Wednesday, 6 July 2011

EMBA Trip to Ho Chi Minh City - Part 2 (Day 1)

Tentative programme:

DAY 1 - 16 June 2011 : ARRIVAL IN SAIGON (D)

12.30: Gather at LCCT Terminal, Sepang

Masa ni semua dah dimaklumkan berkumpul di LCCT Terminal tepat jam 12.30tghari... Tahniah kepada Abg Dzul dan isteri kerana sampai awal lebih kurang jam 11pg di sana... Persoalannya, siapakah KELDAI pada hari tersebut??? Jeng... Jeng... Jeng... 
Muka-muka dah tak sabar nak ke Saigon... Venue: LCCT Terminal

Programme Manager yang begitu kacak dan tekun meniliti kehadiran peserta...

2.30pm: Departure from LCCT to Tan Son Nhat Airport, Saigon, Vietnam...  
Alhamdulillah, perjalanan lancar tanpa sebarang masalah... Imegresen tidak menahan mana2 ahli rombongan yang terlupa bayar PTPTn ke, ada hutang ngan Cheti ker... Semuanya lancar....

3.45pm: Arrival at Saigon and welcomed by Mr Dinh Danh Tri, our tour guide
Inilah tour guide kami... Memang Pak Lawak... Cakap memang meraban dan merapu... Tapi kami enjoy... 
Antara ayat dia yang aku ingat... "Keep pee fully"... Sebenarnya dia nak cakap "Keep peacefully"... Hehehe...
Mr. Tri, our "Tour Guide" aka Finalist Maharaja Lawak Saigon...

4.30pm: Went to Coffee shop
Sesampai je di Vietnam, kami dibawa ke Coffee shop... Jadi, siapa nak beli kopi, bolehlah beli di sini... Katanya murah... Sebenarnya kat Ben Thanh lagi murah rasanya...

Sue tengah menawar harga Kopi Vietnam yang memang KAWW!!!
Bersama gadis2 Vietnam... Perrrgghh....
Bergambar kenangan di Kedai Kopi yang kitorang singgah hari tue...
Minum jangan tak minum...

5.30pm: Check in at Kelly Hotel
Lepas selesai di kedai kopi, kami pun check in di Kelly Hotel... Bolehlah... Hotel 3 bintang... Selesa tapi aku dapat bilik tak ada tingkap... Rasa janggallah sikit... Hehehe... Apapun, yang paling gua layan ialah Channel TV dia yang sampai 100 lebih channel... Naik juling biji mata menelaah channel TV yang diorang ada... 
In front of Reception of Kelly Hotel
Me and Mr Tri at Hotel Lobby
Kak Amy and Sue at the lobby...

6.30pm: Went for dinner at VN Halal
Lepas itu, semua ahli rombongan diarahkan berkumpul semula jam 6.30ptg dan kemudiannya berjalan beramai-ramai ke VN Halal Restaurant yang merupakan salah satu restoran yang menawarkan makanan yang halal... Lauknyer lebih kurang lauk kita jek... Ada gulai sket, telor masin sket, sup sayur sket dan lain2... Makan memang puas hati...
Gambar Kenangan di depan VN Halal restaurant...
Lauk yang kami makan... Udah macam masakan Melayu jek...

Dah lapar sangat agaknya...

Mr Tri yang cool... Jemput makan pun taknak sebab raikan tetamu katanya...


Hmm!!! Sessi tolak masuk...

8.00pm: Visited Ben Thanh Market for shopping...
 Lepas habis makan, free activities... Ada yang berjalan ke Night Market dan ada yang balik rehat... Aku layan bini aku survey harga barang jelah... Rasa tak ubah macam gie Petaling Street je pun...


Suasana malam di Night Market...
Ni pahal posing sorang2 nie...

 11.00pm: Sleeping time....

EMBA Trip to Ho Chi Minh City - Part 1 (Intro)

Alhamdulillah, finally I have time to share with everyone about my trip to Ho Chi Minh city which was held from 16th June to 19th June 2011 with all of my fellow friends of Executive Master of Business Administration (EMBA) programme, UiTM. This trip was conducted as per the request from all students that we need a time to spend together because next semester is going to be our last semester. With this trip, we can get to know each other better and the most important is to release our tension completing our Applied Business Research (ABR)... From all 21 students of EMBA, only 11 students were able to join this trip. They are:

Aku Yang Mesneh bersama isteriku Suhailah Yang Uya...

Chip Zaidi yang berjiwa muda remaja dan isteri, Kak Norhanizah...

Kak Aida dan anak kesayangannya Arif...

Ni Bahaya nie... Cinta 3 Segi... Mr. Tri, Shamsul dan Pian...

Sue, Kak Amy, Husna dan Sanah...

Pasangan paling vogue... Zay dan Anom...

Bro Fauzan dan Sist Fairoze yang memang sempoi...


Fadhilah... Betul2 macam "Tourist" bila pakai topi tue...

Ita dan anaknya yang "cute" Aryssa...

Bro Dzul(Tokan CD Karok) dan Sist Ruzitamazni yang Cool...
Lovely Couple Mazlan dan isteri Safrina...
I think this is one of the best trip of my life... I really enjoyed my time spent with all of you guys and hope this post will cherish our memories together... Thanks for all of the cooperation given to me and InsyaAllah, we will conduct trip to China next year... Hehehe... Last, don't forget to follow my blog for the next posts on our trip...

Sunday, 5 June 2011

Adakah kita tahu? 7 Wasiat Raja-Raja Melayu...

Anak muda zaman sekarang... Mana minat sejarah... Yang diorang tahu hanyalah nak join piket, demo dan perhimpunan... Berseronok dengan member2 pergi karaoke, main futsal dan berniaga MLM... Hehehe... Nak cepat kaya... Nak berniaga tak berani ambil risiko... Nak belajar, malas... Hey!!! Bangunlah dari tidur... Baca wasiat ini... 

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957


Cuba baca wasiat yang ke-2: Maksudnya di sini, 50% tanah di Malaysia ni adalah rizab Melayu... Tapi, sekarang ni aku tak tahulah berapa peratus yang tinggal... Cuba tengok keliling, rumah kedai, bangunan bangunan pencakar langit di tengah-tengah KL siapa yang punyer...??? Syarikat mana yang empunya??? Tanah-tanah estet company milik siapa??? Lagi 50% balance tu, berebutlah kita dengan yang bukan bangsa Melayu... Agak-agaknya, kita dah benar-benar berebut ke dengan mereka dalam bidang hartanah... Kita dah berebut ke dengan mereka dalam bidang pemilikan aset bangunan dan premis perniagaan mahupun tempat tinggal... Oleh itu bangunlah... Marilah kita bersaing secara sihat dengan mereka... Sorry to say!!! Kerana Malaysia ini asalnya Melayu yang punya... Kerana itu masih segar dalam lipatan sejarah bahawa tanah yang kita jijak ini suatu masa dahulu... TANAH MELAYU namanya...

Maharaja Lawak... Yang Hambar...

Last Friday, as usual, I spent my night watching Maharaja Lawak yang kali ini diadakan di Penang International Sports Arena (PISA)... Dengan penuh high expectation, me and my wife was sitting in front of the TV and watched every performance... Started with Jozan and ended by Sepah... I can simply conclude that it was very boring, not even make me laugh and I think most of the so called "Maharaja Lawak" potential candidates were went to Penang with unprepared performance.

I start to think what was the main reason that night performance hambar giller... Apa dier???

1) Salah satu sebab yang aku rasa ialah kesilapan Astro jugak sebab diorang pergi buat dekat tempat open giller yang memang susah bagi stand up comedian nak bagi semua orang gelak... Dengan suasana yang agak terbuka macam tu, wujud bunyi bising dan bergema menyebabkan audience dan performer tu sendiri tak focus nak buat lawak...

