BERSIHKAN DIRI ANDA SEBELUM DIBERSIHKAN... |
Dari hari perhimpunan BERSIH hari tu sampailah ke hari ini tak habis-habis kecoh pasal Polis mengganaslah, zalimlah, kejamlah... Terbaru PDRM dah bersetuju nak paparkan visual cara pihak berkuasa mengendalikan penyokong demonstrasi haram tersebut... Aku ingat lagi beberapa orang kengkawan aku yang pro-BERSIH ini memaparkan gambar pihak yang turut serta dalam demo bersalaman dengan pihak Polis... Itu dah menunjukkan yang pihak Polis turut bekerjasama dengan mereka yang memberikan kerjasama yang baik kepada mereka...
Aku lebih berpendapat kemungkinan pihak Polis terpaksa bertindak lebih keras pada mereka2 yang melakukan provokatif atau dalam erti kata lain yang keras kepala... Pihak Polis takkan semudah itu sahaja nak pergi sepak orang tak pasal2 melainkan orang tu dah betul2 degil, keras kepala dan taknak ikut arahan... Tidak dinafikan apabila ramai orang berkumpul, banyaklah ragamnya... Aku tak terkejut kalau2 pihak Polis terpaksa bertindak lebih kasar semata-mata untuk mengekang kemaraan penyokong2 BERSIH ini... Bagi aku tak perlu dipersalahkan mereka(abang2 dan pakcik2 Polis)... Diorang laksanakan tanggungjawab menjaga negara... Yang perlu dipersalahkan ialah pihak yang menganjur (Yang dikepalai Ambiga)... Kenapa tak dianjurkan perhimpunan BERSIH tu di tempat yang tertutup??? Kenapa nak berarak atas jalan raya sehingga menyusahkan orang lain??? Apa yang cuba diorang nak capai dengan berDemo atas jalan, meracau macam orang dah tak cukup makan? Bagi aku gunakanlah saluran yang betul untuk menyuarakan apa yang kita rasakan benar... Pilihanrayakan ada... Pergi jer mengundi... Tumbangkan BN... Senang saja... 5 negeri PR dah dapat(Terlepas satu sebab calon2 korang lari join BN balik... Hehehe)... Agaknya pilihanraya tu BERSIH bila PR menang je kot... Hehehe... Kelakarlah melihat semua orang gile kuasa nie...
Apapun, mengenai PDRM nak paparkan visual hari perhimpunan tu aku puji sebab pihak berkuasa telus dalam berkongsi dengan rakyat perkara sebenar kaedah mereka gunakan di dalam menyuraikan perhimpunan tersebut.... Aku rasa tak ada mana2 kerajaan pun yang berani nak keluarkan video macam tu... Maklumlah, nak meleraikan perusuh nak guna apa lagi... Mestilah ada penyembur air, penyembur asap, penyembur tangan dan sebagainya... Mana taknyer kalau dah degil sangat... Orang suruh balik taknak balik... Nak berdemo jgak... Tak paham aku...Takkan nak hambat guna penyapu kot? Takkan nak kena bawak kereta Limo setiap satu nak suruh diorang balik...? Agaknya kalau offer free ticket tengok Chelsea, Arsenal dan Liverpool baru diorang nak balik kot.... Hehehe... Sebelum habis aku menulis ni, korang suka pakai baju kuning kan... Ingat Malaysia nak jumpa Singapore nanti di Bukit Jalil... Jadi, kalau sayang sangat tanahair nie... Jangan lupa turun yer... Pakailah baju BERSIH korang tue... Takder aku kisah...
Apapun... Syabas PDRM... Terima kasih sebab jaga negara saya agar lebih selamat dan aman untuk diwarisi pada anak-anak saya nanti... Terima kasih...
No comments:
Post a Comment