Saturday 9 July 2011

Warkah Buat Mu... Isteri...





Buat isteri tersayang...
Terima kasih atas kasih dan sayang yang dipersembahkan...
Terima kasih atas kesetiaan dan ketaatan...
Terima kasih atas rindu dan cinta yang diberikan...
Terima kasih atas setiap dokongan dan sokongan...
Terima kasih atas pelukan dan ciuman pada setiap kejayaan...
Terima kasih atas ribaan di saat kedukaan dan kegagalan...
Terima kasih atas huluran tangan menarik aku kembali ke pangkal jalan ketika kesesatan...

Tiada apa yang mampu kuberikan selain secebis kasih seorang lelaki...
Tiada apa yang mampu kepertaruhkan selain cinta seorang suami...
Tiada apa yang mampu kuhulurkan selain ribuan kemaafan padamu atas setiap kesalahan dan kesilapan seorang isteri...
Tiada apa yang mampu kuharapkan agar kau terus di sisi...
Menemani di kala sepi dan sendiri...
Menangis bersama ku di kala sunyi...
Mengukir senyum tawa menjadi ukiran indah bahtera perkahwinan ini...

Sekiranya ada kehidupan lain selepas ini... Aku tetap mahukan kau sebagai isteriku sekali lagi...
Sekiranya ada badai dan taufan mendatangi... Aku tetap mahukan kau bersamaku mengharungi...
Sekiranya ada waktu dan kesempatan lagi... Aku tetap mahu kau menyatakan... Hanya aku yang kau cintai...
Sekiranya telah sampai masanya untukku pergi... Ketahuilah... Aku tak pernah kesal memilikimu sebagai isteri... Kerana engkau terindah pernah kumiliki...
Moga Allah merahmati hubungan ini...
Hingga bertemu lagi... Di syurga abadi...

Nukilan: Seorang suami...
Tarikh: 7 Julai 2011
Tempat: Bandar Baru Bangi...
Masa: 11.33pagi...

2 comments:

  1. aiseyman ayat. xtahan..
    semoga berbahagia

    ReplyDelete
  2. Jangan geli plak... Along tahu Fazrul lagi jiwang karat...

    ReplyDelete