Thursday, 14 July 2011

Phuket: Day 1 (10th June 2011)



Alhamdulillah, praise be to Allah... Hanya kerana Dialah saya dan isteri berjaya menempuh 4 tahun usia perkahwinan kami... Hasil daripada perkahwinan kami ini, dikurniakan 2 orang cahaya mata, Arif Suhaili dan Alif Syahmi... Tanggal 7-7-07 merupakan tarikh keramat buat saya dan isteri... Diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah... 

Sekarang dah 2011, tanggal 7-7-11 hari tu dah 4 tahun kami kahwin maaa... So, mesti ada suprise maaa... Jadi aku dan isteri decided untuk ke Phuket to renew kitorang punyer honeymoon... Anak-anak? Terima kasihlah kat Mama ngan Abah kitorang yang sporting tolong jagakan anak-anak kami... Terima kasih bebanyak... Jadi, tak lengkaplah kalau kami tak share apa aktiviti kami sepanjang 4 hari 3 malam kami berada di sana... Saya rasa elok saya attachkan sikit gambar2 percutian kami di sana buat tatapan keluarga dan kengkawan...

Day 1:  Arrival at Phuket

Sampai dah jam 5pm terus Check in at Hotel 6.30pm... Perjalanan ke hotel amik masa 50 minit dari Airport... Tapi tak rasa lama... Maklumlah datang tempat orang kerja nak tengok suasana negara orang lah kan... Jadi terasa sekejap jer dah sampai hotel... Suhailah dah pilih untuk stay around Patong Beach... Memang decision tu tak salah...



Kitorang stay di Baan Lai Mai Hotel... Terletak di Patong Beach... Memang best hotelnyer... Enjoy for sightseeing, shopping dan senang nak cari tempat makan... Ni some pics of our hotel... Cost dalam RM 190/night... Complete with swimming pool, wifi dan free mini bar... 

Kemudahan TV, Mini Bar ada disediakan...

Kerusi tempat relaks pun ada...

Queen size bed... Kira OK lah untuk aku yang bersaiz King...


Tengah santai di depan hotel..


Sekitar Patong beach..





Belakang tu Baan Lai Mai Hotellah...

Dah macam Farid Kamil...

Pandangan dari luar bilik... Berdepan dengan Swimming Pool...



Oleh kerana sampai pun dah petang nak maghrib... Kitorang jalan2 sekitar Bangla Street dan Jungceyloon jer... Sebab esoknyer kitorang nak ke Safari... Tak sabar rasanyer... Aku taknak letak gambar Bangla Street sebab aku rasa banyak gambar2 yang tak sesuai... Maklumlah ada banyak LADY BOY kat situ yang memang seksi habis... Kalau nak tahu, korang pergilah sendiri... Hehehe...






No comments:

Post a Comment