2) Pergi buat dekat tempat jauh-jauh buat aper... Pergi sampai Penang... Dah confirm amik masa satu hari nak ke sana, nak check in lagi... Nak pikir idea nak buat lawak lagi... Komitment kerja kat KL lagi... Bila masa diorang nak fokus... Last sekali, produce lawak takde kualiti... Salah siapa kalau dah semua tak lawak malam tu... Cuba kaji... Sebelum ini kita boleh pecah perut gelak kenapa malam tu macam hampas semua orang...

3) Bila buat tempat open...Semua bercakap kuat nak bagi satu stadium dengar... Intonasi suara dah tak control... Punch line tak jadilah... 

4) Bila pergi jauh, kita kena fikir yang kita beri masa one week for them to think what kind of lawak they are going to perform next... + letih lagi sebab kena travel... + masalah lain, nak bawak family, nak bawak props dan sebagainya... Aduhai... Kalau aku jadi peserta pun pening jgak....

5) Aku rasa Astro tak perlu nak cari duit dengan buat Tour macam ni... Hambarlah...

Ini sekadar pendapat aku... Diorang kena buat di tempat yang jauh lebih tertutup... Barulah kemeriahannya dapat dirasai... Barulah lawak jelas didengari...

* Ni group kesukaan aku... Diorang pun hambar tahi... Apapun, kalau korang nak layan, layanlah... Si Yus ni terjerit-jerit jer... Sakit telinga aku... Sakit hati aku... Huhh!!!


* Ni jelah pun yang boleh tahan... Itupun mampu buat aku tersenyum jer...

Politik... Oh Politik... (Part 1)



Politik bukan hak milik mana-mana individu... Kuasa bukan hak milik mana-mana individu... Keadilan bukan hak milik mana-mana individu... Dan undang-undang juga bukan ham milik mana-mana individu... Jika setiap individu yang memegang kuasa, jawatan di dalam politik, penguatkuasa undang-undang mahupun hakim yang menegakkan keadilan... Sekiranya mereka memahami bahawa setiap perkara di atas bukanlah hak mereka sebaliknya hak semua orang dan hak kita semua... Sudah pasti dunia ini aman tanpa sebarang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa dan sebagainya... Dan perlulah diingat setiap tindakan kita akan dinilai dan dihisab oleh Allah di akhirat sana...

Perkara yang ingin diperbincangkan hari ini ialah antara kuasa, keadilan dan undang-undang yang manakah yang perlu diutamakan... Hakikatnya, sudah pasti kita menuntut keadilan ditegakkan dan diutamakan... Namun, perlu diingat undang-undang adalah medium untuk kita menentukan keadilan... Sebagai contoh, di dalam Islam, bagi mereka yang membunuh, mengikut undang-undang Islam sudah pasti akan dijatuhkan hukuman Hudud... Namun, di dalam undang-undang negara kita Malaysia... Bagi mereka yang membunuh, undang-undang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati... Sama matinya namun kaedahnya berbeda... Dan apa yang ingin diketengahkan di dalam artikel ini bahawa hakikatnya mereka yang berKUASA mampu untuk menentukan undang-undang dan keadilan... Di dalam hati kita berkata aku mahukan dunia yang lebih adil... Namun siapa yang menentukan dunia itu adil atau tidak? Di dalam hati kita mahukan undang-undang yang benar dipertegakkan? Namun siapa yang menentukan undang-undang itu mampu dipertegakkan? Hakikatnya hanya mereka yang berKUASA mampu mengubahnya... Mereka yang berKUASA bakal menakluki keADILan dan perUNDANGan... 

