Monday, 19 September 2011

ISA oh ISA!!! Mana kau nie...??? ISA


Ha... Yang aku nak bincangkan sekarang ini, bukanlah mengenai ISA SAMAD ke, ISA SABU ke... Yang aku nak bicarakan hari ini ialah mengenai I.S.A... Internal Security Act (Malaysia) 1960 yang merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada malam 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih efektif dalam menandingi masalah keganasan.

Yang aku tak pahamnya bukankah dulu Pakatan Rakyatlah yang beriya-iya nak memansuhkan ISA. Maklumlah, ramai di kalangan diorang yang dimasukkan ke sana dan ramai di kalangan mereka yang kini keluar dah jadi wira rakyat kononnya... Nama-nama mereka aku tak perlu sebut sebab aku rasa ramai di antara kita tahu... Cuma seharusnya tujuan murni YAB Perdana Menteri menghapuskan ISA ini harus disambut baik walaupun bagi aku personally, ISA ini masih perlu ada kerana dunia sekarang ini dah terlalu ramai manusia yang cerdik pandai... Yang terlebih cerdik dan merasakan diri mereka sahaja yang betul pun ada... Dan bagi saya tidak ada kompromi terhadap keselamatan dan kestabilan negara... Tujuan murni YAB PM menghapuskan ISA aku lihat sebagai satu langkah membina negara yang jauh lebih terbuka... Terbuka tak mengapa jangan sampai lupa untuk menjaga sensitiviti kaum dan agama... Bagi aku ISA masih diperlukan... 

Cuma, yang aku tak berapa berkenan, janganlah terus mencerca PM dengan menyatakan idea menghapuskan ISA ini datang hanya kerana nak pilihanrayalah, takut dengan pembangkanglah dan sebagainya... Saya yakin PM adalah pemimpin yang bijak dan setiap perkara yang dilaksanakan adalah mengikut kehendak rakyat... Seharusnya ini bukan dijadikan modal politik... Kita semua harus menyambut baik perkara ini sekiranya ini yang kita mahukan... Jangan terus membuat andaian... Setidak-tidaknya sudah tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang masuk ke dalam kem Kamunting lagi... Setidak-tidaknya bolehlah Manoharan melalak kat luar tanpa menjaga sensitiviti orang lain seperti isu bendera... Setidak-tidaknya bolehlah Mat Sabu bercerita mengenai Mat Indera komunis di dalam ceramah-ceramah dia... Setidak-tidaknya, dapatlah Lim Guan Eng terus menjadi KM Pulau Pinang... 

Jadi, seharusnya, perkara ini jangan dijadikan modal politik... Pakatan Rakyat harus bersyukur dengan pengumuman yang PM buat ini... Kalau dah tak sabar sangat nak membangkang, setidak-tidaknya, tunggulah sehingga rang undang-undang baru yang digubal diperbincangkan... Seharusnya kita berpolitik secara matang... Sekadar berpendapat...

2 comments:

  1. KITA TUNGGU AKTA BARU YG AKAN DI GUBAL. HARAP2 AKTA TU LBEY TEGAS DARI DULU. JGN KASI CHAN KAT PENYANGAK2, PENGKHIANAT NEGARA BERMAHARAJALELA. JGN SAMPAI NEGARA PORAK PERANDA SUDA..ADOIYAIII

    ReplyDelete