melihat bangkai dan halangan di jalanan kita hanya masih membiarkan tanpa menghulurkan bantuan??? Tepuk dada tanyalah iman…


Tuesday, 31 July 2012

Rahmat Ramadhan (Day1)

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini aku jalani dalam keadaan yang cukup sederhana. Selagi boleh aku nak memastikan ibadah puasa berada di tahap yang terbaik. Azam untuk khatam Al-Quran, tidak tinggal menunaikan solat terawikh, berqiamullail dan menjaga hati sentiasa bermain di dalam fikiran aku. Pada masa yang sama, tahun ini aku akan berusaha kurangkan berbuka puasa di luar memandangkan selalunya akan terlewat untuk melaksanakan solat Isya' dan terawikh berjemaah. Lagipun, ianya pembaziran yang nyata sekiranya difikirkan semula kos yang dikeluarkan untuk berbuka puasa di hotel-hotel amatlah tidak munasabah dan sekiranya disalurkan ke tempat-tempat yang lain adalah lebih baik dan berkah. Dah 10 hari berpuasa, 10 hari ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam di dalam kehidupan harian aku di sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Puasa Pertama (1): 21 Julai 2012 (Sabtu)
Malam Ramadhan pertama, aku berpeluang menunaikan solat Isya' dan terawikh di surau di hadapan rumah aku di Cheras. Alhamdulillah, tahun ini surau di depan rumah aku tu meriah dengan kehadiran dua orang imam hafiz daripada Kemboja. Aku amat bertuah kerana dapat mengenali kedua-dua imam ini yang Allah S.W.T takdirkan bagi menggantikan Imam Zuhairi yang tidak dapat bersama jemaah di sini pada tahun ini kerana bertugas di Putrajaya. Benarlah kata orang, rumah Allah ini ada takdirnya. Allah kurangkan seorang imam, Allah gantikan dengan dua orang imam muda yang turut mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan. Dan setiap kali tibanya 5 waktu solat, sudah pasti akan kedengaran suara mereka melaungkan azan mahupun mengimami solat. Bahagia ku rasakan Ramadhan kali ini apabila turut bersama-sama dapat menghidupkan rumah Allah. Maklumlah, kawasan rumah aku tu banyak Cina. Keluarga Melayu hanya ada dalam 16 keluarga sahaja. Yang komited untuk turun terawikh boleh dikira dengan jari. Itupun, malam pertama ini biasalah, hampir separuh surau dipenuhi dengan jemaah. Malam ini, aku bersahur di Cheras sahaja. Dah jadi ketua keluarga katakan. Sebelum bersahur dengan Mama, Abah, Mak dan Ayah, adalah baik aku bersahur bersama isteri dan dua orang putera kesayangan aku. Barulah rasanya nikmat bersahur bersama keluarga. Biarpun isteri aku pagi tu masak lauk simple ajer, tapi bagi aku itu sudah cukup nikmat kerana makan makanan dari air tangan isteri. Memandangkan hari tu hari cuti, macam biasa, berehat ajelah dulu kat rumah. Baca Quran sikit, main ngan anak-anak dan lepas Zuhur barulah bergerak balik ke Bangi. Rancang nak berbuka sama Mama, Abah dan adik-adik. Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat nak berbuka di Bangi. Fazrul, Nana, Adam, Ija dan Anis ada bersama. Ag dan isteri berbuka di rumah mereka. Apapun, lepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, aku dan isteri bergerak balik ke rumah untuk bersolat terawikh di Cheras. Anak-anak aku tinggalkan di Bangi. Malam ni kena bertugas jadi bilal. So, terpaksalah balik ke Cheras sekejap. Lepas solat terawikh nanti barulah balik semula dan tidur di Bangi... Malam tu, imam Kemboja tu baca cukup simple. Sorang baca memang bertartil dan ada lenggok... Sorang lagi baca memang macam imam Kemboja, laju dan banyak dengung sikit. Apapun, memang seronoklah dapat berterawikh. Lepas habis terawikh, biasalah, dalam dua saf jer, jadi moreh pun setakat air kopi dan kuih-kuih sikit. Selesai moreh, aku bawak imam-imam tu ke Carrefour Bandar Tun Hussien Onn, katanya nak cari barang makanan sikit. Aku pun memang dah terniat nak sedekah untuk pelajar (fi sabilillah) macam dua orang imam ini. Lagipun, sahur diorang nak masak sendiri. Barang-barang dapur, air kotak, gula, garam dan sebagainya aku belikan siap-siap untuk memudahkan urusan mereka bersahur nanti. Alhamdulillah. Hari pertama berakhir dengan baik. Biarpun asyik tidur jer di siang hari. Cutilah katakan.