Tuesday 19 July 2011

Camica The Red Dragon and Arif The Blue Whale...

Dua minggu lepas aku dan isteri diberi kesempatan ke Phuket untuk bercuti meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. Overall trip was excellence and happening. Makan tak payah cakaplah memang berbaloi dan banyak aktiviti yang aku dan isteri buat... Tak lengkap rasanya bercuti tanpa belikan ole-ole atau hadiah buat insan-insan tersayang... Especially, 2 orang anak lelaki aku yang memang sentiasa bermain di kotak fikiran aku sepanjang berada di sana...

Sesuai dengan tajuk post aku hari ni, mesti korang nak tahu apa yang aku belikan untuk diorang kan? Oleh kerana baru balik dari Phuket, Thailand dan memandangkan bersepah peniaga-peniaga di sekitar Patong Beach jual benda tu, akhirnya aku terbeli jugak set Tomoi untuk anak aku Arif dan Camica... Harga dan RM 15 jek... So, aku dan isteri spent dalam RM 30 untuk beli seluar Tomoi... Memang lepas jer aku jejak kaki di bumi bertuah Malaysia ni yang kebetulan masa tu baru jek selesai Perhimpunan Bersih yang mengotorkan nama baik negara di luar sana, aku terus pakaikan anak-anak aku baju yang aku belikan untuk mereka... Ternyata si Abang kelihatan garang dan si Adik kelihatan bagaikan pejuang... Memang kedua-duanya comel sangat bila dipakaikan pakaian Tomoi tue... Nak tengok gambar diorang, tengoklah kat bawah nie... Hhehee...

Red Dragon Camica & Blue Whale Arif

Aksi Ganas...

Amik kau buah siku aku...

Amacam!!! Ada berani?

Tengah lawan tetiba tersengih...

Renungan tajam...

Red Dragon masih belajar...

Gaya seorang peninju terkenal...

Mahu lagi!!!

Anak sapa la nie...

Ayuh!!!

Bertahan...

Training time...

Nak kena kaki aku agaknya Spiderman tue...!!!

Sehebat mana pejuang bertarung, terkadang tersembam ke tanah jua...

2 Generasi... Aku dan generasiku...

Sepakan Padu Maut... Yahh!!!

Berani kacau Mama saya... !!!

Yang korang ni tahu tak Tomoi tui aper? Tomoi adalah sejenis seni mempertahankan diri yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Juga dikenali sebagai tinju Siam aka Muay Thai yang memang terkenal dengan ketangkasan dan kelincahan peninju menggunakan tangan dan kedua belah kaki... Pendek kata macam cerita Ong Bak...

Aku belikan seluar tu untuk anak aku bukannya apa, sekadar sebagai kenangan yang aku rasakan menarik buat aku dan isteri... Bila diorang dah besar sket nanti... Aku hantarlah diorang masuk kelas silat... Memang keletah Arif dan Camica membuatkan aku sekeluarga tersenyum dan ketawa... Ahh!!! Bahagianya...

No comments:

Post a Comment