Menyebut tentang KUASA... Di dalam negara Malaysia yang disayangi ini, kita menentukan KUASA berdasarkan kekuasaan POLITIK... Buat masa ini, BN yang ditunjangi UMNO dan bersama-sama parti komponen yang lain seperti MCA, MIC, PPP, SUPP dan sebagainya merupakan satu KUASA POLITIK yang kuat dan hampir 50 tahun lebih merencanakan rentak perlaksanaan undang-undang dan keadilan di dalam negara ini... Rakyat samada berpuas hati atau tidak haruslah akur memandangkan BNlah pemegang KUASA POLITIK yang masih kuat dan dominan... Selama hampir 28 tahun aku hidup sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak dapat dinafikan BN telah banyak membawa perubahan di dalam banyak perkara... Sistem pentadbiran dan merakyatkan sistem yang bakal memudahkan serta menjaga kebajikan rakyat... Sistem pendidikan yang jauh terancang dan teratur... Sistem perundangan yang jauh lebih telus dan adil untuk semua... Biarpun kelihatan tidak adil untuk segelintir pihak... Pembangunan yang pesat dan meninggalkan negara-negara lain yang merdeka terlebih awal daripada kita... 

Secara personal, aku berterima kasih kepada kerajaan kerana sepanjang 28 tahun aku hidup, aku tidak melalui keadaan rusuhan teruk yang berlaku seperti di negara-negara lain... Aku berjaya mendapat pendidikan yang sempurna bermula dari sekolah rendah sehinggalah kini aku sedang melengkapkan pengajian sarjana ku... Aku berterima kasih kepada kerajaan kerana aku tahu tanpa kerajaan yang baik seperti BN sekarang sudah pasti aku tidak mengecapi nikmat seperti yang aku terima sekarang... 

Tetapi, pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 memberikan satu kejutan untuk aku... BN yang dahulunya satu kuasa yang kuat akhirnya tumbang di 5 negeri... KeKUASAan politik yang ada seakan lenyap dan kini beralih arah kepada satu kuasa baru yang kononnya berjuang atas nama KeADILan, keSAMA-RATAan dan keISLAMan... Pakatan Rakyat telah berjaya mengusai Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan... KUASA POLITIK yang dahulunya milik BN kini berubah kepada PR... 

Dan kini aku hidup di bawah kerajaan negeri di bawah pentadbiran dan kekuasaan PR... Terkadang, aku tertanya apakah perubahan drastik yang mereka laksanakan? Apakah kemajuan baru yang mereka jayakan? Hakikatnya tetap sama tanpa sebarang perubahan drastik... Yang terpinggir tetap terpinggir... Yang professional tetap dengan kehidupan mereka yang penuh keduniaan dan kesibukan... Yang kaya berniaga tetap kaya... Yang kononnya adil tetapi hakikatnya tetap menggunakan kuasa untuk menjaga kepentingan golongan sekelompok politik mereka... Hakikatnya sama sahaja... Tidak ada yang jauh lebih Islam... Tidak ada yang jauh lebih Adil... Tidak ada jauh lebih Baik... Bila manusia berkuasa, yang dijaga adalah kelompok mereka... Rakyat tetap hidup seperti biasa...

Inilah POLITIK... Oh POLITIK... Hadirnya engkau untuk menyatukan manusia tetapi akhirnya kuasa yang engkau ada dipergunakan oleh mereka untuk menjaga kepentingan mereka... KUASA POLITIK yang engkau ada akhirnya dipergunakan untuk menentukan KEADILAN dan UNDANG-UNDANG... KUASA POLITIK yang engkau ada dipergunakan individu-individu yang memilikinya... Kerana inilah dunia... Semuanya sama sahaja... Retorik semata-mata...

Tuesday, 31 May 2011

How To Swing Like Tiger Wood

Maybe some of the golfers wanted to know how to perfectly swing like a Tiger Wood. This is some tips for you to practice... Hope you can play better than him one day...

Oh Yeah!!! Mendidih Bersama Sharifah Amani...

Sementara duduk dalam pejabat menunggu meeting petang ni, tetiba aku boleh layan pulak Oh Yeah!!! Mendidih Bersama Sharifah Amani... Memang agaknya inilah perangai wartawan-wartawan Malaysia dan artis-artis Malaysia agaknyer... Memang kelakor bila tengok Jozan, Afdlin Shauki dan Nabil tak putus-putus mengutarakan soalan pada Amani... Layan...


Ehsan YouTube...