Tuesday 9 August 2011

Islam Merentasi Sempadan Politik... Bersatulah...

RESPON MUFTI SELANGOR, DATO' SERI MOHD TAMYIZ ABD WAHID
Mufti Selangor, Dato' Seri Mohd Tamyiz Abd Wahid

Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.


Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.


Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.


Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.


“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.


“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.


“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.


Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.


Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.


RESPON KETUA, DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, UST. NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu. 

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuatberasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yangdilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.

“Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjagaakidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yangdigunakan JAIS dalam isu ini… kita sokong.


“Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agamauntuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalahtindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbulsebarang keraguaan di atas tindakan tersebut,” katanya di sini,Selasa.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuanselama hampir satu jam dengan Hasan yang juga PengerusiJawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubunginsiden berkenaan.


Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihaktidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana iadilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.


“Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikapprejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demiagama Islam,” katanya.


Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada AhliJawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun tiadasebarang pendirian dibuat mengenainya.


Menyifatkan penjelasan itu ‘tidak cukup’, Presiden PAS, DatukSeri Abdul Hadi Awang sebaliknya mahu mendapatkan maklumat langsungdaripada JAIS dan pihak gereja sendiri.


Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan,Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yangdiberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkanbukti kukuh.


“Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepadabeliau… semuanya jelas.

“Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuhmengenai tindakan JAIS itu,” katanya.

RESPON KETUA PEMUDA UMNO, YB KHAIRY JAMALUDIN 
YB Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin semalam menyelar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

Ketua Pemuda Umno berkata serbuan kontroversi tersebut telah menyebabkan ketegangan di kalangan umat Islam dan Kristian Malaysia, sambil menambah bahawa kekurangan penjelasan mengisi syak wasangka dan khabar angin.

"Kita desak kerajaan Selangor jangan berselindung di belakang JAIS, jangan tunggu sahaja laporan itu siap, keluarkan kenyataan dengan jelas agar kita fahami apa yang berlaku.

"Dan ini bukan cara mentadbir negeri, kalau kita mahu jaga sensitiviti dan pastikan orang tidak marah, kita akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan cepat dan bukan tutup masalah tanpa menyelesaikannya atau lari daripada masalah,"katanya.

1 comment: