Thursday, 27 October 2011

Bola Oh Bola...

PIALA KEBANGGAAN KITA... PIALA MALAYSIA


Malam minggu ni final Piala Malaysia yang bakal menyaksikan pertembungan dua gergasi bola sepak Terengganu dan Negeri Sembilan... Biarpun aku kecewa Selangor kalah, tapi terpaksa akur sebab memang Terengganu main better than Selangor and they deserved to be at the final. Cuma hari ini aku nak sentuh mengenai isu harga tiket RM 50. Before this, if I'm not mistaken, the price for final was around RM 30 ajer... So, dah naik RM 20... Cuma yang aku tak puas hati sikit sepatutnya perlu ada rundingan yang jauh lebih terbuka dan aku yakin rundingan itu telahpun berlangsung... Wakil FAM, wakil daripada negeri-negeri yang bertanding telahpun mempersetujui harga RM 50 tersebut... Cuma butiran kenaikan harga ataupun asbabnya harga tiket tu dinaikkan perlulah dikhabarkan kepada khalayak agar tidak ada pihak yang menuduh FAM buat duit buta... Nak lagi mulut orang Melayu, ada jer nak tambah cerita... FAM kaut duitlah... Itulah... Inilah... So, penjelasan yang terperinci sepatutnya diberikan... Lagi menyakitkan hati bila penjelasan diberi wang itu adalah untuk belanja pengurusan, pembayaran pengadil, penjadualan perlawanan, stadium dan keselamatan... Berapa sangat rasanya??? Kalau RM 30 x 70,000 = RM 2,100,000... Takkan tak cukup lagi... Tambah pulak RM 50... Kalau di kalikan RM 50 x 70,000= RM 3,500,000... Pergh... Banyak tue... Cuma, katanya baki wang kutipan jualan tiket setelah di "minus'kan perbelanjaan akan dipulangkan 50% kepada Negeri Sembilan dan 50% kepada Terengganu... So, aku harap selepas game malam minggu ni, kedua-dua negeri perlulah membuat kenyataan akhbar apabila mereka telah menerima wang sepertimana yang dah dipersetujui agar semua peminat bola sepak 2 negeri ini sejuk hati dan kredibiliti FAM terjaga...

Sedang aku nak naik ofis pagi tadi, sempat aku bersembang dengan guard yang selalu jaga kat bawah tu... Aku rasa dia fans Hobin Jang Hobin kot... Dia sendiri nak boycott game tu sebab dia kata mula-mula cadang nak pergi stadium ngan wife ngan anak... Kalau 3 orang dah jadi RM 150... Dia kata baik aku duduk kat kedia ooopppsss salah kedia oppsss salah lagi kedai mamak order tosai 40, teh tarik 40, boleh sumbat 40 orang makan sambil tengok skrin besar daripada menghabiskan RM150... Main tak setara mana... Kalau duduk makan kedai tomyam... Dah boleh order ikan siakap masak 3 rasa + telur bistik + tomyam ayam untuk 4 orang makan... Lagi syok... Betul jugak cakap dia... Aku pun terfikir... Yelah... Itu kalau 3 orang pergi... Kalau yang pergi satu bas... 30 oranglah katakan... 30 x RM 50= RM 1,500... Macam-macam boleh bikin...

Tapi aku cakap kat dia... "Supportlah sukan tanahair... Kalau Arsenal ker, Man U ker, Liverfool ker, Chelsea ker datang, ko sanggup pulak berbayar sampai beratus ringgit... Ni bila orang kita main ko nak berkira... Player EPL semua dah kaya raya... Korang bagi diorang kaya lagi boleh plak??? Ni nak bagi persatuan bola sepak negeri ada fund sikit pun korang dah mengomel, pemain kita semua pakai Ferrari ker... Cubalah bawak bersabar... Nak pergi, pergi... Taknak pergi sudah... Lagipun tengok kat stadium tu kan lain semangatnyer, lain suasananyer..."

Jadi pengajarannya di sini, kalau nak support team korang... Pergilah... Tak payah nak boycott... Malaysia ini pun ramai mana sangat... Tapi kalau korang tak datang pun, final tetap jalan... Ada jer orang lain yang bersemangat tinggi tetap akan turun menyokong... So, fikirkanlah...

* Gua harap Negeri Sembilan menang minggu nie...


1 comment:

  1. Salam sejahtera, harap dapat dilink blog hamba disini..Terima Kasih.
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete