Wednesday, 7 September 2011

Balik Kampung... Raya Sakan... Raya ke-3...

Alhamdulillah, raya kedua berlangsung dengan meriahnya... Aku bersyukur masih dapat sambut raya kedua di Penang bersama Mama, Abah, adik-adik dan semua saudara mara yang ada... Bagi aku, raya tahun ini adalah yang paling meriah dan paling menggembirakan... Aku syukur kerana dilahirkan di dalam keluarga bahagia ini...

Pagi raya ketiga, memandangkan aku balik beraya di Melaka terlebih dahulu... Jadi, belum sempatlah aku beraya bersama keluarga aku... Pagi raya ketiga menyaksikan hujan turun dengan lebat di dalam rumah Tok... Hehehe... Especially aku... Aku kan bintang air mata... Tak boleh tahan menangis bila bersalaman dengan Mama dan Abah... Mungkin kerana aku terlalu sayangkan mereka dan tidak mampu aku hitung setiap jasa dan pengorbanan mereka terhadap aku dari kecil hingga dewasa... Aku tak mampu dan tak sanggup melihat mereka bersusah hati kerana aku lagi... Pada masa yang sama, aku jugak mengambil kesempatan yang ada untuk bermaafan dengan adik-adik... Maklumlah, aku bukan abang yang baik... Sibuk pikir masalah syarikat dan asyik pikir study ajer... Apapun, aku harap akan berlakunya perubahan demi perubahan ke arah kebaikan dari tahun ke tahun... InsyaAllah...

So, ni jer some family pics yang dapat dikongsi bersama pada pagi raya ke-3 tue... 










1 comment: