Sunday, 29 May 2011

Puasa Sunat Isnin dan Khamis...

Sementara tengah duduk boring di ofis sambil melayan baik punyer perut yang tengah berkeroncong kerana menunaikan ibadah berpuasa sunat hari ini, aku terdetik nak tahu lebih lanjut daripada mana arahannya digalakkan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis... Kenapa tak dibuat pada hari-hari yang lain... Jadi, aku pun surf the internet agar dapat maklumat yang aku inginkan... 

Salah satu sebab kita sebagai Muslim digalakkan berpuasa Sunat pada hari Isnin dan Khamis ini adalah bersandarkan Hadith Soheh daripada Rasulullah s.a.w yang mana diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).


Kedua; Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga; Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim). 


Aku baru tahu hari ini Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin, diangkat kenabian pada hari Isnin dan diturunkan wahyu pertama Iqra' pada hari Isnin... Banyak juga rupanya cerita yang terkandung di sebalik hari Isnin... 

Sesetengah pendapat ada menyatakan yang puasa sunat isnin dan khamis selepas nisfu syaaban tidak digalak bagi org yang tidak mengamalkan puasa sunat tersebut sebelumnya kecuali mereka yang sentiasa mengamalkan puasa sunat tersebut.


Pendapat ini adalah benar bersandarkan kepada dalil daripada hadith Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud : "Apabila tinggal setengah bulan dari bulan Sya'ban maka janganlah kamu berpuasa" (Riwayat at-Turmidzi). Puasa yang dilarang dalam hadith ini ialah puasa sunat yang tidak bersebab. Bagi orang yang melazimi puasa sunat Isnin / Khamis sebelum itu, atau hendak menunaikan puasa wajib (qadha',nazar atau kifarah) adalah tidak dilarang. 

Apapun, aku berpuasa adalah dengan niat menunaikan ibadah sunat puasa lillahiTa'ala... Cuma, antara faedah lain yang dapat daripada puasa sunat Isnin Khamis ini ialah dapatlah aku merehatkan enjin di dalam perut yang sekian lama tak berhenti bekerja... Melatih aku untuk menghadapi Ramadhan dan menyihatkan tubuh badan... 

No comments:

Post a Comment