Monday 31 October 2011

Setelah Mengamatinya Berulang Kali... Terasa Ada Unsur...


Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana telah memenangi piala Malaysia untuk tahun 2011. Akhirnya Piala Malaysia sudah pasti milik siapa akhirnya pada tahun ini. Hobin Jang Hobin adalah pemiliknya... Namun, adakah kemenangan itu meninggalkan satu kejayaan kepada bola sepak tanahair ataupun ianya merupakan satu sejarah hitam akan berulang lagi.

Setelah mendahului dengan satu gol, Terengganu nampak gah bakal dinobatkan menjadi juara... Pada dasarnya, atas paper, sudah pasti Terengganu mempunyai kelebihan jika hendak dibandingkan dengan Negeri Sembilan... Rekod kemenangan Terengganu jauh lebih cemerlang jika hendak dibandingkan dengan Negeri Sembilan... Namun, sinar kemenangan itu seolah-olah terus terpadam di minit yang ke-81 apabila Sharbinee dengan sengaja mahupun dengan tidak sengaja telah melakukan kesilapan paling BODOH dalam sejarah bola sepak negara tahun ini apabila meloloskan gol hasil sepakan jauh atau hantaran jauh Kunanlan ke gawang yang sepatutnya amat mudah untuk diselamatkan bagi seorang penjaga gol kebangsaan. Kesilapan itu jelas membolehkan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan dan usaha penat lelah pemain Terengganu seakan lenyap mudah hanya kerana gol BODOH tersebut... Apapun, setelah diamati berulang kali... Dalam hati kecik aku, seakan-akan terdapat unsur yang aku boleh berterus terang RASUAH di dalam gol tersebut... Hantaran Kunanlan itu hakikatnya terus ke gawang... Lantunan bola tersebut seharusnya mudah dibaca penjaga gol dan tidak wujud kekeliruan mahupun keadaan penjaga gol ditekan oleh jentera serangan Negeri Sembilan... Gol sebegini hakikatnya bagi aku mencerminkan betapa tidak berkualitinya pemain yang kita ada... Sedih jika hendak digambarkan perasaan penyokong-penyokong Terengganu... Tapi apakan daya... Segalanya telah tertulis...

Namun, sebagai rakyat Malaysia... Sekiranya gol itu ada unsur RASUAH... Maka ianya merupakan satu malapetaka buat sukan negara... Namun, sekiranya gol tersebut benar atas dasar kesilapan dan kelalaian pemain, usaha memperbaiki mutu persembahan harus dilaksanakan segera... Kualiti permainan mencerminkan kematangan pemain... Sokongan akan terus meningkat sekiranya permainan yang berkualiti dipersembahkan... Adakah siasatan perlu dilakukan? Terpulanglah kepada pihak berkuasa mahupun mana-mana pihak yang ingin mendakwa... Bagi aku, siasatan tetap perlu dilaksanakan... Bagi memastikan keadilan dalam setiap perlawanan...

Jom layan sekali lagi gol terbaek Kunanlan ini...


1 comment:

  1. dia keliru samada sedang main bola atau game sudah habis

    ReplyDelete