Thursday, 7 July 2011

Happy 4th Year Wedding Anniversary...



Alhamdulillah, tiada kata yang mampu diucapkan melainkan rasa syukur kepada Allah Ta'ala atas perlindungan dan rahmatnya dapat saya kekalkan perkahwinan saya untuk tahun yang ke-4 bersama isteri saya, Suhailah bte Ismail... Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Mama dan Abah, Mak dan Ayah serta semua adik beradik dan sanak keluarga yang senantiasa memberikan sokongan dan semangat kepada kami di dalam melayari bahtera rumah tangga. Tidak dinafikan setiap perkahwinan ada cabaran dan dugaan... Itulah resam sebuah kehidupan... Namun, kami bersyukur dengan setiap dugaan dan cabaran ini InsyaAllah menguatkan lagi ikatan perkahwinan dan semangat untuk terus mengekalkan perkahwinan ini... Doakanlah agar jodoh kami berterusan sehinggalah ke hujung nyawa...

Hasil daripada perkahwinan ini, syukur Alhamdulillah kami telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang menjadi penyeri rumah tangga kami. Arif Suhaili yang dilahirkan pada 9 April 2008 kini berusia 3 tahun dan Alif Syahmi yang bakal mencecah setahun pada 28 Julai ini... Sihat tubuh badan, cerdas dan cerdik dan merupakan anak-anak yang mudah dijaga... Kehidupan kami juga amat bermakna bersama kedua ibubapa yang amat memahami dan sentiasa menyayangi kami... Mama, Abah, Mak dan Ayah... Kami berdoa agar Allah menempatkan kalian dikalangan hambaNya yang dirahmati atas jasa kalian membesar, mendidik dan menyayangi bukan sahaja kami tetapi anak-anak kami sejak dari dulu hingga kini... Hanya Allah yang dapat membalasnya...

Bagi saya, perkahwinan bukan hanya penyatuan dua insan... Tetapi juga penyatuan dua keluarga... Buat semua adik beradik, Bang Long, Kak Long, Bang Wafi, Kak Ngah, Syawal, Fazrul, Nana, AG, Ija dan Anis... Terima kasih atas kebahagiaan ini... Terima kasih atas kasih sayang... Moga kita terus kekal bersama berjuang membentuk keluarga yang bahagia... Terima kasih atas segalanya...

Buat semua sahabat-sahabat yang mendoakan kebahagiaan kami... Terima kasih atas doa dan ingatan... Moga kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat... 

1 comment: