Friday, 24 February 2012

Day 2: Trip Jakarta Bandung 2012

Setelah sampai agak lewat di Bandung semalam, maklumlah jalan jammed yang teruk sangat disebabkan oleh ramai pengunjung-pengunjung ke Bandung meraikan GONG XI FA CHAI... So, memang habis setengah hari dalam bas jelah... Sampai, terus makan malam dan lepas tu terus check in hotel... 

Hari ini hari kedua bermulalah aktiviti yang pertama iaitu melawat ke Tangkuban Perahu, Sari Ater (Kolam Air Panas), Rumah Mode dan Toko Tiga Jeans... Dari hotel ke Tangkuban Perahu tu dah ambil masa sejam, sampai sana kena naik van lagi nak ke atas... Pergh... Sesak jugak ler... Tapi, bila sampai kat atas sana... Duduk tak sampai 20 minit sebab sejuk sangat... Sejuk tu satu hal, berangin sakan... Last sekali semua nak turun cepat sebab tak tahan sejuk...

Lepas semua dah naik bas, kitorang teruskan perjalanan ke Sari Ater @ Kolam Air Panas yang menganbil masa 20 minit dari Tangkuban Perahu... Maklumlah, kawasan gunung berapi mestilah ada tempat air panas... So, kitorang pun pergi melawat jer... Nak mandi rasa tak gamak sebab ramai sangat orang... Kalau dah ramai sangat yang berenang dan berendam, air kolam tu pun aku rasa dan bukan air mutlak dah... Keruh jadinya... So, lepak2 sambil makan2 pun jadilah...

Selesai di Sari Ater, kami teruskan perjalanan turun semula ke Bandung... Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang berada di pertengahan jalan... Rumah Bamboo kalau tak silap aku nama restoran tue... Selesai makan, kami pun terus ke rumah Mode... Apalagi, shopping ler... Bini aku shopping beli baju anak-anak... Aku macam biasalah jaga anak-anak... Nak beli takder saiz... Itulah nasib seorang bapak... Hihihi... Lepas tu kami seisi rombongan ke Toko Tiga Jeans... 

Semua berjalan lancar, cuma hari ini dalam sejarah, ketika semua sedang rancak ber"shopping" di Toko Tiga, anak aku yang kedua yang baru poleh berjalan tetiba jatuh dan terhantuk dahinya ke bucu meja yang mempamerkan jeans2 yang lazat2... Hihihi... Terus terpancut darah keluar dari dahi dia... Aku dan isteri memang cuak giller... Dalam hati, confirm berjahit ni... Tapi, aku tabik dengan "customer service" kedai Toko Tiga... Sejurus pengurus dia nampak anak aku dahi dah terbelah dan berdarah, dia terus bawak aku dan anak aku ke bilik khas dan beri rawatan sementara... Di sapu ubat dan di balut luka di dahi anak aku tu... Lepas tu, siap arrangekan kereta untuk bawak aku, Suhailah dan Camica ke hospital... Sesampai di hospital, Alhamdulillah... Doktor kata tak payah jahit... Guna pelekat je pun dah boleh lekat... Tapi tak boleh dibuka selama tiga hari... Kos perubatan pun kedai Toko Tiga Jeans tu yang tanggung... Kagum aku dengan layanan yang diorang berikan... Lepas tu, siap hantar aku, isteri dan Camica ke tempat makan malam di mana seluruh ahli rombongan sedang menunggu... Nak makan malam pun dah takder selera... Letih bercampur penat... Lepas makan, dalam jam 2230, balik hotel... Tidur...

Day 2: 22 Januari 2012

0800: Bertolak dari Andelir Hotel ke Tangkuban Perahu,
0930: Tangkuban Perahu
1125: Sari Ater
1330: Lunch
1630: Rumah Mode
1900: Toko Tiga
2230: Balik ke Andelir Hotel, Tidoq





























Day 1: Trip Jakarta Bandung 2012

Alhamdulillah, bermula dari 21hb Januari sehingga 25hb Januari 2012, aku dan keluarga bersama-sama beberapa kenalan rapat keluarga dapat meluangkan masa bercuti ke Jakarta dan Bandung... Maklumlah, hujung tahun 2011 sibuk dengan pelbagai perkara dan kerja... Aku pulak, dah selesai Viva untuk research aku, pergh... Nikmatnya... Percutian inilah yang sememangnya aku tunggu... Tahun lepas aku ingat kami sekeluarga pergi bercuti ke Singapura dan memang antara percutian yang kami sekeluarga tidak dapat lupakan... Tahun ini, Bandung Jakarta menjadi destinasi pilihan biarpun ini merupakan kali kedua aku dan Suhailah ke sana... Yang terpikir di dalam kepala tak lain tak bukan nak shopping ler...

Di sini, ada sikit gambar-gambar kenangan yang berjaya aku simpan buat tatapan dan kenangan... Memang syok giller berjalan dan bercuti sebab duit habis banyak... Kahkahkah... Hihihi... Sebenarnya syok sebab dapat tengok muka isteri dan anak-anak happy... Itupun dah cukup puas hati... Lagipun, kalau pandang plat number kereta pangkal dia WGY lah, BJM lah, ABH lah, MAW lah... Kekadang rasa sengal jugak otak aku ni... Bila tengok plat number lain sikit macam kat Indon ni rasa otak tu terbukalah sikit... Dah!!! Ni tentatif program kami for the first day trip:

Day 1: 21 Januari 2012

1000: Bertolak dari Qasrul Hannan, Mutiara Bangi ke KLIA
1200: Check in 
1325: Berlepas ke Jakarta dan tiba di Soekarno-Hatta airport 2 jam berikutnya (MH 721)
1530: Bertolak ke Bandung
1900: Tiba di Bandung (Kelewatan tiba di sana akibat "macet",  jalan jammed giller sebab cuti raya Cinakan... Weekend pulak tu... Ramailah penduduk Jakarta turut turun ke Bandung)
2130: Makan malam 
2230: Check in di Andelir Hotel, Bandung...















Thursday, 9 February 2012

New Year 2012 Celebration: Simple but lively...















Year 2012 comes with hopes and dreams... For me, I hope this year I can contribute more to my family, my religion and race and specifically to myself... I have to chase my dreams... Be a good son, responsible husband and caring dad... That is my aim for this year... Achieve a good examination result for my EMBA course and having a new company that I can run without interference of greedy people... 

Each time the arrival of the new year, I'm sure my family will celebrate with a dinner ... The whole family will definitely come to Bangi and we will go out to have a dinner together somewhere ... This is just to strengthen our family relationships as well as spend some time talking about our family's future plans ...

This year, we chose to have dinner at Full House Restaurant recently opened at Giant Cheras ... We come with 3 kids so we have to find a quite comfortable place and we have made a correct decision... The restaurant is beautiful and comfort... Food served at this restaurant is western food ... So, quite suited as a place to party welcoming the new year ... We ate, we chatted, we talked and shared our new year's wishes ...
Hopefully, this year... All of our family members have a long life and success in anything that we are doing... InsyaAllah... Ameen...