Sunday, 5 June 2011

Politik... Oh Politik... (Part 1)



Politik bukan hak milik mana-mana individu... Kuasa bukan hak milik mana-mana individu... Keadilan bukan hak milik mana-mana individu... Dan undang-undang juga bukan ham milik mana-mana individu... Jika setiap individu yang memegang kuasa, jawatan di dalam politik, penguatkuasa undang-undang mahupun hakim yang menegakkan keadilan... Sekiranya mereka memahami bahawa setiap perkara di atas bukanlah hak mereka sebaliknya hak semua orang dan hak kita semua... Sudah pasti dunia ini aman tanpa sebarang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa dan sebagainya... Dan perlulah diingat setiap tindakan kita akan dinilai dan dihisab oleh Allah di akhirat sana...

Perkara yang ingin diperbincangkan hari ini ialah antara kuasa, keadilan dan undang-undang yang manakah yang perlu diutamakan... Hakikatnya, sudah pasti kita menuntut keadilan ditegakkan dan diutamakan... Namun, perlu diingat undang-undang adalah medium untuk kita menentukan keadilan... Sebagai contoh, di dalam Islam, bagi mereka yang membunuh, mengikut undang-undang Islam sudah pasti akan dijatuhkan hukuman Hudud... Namun, di dalam undang-undang negara kita Malaysia... Bagi mereka yang membunuh, undang-undang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati... Sama matinya namun kaedahnya berbeda... Dan apa yang ingin diketengahkan di dalam artikel ini bahawa hakikatnya mereka yang berKUASA mampu untuk menentukan undang-undang dan keadilan... Di dalam hati kita berkata aku mahukan dunia yang lebih adil... Namun siapa yang menentukan dunia itu adil atau tidak? Di dalam hati kita mahukan undang-undang yang benar dipertegakkan? Namun siapa yang menentukan undang-undang itu mampu dipertegakkan? Hakikatnya hanya mereka yang berKUASA mampu mengubahnya... Mereka yang berKUASA bakal menakluki keADILan dan perUNDANGan... 

Menyebut tentang KUASA... Di dalam negara Malaysia yang disayangi ini, kita menentukan KUASA berdasarkan kekuasaan POLITIK... Buat masa ini, BN yang ditunjangi UMNO dan bersama-sama parti komponen yang lain seperti MCA, MIC, PPP, SUPP dan sebagainya merupakan satu KUASA POLITIK yang kuat dan hampir 50 tahun lebih merencanakan rentak perlaksanaan undang-undang dan keadilan di dalam negara ini... Rakyat samada berpuas hati atau tidak haruslah akur memandangkan BNlah pemegang KUASA POLITIK yang masih kuat dan dominan... Selama hampir 28 tahun aku hidup sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak dapat dinafikan BN telah banyak membawa perubahan di dalam banyak perkara... Sistem pentadbiran dan merakyatkan sistem yang bakal memudahkan serta menjaga kebajikan rakyat... Sistem pendidikan yang jauh terancang dan teratur... Sistem perundangan yang jauh lebih telus dan adil untuk semua... Biarpun kelihatan tidak adil untuk segelintir pihak... Pembangunan yang pesat dan meninggalkan negara-negara lain yang merdeka terlebih awal daripada kita... 

Secara personal, aku berterima kasih kepada kerajaan kerana sepanjang 28 tahun aku hidup, aku tidak melalui keadaan rusuhan teruk yang berlaku seperti di negara-negara lain... Aku berjaya mendapat pendidikan yang sempurna bermula dari sekolah rendah sehinggalah kini aku sedang melengkapkan pengajian sarjana ku... Aku berterima kasih kepada kerajaan kerana aku tahu tanpa kerajaan yang baik seperti BN sekarang sudah pasti aku tidak mengecapi nikmat seperti yang aku terima sekarang... 

Tetapi, pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 memberikan satu kejutan untuk aku... BN yang dahulunya satu kuasa yang kuat akhirnya tumbang di 5 negeri... KeKUASAan politik yang ada seakan lenyap dan kini beralih arah kepada satu kuasa baru yang kononnya berjuang atas nama KeADILan, keSAMA-RATAan dan keISLAMan... Pakatan Rakyat telah berjaya mengusai Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan... KUASA POLITIK yang dahulunya milik BN kini berubah kepada PR... 

Dan kini aku hidup di bawah kerajaan negeri di bawah pentadbiran dan kekuasaan PR... Terkadang, aku tertanya apakah perubahan drastik yang mereka laksanakan? Apakah kemajuan baru yang mereka jayakan? Hakikatnya tetap sama tanpa sebarang perubahan drastik... Yang terpinggir tetap terpinggir... Yang professional tetap dengan kehidupan mereka yang penuh keduniaan dan kesibukan... Yang kaya berniaga tetap kaya... Yang kononnya adil tetapi hakikatnya tetap menggunakan kuasa untuk menjaga kepentingan golongan sekelompok politik mereka... Hakikatnya sama sahaja... Tidak ada yang jauh lebih Islam... Tidak ada yang jauh lebih Adil... Tidak ada jauh lebih Baik... Bila manusia berkuasa, yang dijaga adalah kelompok mereka... Rakyat tetap hidup seperti biasa...

Inilah POLITIK... Oh POLITIK... Hadirnya engkau untuk menyatukan manusia tetapi akhirnya kuasa yang engkau ada dipergunakan oleh mereka untuk menjaga kepentingan mereka... KUASA POLITIK yang engkau ada akhirnya dipergunakan untuk menentukan KEADILAN dan UNDANG-UNDANG... KUASA POLITIK yang engkau ada dipergunakan individu-individu yang memilikinya... Kerana inilah dunia... Semuanya sama sahaja... Retorik semata-mata...

No comments:

Post a Comment