Tuesday 19 July 2011

Blogger Kena Bayar Denda RM 300,000...

Jangan Fitnah Orang Lagi Yer... Nanti Mak Marah!!!

Sedang lepak kat pejabat tengahari panas ni, aku pun belek2lah Berita Harian yang memang office aku langgan... Takkan nak langgan Harakah plak... Hehehe... Terbacalah artikel berkenaan blogger pro PKR, Amizuddin Ahmat yang diarahkan membayar ganti rugi RM 300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan memfitnah beliau merogol pembantu rumah. Perkara ini harus dijadikan iktibar buat semua pihak tidak kiralah BN ker PR ker bahawa hakikatnya politik fitnah memfitnah ini sudah semakin menjadi2... Kalau ada video Dato' Seri Rais Yatim merogol pembantu dia aku tak kisah kerana kemungkinan perkara tu benar... Kalau setakat cakap2 dan tulis2 tanpa bukti yang boleh diterima pakai... Itu dah dikira terang2 fitnah... Yang aku pelikkan yang dah ada video pun kita boleh buat senyap jer... Inikan pulak yang takder video... Aku tak nak refer sesiapa... Lu pikirlah sendiri...

Cuma membaca artikel tersebut... Aku tertanya-tanya adakah RM 300,000 itu sudah cukup untuk membayar gantirugi maruah individu yang diaibkan seperti Dato' Seri Dr Rais ini... Hasil daripada penulisan yang tidak bertanggungjawab inilah kita berjaya memburukkan pemimpin tertentu sekaligus menyebabkan sebahagian rakyat terpercaya dengan cerita2 fitnah ini... Ingatlah... Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang semula setelah sekali seseorang itu hilang hormat dan kepercayaan pada kita...

Kepada semua blogger2... Harapan aku satu agar lebih bertanggungjawab di dalam memaparkan apa jua artikel dan mengenengahkan apa juga isu... Moga sekiranya semua blogger bertanggungjawab, rakyat Malaysia khususnya Gen Y yang memang kaki baca blog tidak akan mendapat maklumat yang salah... Maklumlah... Bangsa Malaysiakan Bangsa Membaca... Kahkahkah... Bukan baca buku... Baca blog dan bahan bacaan penambah dosa (Gosip dan Cerita Panas)... Hehehe... Sekadar berpendapat...

No comments:

Post a Comment