Monday 21 November 2011

Syabas Harimau Muda...

 
Pergghhh... Lamanya aku tak update blog... Sibuk belajar, sibuk cari peluang berniaga dan sibuk menguruskan hal berkaitan seminar... Alhamdulillah... Seminar telahpun berjaya, belajar pun dah nak hampir selesai, tinggal satu subjek je lagi dan sekarang ini, I need to focus on my Applied Business Research (ABR)...

I think most of the blogs in this country today will share about the same thing that I am going to share with all of you which is about the gold winning of our "Harimau Muda" squad last night. 5-4 penalty... Aku hanya boleh katakan aku amat bergembira dengan kemenangan ini dan bersyukur melihat prestasi bola sepak negara semakin meningkat... Aku amat berbangga menjadi rakyat Malaysia apabila melihat kejayaan ini... SYABAS dan TAHNIAH buat squad muda negara... Syabas buat semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan kejayaan ini... Syabas juga kepada atlet2 sukan lain yang berjuang memartabatkan nama negara diperingkat Asia...
 
 
 
Aku dapat lihat melalui perlawanan semalam pemain muda negara mempunyai kualiti namun ianya masih perlu digilap terutamanya di bahagian "attacking"... Banyak peluang yang dipersiakan begitu sahaja... Jentera serangan agak tumpul... Tetapi, berlawan di gelanggang lawan bukanlah satu perkara yang mudah... Kekuatan fizikal dan mental menjadi ukuran... Ternyata semalam ianya milik kita...

Biarpun Malaysia bukanlah pemenang keseluruhan pingat di sukan SEA... Tetapi, ibu segala pingat telahpun kita menangi... Manisnya kemenangan tersebut amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia... Sekali lagi aku bersyukur dan berharap agar sukan bola sepak tanahair akan terus berkembang dan maju...

 

No comments:

Post a Comment